Bab 4

Horror & Thriller Completed 3437

Elysa bersarapan di kafe yang terletak berdekatan dengan hotelnya.Makanannya dijamah separuh sahaja.Elysa tiada selera mengingatkan kejadian yang berlaku semalam. Malam itu dia tidak dapat tidur lena kerana tingkap biliknya diketuk ketuk dari luar sedangkan biliknya berada di tingkat 4.Kalau pokok memang taklah sebab pokok pokok di situ tidak mencapai tingkat 4.

"Selamat pagi,Elysa."sapa Ira.

"Selamat pagi."balas Elysa.Sedikit sebanyak dia berasa tenang bila melihat wajah Ira. Mengingatkan dirinya kepada Alysa.Entahlah kenapa.

"Boleh saya duduk sini?"tanya Ira.

"Duduklah.Bagus juga ada kawan ni.Tidak lah boring sangat."kata Elysa.

Ira duduk di hadapan Elysa yang sedang merenung makanannya.

"Makanan tu untuk ditenung ke?"tanya Ira.

"Eh,taklah.Cuma tiada selera nak makan.Awak tak beli makanan ke?"tanya pula.

"Err..saya dah kenyang dah.Hehe."jawab Ira.

"Oh."

"Kenapa awak nampak macam risau ni?"tanya Ira.

"Saya rasa pelik sejak datang sini.Awak tak rasa apa apa ke?"tanya Elysa.

"Ada!Saya selalu nampak perempuan rambut panjang."jawab Ira.

"Awak pun nampak perempuan rambut panjang? Apa dia buat dekat awak?"Elysa kelihatan terkejut.Suaranya agak kuat.

"Tiada apa apa.Dia muncul je."balas Ira.

"Oh.."

"Saya dengar dia akan muncul kalau orang tu ada buat kesalahan besar."sambung Ira.

"Kesalahan besar?"Elysa kebingungan.

"Ya.Awak..tak ingat apa apa ke?"tanya Ira seperti sedang memastikan sesuatu.

"Kenapa awak tanya ni macam awak tahu saya ada buat kesalahan?"tanya Elysa.

"Yelah.Kadang kadang muka kita nampak macam baik tapi kita tidak tahu hatinya bila dia dah resah."balas Ira sambil merenung tepat ke arah anak mata Elysa.

"Jadi awak syak saya dah buat kesalahan lah ni?"tanya Elysa.

"Taklah.Saya cuma kenal satu orang yang mempunyai ciri ciri yang saya sebut tadi."balas Ira.

"Awak.."tidak habis Elysa menghabiskan ayatnya ada orang datang menyapa.

"Hai!"Elysa memandang gerangan siapa yang menyapanya.

'Mamat ni lagi.'getus hati Elysa.

"Saya gerak dululah.Nanti kita sembang lagi." kata Ira lalu beredar dari situ dengan segera.

"Err..kau cakap dengan siapa tadi?"tanya lelaki tadi.

"Bukan urusan kau."balas Elysa dingin.Dia terpandang sekeliling kafe.Ada yang berbisik dan menoleh ke arahnya.Seperti pelikkan sesuatu.

"Boleh aku cakap dengan kau sekejap?"tanya lelaki itu.

"Tak boleh."balas Elysa lalu melangkah keluar dari kafe itu apabila mendapati dirinya di tenung oleh orang lain.

Lelaki tadi mengejar Elysa kemudian berdiri di hadapan Elysa.

"Apa kau nak ni?"tanya Elysa.

"Aku nak berbincang dengan kau."jawab lelaki itu.

"Apa dia?"tanya Elysa sambil merenung lelaki di hadapannya.

"Aku nak minta maaf.Aku tak patut marah kau semalam.Yelah,sekarang ni telampau banyak kes orang bunuh diri ni."kata lelaki itu.

"Orang orang itu ialah orang yang tidak kuat imannya.Itu jak yang kau nak cakap kan?Bye!" Elysa cuba untuk beredar dari situ tapi lelaki itu terlebih dahulu menahannya.

"Apa lagi ni?"rungut Elysa.

"Aku just nak tanya kita pernah jumpa ke sebelum ni?"tanya lelaki itu.

"Tak."balas Elysa pendek.

"Aku macam pernah nampak kau lah.Anyway, nama aku Imran."kata lelaki yang bergelar Imran itu.

"Elysa."balas Elysa pendek.Tidak baik pula jika bersikap terlalu dingin dengan lelaki itu sedangkan dia yang menyelamatinya dan meminta maaf.

"Kau masih marahkan aku ke?"tanya Imran.

"Tak.."balas Elysa lalu beredar dari situ.

"Terima kasih."jerit Imran.Dia melihat Elysa yang berada jauh di hadapan.

'Kenapa aku macam pernah nampak dia?'tanya Imran dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience