Rate

BAB 4

Family Completed 542

“Mubarak isteriku, akhirnya impian sayang tercapai nak curahkan ilmu kepada adik-adik remaja. Abang sentiasa menyokong dan mendoakan sayang.” Ucap Muhaimin selepas Sarah selesai memberi talk di program sahsiah remaja.

Mereka berjalan beriringan menuju ke ruang makan yang disediakan pihak penganjur.

“Alhamdulillah. Berkat berjodoh dengan abang, berkat menjadi isteri abang. Hehe.”

“Alhamdulillah… Nanti sayang nak pergi kelas pengajian mana-mana lagi, bagitahu je abang. InsyaAllah abang boleh daftarkan. Abang memberi kat sayang cara macam ni dan sayang curahkan ilmu tu kepada orang lain. Tingkatkan ilmu dan beri kefahaman pada orang ramai.”

“Ya betul abang. Terima kasih didik sayang hingga jadi macam hari ini. Syukur tersangat syukur kepada Tuhan dipertemukan dengan abang.”

Sarah hari ini mampu tersenyum indah. Atas perpisahannya dengan Hairie 3 tahun dulu, Allah memberikan ganti yang sangat berharga dan bermakna dalam hidupnya. Dikurniakan suami bernama Muhaimin, berusaha sedaya mungkin mendidik dirinya dengan ilmu.

Itulah Allah swt. Apabila Dia menarik sesuatu kerana Dia tahu itu tidak baik kepada hamba-Nya. Apabila Dia menarik sesuatu, juga kerana Dia mahu berikan ganti yang jauh lebih baik dari sebelumnya. Itulah cara Allah swt mempamerkan kasih sayangnya.

Alhamdulillah thumma alhamdulillah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience