Bab 26 : HV

Mystery & Detective Series 29168

~O you who are patient! Bear a little more, just a little more remains.~ Ibn Al Qayyim.

"Kau buat apa dekat sini Baariq?" soal Tengku Eshan Maisur hairan. Minggu lepas mereka sudah berjumpa dan 'berbincang' di kedai makan dan hari ni tak ada angin, tak ada ribut, Baariq dan Mak Som datang bertandang ke rumahnya.

Baariq menoleh sekilas bila dengar suara Eshan di belakangnya. Mak Som dan Tengku Naina juga sama. Ketiganya sedang rancak berbual sehinggakan tidak sedar kedatangan Eshan disitu.

"Eh, Han. Meh la join." Tengku Naina terlebih dahulu menyapa. Tepuk sofa kosong disebelahnya.

Eshan menyertai walaupun masih tertanya-tanya apakah tujuan Baariq ke mari. Hatinya syak yang bukan-bukan sementelah pula 'perbincangan' mereka sebelum ini tidak berakhir dengan baik.

Baariq memerhati Eshan. Seronok pula bila ingat tentang minggu lepas. Rasa hati melonjak-lonjak mahu bergaduh lagi dengan Eshan. Bertekak dengan Eshan ni kadang-kadang buat dia rasa Eshan sudah kembali 'sihat' seperti dulu. Dulu pun mereka suka bertekak.

"Aku datang ni sebab... aku datang nak meminang."

Mak Som dan Tengku Naina lekas pandang Baariq. Dahi masing-masing berlapis, terkejut. Eshan juga kerut kening dengan ayat Baariq itu.

"Meminang?" ulang Eshan. Mak Som dan Tengku Naina juga menyoal sama.

Baariq menjatuhkan kepala.

"Ya, datang meminang. Tak salah kan?"

"Meminang siapa?" Mak Som pula bertanya. Pelik sungguh dia dengan Baariq ni. Tiba-tiba cakap pasal meminang pulak.

Baariq menyengih. Anak matanya cari wajah maknya.

"Kan kita datang ni... kita datang nak meminang. Mak lupa ya?"

Mak Som naik hairan lagi. Apa kena dengan anak dia ni? Sesekali anak matanya kerling Tengku Naina dan Tengku Eshan yang tengah tunggu pengesahan jawapan darinya.

"Ha'a... mak lupa. Semalam Baa cakap nak datang sini... nak masuk meminang..." Mak Som mengeyakan saja. Hatinya dapat merasakan Baariq cuba lakukan sesuatu yang luar dari bidang kuasanya.

"Meminang Cik ke?" Terus Tengku Naina bertanya. Bersinar air mukanya berharap sangat Baariq mengubah keputusannya.

Hubungan Baariq dan Nafla sudah lama terjalin. Sejak di zaman sekolah lagi. Bukannya ada halangan berkenaan hubungan mereka berdua itu malah arwah Tengku Eqbal juga merestui cuma... cuma masalahnya ada pada Baariq. Baariq segan, terlalu merendah diri. Puas dipujuk dan dirayu Nafla supaya jangan diputuskan hubungan mereka tapi Baariq tetap berkeras. Akhirnya hubungan mereka berakhir sebelum Nafla terbang ke luar negara bagi menyambung pengajiannya. Baariq tetap begitu, bertindak sebagai sahabat baik kepada Eshan.

Tengku Naina masih ingat Nafla Maryam patah hati dengan kedegilan dan kerasnya hati seorang Baariq. Tapi Naina lega bila Nafla dipertemukan kembali dengan Baariq versi yang matang ini. Naina percaya disebalik keras hati Baariq itu terselit sifat penyayangnya. Kalau tidak ada rasa penyayang itu, macam mana Baariq boleh bertahan menjaga Sarah dengan penuh bertanggungjawab, kan? Baariq seorang abang yang baik dan bertanggungjawab. Sekali lagi Naina rasa Nafla jatuh suka kepada Baariq. Dan kali ini Naina betul-betul berharap Baariq tidak akan menolak perasaan Nafla lagi.

Baariq kulum senyuman sambil pandang Eshan sebelum menjawab pertanyaan Tengku Naina itu. Pada pandangan orang lain, mungkin nampak biasa saja tapi pada pandangan mata Eshan, Eshan nampak lain. Eshan nampak macam senyum itu agak menyinis.

"Tak lah Aunty Ina. Saya datang meminang Han bagi pihak Eshal."

"Riq!" Jerkah Eshan seraya bangkit dari tempatnya. Penumbuk dikepal erat. Terkejut dengan sebaris ayat Baariq.

Mak Som dan Tengku Naina juga terkejut. Sangkaan mereka meleset. Ingatkan Baariq datang meminang Nafla.

'Meminang dia untuk Eshal?' Itulah yang Eshan dengar sebentar tadi.

"Kenapa, salah ke?" Baariq bertanya selamba.

"Apa kau buat ni Riq? Kenapa kau buat macam Eshal sangat-sangat terdesak nak kahwin dengan aku? Perlu ke kau buat semua ni?" marah Eshan. Cerlung matanya kepada Baariq. Bukan sikit-sikit tapi dia marah betul! Walaupun perasan dia pada Eshal masih belum pasti, tapi dia tak sanggup andai Baariq jadikan Eshal itu sebagai alat untuk membahan. Ini tak lawak!

"Riq..." Mak Som menegur anaknya. Dapat rasakan kali ni gurauan Baariq melampaui batas dan dia dapat lihat muka Eshan berubah tegang, tanda tidak senang dengan cara Baariq.

Tengku Naina meraih lengan anaknya yang sudah jelas timbul urat lengan. Minta Eshan kembali duduk. Eshan toleh seketika kepada uminya sebelum menurut permintaan itu.

"Aku rasa kau dah lebih Riq. Kau dah melampau. Kalau ya pun kau nak sangat aku kahwin dengan Eshal, fine. Aku terima! Dan aku memang akan kahwin dengan dia. Hanya dia pengantin perempuan aku! Mark my words! Tak payah kau nak cabar aku macam ni!" Eshan bangkit mahu membawa diri dari situ. Dapat rasa aura panas segenap ruang.

"Fuh! Lega aku dengar kau cakap macam tu Han. Aku tunggu hari tu tiba. Dan aku tak sabar. 3 minggu dari sekarang!"

Eshan toleh sedikit mukanya ke arah Baariq.

"Fair and square rasanya kalau kau pun bersanding dengan aku sekali nanti. Kau dengan Cik, aku dengan Eshal. Berani?"

Giliran Baariq pula tergemap. Tak sangka dia pula yang terkena dengan Eshan. Mak Som dan Tengku Naina saling berpandangan.

"Kenapa senyap? Tak berani? Kalau betul kau anak jantan, aku cabar kau setuju dengan cadangan aku."

"Han..." Tengku Naina menegur. Tak selesa pulak dia tengok dua sahabat ni bertekak. Mak Som juga gelisah di tempatnya. Baariq yang mulakan!

"See? Kau pun tak berani kan?" Eshan memprovok Baariq. Kali ni bibir Eshan sebelah pula ternaik sedikit.

"Siapa cakap aku tak berani? Okay boleh. aunty Ina nanti bagitahu Cik, Baariq setuju kahwin dengan dia. Sama hari dengan Han dan Eshal."

"Han... Baa... apa kena dengan korang ni? Masa ni juga ke nak tunjuk siapa hero? Siapa berani, siapa takut? Korang ingat nikah kahwin ni benda main ke? Korang ingat ni program maharaja Lawak ke?" Mak Som terlebih dahulu memangkah, geram kepada keduanya. Tahu berkelahi saja! Keduanya dipandang besar kecik, besar kecik saja oleh Mak Som...

"Riq, Riq serius ke dengan Cik?" Tengku Naina pula bertanya.

Baariq terdiam seketika. Eshan juga tunggu jawapan dari Baariq. Dia yakin, Baariq memang sukakan kakaknya... Ataupun mereka pernah bercinta sebelum ini?Arghh ruginya dia tak ingat apa-apa! Baariq jatuhkan kepala perlahan-lahan.

"Betul ni?" Tengku Naina sekali lagi bertanya.

"Betul aunty Ina."

Naina senyum kelegaan. Eshan lagi tarik hot smirknya dengan jawapan Baariq.

"Nanti Cik dan Eshal balik, kita akan bincang. Tapi majlis Eshan dan Eshal tetap akan berlangsung macam yang kita rancangkan. Okay, Han?"

Eshan cuma mengangguk sebelum membawa diri. Dia perlu rehat. Banyak yang bermain dibenaknya sebenarnya. Kadang-kadang penat begini. Rasa mahu mengalah tapi tidak semudah itu. Dia perlu korbankan sesuatu untuk dapatkan Sarah. Itu janjinya!

* * *

Hospital Sultanah Nur Zahirah, Terengganu.

Pintu bilik yang tertera nama 'Doktor Juwita, Pegawai Psikologi Klinikal' dikuak oleh seseorang dari luar. Doktor Juwita yang sedang fail pesakitnya, mengangkat kepala ke arah itu. Terjengul wajah pembantunya dengan senyuman yang agak nipis, mungkin serba salah kerana mengganggu kerja pegawainya.

"Yes Intan?" Sapanya terlebih dahulu.

"Dr. Jue, maaf ganggu. Ada orang mahu jumpa Dr.." Intan, selaku pembantunya memberitahu.

Doktor Juwita mengerut kening sedikit, cuba ingat jadualnya manalah tahu kalau dia terlepas pandang.

"Saya ada appointment ke sekarang ni, Intan?" Tanyanya setelah tidak temui sebarang jawapan.

"Tak ada Dr... tapi kata diorang ada hal mustahak mahu jumpa dengan Dr.."

Doktor Juwita meletakkan pen di tempatnya sebelum menutup fail salah seorang pesakitnya. Jemarinya disatukan sambil berfikir.

"Hal mustahak? Hal apa?"

Intan mengangkat bahu, tanda tidak tahu.

"Emm... kalau macam tu. Bagi dia masuk dulu jumpa saya."

"Baik Dr.." Intan keluar sebentar.

Seketika kemudian Intan muncul bersama dua orang jejaka. Doktor Juwita mempamerkan wajah manisnya tatkala mempersilakan tetamu yang tidak dikenali itu masuk ke ruangan pejabatnya. Doktor Juwita sempat baca sedikit personalitli jejaka dihadapannya.

"Dr. Juwita?" Lelaki pertama dahulu bertanya.

"Ya saya, Dr. Juwita. Encik?"

"Saya, Khalil Fayyad dan ini kawan saya, Nuh Jazmin."

"Nuh Jazmin? I think I know who you are... You cucu Nenek Kesuma, right?"

Nuh Jazmin senyum nipis sambil mengangguk. Ini kali pertama dia berjumpa dengan orang yang bertungkus lumus menyembuhkan neneknya daripada trauma yang dihadapinya.

Doktor Juwita tersenyum senang. Banyak cerita tentang Nuh Jazmin ini dia dengar dari Nenek Kesuma. Susur galur cerita perihal keluarga besar Nenek Kesuma pun terselamat dalam poketnya. Jadi dia rasa Nuh dan kawannya ini bukannya lelaki yang sembarangan orang. Mungkin ada yang cucunya perlu tahu sebab itu cucunya sanggup datang ke sini sendiri.

"Please have a sit Encik Khalil and Encik Nuh." Doktor Juwita termalu sendiri. Terlupa untuk mempersilakan tetamunya duduk. Terleka tenung cucu teruna orang.

"Thanks."

Keduanya mengambil tempat di kerusi yang disediakan.

"So, what brought you here? Is there anything I can help?" Terus Doktor Juwita bertanya sebaik sahaja mereka melabuhkan duduknya.

"Maaf kalau kami datang ni ganggu masa Dr. Jue."

"It's okay. It's okay. InsyaAllah kalau ada apa yang saya boleh bantu, saya bantu. Kalau tak boleh bantu, saya minta maaf," ujar Doktor Juwita, masih tidak lekang dengan senyumannya.

"Okay..." Nuh pandang Khalil, minta Khalil yang meneruskan dengan tujuan mereka datang ke mari.

"Dr. Jue kenal Sarah? Tuan Maisarah binti Tuan Mahmud?"

Terkaku sekejap Doktor Juwita. Senyuman yang tadinya melebar perlahan-lahan hilang dari bibit itu. Doktor Juwita berdeham terlebih dahulu sebelum memberi reaksi kepada soalan itu.

"Sarah? Siapa dia?"

Nuh kebam bibir. Dia tahu Doktor Juwita akan cuba mengelak.

"Tuan Maisarah binti Tuan Mahmud, patient yang Dr. merawat dia dari tahun 2016 hingga tahun 2017. Doktor ingat dia?"

Doktor Juwita tergemap. Mahu menafikan atau mengiakan saja?

"Saya cuma mahu pastikan sesuatu. Bukannya kami dipihak musuh. Saya cuma mahu membantu dia. Kita dipihak yang sama." Nuh mencelah, bila lihat reaksi Dr. Juwita itu seperti teragak-agak untuk mempercayainya dan Khalil.

Doktor Juwita sekali lagi pandang Nuh. Rahsia pesakitnya perlu disimpan rapi. Itu amanah.

"Saya tahu apa yang dah jadi pada dia dan arwah suaminya, Waeez Haikal. Anak-anak dia juga iaitu Evan Khalish dan Eman Khadija ada dalam tahanan datuk dan neneknya. And saya juga tahu semuanya ada kaitan dengan Datuk Waazin. Let's just say, I know all the things i want to know."

Doktor Juwita teguk liur.

"Apa yang Encik Nuh mahu tahu?"

* * *

2006

Tok! tok! tok!

"Han bangun!"

Eshan buka mata. Perlahan-lahan tatkala telinganya menangkap bunyi panggilan dan ketukan yang sayup-sayup diluar biliknya. Tangannya memisat-misat kedua belah mata. Masih kantuk kerana lenanya terganggu.

"Dah pukul berapa ni?" Eshan toleh ke sebelah kiri. Langsir yang menutupi tingkap itu masih lagi gelap, masih tiada sinaran mentari yang menembusi celahan kain langsir itu. Itu menandakan keadaan diluar masih lagi gelap.

Eshan toleh ke kiri, capai telefon lalu disentuh skrin.

5.30 minit pagi? Terus membulat mata Eshan. Terkejut.

"Han? Han dah bangun ke belum?" Suara diluar kamarnya masih berbisik perlahan, tiada tanda-tanda mahu berhenti.

Eshan lambat-lambat turun dari katilnya lalu bergerak ke pintu bilik. Tombol pintu dipulas perlahan. Wajah keresahan Sarah menjelma di ruangan mata.

"Han..."

Sarah menyebut nama Eshan perlahan, lega bila Eshan bukakan pintu bilik. Tetapi tiba-tiba lidahnya jadi kelu untuk teruskan kata-katanya bila anak matanya disajikan dengan satu pemandangan yang belum lagi dia lihat secara depan mata begini. Terus Sarah menunduk.

Eshan bertaut kening lihat perubahan muka Sarah. Muka itu merah disebalik tudungnya.

"Kenapa ni?" Eshan bertanya, pelik dengan reaksi Sarah.

"Sarah minta maaf kejutkan Han pagi-pagi. Sarah... Sarah..." tergagap-gagap Sarah.

Eshan hairan kenapa Sarah dilihat seperti segan dengannya? Semerta itu matanya jatuh kepada tubuhnya sendiri.

"Erkk... sekejap.. aku pakai baju dulu." Eshan tutup pintu biliknya, laju saja kakinya menapak ke katil lalu taril baju tshirt hitamnya. Terus disarung dan kembali ke pintu. Sarah menantinya, tidak boleh membazir masa.

"Sarah... kenapa?" tercunggap-cunggap Eshan. Nampak sangat dia sangat-sangat menghargai setiap detik bersama Sarah.

"Sarah... cuma nak tanya mana arah kiblat ya? Sekejap lagi dah nak masuk subuh," beritahu Sarah kemudian. Ini kali pertama Eshan membawanya ke rumah orang tuanya. Sarah juga terkejut tiba-tiba saja Eshan membawanya jauh dari apartment kos rendah miliknya ke sini selepas dia diserang.

"Kiblat? Emm.. Arah sini... rasanya..."

Jawapan Eshan buat Sarah termangu sekejap.

"Rasanya?" soal Sarah buat Eshan termalu sendiri.

"Eh.. sekejap-sekejap. Meh kita turun bawah. Bawah ada surau mini. Kami solat kat sana. Itulah sebabnya aku confius."

"Ohh..." Jawapan Eshan buat Sarah lega. Segala andaian jahat ditepis jauh-jauh. Eshan ni orangnya baik, dia dah selamatkan aku. Itu yang Sarah terapkan dalam fikirannya.

Sarah membuntuti Eshan ke tingkat bawah. Seluruh isi rumah masih lagi bergelap. Mungkin seisi rumah masih lagi lena dibuai mimpi. Sarah turin berhenti bila kaki Eshan berhenti di sebuah hadapan bilik.

"Ni surau mini." Eshan buka pintu bilik. Kakinya melangkah masuk dan memetik suis. Semerta bilik yang tadinya gelap, di simbahi cahaya lampu.

Sarah jenguk sedikit kedalam sebelum melangkah ke dalam bilik itu. Bersih dan semuanya berwarna putih. Susunan kitab dan quran tersusun elok di tempatnya. Sejadag dan telekung juga tergantung elok di tempatnya. Ada tasbih bergulung kecil ditepi sejadah yang paling atas, ditempat imam. Nyaman dan damainya perasaannya tatkala berada di sini. Sarah tersenyum lebar. Tanpa perasan Eshan turut mengintai wajah ceria Sarah.

"Han, Sarah, kamu buat apa dekat sini?"

Sekonyong-konyong itu ada suara lain menegur mereka, keduanya lekas menoleh.

"Walid..."

"Jawab soalan walid, Han." Tengku Eqbal pandang Eshan tajam. Andaian macam sudah bermain-main di kepalanya. Dia kenal perangai anak bujangnya yang satu itu.

"Bukan macam tu walid. Han cuma tunjukkan Sarah bilik solat. Tu je..." Eshan tarik muncung. Geram dengan Walid yang tak sudah-sudah pandang serong kepadanya.

"Iye ke ni?" Tengku Eqbal mengalih matanya kepada Sarah.

Sarah mengangguk laju.

"Emm.." Itu saja yang dibalas oleh Tengku Eqbal lalu melangkah ke tempatnya. Eshan berpusing tubuh tapi belum pun kakinya diangkat,

"Han... masuk solat sekali."

"Baik walid." Eshan menghela nafas lalu melangkah ke ruangan berwuduk. Sarah simpan senyum.

Nuh dh mula siasatan. Han bersama cebisan kenangan. Antara Eshal mahupun Sarah... siapa pilihan Han? Tq to all the readers. HV.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience