Chapter 15

Drama Series 633633

“Adik nak jaga mak dekat wad tapi ….” Fakhrul merenung wajah isterinya yang sugul itu. Air mata Hana Aishah bertakung. Bibir nipis yang pucat itu diketap rapat menahan sebak.

“Mak tahu and mak tak nak adik teman mak pun” Teacher Basirah yang sedang berbaring sambil meribakan Adam itu membalas tenang. Matanya yang sejak tadi ralit melihat Adam yang masih tidur nyenyak itu dikalihkan memandang anak perempuannya.

“Mak marah adik lagi ke. You don’t want me around” air mata isterinya yang tadi bertakung mengalir deras saat Hana Aishah bertanya sebah.

“Adik tak buat salah dengan mak. Yang berdosa mak. Dekat adik. Dekat arwah Adam. Dekat adik Adam” jelas kekesalan di sebalik suara ibu mertuanya.

“Mak mintak maaf walaupun mak tahu dosa mak terlalu besar dekat adik dengan anak – anak adik” Hana Aishah memeluk tubuh ibunya erat. Wajah yang pucat itu dikucup berkali – kali.

“Adik tak pernah salahkan mak. How could I after everything you did for me since I was in your womb till now. Please stop saying sorry” saat Hana Aishah menangis di dalam pelukan ibunya meminta, mata Fakhrul dan mata ibu mertuanya bertembung.

Saat itu, Fakhrul dapat melihat sepasang anak mata yang menanggung seribu kesakitan sebelum ini dilimpahi cahaya bahagia. Anak mata coklat yang selalu menjadi pengubat rindunya pada Hana Aishah yang menanggung seribu penyesalan itu hari ini jelas sinar bahagianya.

“Aishah nak mak , abah , papa , mama , ibu and abi happy je selalu. So its ok if we don’t get to spend weekend just the two of us. We have the rest of our life to do so but Aishah tak tahu berapa lama we will be able to care for our parents. So, we rotate ok. Seminggu subang, seminggu Bangsar, seminggu rawang” permintaan Hana Aishah sewaktu minggu pertama mereka bernikah. Permintaan yang dia tolak mentah kerana mahu sepenuh perhatian Hana Aishah hanya padanya.

Sebelum pemergian isterinya, Fakhrul tidak faham mengapa isterinya meminta sebegitu tetapi setelah dia ditinggalkan bersendirian barulah dia faham. Kepentingan keluarga. Sejujurnya, dia hanya melangsaikan apa yang Hana Aishah pinta sewaktu mereka bersama. Untuk menjaga kedua ibu bapa mereka termasuklah ibu bapa susuan Fakhrul.

Tetapi semakin banyak masa dia habiskan bersama orang tua mereka semakin dia mengerti apa itu erti teman di kala kesunyian. Seperti mana dia kesunyian tanpa isterinya begitulah sunyinya mereka tanpa anak cucu mereka. Kebahagiaan yang terserlah di wajah mertuanya saat melihat kehadiran dia, perkembangan mamanya yang bertambah baik apabila dia membawa mamanya sekali sekala untuk physioterapi.

“Mak tak marah adik tapi if you insist to stay then mak akan marah” suara mertuanya membawanya kembali ke alam realiti.

Bilik yang tadi penuh dengan anak cucu Kapten Azam kini sunyi sebentar. Mereka semua pergi ke kafeteria untuk menjamu selera tetapi Hana Aishah tidak mahu ikut serta. Mahu menemani Teacher Basirah. Fakhrul pula seperti semenjak semalam hanya melekat di tempat di mana beradanya Hana Aishah dan Adam.

“Ala kenapa pulak?” rajuk isterinya akan dikembarkan dengan cebikan di bibir. Fakhrul tersenyum sendiri mengingatkan saat indah mereka dahulu. Hana Aishah yang kuat merajuk tetapi kalau kena ubatnya, hilang terus rajuk itu.

“Tu Adam siapa nak jaga. Adik ni pun” Teacher Basirah memicit pipi anak perempuannya.

“I know. Adam menyusu lagi. That’s why I can’t stay in the ward with you. Susahnya” rungutan Hana Aishah kedengaran.

“I just want to know your whereabout. I want to hold you. Allah dah bagi dekat mak lebih dari tu. Mak bersyukur sangat dik” Teacher Basirah mengusap pipi Hana Aishah.

“Tapi mak dekat sini sorang – sorang. I`m suppose to be here with you. Taking care of you” sebak suara Hana Aishah kedengaran.

“Baby kan ada. Anything baby bagi tau Kak Dik” suara Alif Haziq yang baru masuk ke bilik rawatan itu kedengaran membuatkan mereka semua merenung kea rah adik lelaki isterinya yang membawa beberapa bungkus makanan.

“Still I don’t like it. I want to be here with you. Adik rindu mak. Sangat – sangat” Hana Aishah merenung kearah Teacher Basirah kembali.

“Nanti mak dah sihat mak balik. Adik tidur la puas – puas dengan mak. Ok” Teacher Basirah memujuk Hana Aishah yang sudah bergenang kembali air matanya.

“Mak kena sihat balik. Please promise me” saat itu air mata Hana Aishah gugur sekali lagi.

“Adik rindu sangat mak. I miss your smell. I miss your hug. I miss your kiss. I miss you nagging me. Every single thing about you” hati Fakhrul dipangguk rasa bersalah lagi saat mendengar kata – kata isterinya. Kalau bukan kerana kejahilannya sebagai seorang suami, Hana Aishah tidak akan pergi.

“We miss you too Kak Dik. Every single damn day” Alif Haziq melabuhkan punggung di sebelah Hana Aishah sebelum memeluk tubuh kakaknya erat. Fakhrul tidak mampu berkata apa – apa saat itu. Lidahnya kelu tidak tahu mahu berbicara apa kerana dia tahu puncanya adalah dia.

Tadi sewaktu Teacher Basirah memeluk keempat – empat orang anaknya, kebahagiaan yang muncul di wajah ibu mertuanya membuatkan dosa Fakhrul seperti berganda.

“Baby belikan Kak Dik nasi lemak. Kak Dik makan dulu. Jangan nangis ok. After this we`ll go through everything together. Alif akan jaga Kak Dik and Adam” Fakhrul menelan kesat air liurnya mendengar kata – kata adik iparnya. Dia masih ingat kebencian Alif Haziq terhadapnya.

“You broke her. You broke my family. I wont forgive you sampai aku mati” kata – kata Alif Haziq sewaktu jamuan makan malam yang dibuat sempena kepulangan Alif Haziq daripada Amerika Syarikat. Kata – kata yang membuatkan kakinya yang mahu melangkah masuk ke laman rumah Kapten Azam dimatikan. Kakinya terus melangkah pergi kerana tidak mahu merosakkan lagi apa yang telah dia hancurkan.

Malam itu dia habiskan di pusara anak sulungnya. Mencari ketenangan dalam kesakitan jiwanya. Saat ini dia gentar mengingatkan ugutan Alif Haziq dua tahun lepas. Janji adik iparnya dalam kekecewaan.

“Kau ingat janji aku Tengku Fakhrul. Aku akan pastikan …” lamunan Fakhrul terbantut saat suara ibu mertuanya menyebut nama dia.

“Lah. Kenapa beli satu. Tu abang Fakhrul pun tak makan lagi” Alif Haziq yang selama seminggu ini asyik melekat dengan dia itu terus berubah. Dia sudah perasan semenjak siang tadi lagi sewaktu mereka hendak bergerak ke hospital tapi dia tebalkan sahaja mukanya.

“Alah dia kaya mak. Pandailah cari makanan sendiri. Do you think he eat that kind of food anyway” ayat selamba Alif Haziq membuatkan ibu mertuanya merenungnya penuh simpati.

“Alif Haziq. Siapa ajar cakap kurang ajar macam tu” suara Teacher Basirah meninggi tetapi wajah Alif Haziq masih bersahaja. Alif Haziq yang sedang duduk di sebelah Hana Aishah itu memeluk kakaknya yang sedang merenung ke arah KLCC di luar jendela bilik itu.

“Its ok mak. Fakhrul dah kenyang. Had heavy breakfast this morning. Let Aishah eat. She didn’t take her breakfast this morning” Fakhrul menceriakan suaranya. DIa yang duduk di sudut sofa di sudut hujung bilik itu merenung wajah isterinya yang masih termenung itu.

“Adik ni. Dah tahu perut cepat masuk angin, skip meals lagi” giliran Hana Aishah pula dibebel.

“Cepat mak suap. Alif bukak nasi lemak tu. And pull the table closer” Hana Aishah yang melihat Teacher Basirah yang kelam kabut mahu menyuapnya merenung wajah ibunya.

“Adik ok. Adik sihat. Yang tak sihat mak. So mak rehat. For once let us take care of you please” tangan ibunya dipegang sebelum kata – kata itu dituturkan Hana Aishah. Wajah ibu mertuanya bertukar riak.

“Mak ok dah. Adik dah balik kan” Hana Aishah tersenyum pahit mendengar kata – kata Teacher Basirah.

“No mak, you are not and Adik risau. Why didn’t you seek help? Why did you wait till now?” bibir isterinya terketar – ketar berbicara.

“Mak nak jumpa adik. Mak nak mintak am…” Hana Aishah terus memotong bicara ibunya saat kata – kata maaf itu sekali lagi mahu dituturkan Teacher Basirah.

“If anything, happen to you, I don’t know how to carry on living. Mak tak ada dosa dengan adik. Adik yang berdosa sebab tinggal mak. And look at what happen to you now. Adik anak derhaka” tangan Fakhrul digenggam kuat menahan dirinya daripada memeluk Hana Aishah kuat. Mahu membawa pergi segala derita tapi dia tidak mampu saat itu.

“You need to survive this. I can’t lose you. Promise me you`ll fight the odds and you`ll come back home” Hana Aishah merenung ke dalam anak mata Teacher Basirah. Suara menjadi hening seketika.

“Please mak” Hana Aishah merayu lagi.

“Mak ada Allah. Mak ada Abah. Mak ada anak – anak mak. Mak ada cucu – cucu mak and now mak ada Adam” suara ibu mertuanya tertahan – tahan menahan sebak.

“He gave me the best of everything already. Mak redha which ever path I go also” tenang kata – kata itu meniti bibir Teacher Basirah.

“Adik anak solehah mak. You did everything for our happiness. So never blame yourself for something that I did” tangan Teacher Basirah yang semenjak tadi menepuk paha anaknya Adam diangkat sebelum, tangan Hana Aishah ditarik kedalam genggamannya.
***************************************

“Baby. If anything call terus Kak Dik ok. Anything at all ok” Hana Aishah merenung wajah adiknya yang mengikuti dia menuju ke arah Lif itu.

“Ye Kak Dik. Baby call Kak Dik terus if anything” Alif Haziq memeluk Hana Aishah erat saat kata – kata itu dituturkan. Untuk seketika hatinya lega tetapi dia tetap kerisauan.

“She need to be as stable as we could optimise her. You remember what Prof Patrick said earlier right” Alif Haziq menganggukkan kepalanya laju.

Tadi sewaktu perjumpaan dengan Dr Kamal, lelaki itu bersetuju untuk berbincang dengan pakar bedah jantung di hospital Hana Aishah berkerja di Kota London. Dia hanya mahukan sebanyak pendapat yang mungkin untuk menilai risiko bagi ibunya dan cuba untuk mengurangkan sebanyak komplikasi yang mereka mampu.

“From what I see here, her best option right now is the surgery. Yes it carry a high risk but we have no option B here” sewaktu pakar bedah jantung itu menerangkan kepada mereka sekeluarga Hana Aishah yakin inilah yang terbaik untuk ibunya.

“It`ll be a pleasure to have you with us during the op Prof” Dr Kamal yang pada awalnya kelihatan terkejut saat dia mengetahui siapa lelaki yang Hana Aishah katakan akan menyertai perbincangan mereka, terus mengajak lelaki itu untuk menyertai pembedahan itu melalui Live Surgery.

Live Surgery adalah satu pembedahan virtual yang semakin popular di negara barat untuk menjimatkan masa dan kos. Live Surgery adalah satu platform di mana, beberapa pakar dapat menyertai pembedahan itu secara lansung dan sekaligus dapat membantu mencapai keputusan yang terbaik sewaktu pembedahan terutamanya sekiranya berlaku komplikasi.

“The surgery will be on Monday so make sure everything is ok. Alright? Anything you`re not sure or you want to ask me just call. I`ll be on alert” sekali lagi Hana Aishah memesan sewaktu pintu lif sudah terbuka.

“Kalau Alif rindu kat Kak Dik boleh call tak?” sengaja Alif Haziq mengusik kakaknya.

“Kalau sebab tu memang wajib kena call. Dah rindu tu nanti parah pulak” Hana Aishah membalas riang.

“Everyone is back home already Kak Dik. Please get some rest ok” Alif Haziq sempat memesan sebelum lif itu tertutup.

Saat pintu lif itu tertutup, hatinya diasak rasa bimbang. Berseorangan di dalam lif membuatkan segala perkara negative kembali ke mindanya.Tadi sewaktu Maghrib ahli keluarganya sudah pulang dahulu. Yang tinggal hanyalah Hana Aishah dan Adam. Di mana pula Adam sekarang? Di mana lagi kalau bukan dengan lelaki kesayangan baru dia.

Tadi sewaktu keluarganya pulang dari makan tengah hari mereka, suasana bising itu mengejutkan Adam yang sedang nyenyak tidur itu. Semenjak itu mata anaknya terbuntang luas. Awalnya memang melekat dengan dia sahaja tetapi semakin lama dengan kehadiran anak – anak saudaranya Adam semakin selesa dan sudah mahu bermain dengan mereka. Cumanya, Adam masih tidak mahu diangkat yang dewasa.

“Tak apa. Dia tak biasa lagi dengan kita. Mak janganlah sedih. Nanti mak dah sihat ,mak bawak Adam jalan – jalan pergi playground. Mesti dia melekat dengan mak je lepas tu” abang iparnya Wazir memujuk ibunya yang kelihatan sedih apabila Adam yang tadi tidur nyenyak di riba ibunya, lansung tidak mahu Teacher Basirah apabila sudah terjaga.

“Tak pun mak buat your famous homemade ice cream bubur kacang durian” Hana Aqilah menyambung dan perbualan mereka terus bersimpang jauh supaya Teacher Basirah tidak kesedihan. Syukur dia tidak terhingga saat melihat seluruh ahli keluarganya di situ. Keresahan yang selalu menjadi penemannya sekarang sudah tiada. Bumi ini, berada bersama insan – insan ini adalah ubat keresahannya.

Tetapi saat pintu lif terbuka kakinya melangkah lemah ke lobi hospital. Satu punca kerana risau memikirkan ibunya, satu lagi kerana memikirkan satu manusia yang asyik melekat dengannya. Jengkel hatinya saat itu tetapi kerana menghormati permintaan bapanya Hana Aishah terpaksa mengalah. Cukup melihat wajah lelaki itu untuk membuatkan rasa bahagia tadi hilang.

Hana Aishah melangkah menuruni tangga menuju ke arah kereta berwarna coklat keemasan itu, hati Hana Aishah bertambah menyampah. Kalau ada basikal waktu itu sudah pasti dia naik meredah malam hari itu kerana ketidak sanggupan dia menaiki kenderaan yang sedang menantinya.

“Adik balik dengan Fakhrul, Wazir ambik Abah dulu. Abah nak singgah supermarket. Barang basah banyak tak ada. Dapur tu dah lama tak berasap. Esok abah nak suruh Wa masak. Nanti boleh bawak untuk mak” dia tidak sampai hati mahu membantah maka di ikutkan sahaja usul bapanya sewaktu Kapten Azam yang baru pulang dari solat memaklumkan kepadanya. Hana Aishah dari dahulu tidak tahu menolak permintaan kedua orang tuanya lagi – lagi apabila melihat wajah bapanya yang kelihatan lebih ceria hari itu.

“Sayang duduk depan lah. Kenapa duduk belakang?” Fakhrul yang berada di tempat pemandu itu bertanya saat dia membuka pintu kereta di bahagian belakang kereta BMW dan melabuhkan punggung di tempat duduk belakang bersebelahan dengan tempat duduk bayi Adam.

Hana Aishah tidak membalas. Tangannya dengan arif membuka tali pinggang keselamatan di kerusi bayi itu sebelum Adam yang hampir tertidur itu diangkat ke atas ribanya. Rengekan Adam kedengaran sebelum selendangnya diselak. Semenjak siang tadi Adam lansung tidak menyusu. Yang dijamah adalah makanan segera yang dibeli Lateef siang tadi. Dia nak tegah tidak sampai hati pula apabila melihat Adam yang semakin mesra apabila disogok dengan makanan ringan itu.

Kalau di London jangan harap anaknya hendak makan makanan bukan organik. Segalanya dia akan masak dan sediakan. Salah satu cara dia mahu memujuk hatinya apabila rasa bersalah mengasak kerana kesibukannya berkerja dan kerana anaknya itu sangat mudah sakit sampai perlu di masukkan ke wad.

“Somebody had a lil too much of MSG today, lansung tak nak susu ye” Hana Aishah membebel tetapi hanya di balas dengan wajah kuyu Adam yang mahu terlelap itu. Senyuman merekah di bibir Hana Aishah melihat wajah yang sentiasa memberinya ketenangan di kala dia kegelisahan.

“Sayang nak susukan Adam ke, ingatkan kenapa sayang duduk belakang tadi. Nak Abang stop the car dulu. Nanti dah habis susu baru kita start driving home” wajah Hana Aishah terus bertukar tegang saat suara lelaki itu menjengah. Untuk seketika tadi dia lupa kewujudan lelaki itu. Terus selendangnya diturunkan kembali.

“Jangan banyak bunyi boleh tak. Kalau ikut hati saya, tak ingin pun nak naik kereta ni” suara kasar Hana Aishah membalas. Wajahnya dipalingkan ke arah lobi hospital tidak mahu memandang ke arah wajah yang dia benci itu.

“Sorry sayang. Abang ada salah cakap ke?” Hana Aishah mengeluh kasar mendengar pertanyaan lelaki itu.

“Ya Rabbi, boleh tak mulut tu zip jangan bukak. Menyampah lah dengar suara awak. Rasa macam nak muntah hijau” Hana Aishah menjeling tajam ke arah lelaki yang sedang merenungnya. Geram pula dia melihat wajah sedih Fakhrul yang duduk tercongok merenungnya dan tidak memandu itu.

“Kan I dah tak susukan Adam. Jangan risau, I dengan anak I tak kotorkan kereta you pun . So jalan je la boleh tak. Benci la duduk dalam kereta ni lama – lama” suara Hana Aishah naik satu oktaf.

“I didn’t mean it like that. I want you to be comfortable feeding him” suara Fakhrul yang berjauh hati itu hanya berjaya menaikkan kemarahan Hana Aishah berkali ganda.

“Oh God just stop talking already. You nak start driving ke you nak I keluar dari kereta?” Hana Aishah mengugut. Sudahlah kepalanya sedang pening memikirkan ibunya yang ditinggalkan di hospital, sekarang nak hadap drama lelaki ini.

“Ok sorry. Abang mintak maaf” setiap bait kata lelaki itu membuatkan dia semakin benci. Kalaulah dia ada kuasa untuk membisukan mulut lelaki itu pasti dia sudah lakukan.
***********************

Sepanjang menyusuri malam yang hening itu, suasana sunyi menyelubungi kereta itu. Sesekali keluhan Hana Aishah kedengaran. Fakhrul cuba untuk fokus memandu tetapi hakikatnya matanya asyik mencuri merenung ke cermin belakang untuk melihat wajah isterinya di dalam sinaran bulan purnama malam itu.

Hana Aishah semenjak tadi hanya merenung ke luar jendela. Wajah itu kelihatan resah semenjak mereka meninggalkan hospital sebentar tadi. Adam yang tadi kemamaian terus terlelap di riba Hana Aishah. Keresahan Hana Aishah membuatkan Fakhrul tidak tenang memandu tetapi hendak membuka mulut berbicara dia bimbang Hana Aishah akan mengamuk jadi bibirnya dikatup tutup.

“Sayang. InsyaAllah everything will be fine. She is in good hand” ayat itu mahu diutarakan tetapi dia takut bicaranya akan merosakkan lagi keadaan.

Wajah Hana Aishah yang cantik dibawah sinaran bulan itu hanya mampu dia tenung daripada cermin belakang. Rindunya dia dengan Hana Aishah tidak dapat dia ungkapkan. Tetapi sakitnya Tuhan sahaja yang tahu kerana hakikatnya walaupun jasad itu terlalu hampir dia hanya mampu melihat isterinya daripada jauh. Fakhrul cuba menyembunyikan kecewanya tetapi terkadang dia tidak mampu.

“Ya Allah” suara Hana Aishah mengejutkan dia daripada mindanya yang sedang berkecamuk memikirkan isterinya yang seorang itu.

“Astaghfirullah” Fakhrul menyebut sebelum keretanya yang sudah terbabas ke lorong bertentangan itu berjaya dia kawal semula.

“Eee you ni. Bawak kereta tu pandang depan boleh tak” amukan Hana Aishah kedengaran sebelum tangisan Adam bermula. Wajah Hana Aishah yang menyinga itu dipandang Fakhrul melalui cermin belakang.

“Look now he is up. Urghhh” kemarahan Hana Aishah membuatkan Fakhrul tersenyum sendiri. Bibirnya digigit supaya dia tidak tertawa sekaligus menaikkan amarah Hana Aishah.

“Macam mana nak pandang depan, sayang abang dua – dua dekat belakang” jawapan selamba Fakhrul dibalas dengan rengusan kasar Hana Aishah.

“Sayang, sayang! Siapa sayang! You ingat ye Tengku Fakhrul. We are over” mati terus senyuman yang baru terukir di bibir Fakhrul mendengar tengkingan Fakhrul. Fakhrul mengeluh berat.

“Yes Adam. Sorry ok. Bapak awak bawak kereta macam orang mabuk. Bukan salah umi” Hana Aishah memujuk Adam yang masih merengek itu. Tubuh Adam yang berada di riba Hana Aishah sedang menggelisah. Fakhrul melihat wajah Adam yang digesekkan di dada Hana Aishah.

“Mabuk rindu” kali ini Fakhrul membalas dan tidak mengendahkan jelingan isterinya. Dapat peluang sekali – sekala dia guna sebaik mungkin.

“Mimi. Mimi” rengekan pilu itu berterusan. Fakhrul memandang ke arah Adam yang sedang cuba ditenangkan dengan disandarkan di bahu Hana Aishah. Hana Aishah menepuk – nepuk perlahan belakang badan Adam sambil tubuh isterinya di gerakkan ke kanan dan kiri mahu mendodoi anaknya kembali.

“Cuuu!!!” rengekan itu bertukar kepada raungan saat itu. Badan Adam sudah meronta - ronta dalam pelukan Hana Aishah.

“Sayang. Adam nak susu” suara Fakhrul perlahan memberitahu isterinya apabila Hana Aishah tidak menunjukkan tanda – tanda dia mahu menyusukan Adam.

“I tau la. I’m not stupid ok. Kejap sayang. We’re almost home. Kejap lagi umi bagi ok” Hana Aishah membalas kasar kepada Fakhrul sebelum suara itu bertukar lembut mahu memujuk Adam.

“Please baby. Just in awhile ok” Hana Aishah memujuk tetapi raungan Adam hanya bertambah kuat.

“No. No. No. Cuuuuu!!!!!” tengkingan Adam membuatkan telingan Fakhrul berdegung tetapi dia tidak kisahkan itu. Yang dia kisahkan adalah Hana Aishah yang berdegil tidak mahu menyusukan Adam.

“Sayang please feed him” Fakhrul tidak dapat memandu dengan tenang melihat Adam yang sedang meraung dan Hana Aishah yang berkeras tidak mahu memberi susu.

“I know you’re mad at me but please just feed him. He’s crying” matanya asyik memandang belakang melihat wajah Hana Aishah yang beku tanpa perasaan melihat anak mereka yang sedang meraung itu.

“You jangan nak arah - arah I. I know how to take care of my child. You ingat ..” belum sempat Hana Aishah meneruskan bicara Fakhrul laju memotong.

“Hana Aishah feed him now” Fakhrul menahan suaranya daripada meninggi. Semakin Adam meresah semakin dia tidak tenang.

“Quiet Adam. Sabar sikit boleh tak. Umi cakap dah nak sampai rumah kan. Degil sangat ni kenapa?” melihat Hana Aishah yang masih berdegil itu , Fakhrul memberi lampu isyarat sebelum memberhentikan kereta di bahu jalan. Signal kecemasan di hidupkan sebelum tubuhnya di palingkan ke belakang merenung ke arah Hana Aishah yang masih berdegil itu.

“Sayang marah abang, jangan lepas dekat Adam. Please just feed him” Fakhrul menahan suaranya supaya tidak meninggi. Baru sehari dia berjumpa dengan Adam hatinya sudah tidak keruan sesaat pun mereka berpisah. Inikan pula Adam yang sedang meraung itu.

“You ingat you siapa nak arah – arah I. Know your place ok. I tahu jaga anak I” Hana Aishah meninggikan suaranya.

Fakhrul memejam matanya rapat sebelum nafasnya ditarik and dihempus perlahan. Beberapa kali dia menggunakan Teknik itu. Teknik yang sebagai doktor dia sudah mahir tentang fungsi disebaliknya tetapi hakikatnya dia tidak pernah mempraktikkan. Mungkin kalau dahulu dia praktikkan hidupnya tidak akan tunggang langgang seperti ini.

“I know a million sorry will never suffice. If I could I want to erase all the bad memories I gave you. You ask me for a love story and I gave you a bad one. But please sayang. Itu semua dosa abang. No one is at fault. Its all me. But please….” suara Fakhrul tersekat menahan sebak saat itu.

“Punish me. Hate me. Hurt me. Do anything you want to me but don’t hurt yourself” bibir Fakhrul mengukir tawa pahit saat kata – kata itu dituturkan.

“I will drive and sayang susukan Adam. Abang tak kacau sayang. Just imagine me not infront there. I`m just a stranger who is driving both of you. Ok?” wajah isterinya yang beku tanpa perasaan itu ditenung beberapa ketika. Dia menyimpan wajah itu di dalam memorinya.

Setelah dia mengumpul kembali dirinya menjadi satu barulah Fakhrul memusingkan kembali tubuhnya. Matanya di halakan ke jalan sunyi menuju ke rumah mertuanya. Jam sudah hampir pukul 12 malam waktu itu jadi memang jalan amat lengang. Fakhrul memulakan perjalanan. Ditahan dirinya daripada melihat ke belakang. Janjinya dia pegang. Dia hanyalah orang asing.

Entah berapa kali dia melalui jalan itu mengharapkan isterinya ada di sisi menemaninya dan dia bersyukur kerana akhirnya doanya dimakbulkan. Walaupun dia tidak mampu menggapai tetapi Tuhan bagi dia nikmat untuk melihat wajah yang dia rindui , menghidu haruman tubuh itu. Untuk tika ini, itu cukup untuk mengubat rindu yang sarat.

“I want to see her smile because that smile heals whatever things comes its way. That is why I pray and will keep on praying that He continue to bless me with her” jawapan untuk soalan Hariz dini hari semalam akhirnya dia temui.

Bibirnya mengukir senyuman kelegaan. Selega Adam yang sudah tenang kerana punca keresahannya sudah ditemui. Punca keresahan mereka adalah insan yang sama. Dia berdoa dini hari itu supaya keresahannya akan hilang jua saat isterinya dapat menerima dia kembali.

“Tiada yang mustahil dalam hidup sekiranya kebergantungan itu diletakkan kepada Dia yang mencipta. Perbaiki hubungan kamu dengan Dia, nescaya segala perhubungan dan urusan kamu di dunia dan akhirat akan dipermudahkan” pesanan insan yang mengubah persepsinya 360 darjah bermain di mindanya. Dua insan yang membawa dia kembali ke realiti yang cuba di sembunyikan selama dia hidup sampai perkara itu memporak perandanya hidupnya selama ini.
******************************

Bibir Hana Aishah membisu selepas ucapan panjang lelaki itu tadi. Hatinya bergolak dengan pelbagai emosi. Marah, dendam, benci dan segala perasaan negatif yang dia alu – alukan tetapi yang tidak dia alukan adalah simpati yang mulai muncul melihat wajah ikhlas Fakhrul. Bait kata lelaki itu yang lain sama sekali. Bukan Fakhrul yang dahulu.

Ke mana pergi kekasaran Fakhrul, kebiadapan lelaki itu apabila berbicara tanpa memikirkan perasaan insan lain, keegoan Fakhrul yang mahukan segalanya mengikut aturannya sahaja. Mindanya berkecamuk.

“You are still stupid Hana Aishah. Dia baru gertak sikit kau dah ikut cakap dia. Macam lembu cucuk hidung kau susukan Adam” suara hatinya mengutuk menambahkan kekusutan di mindanya.

Mana ada dia ikut cakap Fakhrul. Memang dia nak susukan Adam pun cumanya dia tidak mahu mengotorkan kereta lelaki yang mementingkan kesempurnaan seperti Fakhrul. Fakhrul paling pantang sekiranya sesiapa makan di dalam keretanya kesayangannya. Dan kenangan `itu’ cukup memberi dia pengajaran.

“Thank you sayang” teguran Fakhrul mengejutkan Hana Aishah daripada lamunannya. Matanya merenung ke rumah ibu bapanya di Subang Jaya itu. Rumah yang masih terang benderang di tengah malam buta itu ditenungnya. Entah bila mereka sampai dia pun tidak sedar. Sedang asyik bergelut dengan mindanya.

“Thank you for being a good Umi to our babies. I can never repay the sacrifices that you did for our sons” Hana Aishah tertawa sinis mendengar bicara lelaki itu.

“If I`m such a good Umi I wouldn’t have stayed , fought for you and get my Adam killed” kata – kata yang terasa amat pahit sewaktu meniti di bibirnya. Hana Aishah menggelengkan kepalanya lemah sebelum fokusnya di alihkan kepada Adam. Mulut yang masih menyusu tenang itu di Tarik daripada bentil susunya.

Blausnya di zip kembali sebelum dia mengesot mahu keluar daripada ruangan kereta yang terasa sesak itu. Fakhrul yang tadi diam tidak berkutik mendengar bicaranya kelam kabut keluar daripada perut kereta. Hana Aishah tidak endahkan kerana dia terlalu penat dengan emosinya semenjak 48 jam ini. Kepalanya terasa berat dan dia benar – benar mahu melentokkan kepalanya.

“Let me carry him. Sayang nampak penat sangat” malas mahu bergaduh Hana Aishah hanya membiarkan Fakhrul mengangkat Adam.

Kakinya melangah berat melintasi pagar kecil rumahnya. Matanya sudah hilang fokus saat itu. Penat fizikal, penat emosi … ahh penat segalanyalah. Dia mahu melelapkan matanya untuk sebentar sebelum menghadapi hari esok. Tubuhnya diseret menuju ke pintu rumah yang masih terbuka barangkali menanti mereka.

Bibir Hana Aishah sudah mengukir senyuman saat mendengar suara anak – anak saudaranya yang masih berjaga. Ini kalau Teacher Basirah masih ada, memang tiada makna nak tidur lambat. Dari kecil lagi ibunya sangat pantang kalau mereka tidur lambat kerana tidak mahu anak – anaknya tidak bertenaga di sekolah oleh itu mereka memang tidak tahu untuk merayap keluar tengah malam.

“Ni kenapa sayang Aunty Dik tak sleep lagi ni. Aunty bagi tahu nenek baru tau” Hana Aishah melaung sebelum kakinya melangkah masuk.

Tetapi saat matanya melihat kepada susuk tubuh satu insan yang sedang merenungnya dengan air mata yang berlinangan segalanya terhenti. Segala bunyi bising yang kedengaran di rumah itu terus mindanya matikan. Fokusnya hanya pada satu jasad yang sudah tidak sempurna tubuh seperti tiga tahun lepas.

“Hana. Anak mama dah balik” suara yang dia rindui semenjak tiga tahun lepas. Insan yang dihadirkan dalam hidupnya tidak sampai lima tahun pun tetapi sayangnya pada wanita itu tidak dapat dia terangkan.

Kerana itu apabila, ibu mertuanya melayannya seperti orang asing dalam keluarga Tan Sri Fadhil hatinya seperti ditusuk sembilu. Apabila dia tidak dibenarkan memanggil Puan Sri Maria dengan panggilan mama, panggilan yang ibu mertuanya memaksanya gunakan semenjak sebelum dia bernikah dengan Fakhrul, air matanya mengalir tanpa henti malam Ramadan itu.

Hana Aishah berdiri kaku di pintu rumahnya melihat ke arah Puan Sri Maria yang terkial – kial mahu bangun dengan memegang Tan Sri Fadhil. Sesaat dia berada di situ, sesaat kemudian tubuhnya yang kaku digerakkan ke arah Puan Sri Maria yang sedang cuba berdiri mahu menuju ke arahnya.

“Hana dah balik. Hana anak mama dah balik” berkali – kali perkataan itu diulangi Puan Sri Maria.

“Hana mintak maaf. Hana tak tahu. Hana tak tahu” bibirnya bergetar hiba memohon ampun kerana khilafnya dia.

“Hana tak tahu. Hana tinggal mama. I`m sorry. I`m sorry” wajah yang sudah tidak sempurna itu dikucup berkali – kali. Air matanya mengalir deras. Tiada kata yang mampu dia ungkapkan saat itu.

Fakhrul betul untuk kali ini. Sejuta kali kemaafan dia tuturkan pun tidak mampu memutarkan kembali masa. Semakin hari semakin banyak bukti yang dia perlu lihat. Bukti gagalnya dia sebagai seorang anak. Saat itu mindanya berpinar. Matanya mulai melihat dot dot hitam sewaktu tubuhnya yang sedang dipeluk Puan Sri Maria itu memberat. Tangan dan kakinya terasa sejuk dan seperti di awang – awangan.

“Sayang” dalam kekecohan bunyi bising yang telinga dengari, suara yang dia kenal walaupun di dalam lenanya kedengaran panik memanggil.

“Sebab sayang Aishah hilang semua” dia bisikkan kata – kata itu sebelum segalanya kelam dan suara – suara tadi terus menghilang membawa Hana Aishah ke suatu alam yang tiada rasa. Sakit mahupun bahagia, dua – dua tiada.

Share this novel

awer
2021-08-08 19:22:09 

eve...buat la smbung lagi dia ngan mikha...knpe watak emir trus snyappp lps jmpe family?

Roz Zana
2021-04-04 19:26:41 

ya betul tu. dont get back to that evil. one more thing ... i dont like aishah always blaming herself for other people...she are ordinary human beings not angles...tunjukkan juga rasa marah and sakit hati atas perbuatan org kpd dia. biar org tau nilai diri aishah tu... dont be a puppet

Indah Rht
2021-04-02 21:41:14 

dear eve.. don u dare to make hana aishah back to fakhrul.. hahaha


NovelPlus Premium

The best ads free experience