BAB 4

Horror & Thriller Completed 7342

Gangguan seterusnya berlaku kepada isteri saya. Pejabat saya ni sebenarnya tiada tandas. Kalau nak membuang air, terpaksa guna tandas awam di luar di tingkat yang sama.

Setiap tingkat ada satu tandas. Kedudukan tandas ni agak jauh juga. Kadang-kadang kalau waktu malam, seram juga nak ke tandas sendirian.

Dipendekkan cerita, pada satu malam tu, isteri saya tak tahan nak buang air besar. Dia pun terus pergi tandas. Sampai je kat tandas, terus dia lepaskan hajat tanpa fikir panjang.

Beberapa minit kemudian, isteri saya selesai buang air, dia pun buka la paip air untuk basuh, malangnya air tak ade. Dia pun mengeluh dengan agak kuat la dalam tandas tu.

"Aduuh!!! Air pulak takde! "

Sejurus sahaja selepas dia mengeluh, tiba-tiba dia terdengar ada orang bersuara dalam tandas tu.

"Awak kat sebelah?.... Awak kat sebelah nak tisu ke?"
Cara suara tu bercakap teramat perlahan. Agak susah untuk menangkap apa yang dikatakan. Tapi mungkin oleh kerana suasana di sana sunyi, isteri saya tetap dapat dengar apa yang suara tu katakan.

Jadi, isteri saya balas,

"Ya cik, saya perlu tisu"

Orang tadi tanpa bersuara, terus menghulurkan tisu dari bawah dinding kubik itu. Isteri saya ambil tisu tersebut dan ucap terima kasih namun tak berbalas.

Selepas selesai sahaja, isteri saya bangun, belum sempat isteri saya buka pintu kubik tandas tu, tiba-tiba terdengar lagi bunyi suara yang sama tadi.

“Awak dah ok ke?"

Isteri saya dengan pantas membuka pintu sambil jawab.

“Ya saya ok."

Semasa isteri saya sedang keluar, alangkah terkejutnya isteri saya apabila dia melihat pintu kubikal tandas di sebelah terbuka luas dan kelihatan langsung tiada orang.

Habis tu, siapa yang bercakap tadi?!

Isteri saya dengan pantas berlari menuju ke pejabat. Sampai je di pejabat, isteri saya ceritakan segalanya pada saya dan kami terus pulang ke rumah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience