Bab 9

Crime Series 28563

Peluh mula berjejeran di dahi. Bilik ni...

Habuknya sangat sangat halus. Aku dipaksa mengemop, mengelap tingkap, membersihkan sawang di siling.

Berdebu.

Dari pagi sampai petang, aku mengemas tanpa henti.

Hmm. Takpela, Anna.

Ini lebih baik dari aku diikat tangan dan kaki. Sekurangnya aku tak dikurung dalam bilik gelap itu.

Bilik gelap yang tiada cahaya. Tiada jendela. Tiada jalan untuk lari. Seolah tahanan penjara.

Aku mengeluh panjang.

Qarl melangkah masuk ke dalam bilik. Dia menyentuh permukaan meja dan tetingkap.

"Ni apa ni? Kau ni kemas macam mana? Masih berhabuk. Aku bencikan kotoran."

Aku terkelu.

Mamat ni ada OCD ke?

Aku dah lap bersih-bersih. Apa yang mamat mafia ni tak puas hati?

"Habuk? Nak bersih macam mana lagi?"

Aku mengerling Qarl. Sambil membuat muka cemberut.

"Oh. Tak sangka mata kau ada kanta pembesar. Boleh detect habuk sekecil kuman."

Aku memerli dia.

Qarl membuat gaya dengar tak dengar. Perangai.

Ketua mafia apa macam ni?

"Tak cukup bersih. Bersihkan hingga aku rasa puas hati."

Pembuli.

Okay. Aku ikut semua kata-kata kau. Kau nak sangat aku bersihkan sampai tiada debu langsung kan.

Aku mengambil mop tadi, lalu aku mengemop semula lantai di hadapan dia.

Nak sangat tengok aku kemas depan kau kan?

"Bagus. Kau ni memang rajin, boleh diharap. Tak sia-sia aku culik kau. Sesuai jadikan kau bibik."

Qarl ketawa terbahak-bahak. Tak lawak la sengal.

"Anna Adriana, apa cita-cita kau yang sebenarnya?"

Tangan aku terhenti mengemop.

Perlukah aku jawab?

Diam.

"Anna Adriana binti Ahmad Fauzi."

Dia menyebut nama penuh aku. Segalanya dia tahu pasal aku. Perlukah aku menjawab?

"Perlukah aku menjawab pertanyaan kau? Bukankah kau tahu segalanya tentang aku?"

"Iya. Aku tahu. Sengaja mahu bertanya lagi."

Kalau begitu, dia tak perlukan jawapan aku lagi.

"Pensyarah."

"Nak sambung belajar lagi?"

Iya. Mestilah. Tapi impian aku bakal hancur gara-gara kau menculik aku.

"Bila kau decide nak sambung?"

Soalan dia...

Penat nak menjawabnya. Perlukah ambil tahu segalanya tentang aku?

"Entah."

"Baguslah sambung belajar. Ada masa depan. Aku pun ingat nak sambung PHD."

Mop di tangan terlepas dari pegangan. Dia da ada master ke?

Qarl merenung tajam.

"Kenapa? Terkejut? Kau ingat aku tak belajar tinggi macam kau?"

Aku sangkakan dia si ketua mafia yang tiada pelajaran. Bukan mahu memandang rendah padanya, cuma aku tak menjangkakan yang dia juga ada cita-cita.

Habistu, mengapa dia memilih untuk jadi mafia?

Aku terkedu.

"Aku tahu kau fikir aku seorang mafia yang tiada masa depan kan?"

"Habistu, kenapa kau memilih jalan ini?Membuat jenayah?"

Aku melontarkan pertanyaan.

"None of your business."

Cehh. Aku tahu itu bukan urusan aku.

Aku tidak mahu tahu. Tetapi, aku tertanya-tanya. Pelik. Qarl Lee seorang yang pelik.

Taknak bagitau aku pun takpe. Do I care?

Aku menjongketkan bahu. Bukan urusan aku, takpelah kalau begitu.

"Nah, ambik ni. Pakaian dan keperluan untuk kau."

Qarl meletakkan beg plastik berisi pakaian ke atas meja.

Eh, banyaknya dia belikan. Kau mahu aku stay di sini untuk jangka masa yang lama ke?

"Aku harap kau suka apa yang aku beli. Tak cerewet."

Aku menjenguk beg plastik berisi pakaian itu.

Oh my god.

Lelaki ini.. Seakan mahu mencabar aku.

Tahu apa yang dia beli?

Huhu. Taknak pakai. Takkan pakai.

Qarl tersenyum sinis.

"Kenapa dengan kau? Terkedu?"

Memang aku terkedu.

Qarl Lee, you are so annoying. Ya Allah...

"Pakai jugak. Duit aku da berhabis banyak untuk kau. Suruh kau pakai baju aku, kau taknak."

Sengal la kau.

"Aku tak suruh kau beli pun. Lagi-lagi baju yang begini."

"Huh. Aku da beli. Suka atau tidak, kau takde pilihan lain."

Taknak. Taknak. Taknak.

"Aku tahu kau sedang memprotes di dalam hati."

Eh eh. Dia boleh baca kata hati aku.

"Tengok dari reaksi muka pun aku da boleh agak."

Qarl senyum senget.

"Kalau macam tu better aku pakai baju kau je. Bak sini nak pinjam."

"Tak boleh. Masa untuk meminjam da expired. Sanggup kau pakai baju aku? Tak kisah segala peluh aku?"

Oh man.

"Sekurangnya lagi tertutup dari pakai benda alah yang kau beli ni!!"

Aku mula meninggikan suara.

"Woww. Sanggup kau pakai baju aku. Not bad."

Dia memerli aku lagi.

"Anna. Anna. Kau ni kadang-kadang kelakar. Pakai je baju aku. Mana tau tu boleh mendekatkan kita."

Erk? Seramnya kata-kata dia.

Wajahku merah menahan rasa malu.

Dia melangkah ke arah almari. Lalu, mengeluarkan isi pakaiannya. Baju T-shirt dan seluar tracksuit.

"Aku lagi suka kau pakai baju aku."

Suka kau pakai baju aku?

Kata-katanya bagaikan terngiang-ngiang di corong telinga.

Aku tidak mampu menghadam kata-katanya. Nonsense.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience