Bab 32

Crime Series 28566

Prang!

Terlepas sudip dari pegangan.

Aku ni dah kenapa? Asyik terjatuhkan barang je.

Entahlah berdebar semacam. Seakan orang menyeru nama aku.

Mira memasuki dapur dan membuka peti sejuk. Masih taknak bertegur sapa dengan aku. Dingin.

"Mira, kau baru balik kerja? Aku ada masak sup ayam dengan sambal udang. Jom makan sama."

Mira diam membisu.

Kerana Qarl kami bergaduh.

"Mira... Kau marahkan aku ke?"

Aku mencapai tangan Mira.

"Aku malas la cakap dengan kau."

"I'm really sorry. Kau tak hadap apa aku hadap, Mira."

"Aku taknak kau libatkan diri kau dengan masalah."

"Aku pun taknak cari masalah. Aku cuma... Risaukan dia. Salah ke?"

"Kau degil. Selagi kau backup Lee, aku taknak bercakap dengan kau."

"Mira..."

"Takkanlah sebab sorang lelaki kita nak bergaduh. Kau kenal aku ni macam mana kan?"

"Aku kenal kau. Kau bukan jenis cepat jatuh cinta. Hati kau keras macam batu, Anna. Kau tu perempuan yang tak mementingkan lelaki dalam hidup. Kenapa kau jadi lembik sebab Lee?"

Aku tunduk. Aku sendiri tiada jawapan.

"Aku taknak tengok kau terluka dan mengharap pada benda yang tak pasti."

"Lee bukan macam tu. Dia tak jahat. Kau salah faham dengan dia, Mira."

Aku buntu. Tak tahu nak terangkan situasi kami macam mana.

"Bila kau libatkan diri, May akan buru kau. Itu yang aku takut, Anna. Cukuplah kau menghilang 3 bulan dulu."

"May takkan apa-apakan aku. Allah kan ada."

Aku meyakinkan Mira walau hati aku juga rasa gusar.

"Hmm. Aku lapar. Aku pun taknak gaduh dengan kau. Dah dua hari kita masam muka. Sendukkan aku nasi boleh?"

Aku senyum.

Alhamdulillah. Mira dan aku dah berbaik.

Kami menjamah makanan sama-sama dengan penuh rasa syukur.

Usai makan, Mira bantu aku cuci pinggan.

"Kau dah tak kerja part time dekat restoran mamak tu lagi ke?"

"Kerja je lagi. Uncle Ramu kata esok boleh start. Dia cakap customer complain rasa Nasi Beriani tak sama macam dulu. Rindu chef Anna ni masak kot."

"Kalau boleh elak la syif malam. Aku taknak kau lalu lorong belakang restoran tu lagi."

Mira sekali lagi mengingatkan aku.

Tapi, itulah tujuan utama aku nak sambung kerja. Manalah tahu terserempak dengan Qarl kat situ.

"Anna, kau dengar tak?"

"Iya."

"Elakkan jalan sorang-sorang. Kalau kau nak pinjam kereta aku, guna jela."

Baiknya hati Mira.

"Habistu kau nak pergi kerja macam mana?"

Kesian dekat Mira. Takkanlah nak susahkan diri sebab aku.

"Aku boleh naik LRT. Kau tu jaga diri baik-baik bila kat luar. Jangan nak melencong lepas tamat kerja."

"Yela. Pandai-pandailah aku jaga diri. Kau jangan risau. Aku boleh tempah grab."

"Kadang-kadang susah nak baca fikiran kau, Anna. Kau dah tangkap cintan sangat dengan mamat mafia tu. Ingat, dia tu bukan sekufu kita."

Mira asyik tuduh Qarl bukan-bukan je.

"Iya. Iya. Aku faham. Thanks. Sayang jugak kau dekat aku kan."

Aku sengih kerang sambil mencucuk pinggang Mira. Seketika, kami bergelak ketawa bersama.

Tak sabar menunggu hari esok.
. .
. "Anna... Harini full boleh? Itu Kak Syam kena balik awal. Kalau Anna boleh stay, uncle kasi double."

Aku sedang memotong sayur sawi. Ramai pulak customer datang makan dekat restoran ni.

"Penatlah uncle. Lenguh dari tadi memotong sayur."

Aku mengelatkan wajah.

"Ayoyo. Bolehlah adik manis. Uncle kasi makan free saja. Tak perlu bayar utk dinner."

Pandai Uncle Ramu pujuk aku.

"Kasi boleh la ya."

"Hmm okay la. Kasi cincai la, uncle."

Kalau balik awal pun takde apa nak buat. Let's do the cooking. Yeah.

Aku kembali menyambung kerja memotong. Restoran 24 jam tapi pekerja tak ramai. Kedekut taik hidung masin betul mamak ni.

Usai saja waktu kerja, aku memandang ke satu lorong. Lorong yang aku trauma untuk lalui lagi.

Gelapnya.

Hati aku tergerak untuk lintasi lorong itu.

Eh. Jangan, Anna. Kan Mira dah pesan jangan sesekali lalu lorong gelap tu.

Kalau kau bertemu konco Qarl macam mana? Kalau Qarl culik kau lagi? Kalau kali ni kau mati kat tangan dia?

Allah... Apa aku mengarut ni? Tak mungkin Qarl akan bunuh aku.

Aku kan dah jadi perempuan kesayangan dia.

Hati dan minda saling bertelagah. Mata dipejamkan serapat yang mungkin.

Kenapa la akal aku ni suka buat perkara yang bukan-bukan?

Tapi, aku nak tahu Qarl di mana.

No, Anna. No. Jangan cari pasal.

Aku terus melangkah ke perhentian teksi. Duduk dan termenung sementara menanti grabcar tiba.

Mungkin aku harus terima hakikat yang dia tidak wujud lagi dalam hidup aku.

Aku yakin. Kalau benar jodoh kami kuat, aku akan bertemu dia.

Entah macam mana aku terpandangkan kereta yang melintasi depan aku.

Kami sama-sama terpandang.

Qarl...

Aku terus terbangun. Tapi kereta itu bergerak dengan laju meninggalkan traffic light yang berwarna hijau.

Macam dia. Atau memang dia?

Dada aku berdegup laju. Baru saja aku berdoa dalam hati.
. .
. Qarl terpandangkan wajah polos Anna.

Shark pandu kereta laju sangat. Dia tak sempat nak pandang lama ke satu arah.

"Stop. Stop."

"Kenapa bos?"

Shark memperlahankan kelajuan kereta.

"Aku nampak Anna."

"Anna? Bukan dia dekat kampung ke?"

"I'm not sure. Macam dia."

Takkanlah aku salah pandang.

"Habistu kita nak patah balik ke?"

"Kau u-turn cepat. Aku nak pastikan apa yang aku pandang tadi."

Shark terus memulas stereng untuk u-turn.

Sebaik saja kereta mereka melintasi sekali lagi perhentian teksi tersebut, perempuan tadi sudah tiada.

Kosong. Tiada sesiapa.

"Ala... Mana pulak dia pergi?"

"Kau bawak slow sangat la."

Qarl memarahi Shark.

"Tadi bawak laju kena marah. Bawak slow kena marah. Sorry la, bos. Silap saya."

Qarl menarik muka masam.

Mungkin dia yang salah pandang. Kerana terbayangkan wajah Anna ketika ini.

Tapi kalau betul dia. Apa dia buat dekat KL? Aku suruh dia stay dekat kampung.

"So, macam mana?"

"Jomlah. Mungkin aku silap pandang."

Qarl memandang lama ke arah perhentian teksi itu.

Kereta meluncur pergi menuju ke arah destinasi.
. .
. Anna melangkah masuk ke dalam bilik. Beg sandang dicampakkan ke atas katil.

Tak mungkin dia salah pandang.

Tapi, kalau benar itu Qarl tentu dia dah berhentikan keretanya tadi.

Grab ni pulak tiba tepat je pada waktunya. Tak sempat aku nak kejar kereta tadi.

Kenapa la aku berharap lebih? Dia tak suka aku kot. Main-main agaknya.

Cinta tu kan tak wujud.

Aku je yang angau. Dia takde pun rindu aku. Buktinya dia mendiamkan diri sehingga ke hari ini.

KL ni tak besar mana. Aku yakin, dia ada di sekitar sini juga.

Mata terhala ke arah siling.

Banyak perkara yang aku kena fikirkan. Hal study lagi. Kerja part time. Bagi duit kat adik-adik.

Esok aku nak melawat kampus. Rindu. Seronok jadi pelajar. Tak perlu fikir perkara selain hal study.

Mata terpejam tanpa disuruh. Penat menyelebungi seisi kudrat.

Goodnight, dunia. Semoga esok hari indah untuk Anna Adriana.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience