BAB 14

Family Completed 4130

PADA KEESOKAN HARINYA

Seperti biasa, Tuan Izz buat lagi apa yang dilakukannya kemarin petang. Kali ini dia pergi ke shopping complex miliknya di Melaka. Itulah yang selalu dibuat oleh Tuan Izz setiap petang. Semua pekerja-pekerjanya amat maklum dengan jadual pekerjaan bos mereka itu. Sebab itu waktu pagi adalah waktu yang selalu direbuti oleh pekerja-pekerjanya jikalau mereka ingin membuat temu janji.

Ketika dia keluar dari shopping complex di mana pengawal-pengawalnya sudah bersedia untuk menyambut dirinya, tiba-tiba dia terlihat sekumpulan kanak-kanak dengan memakai jubah putih lalu berdiri di satu tempat tidak jauh daripada pintu depan shopping complex.

Langkah Tuan Izz terhenti. Matanya dicerlungkan kepada kumpulan itu. Sekumpulan kanak-kanak itu amat menarik perhatiannya terutama ketika telinganya mendengar alunan suara daripada mereka semua.

Pengawal-pengawalnya sedar dengan tindakan itu, terus sahaja mereka pergi ke kumpulan itu untuk mengusir.

"Sekejap. Biarkan mereka di situ."

Jerit Tuan Izz kepada pengawalnya.

Tuan Izz melangkah ke kumpulan itu. Semakin hampir hatinya semakin tenang mendengar alunan yang mereka sedang alunkan. Sesudah dia sampai di hadapan mereka semua, alunan nasyid yang dinyanyikan oleh mereka semua semakin merdu didengar.

Mata Tuan Izz tertutup ingin menghayati setiap bait-bait yang baru sahaja didengarnya.

"Berhenti.”

Mereka semua berhenti. Anak matanya mendarat ke setiap kanak-kanak itu.

"Kenapa kamu ke sini?"

"Kami ingin mencari belanja untuk menampung sekolah kami Tuan."

Ujar salah seorang daripada mereka.

"Bawa saya ke tempat tinggal kamu."

"Kami ke sini dengan berjalan kaki tuan."

"Otman, pergi cari bas, bawa mereka semua ini. Saya mahu ikut mereka."

Dengan sekelip mata, bas sudah keluar dari perut tempat letak kereta. Kanak-kanak tadi bersorak ketika masuk ke dalam bas itu. Di dahului oleh bas di depan, mereka semua bergerak tempat tinggak kanak-kanak tadi.

Sampai sahaja di tempat yang di tuju. Bas sudah pun memasuki ke perkarangan Rumah As-Syifa. Rupa-rupanya di situlah mereka berada. Bila mendengar suara riuh dari kanak-kanak tadi semasa masuk ke rumah itu, seorang wanita yang berumur 40-an keluar dari rumah.

Tuan Izz menapakkan dirinya keluar dari perut kereta. Kakinya juga menghampiri ke rumah itu. Wanita yang menutup sebahagian mukanya di sapa.

"Assalamualaikum. Di jemput masuk tuan."

Sapa wanita itu. Salam dari wanita itu dijawab di dalam hati sahaja. Hati lelakinya hanya menurut jemputan wanita itu. Pengawal-pengawalnya sudah menunggu di luar.

"Ibu ibu. Tuan ini bawa kami ke sini dengan bas ibu. Seronok ibu. Bas dia sejuk ada TV."

Bukan main petah lagi salah seorang dari kumpulan kanak-kanak tadi berkata-kata.

"Ibu dah larang, jangan buat macam itu lagi. Macam mana kita nak pergi Perak ni kalau macam inilah gayanya. Nak jumpa Ustaz Kazim Elias ke tidak ni?"

Bila disebut sebaris nama itu, mereka semua sudah melompat riang.

"Maaf Tuan, mereka ini teringin benar berjumpa dengan Ustaz Kazim Elias di Perak. Sebab itu mereka sanggup mencari duit untuk perjalanan ke sana."

"Boleh saya tahu siapa Ustaz Kazim Elias itu?"

Wanita itu terdiam. Hairan benarkah dia kerana dia tidak tahu siapa lelaki itu?

"Tidak apa. Kalau Tuan mahu ikut, boleh ikut kami."

"Tapi macam mana dengan perjalanan mereka ke Perak?"

Kedengaran wanita itu mengeluh.

"Bas yang ditempah masih belum sampai dari tadi. Entah kenapalah mereka lewat. Janji tadi pukul 12. Sampai sekarang pun belum ada."

"Tak apa, bas yang tadi boleh digunakan."

Melihat kesorakan kanak-kanak tadi lagi, dia menjadi bertambah gembira. Adakah ini yang dia cari?

"Alhamdulillah. Terima kasih tuan. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa tuan. Sebelum itu nama tuan siapa?"

"Panggil saja Tuan Izz dan cik?"

"Nama saya Noresha. Panggil sahaja Esha. Tak perlu panggil saya Cik."

Tuan Izz menganggukkan kepalanya sambil matanya masih setia melihat kegembiraan yang dipamerkan dari raut wajah kanak-kanak tadi. Wajah yang polos dan suci begitu gembira bila hanya diberi sedikit kesenangan hanya semata-mata ingin berjumpa dengan seorang ustaz.

Biarlah ia mencari kegembiraan di sini. Hatinya mungkin lebih tenang. Apatah lagi dia ingin bertemu dengan Ustaz Kazim Elias. Dia semakin ingin mengenali lelaki itu. Adakah lelaki itu juga bisa menemukan dirinya kegembiraan yang baru sahaja dia rasakan walaupun baru sedikit?

Sungguh aneh. Hanya melihat senyuman yang hadir daripada kanak-kanak semua tadi, hatinya yang keras beku menjadi tenang. Tuhan sahaja yang dapat menentukan segala-galanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience