20

Romance Completed 95763

‘Meena?’ sebaik saja mendengar sebaris nama itu, Anggun Dahlia memusingkan badannya 90 darjah. Matanya meliar mencari empunya nama itu. Ya. Sudah pasti dialah orangnya. Satu-satunya perempuan yang menyertai sesi perbualan tersebut.. Renungan tajam dihadiahkan buatnya.

‘Oh, jadi inilah orangnya. Meena versi Aminah.’ Dia tersengih sinis. Tiba-tiba meluat pula dengan perempuan itu. Panas. Berbahang hatinya ketika itu.

“Come, sayang. Abang teman sayang makan.” Ikram Benjamin memimpin kemas tangan lembut itu menuju ke meja buffet.

Sampai saja ditempat yang menyediakan makanan, Anggun Dahlia terus mencapai piring kecil yang telah diisi dengan sepotong roti dan dua potong pastri. Terdapat beberapa orang tetamu juga yang sedang menikmati juadah yang disediakan. Bukan itu sahaja, dia juga mencapai sepinggan daging yang berisi set steak. Dia menelan liur melihat hidangan itu. Ikram Benjamin pula memandang pelik. Sejak bila perempuan itu tahu makan dalam kuantiti yang banyak?

“Lapar sangat ya sayang abang ni? Sebelum datang sini tak sarapan dulu ke?” Dia turut melabuhkan punggung ke bangku tinggi yang disediakan. Dia memandang Anggun Dahlia yang sedang berselera menyuap steak ke mulutnya.

“Tak.” Sepatah saja jawapan yang diberi. Dia menyambung semula suapannya. Kunyahan demi kunyahan ditelan rakus. Sebenarnya dia tidaklah terlalu lapar. Mungkin itu saja caranya untuk melepaskan geram yang terbuku dihati. Tanpa mereka sedari, ada seseoran yang sedang menghampiri mereka.

“Hi, can I join you?” Meena Nelson berdiri dihadapan mereka. Anggun Dahlia mengangkat muka memandang gerangan yang bersuara. Bagai mahu tersembur makanan yang ada didalam mulutnya ketika itu. Baru saja namanya disebut dalam hati, sekarang muncul pula si empunya badan. Anggun Dahlia menggigit bibir bawah.

“Sure. I sekejap sajadekat sini. Teman Dahlia makan.” Tenang saja Ikram Benjamin mempelawa perempuan itu. Sedangkan Anggun Dahlia sedang memandangnya tajam.

‘Boleh dia ajak perempuan lain makan sekali dengan isteri dia? Ini boleh jadi steak aku tak makan, kau yang aku makan nanti! Ugh!’ Keningnya dijungkit tanda tidak percaya. Dia memandang ke arah dua manusia yang sedang rancak berbual. Seolah-olah dia tidak wujud disitu. Tolonglah sedar diri sikit bahawa dirinya masih disitu! Dia bukannya secebis kuman mahupun hama yang orang tidak boleh nampak dengan mata kasar. Pisau untuk memotong steak digenggam erat. Bila-bila masa saja pisau itu akan menghunus Meena Nelson. Gigi diketap geram.

“Kau tak makan sekali? Boleh teman aku makan sekali.” Meena Nelson bersuara. Sambil itu, tangannya sibuk mencapai semangkuk pudding. Membuntang mata Anggun Dahlia mendengar ajakan itu.

‘Apa? Dia ajak suami aku makan sekali?! Wah, memang nak kena perempuan ni!’ Turun naik nafasnya ketika itu. Tetapi cepat saja dikawalnya. Risau nanti mahu terbalik meja makan dibuatnya. Bawa bersabar ya. Lantas, dia memaksa otaknya untuk bekerja keras memikirkan sesuatu. Kemudian, dia tersenyum sinis.

“Baby…suapkan.” Garfu yang digunakan untuk memakan steak tadi kini beralih tangan. Anggun dahlia memulakan peranannya sebagai seorang isteri kepada lelaki yang bernama Ikram Benjamin. Pinggan steak juga disua mendekati Ikram Benjamin. Matanya tidak lepas memandang lelaki itu. Ah, apa nak jadi, jadilah! Yang penting rasa tidak puas hatinya akan terlunas.

“Hah? Err… panggil apa tadi?” Ikram Benjamin memandang Anggun Dahlia. Matanya dikelipkan beberapa kali. Rasanya itu bukan mimpi. Ayat yang didengarinnya tadi juga jelas pada pendengarannya. Cuma dia mahu memastikan bahawa Anggun Dahlia tidak tersasul.

“B…baby.” Gugup mahu menuturkan perkataan itu. Ah, Anggun Dahlia! Kenapa suka memalukan diri sendiri? Sementara itu, Meena Nelson menjadi pemerhati mereka sejak tadi. Bibirnya melorek senyuman kecil dengan adegan itu. ‘Comel.’

“Cepatlah. Suapkan. Aaa..” Dia membuka mulut meminta untuk disuap oleh Ikram Benjamin
. “Okey…abang suap. Come, sayang.” Dia menyua garfu yang dicucuk dengan hirisan steak ke mulut Anggun Dahlia. Keningnya dijungkitkan. Mimpi apa agaknya perempuan itu? Namun, dia tetapi melayan kerenah perempuan itu. Bibirnya dari tadi tidak lekang dengan sengihan. Angau tak berkesudahan nampaknya dia.

“Makan pun bersuap ya. Runginya aku tak kahwin dari dulu. Kalau tak,mesti sekarang aku merasa juga ada orang yang suapkan aku.” Meena Nelson memandang ke arah pasangan itu. Dia menyambung suapan yang masih berbaki.

Bzzz!

Telefonnya berbunyi. Meena nelson menjawab seketika panggilan yang diterima. Tidak lama kemudian, panggilan dimatikan. Dia bangun dan mencapai clutch diatas meja.

“I got to go. Anyway, enjoy your meal, ‘baby’. Dia sempat mencuit hidung Anggun Dahlia. Kemudian dia mengulum senyum manis. Cepat saja cuitan itu ditepis Anggun Dahlia. Ada hati mahu mencuit dirinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience