BAB 4

Family Completed 1384

Dia duduk bersila di bawah lampu jalan. Bibirnya mengukir senyuman. Mata Allyssa terbeliak. Dia sudah tidak boleh bernafas. Tiba-tiba pula berasa seperti kehilangan oksigen.

“Ta… Tangan! Siapa punya ni?” Jerit Allyssa yang terkejut apabila dalam genggamannya tadi ialah tangan seseorang yang berlumuran dengan darah bukannya krim cair!

Allyssa mencampak sahaja tangan tersebut. Dia sudah tidak keruan. Bagaimanakah tangan boleh berada di situ? Macam dikerat-kerat.

Jauh Allyssa melarikan diri. Dia tidak tahu ke mana lagi dia harus berlari. Dadanya masih berdebar-debar. Dia tidak mahu kembali ke lorong yang gelap itu.

Sudahlah gelap, ada pula tangan manusia di dalam kotak itu tadi! Memang dia tidak mahu ke sana lagi. Biarlah dia bersembunyi di tempat lain asalkan bukan di lorong tersebut.

Nasib Allyssa baik. Dia ternampak sebuah kedai yang masih elok. Walaupun banyak bangunan yang runtuh di negaranya itu, dia pasti kedai tersebut selamat untuk bersembunyi.

Dia menapak perlahan-lahan untuk masuk ke kedai itu. Dia perlu berhati-hati. Dia berharap abangnya tidak marah kepada dirinya kerana telah bertukar tempat persembunyian.

Lagipun biarlah abangnya itu bersusah-payah untuk mencari dia. Sakit pula hati Allyssa kerana abangnya meninggalkannya sendirian. Walaupun sakit hati, dia rindu!

Kedai yang menjadi tempat persembunyian baharu buat Allyssa ternyata lebih selamat. Rupa-rupanya kedai itu ialah sebuah kedai jahit.

Terdapat dua buah mesin jahit yang masih teguh berada di atas meja. Mesin-mesin jahit yang lain sudah hancur.

Mungkin kerana ada perompak. Entah, Allyssa malas mahu berfikir panjang. Apa yang dia nampak ialah pintu masuk kedai itu mempunyai lubang-lubang kecil. Kaca-kaca yang berada dalam kedai itu juga sudah hancur berkecai. Allyssa tidak tahu apa-apa. Susah betul untuk merungkaikan segala persoalan yang berada di mindanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience