BAB 12

Horror & Thriller Completed 2427

“Nora...maafkan abang. Maafkan abang. Mulai hari ini abang ikhlaskan pemergian Nora. Semoga Nora damai di sana. Abang akan terus ingati Nora dalam doa-doa abang. Abang tetap sayang Nora sampai akhir hayat abang.”

Menitis air mata Mak Eton apabila melihat Safar bertambah longlai. Suara anak tunggalnya itu tenggelam timbul. Seperti biasa Mak Eton mengusap belakang Safar agar dia tenang semula.

“Nora...abang akan terus ziarahi pusara Nora sampai bila-bila.” Serentak dengan itu Safar terlihat susuk seorang perempuan berpakaian dan berselendang serba putih. Wajahnya tidak jelas. Safar bagai dipukau, tidak berkelip terus memandang.

Perempuan itu menoleh sebentar sambil menguak sedikit selendang yang melindungi wajahnya. Safar gementar apabila mendapati perempuan itu adalah Nora. Itulah perempuan yang dilihat kelibatnya setiap pagi. Tubuh Safar terkaku.

“Bu...dia Nora bu. Dia Nora.” Ujarnya perlahan.

“Siapa? Ibu tak nampak apa-apa.” Mata Mak Eton meliar memandang. Masih tidak ada apa-apa yang dilihatnya.

“Perempuan yang Safar nampak tiap pagi, bu. Dia Nora.” Ulangnya lagi. Mak Eton cuba untuk mempercayainya.

Nora menghadiahkan sebuah senyuman bersama genangan air mata di tubir matanya. Safar tidak mampu membalasnya. Dia mahu namun bibirnya sukar digerakkan. Terkelu lidahnya untuk berkata-kata. Kemudian Nora berjalan keluar. Di hadapan muka pintu dia menoleh sebentar, melambai Safar dengan senyuman yang masih ada lalu hilang dari pandangan.

“Selamat tinggal sayang. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohmu. Abang redha dan ikhlaskan semuanya. Satu masa nanti abang akan menjadi salah seorang jiranmu di sana. InsyaAllah...tunggu abang.” Ada senyuman nipis di hujung kata-kata Safar.

“Kenapa ni Safar ?” Mak Eton tidak sedap hati.

“Nora dah pergi, bu. Alhamdulillah...hati Safar lapang.” Ujarnya bersama setitis air mata syukur.

“Semoga dia di tempatkan bersama orang-orang yang soleh...aamiin.” Mak Kam berdoa. Safar turut meng aminkan.

“Papa! Papa! Tadi mama cium Mostafa ! Tapi mama dah pergi. Mama tak boleh balik tengok Mostafa dan papa lagi!” Terdengar suara Mostafa dari ruang tamu. Mak Eton dan Safar bergegas mendapatkannya.

“Papa...papa dengar tak apa Mostafa kata tadi?” soal Mostafa sebaik Safar memeluknya. Safar angguk.

“Ya sayang. Papa dengar. Papa percaya.”

“Biarkan mama pergi. Mostafa masih ada papa. Ada tok wan.” Sekali lagi Safar telah membuat Mak Eton sebak. Sekaligus berasa bangga dengan anak dan cucunya. Mereka adalah lelaki yang kuat.

“Mostafa tak mau menangis dah.” Suara yang halus dan comel.

“Bagus! Anak papa kuat. Dia budak baik. Papa pun tak suka menangis. Papa tak akan menangis.” Lalu ketiga beranak itu saling berpelukan dengan erat. Masing-masing menahan air mata agar tidak mengalir. Apapun janji hrus ditepati, jangan diingkar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience