bab 13

Romance Series 425423

“Ayriz….Ayriz…”

“Ada kat dapur ni… kenapa?” Ayriz sedang sibuk mencuci pinggan mangkuk. Memandangkan hari cuti bolehlah dia membersihkan rumah.

“Kejap lagi tak payah masak. Kita balik rumah mama papa.”

“Ouh okay.” pendek Ayriz menjawab tanpa memandang wajah suaminya. Sudah seminggu Ayriz begitu. Jika ada perlu cakap barulah dia bercakap dengan Fariz.

“Kau dah kenapa ni? Seminggu dah kau perangai macam ni.”

“Macam ni macam mana? Saya okay je.”

“Tak, dulu mulut kau ni ada je benda nak cakap sekarang dengar suara pun susah. Kau asal?”

“Saya memang macam ni.”

“Kenapa awal awal dulu tak macam ni pun? Kau ada yang tak puas ke?”

‘Memang! Memang banyak benda saya tak puas! Bilalah awak nak layan saya sebagai isteri awak!’

“Tak ada apa. Dah keluarlah daripada dapur ni. Saya nak buat kerja.”

‘Dah kenapa budak ni macam ni? Dulu kalau tak duduk rumah ni macam ada 10 orang. Sekarang serupa aku duduk sorang sorang.’ bebel Fariz sendiri sambil ke hadapan. Telefon berbunyi menandakan mesej masuk. Fariz tersenyum sebelum membalas.


“Hah dah sampai pun menantu mama. Lama ye tak datang sini. Nak mama ajak baru nak datang.” sapa ibu mertua Ayriz sambil memeluk menantunya.

“Sorry ma… banyak kerja. Mama sihat?”

“Sihat alhamdulillah. Fariz mana?”

“Ada dekat luar call orang. Yang lain mana ma?”

“Papa ada dekat atas. Adik kamu tu pula macam biasalah kejap kejap lagi timbullah dekat bawah ni. Jomlah ke dapur mama tengah masak.” Ayriz tersenyum sambil mengikut belakang.

“Ye sayang, nanti abis makan i jumpa you. I lunch dengan family I. Kejap lagi kita jumpa. Okay bye.” Fariz terus matikan talian. Pusing sahaja belakang, Adik perempuannya sedang memeluk tubuh sambil merenungnya.

“Hanees, Hanees dah lama ke kat sini? Hanees nak apa?” tergagap gagap dia bertanya adiknya. Bukan dia tidak tahu adiknya memang tidak sebulu dengan Wawa.

“What are you doing, abang? Why still contact dengan perempuan tu? Akak tahu tak benda ni?” bertubi tubi soalan yang diajukan.

“A…abangg….”

“Husband, Hanees masuk makan. Mama panggil.” laung Ayriz daripada depan pintu.

“Jom makan.” ajak Fariz dan terus beredar. Hanees merenung abangnya tidak puas hati.


Di meja makan suasana menjadi sunyi. Seolah olah semua berada dalam duni mereka sendiri. Ayriz memandang sekeliling.

‘Kalau macam ni gaya diaorang makan, baik aku makan dengan mak Wan. Ni kat meja makan ke kat library?’

“Korang tidur sini kan?” Mamanya mula membuka cerita. Ayriz dan Fariz memandang satu sama lain.

“Tengoklah ma macam mana?”

“Kenapa tak sabar sangat nak balik? Abang pun baru hari ni timbul dekat rumah sejak korang kahwin. Lagi pun esok cuti… nak cepat sangat balik buat apa? Ada apa dekat rumah?” Hanees merenung abangnya. Semua mata memandang pelik melihat dua beradik itu. Sudah lama tidak melihat Hanees berperangai begini.

“Hanees… apa cakap dengan abang macam tu.” tegur lembut mamanya.

“Tak betul apa Hanees cakap ma? Tidur je la sini. Esok cuti kan. Kak Ayriz ada plan nak pergi mana mana ke?” Ayriz sedikit tersentak apabila namanya dipetik. Ayriz menggelengkan kepalanya. Memang betul dia tidak ke mana mana esok.

“Ha so? Stay je la sini. Akak duduk rumah pun akak kena tinggal juga dengan abang.” perli Hanees sambil minum air.

“Hanees…. kenapa ni?”

“Tak ada apa pa… Hanees naik dululah. Tak ada selera nak makan.” Hanees terus bangun menuju ke dapur. Sementara itu Fariz menguis nasi di dalam pinggan. Kata kata adiknya sangat makan dalam.

“Ayriz, jangan fikir sangat ya. Hanees tu kekadang mood dia memang macam tu. Adalah tu yang tak kena.”

“Tak apa ma… Ayriz pun kekadang macam tu.” Ayriz sambung menyua nasi ke mulutnya. Namun otak masih lagi memproses kata kata adik iparnya.

‘Hanees tu marah aku macam mana? Cara cakap macam bukan marah aku tapi muka kemain masam lagi. Arh kejap lagi je la aku tanya.’


“Boleh akak Riz masuk?” soal Ayriz di muka pintu.

“Eh akak, masuklah.” jawab Hanees sambil tersenyum mesra.

“Adik akak ni kenapa moody tadi? Ada apa apa nak share dengan akak?” lembut Ayriz bertanya. Tidak mahu disalah faham oleh adik iparnya. Hanees merenung Ayriz lalu dia bangun menutup pintu.

“Adik nak tanya something. Tapi akak kena jujur. Boleh?” Ayriz mula rasa berdebar. Mengapa adik iparnya kelihatan serius tiba tiba.

“Apa dia tu?”

“Akak tahu ke abang still lagi contact dengan perempuan tu?” jelas soalan itu mampu membuat Ayriz terkejut.

“Macam mana a…adik boleh tahu?”

“No, just jawab akak. Akak tahu ke?” Lambat lambat Ayriz mengangguk.

“Akak just biarkan? Why akak diam je kak?” bengang Hanees apabila kakak iparnya dibua sebegitu.

“Akak tak ada hak nak halang diaorang Nees… Akak baru lagi dalam hidup Fariz.”

“Akak wife abang! Semestinya akak ada hak. Akak tak ada guna akak biarkan hubungan diaorang. Mama papa mesti tak terima.”

“Terima… dengan satu syarat.” Ayriz tersenyum pasrah.

“Apa dia?”

“Kitaorang bercerai and Fariz kahwin dengan Wawa.”

“What?! Akak sedar tak akak cakap apa ni? Akak tak sayang ke hubungan korang yang 3 minggu ni? Korang baru tiga minggu tau.”

“Kehidupan kitaorang tak macam orang berkahwin pun Nees. Kitaorang macam rakan serumah je. Dekat rumah semua buat hal masing masing.”

“And now akak nak mengalah macam tu je? Hanees nak tanya akak, why akak tawar diri jadi wife abang?” sekali lagi soalan Hanees mampu membuat Ayriz terdiam. Riak wajahnya juga berubah.

“Sebab dendam.”

“Dendam? Apa maksud akak?” Hanees makin pelik dengan jawapan kakak iparnya.

“Setahun lepas, akak pernah bercinta dan dah tunang dah pun…. tapi masa hari nikah lelaki tu tinggalkan akak dengan alasan akak ni overcontrol, tak cantik. Itu alasan dia untuk nampak akak salah. Setahun akak kena dengar kutukan orang dekat akak, family akak. Setahun tu akak jadi pendiam, tak bercampur dengan orang. Macam hidup akak kerja, balik rumah duduk dalam bilik. Sehari sebelum majlis abang Fariz, akak terjumpa dengan lelaki tu. Dia hina akak dia cakap memang tak ada siapa nak dekat perempuan macam akak. Akak jadi marah rasa direndah rendahkan. Then mama paksa akak ikut masa abang nak nikah, bila akak tahu yang pengantin perempuan larikan diri akak tak fikir apa, akak fikir akak ada suami and akak cakap kat diri akak yang ada orang nak kahwin dengan aku. Tapi sekarang akak rasa terkilan dengan apa akak buat…. sebab marah akak, dendam akak… akak libatkan keluarga Fariz.”

Terdiam Hanees mendengar cerita kakak iparnya. Tidak marah namun sedih dan simpati dengan apa yang berlaku kepada Ayriz. Hanees tidak sangka kakak iparnya mampu mendengar kutukan itu selama setahun lamanya.

“Akak, apa perasaan akak dekat abang?” lembut Hanees bertanya sambil memegang tangan Ayriz.

“Akak tak tahu Hanees. Yang akak tahu, akak kena betulkan semuanya. Akak kena pulangkan Fariz dekat orang yang sepatutnya.”

“Apa akak cakap ni. Tempat abang dekat dengan kakak. Abang hak kakak. Akak wife dia kak. Benda dah lama biarkan. Akak buat pilihan yang betul lepas akak selamatkan maruah family Hanees. Buat apa akak nak bagi abang dekat orang yang tak pandai hargai abang.”

“Tapi Fariz sayangkan dia.”

“Abang tu buta. Wife dia dah cukup cantik banding dengan perempuan kekwat tu. Ingat Hanees suka ke dengan perempuan tu. Dia dengan Hanees tak sebulu tau.” Hanees membuat muka menyampah. Tertawa Ayriz dibuatnya.

“Ni abang mana?”

“Keluar.”

“Jumpa perempuan tu la tu. Jom kak kita cari abang.”

“Buat apa?”

“Buat apa akak cakap? Eh dia keluar dengan perempuan tak tahu malu tu. Akak tak nak panggil suami balik ke… cuti cuti sebok menggatal pula.” Sekali lagi Ayriz tertawa melihat adik iparnya. Betul marah.

“Hanees ni marah sangatlah…”

“Eh mestilah. Jomlah cepat kak. Ke nak adik bagitahu mama?” ugut Hanees.

“Eh Hanees janganlah bagitahu mama papa. Akak tak nak abang Fariz kena marah.”

“Kalau tak nak akak siap cepat kita cari abang.”


“Sayang cantik tak baju ni? I minat gila dengan baju ni.” Wawa teruja ingin menunjukkan baju itu kepada Fariz.

“Cantik, lagi cantik kalau you pakai.” puji Fariz tersenyum. Wawa tersenyum malu sambil menutup mata menggunakan tangan.

“Sayang kalau kita keluar hari hari macam ni kan best. Kita dapat spendtime together.”

“Yes, i know. But sayang kita tak boleh selalu macam ni. Ramai orang perhati.”

“Biarlah… bukan kita kacau diaorang pun.” Wawa mula dengan muncungnya.

“No sayang. Tak manis orang pandang.”

“Tahu pun tak manis. Yang keluar juga kenapa?” tegur satu suara. Terus mereka memandang ke belakang.

“Adik? Adik buat apa dekat sini?” Hanees tersenyum sinis.

“Mall kan? Shoppinglah.”

“Dengan siapa?” Fariz memandang sekeliling.

“Saya.” jawab Ayriz sepatah sambil memeluk tubuh. Fariz menelan air liurnya.

“Hai adik. Sihat?” tegur Wawa kepada Hanees namun dijeling Hanees. Terdiam Wawa di situ.

“Awak ikut saya ke Ayriz?”

“Saya ikut awak? Come on tak akan saya nak bagitahu orang saya dah kahwin, jatuhlah saham saya. Saya teman Hanees pergi shopping.” bersahaja Ayriz bercakap seakan mahu memerli Fariz.

“Maaf ganggu. Kak ni ada orang bagi dekat akak.” tegur seorang budak. Terkejut Ayriz ketika itu.

‘Baru cakap tak kan ada betul betul.’

“Si…siapa bagi? Betul ke untuk akak mana tahu untuk dia ke?” Ayriz menunjuk ke arah Wawa.

“Betul untuk kakak. Abang tu cakap untuk kakak yang comel yang ikat rambut. Kakaklah.”

“Mana abang tu?”

“Ouh dia dah pergi.”

“Ouh terima kasih.” Ayriz tersenyum manis lalu memandang semula ke arah Fariz yang merenungnya.

‘Apa? Aku tak buat apa apa pun.’

“Lelaki mana yang bagi ni?” mendatar soalan itu.

“Dengarkan tadi. Saya pun tak tahu. Tk sangka orang tu tahu fav air saya. Macam sedap.” baru sahaja Ayriz ingin sedut, Fariz merampas air itu. Terkejut Ayriz dibuatnya.

“Apa awak ni! Kalau nak belilah sendiri. Air tu saya punya.” marah Ayriz. Dia baru ingin rasa air itu. Sudahla dia pun haus ketika itu.

“Siapa izinkan awak minum air yang lelaki lain belikan.”

Hanees dan Ayriz mengerutkan dahi. Dah kenapa Fariz ni.

“Fariz, awak tak tahu malu ke buat perangai depan TUNANG awak. Bagi balik air saya.”

“Tah abang ni. Orang tu bagi akak Riz lah.”

“Adik diam. Jom balik!”

“Sayang, I……”

“You balik dulu.” cepat Fariz memotong dan terus mencapai tangan Ayriz. Air itu pula dibuang ke dalam tong sampah. Terbeliak mata Ayriz memandang air kesukaannya dibuang begitu. Wawa menghentakkan kakinya. Geram dia ditinggalkan begitu sahaja.

Tiba sahaja di rumah tidak sempat Ayriz membuka pintu Fariz awal lagi sudah buka.

“Kenapa keluar tak bagitahu saya. Awak tu isteri saya awak tahu.”

“Saya keluar dengan Hanees je kan. Apa masalahnya. Awak pun keluar tak bagitahu saya. Dah tu suka suka buang air tu. Bazir awak tahu tak!” geram Ayriz apabila Fariz memarahinya.

“Suka lelaki bagi air dekat awak!”

“Suka!”

Hanees masih lagi menjadi penonton. Tiba tiba dia nampak mamanya sudah di hadapan pintu.

“Adik kenapa diaorang tu? Bergadu ke?”

“Ala tak ada apalah ma. Gaduh manja je tu.”

“Ni macam mana korang boleh balik sekali pula ni? Bukan baru keluar?”

“Tu singa ajak balik. Terpaksalah balik. Jom ma masuk. Biarlah diaorang nanti masuklah tu.” Hanees menarik mamanya masuk ke dalam.

“Sebab suami saya tak pernah pun beli air untuk saya. Why not saya terima pemberian orang. Saya tak kacau pun awak dating tadi. Sibuk ajak balik kenapa?” perkataan dating diperlahankan. Tidak mahu mak mertuanya dengar.

“Menjawab!”

“Ada mulut saya jawablah! Dah saya nak masuk.” Malas Ayriz berlama lama di situ. Baru kaki Ayriz ingin melangkah, lengannya ditarik Fariz.

“Aku belum habis lagi dengan kau!” Ayriz tersenyum sinis sambil menyentap tangannya.

“Fake.” terus Ayriz masuk ke dalam rumah. Fariz merenung tajam. Dia mengeluh kasar sambil tangannya menggosok kepala serabut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience