Bab 45

Romance Series 113896

"Niq, cuba kau call lagi" minta Syam

"Aku baru lepas call. Whatsapp yang aku hantar one tick je. Aku rasa telefon dia tutup" terang Aniq dengan gelisah.

"Cuba kau call anggota team yang follow Afya, diaorang ada mana?" pinta Aniq yang masih cuba menghubungi Yus.

"Mana ada siapa follow Yus, kan hari ni semua terlibat operasi, baru habis tadikan. Time tak follow pulak nak jadi pun" jawab Syam

"Panggil Azman. Tolong aku kesan lokasi traker ni." arah Aniq lalu bergerak menuju ke bilik operasi.

"Assalamualaikum Tuan" salam diberi Koperal Azman bersama Syam mengekori dari belakang.

"Waalaikumsalam" jawab Aniq lalu bangun dari kerusi dan memberi ruang pada Azman untuk duduk bagi melakukan tugasnya.

Sebaik duduk, Azman terus duduk dan bersedia untuk menjalankan tugasnya. Walaupun penat kerana baru selesai operasi tetapi demi keselamatan isteri pegawainya, Azman sedia membantu.

Syam melabuhkan duduk di sebelah kanan Azman manakala Aniq berdiri di belakang di antara mereka berdua.

"Man, awak tolong kesan lokasi tracker pada kereta isteri saya" pinta Aniq lalu menyerahkan satu alat warna hitam sebesar kotak mancis dengan lampu merah berkelip-kelip padanya.

"Kau letak tracker pada kereta Yus, Niq?" soal Syam tidak percaya sambil menoleh memandang Aniq.

"Habis, kau juga suruh aku buat sesuatu hari tu" jawab Aniq.

Azman kemudian sibuk jari-jarinya berlari di atas keyboard untuk mengesan kedudukan tracker tersebut. Aniq yang berdiri di belakang tidak senang duduk.

"Tuan Aniq, dah dapat. Kejap saya open satelite view". Ujar Azman dan tidak lama, terpapar gambar kereta Yus.

"Tuan, ada CCTV di kawasan ni, saya cuba akses" tambah Azman lagi.

Tidak lama, terpapar gambar kereta Yus. Kawasan kereta tersebut adalah tempat parking bahagian luar sebuah pasaraya.

"Kenapa Yus parking di kawasan ni? Ni kawasan belakang pasaraya tak silap aku" ucap Syam.

Aniq sudah tidak senang duduk. Bergerak-gerak rahangnya.

"Mungkin parking bawah bumbung penuh agaknya. Biasanya, pasaraya ni kalau parking bawah penuh, pelanggan akan parking bahagian luar ni. Tuan Aniq, cuba tengok. Ini rakaman Puan Yus baru sampai parking" terang Azman.

"Cuba cepatkan sikit, mana tau boleh nampak apa-apa" minta Aniq.

Azman percepatkan rakaman hingga jam lebih kurang lapan malam, dilihat Yus menjinjit beg plastik di tangan kanannya, Yus dilihat berhenti seketika sebelum membuka pintu kereta, seperti ada sesuatu yang mengganggunya. Sayangnya rakaman tanpa audio.

Tidak lama, datang satu lelaki berdasarkan dari susuk tubuh badan dari arah belakang memegang bahu kanan Yus. Yus lantas melepaskan beg plastik dan tanpa diduga, Yus pantas memegang tangan lelaki yang memegang bahunya dan mengilas tangan lelaki tersebut hingga berlaku pergelutan dan Yus tangkas mempertahankan dirinya. Teruk juga lelaki tersebut kena dengan Yus. Tidak lama datang seorang lagi lelaki terus menghentak tengkuk Yus menyebabkan Yus jatuh pengsan. Dapat dilihat lelaki kedua tadi seperti memarahi lelaki pertama.

Yus kemudian diangkat dan dibawa masuk dalam sebuah kereta warna gelap.

Selepas melihat rakaman tersebut, Azman saling berpandangan dengan Syam dan kemudian memandang Aniq di belakang.

"Apa?" soal Aniq.

"Boleh tahan jugak Yus ye, tak boleh makan lelaki yang sorang tu" ucap Syam sambil tergeleng kepala.

"Kalau saya jadi Tuan Aniq, saya pikir sepuluh kali kalau nak curang. Tak rela, makan penumbuk isteri sendiri" tambah Azman pulak.

"Eh korang ni, jangan nak sibuk pasal benda lain boleh. Cuba fokus sikit. Muka suspek boleh dapat tak?" soal Aniq lagi. Kita risaukan isteri, eh.. Sempat pulak nak membawang.

"Suspek tak pandang kamera Tuan, lagi pun kawasan tu agak gelap. Nombor kereta pun tak boleh dapat." terang Azman.

"Syam, jom ikut aku tengok kereta Yus, mana tau boleh dapat apa-apa lead" ajak Aniq.

Baru sahaja Syam bangun dari kerusi, telefon Aniq berbunyi.

Aniq melihat telefonnya dan dapati mesej whatsapp dari Yus. Laju icon whatsapp ditekan dan ada voice mesej. Laju jari menekan dan audio dikuatkan.

"Hai Tuan Aniq. Mesti tengah sibuk cari bini kau kan? Tak payah risau, bini kau ada dengan aku. Aku bagi masa lima minit dari sekarang untuk kesan bini kesayangan kau ni, aku tau kau boleh kesan melalui telefon kan. Lepas ni, telefon dia aku hancurkan, nasib kau la kalau tak sempat jejak. Tapi aku rasa polis hebat macam kau ni, tak susah nak kesan bini kau kat mana kan? Aku nak dalam masa tiga puluh minit kau datang lokasi ni tapi ingat, kalau kau bawa konco-konco kau, aku tak janji bini kau masih bernyawa lepas ni"

Terdengar ketawa kuat dari suara lelaki tersebut.

Azman yang mendengar arahan lelaki tersebut pantas sahaja mengesan lokasi telefon Aniq.

"Tuan Aniq, lokasi dah dapat" ucap Azman lalu sehelai kertas yang mengandungi lokasi Yus diserahkan pada Aniq.

Pantas Aniq berpusing untuk keluar dari bilik tersebut tetapi lengannya sempat disambar Syam.

"Kau jangan nak bertindak sendiri Aniq. Kita maklum dulu pada Tuan Yunus untuk back-up" tegur Syam.

"Kau nak aku terima Afya tanpa nyawa ke?" marah Aniq sambil tangannya direntap dan berlari menuju ke pejabatnya untuk mengambil baju kalis peluru, senjatapi pula sudah tersedia dalam hoster di pinggang.

"Tuan Syam, apa kita nak buat ni, takkan nak biar Tuan Aniq pergi seorang? Jadi apa-apa nanti macam mana?" soal Azman risau.

Kuat Syam mendengus.

"Awak print lokasi Puan Yus sekarang, saya nak. Lepas tu jom ikut saya kita jumpa Tuan Yunus." arah Syam.

"Baik Tuan" balas Azman lantas kertas yang mengandungi lokasi Yus diserahkan pada Aniq.

Selepas persiapan dibuat, Aniq terus memandu ke lokasi yang Azman berikan.

Tidak sampai dua puluh minit Aniq sudah sampai di satu kawasan projek perumahan teres yang ditinggalkan. Gelap tiada lampu jalan, perlahan Aniq memandu kerana tidak pasti rumah yang mana satu. Tidak lama masuk voice mesej dari telefon Yus.

"Pantas! Tak sampai tiga puluh minit dah sampai. Bagus-bagus. Kau nampak ada sebuah bangkai kereta di hujung lorong, kau masuk rumah tu tapi aku nak kau letak kereta di tempat kau ada sekarang dan jalan kaki sampai hujung. Tapi ingat, kau ada masa lima minit saja lagi. Lambat, kau terima la padahnya"

"Tak guna" marah Aniq sambil stereng kereta ditumbuk.

Aniq kemudian memberhentikan keretanya di tepi jalan lalu keluar dari kereta dan berlari dengan pantas hingga hujung kawasan perumahan tersebut. Tercungap-cungap Aniq apabila berjaya sampai di rumah tersebut. Peluh meleleh membasahi wajah dan leher, berkilat-kilat.

Sebaik Aniq melangkah masuk ke dalam rumah tersebut, satu suara menegur.

"Campak senjata kau ke depan ni" arah satu suara dan tidak lama keluar seorang lelaki dengan muka memakai topeng ski, hanya nampak mata sahaja. Lelaki tersebut membuat pemeriksaan ke atas tubuh badan Aniq bimbang Aniq membawa lebih dari sepucuk pistol yang dicampak ke lantai tadi.

Lelaki itu kemudian menolak Aniq duduk atas kerusi kayu lalu mengikat kedua-dua tangan Aniq ke belakang kerusi.

Aniq tidak dapat melihat dengan jelas siapa yang berdiri di hadapannya kerana cahaya yang terhad.

"Kau cari siapa? Bini kau?" satu suara itu bertanya.

"Mana isteri aku? Kau dah dapat aku, sekarang lepaskan isteri aku!" tengking Aniq. Timbul-timbul urat di dahinya.

"Aku bukan seorang yang mungkir janji" balas suara itu.

"Tai, bawa perempuan tu masuk" arah suara tadi pada lelaki pertama yang berdiri di tepi Aniq.

"Sungguh-sungguh kau kan." suara itu berbunyi lagi.

"Kau siapa ha! Kalau kau berani, sini! Jangan nak selindung dalam gelap!" garang suara Aniq bergema.

Tidak lama lelaki nama Tai tadi masuk bersama seorang perempuan yang tangannya diikat ke belakang dan kepala ditutup dengan kain hitam. Tidak syak lagi, itu adalah Yus.

Yus ditekan supaya duduk di atas kerusi kayu berhadapan dengan Aniq. Meronta-ronta Yus tidak mahu mengikut.

'Pang' pipi Yus ditampar Tai.

"Oii! Kalau berani sini, jangan jadi bacul pukul perempuan" jerit Aniq apabila lihat Yus ditampar. Bergoyang-goyang kerusi yang diduduki Aniq.

Lelaki yang berada di dalam gelap tadi keluar menunjukkan dirinya. Topeng ski yang dipakai dicampak ke lantai.

"Kau..." ucap Aniq terkejut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience