NAFAS dihela berkali-kali. Penat. Letih. Bekerja sebagai penyiasat persendirian memang memenatkan, tetapi itu sangat berbaloi. Harga yang diberi sangat lumayan. Berbilang-bilang biji mata dibuatnya.
Jin Young membuka butang atas baju kemejanya. Rimas. Butang baju di hujung tangan disingsing hingga ke paras siku. Tubuh disandarkan pada sofa dan mata dipejamkan. Niat mahu tidur sebentar.
"Yah, Jin Young!"
Serta-merta kantuk Jin Young hilang. Dia berdengus.
"Ada apa, Hannie?" soalnya lemah. Malas mahu membuka mata. Sakit-sakit badannya masih teras sewaktu menyorok di bawah kereta terpakai di bengkel tadi untuk menyiasat orang. Hatinya menyumpah seranah bosnya yang kadangkala bengongnya keluar itu. Suka hati suruh siasat itu ini tetapi buat masa sekarang, dialah penyiasat han dalan. Semua orang kenal dia dengan nama Irene. Si penyiasat yang licik dan lincah.
"Kita ada job." Hannie bersuara mendatar. Serta-merta mata Jin Young terbuntang luas.
"Again?! Dah malam kut?!" Ya, inilah yang Jin Young kurang gemar. Malam-malam seperti ini pun ada kerja masuk dan yang paling geramnya, majikannya suka sangat traniee sampai pengsan. Kalau diikutkan, tak tidur dia asyik memikir itu ini.
"Yes. Again. Kau kena faham, servis kita 24 hours. So, reda jelah," balas Hannie lalu menghempaskan tubuhnya di sofa. Dia juga merupakan penyiasat persendirian di bawah bos yang sama.
Satu rumah ini, diduduki empat orang gadis yakni Jin Young, Hannie, Xia Lu dan Laxy. Mereka berempat bekerja sebagai penyiasat persendirian di bawah seorang wanita yang berpengalaman dalam dunia penyiasatan. Lebih kurang macam Detective Conan tapi ini perempuan. Bukan lelaki. Lebih kurang macam Totally Spice jugaklah.
Kiranya setiap kali mereka bertugas, mereka bertugas bersama-sama. Tetap jika banyak kerja masuk, terpaksalah berpecah dan menguruskan sendiri. Bukan mereka tidak biasa, dah biasa sangat dah. Kadang-kala berpecah dua kumpulan. Tapi berapa kali je bertugas empat orang. Boleh dikira jumlahnya.
"Kat mana kita kena buat ni?" soal Jin Young lalu menegakkan tubuhnya. Dia mengeliat sedikit.
"I don't know."
Dahi Jin Young berkerut seribu. "Tak tahu? Maksudnya... kita..."
"Yes, kes ni susah. Kita kena cari sendiri location manusia tu kat mana," kata Hannie tanpa memandang Jin Young. Dia memejamkan mata.
"Siapa yang kita nak cari ni?" tanya Jin Young lagi.
"Borakkan apa ni?" Tiba-tiba, Xia Lu dan Laxy datang menyampuk. Mereka baru selesai mandi. Nampak sangat mereka berdua tidak tahu yang mereka akan turun padang lagi. Nasiblah, labu-labu...
"Kita ada job." Kali kedua Hannie mengkhabarkan. Laxy yang baru mahu melabuhkan punggungnya terkaku memandang Hannie dan Jin Young silih-berganti manakala Xia Lu pula jangan cerita, awal-awal dah lembik di sebelah Hannie.
"Aku dah cukup penat dah malam ni!!!!" Xia Lu menjerit geram tepat pada telinga Hannie. Hannie mengetap bibir. Mata menjeling Xia Lu di sebelah.
"Kau fikir aku patung? Sakitlah, gila!"
"Wei, wei, stop. Location mana nak kena buat ni?" Soalan yang sama diajukan oleh Jin Young tadi tetapi kali ini Laxy yang menyoal.
"Bos tak bagi tahu location dan dia pun tak tahu. Kita kena cari sendirilah," kata Hannie lagi dalam nada mendatar. Nampak sangat tak ada mood. Dari pagi tadi mereka bekerja tak berhenti. Ingatkan nak berehat malam ni, rupa-rupanya... mimpi!!!
"Ni, siapa orang tu? Penjenayah ke apa?" Jin Young kembali ke soalannya. Tumpuan Hannie kembali terarah kepada Jin Young.
"Apa yang aku tahu, bos cakap, banyak kali dia tolak request dari orang untuk siasat orang ni. Sebab dia tak nak kita terjerat. Kim Jong In, ataupun Kai, seorang lelaki yang terkenal dengan kejahatan, kekejaman, kaki kelab dan seorang yang pendendam. Semua penyiasat kena dengan dia. 10 orang penyiasat lelaki tunduk dengan dia. Macam mana kalau kita? Perempuan..."
Hannie mendatar seraya tersenyum sinis. Jin Young, Laxy dan Xia Lu terpana. 10 orang tunduk dengan lelaki itu?
"Tunduk? Kita tengok.. siapa tunduk dengan siapa..." Jin Young segera bangun. Mahu bersiap. Dia berminat mahu menyiasat lelaki itu. Rakan-rakannya yang lain berpandangan sesama sendiri. Mereka tidak hairan. Jin Young kerap begitu. Lagi-lagi dengan cabaran baru. Dialah nombor satu.
Jin Young. Seorang penyiasat yang licik dan handal.
Share this novel
test_account
saya suka jalan ceritanya....baca tanpa berhenti dan....happy ending tapi .....sambungan lagi
best jalan cerita nya..tapi macam ada sambungan je...