BAB 1-PERTEMUAN PERTAMA

Romance Completed 183471

3 tahun kemudian,

Intan sekarang sudah berumur 20 tahun. Semakin dewasa. Dia begitu cantik banyak. Lelaki yang terpesona dengan kecantikkan Intan yang natural.

Intan seorang gadis yang keras kepala. Mungkin kerana dia kurang mendapat kasih sayang daripada ibu bapanya. Ibu bapanya telah lama bercerai sejak umurnya 18 tahun kerana ibunya telah tawar hati dan lebih memilih kawan baiknya berbanding suaminya sendiri. Sebagai anak dia hanya turuti apa yang terbaik buat ibu bapanya, walaupun dia berharap ada satu keajaiban yang berlaku, tetapi itu hanya mimpi. Sekarang rutin hariannya berbolak balik ke rumah daddy dan seterusnya kerumah mummynya. Andai dapat mengungkap rasa penat yang dialami itukan bagus.

. . . . . . .

Sekarang Intan berada di kelab malam yang sering di kunjunginya bersama tiga kawan baiknya iaitu Lee, Sarah dan Mia. Hari ini tidak bergitu banyak orang. Mungkin kerana bukan hujung minggu. Selalunya memang penuhlah.

Terlihat Lee, Sarah dan Mia menikmati music yang di mainkan. Intan hanya duduk termenung sahaja. Lee menyedari lalu bertanya.

“Oi, Intan. Kau ok tak ni? Dari tadi diam je. Kau ada masalah ke?”

Lalu ketiga-tiga sahabat Intan menatap Intan.

“Takde pape. Aku ok je…”

“Jangan bohonglah. Aku tau kau ada masalah. Bak cerita, apa masalah kau. Mana tau kami boleh tolong?”

“Pasal keluarga kau ke?” Teka Mia.

“Betul pandai kau baca fikiran aku.”

“Apa dah jadi dengan keluarga kau?” Tanya sarah.

“Mummy akulah nak kawin, patut ke aku happy?" Kata Intan.

“Apa!? mummy kau nak kawin baru?”

“Yup. Aku ok je. Yang penting dia Bahagia. Tapi, aku kesian dekat daddy. Asyik sedih je. Walaupun dia tak tunjuk depan aku, but, aku dapat rasakan yang dia kecewa.”

“Aku faham perasaan kau. Sebab aku pernah rasa benda yang sama. Dan sekarang aku ada dua mak dua bapa. Kau ada?” Kata sarah.

“Haha. Boleh pulak kau gurau. Tapi takpe, aku boleh lalui semua ni.”

“Nilah Intan yang kami kenal. Dah. Malam ni kita party aku belanja.” Kata Lee.

“Tu aku setuju!” Jawab sarah.

“Hei Mia, kau cari siapa? Dari tadi aku tengok mata kau tak berhenti tengok orang ada. Ex psycho kau ke dekat sini mana? Biar aku hadap dia.” Tanya Lee.

“Bukanlah. Aku dengar malam ni ada pemilik club ni. Tapi dari tadi aku tak nampak pun.” Kata Sarah.

“Pemilik Club ni? Siapa?” Tanya Intan.

“Ei… Kau pelangan setia pun tak tau.”

“Serius aku tak tau.”

“Aku pun tak tau. Hebat sangatkah dia? Setau aku, takde yang paling hebat melainkan aku anak tunggal kaya raya. Pewaris kekayaan keluarga. Hahaha, so siapa dia?” Tanya Lee.

“Perasan ye. Ok. Dia adalah Mr Putra Aqahshah Rayyan. CEO kaya raya, seorang yang tampan dan mampan. Singkat kata, richlah. Harta dia takkan habis sampai 7 keturunan sekalipun. Barang siapa yang melihatnya akan terpana, termasuk aku.”

“Kau pernah jumpa ke Mia?” Tanya sarah

“Of course, pernah! Tapi, Mr Rayyan ni seorang yang intovert dan suka menyendiri. Aku dengar rumor yang dia pernah bertunang, namun tunang dia meningal dunia tapi tak tau lagi penyebab dia sebab dirahsiakan. Tapi aku sedia menganti tempat tunang dia.” Jelas Mia sambil tergedik-gedik.

“Wow… Dari mana kau tau semua tu?” Tanya lee

“Aku minat dia. So, aku suruhlah orang-orang aku cari biodata dia. Macamana orangya, baik ke tak, salah ke?”

“Salahlah! Melangar privasi.”

“Mana ada…”

“Dah lah. Nanti gaduh pulak. Aku nak ke toilet jp nak kencing tunggu aku tau.” Tegur Intan.

“Baiklah. Nak aku teman?” Pelawa Sarah.

“Tak perlu.”

“Ok…”

Intan pun menuju ke toilet. Selesai membuang hajatnya, mencuci tangan lalu keluar dari toilet. Tiba-tiba datang seorang lelaki menghalangi jalannya.

“Ye encik, nak apa?”

“Dian!” Lelaki itu lalu memeluk Intan.

“Eh! Encik ni siapa? Lepaslah!” Intan Meronta-ronta.

“Dian. Abang rindu sangat dekat Dian.” Pelukanya tidak dilepaskan, malah makin erat.

“Eh, encik! Saya bukan dian. Encik mabuk ni. Tolonglah encik, lepaskan saya…”

“Abang rindu dian. Abang lama dah tunggu Dian. Dian tak rindukan abg ke?”

Dengan sekuat tenaga Intan menolak lelaki itu. Pelukan berjaya di lepaskan.

“Eh encik. Saya dah cakap saya ni bukan Dian! Encik tak faham bahasa ke, hah!? Suka hati je nak peluk orang. Lelaki gila! Kalau mabuk balik rumahlah. Menyusahkan orang!” Lalu melangkah pergi. Namun tangannya di Tarik, lalu lelaki itu menolak Intan dengan kasar ke dinding dengan tangannya mengenggam kedua-dua belah tangan Intan supaya tidak memukul-mukulnya. Sekarang wajah mereka saling menatap.

“Ee… lepaslah! Lelaki psycho! kau nak apa, huh!? Duit!?”

“Kahwin dengan aku.”

“Apa?! Kahwin dengan kau? Hahaha, jangan berguraulah. Tak lawak. Lepaslah!"

“Aku tak bergurau. Aku serius!”

"Hei! Sedarlah apa yang kau cakap ni? Kenal pun tak. Tiba-tiba nak ajak orang kahwin. Mampu ke? Lagipun siapa yang nak kahwin dengan lelaki psycho macam kau?”

Gengaman tangan lelaki itu semakin kuat.

“Sakitlah bodoh, Lepaslah.”

“Kalau kau nak aku lepaskan, kau kena kahwin dengan aku. Jangan sampai aku guna cara kasar.”

“Hei! Berapa kali aku nak cakap? Pekak ke!? I don't want to marry you! Stoplah paksa-paksa orang." Teriak Intan.

“Intan!” Dengan pantas Lee menumbuk wajah tampan pemuda itu.

Lelaki itu jatuh ke lantai. Rayyan bangkit lalu membalas tumbukan. Intan cuba menghalang mereka supaya tidak menjadikan masalah lebih besar.

“Dahlah!” Teriak Intan, lalu mereka berdua berhenti. Intan menggenggam tangan Lee supaya dia tidak menberontak.

“Kau buat apa dekat dia, huh!?” Marah Lee.

“Dahlah Lee. Jangan dilayan orang gila ni.” Pujuk Intan lalu membawa Lee pergi.

“Ingat. Aku takkan mengalah macam tu je. Bersiap sedialah menjadi isteri aku.” Kata Rayyan dengan senyuman penuh makna.

“Kau!” Lee ingin menyerang namun ditahan oleh Intan.

“Dah.!" Lalu menatap lelaki itu "Hei! Sorry. Walaupun kau bagi aku 1trilion sekali pun, aku tak berminat.” Lalu Intan membawa Lee pergi dari tempat itu, selang beberapa minit, Roy muncul, terkejut melihat keadaan Tuan Rayyan.

“Tuan! Tuan ok ke ni? Siapa buat tuan jadi macam ni nanti. Saya suruh orang-orang kita untuk tangkap mereka!” Panik melihat bibir tuannya berdarah.

“Tak perlu…” Lalu tersenyum “Biar saya sendiri yang jinakkan dia.” Lalu berlalu pergi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience