41.

Romance Completed 46657

Uthman telah bergerak ke Pulau Simabul malam tadi, Manakala Aura bergerak ke Airport menanti Chopper yang akan membawa mereka kelaut Semarang.

Hujan, Angin kencang membuatkan mereka tidak dapat menggunakan jalan laut melainkan Menggunakan jalan udara.

Aura menghantar pesanan sebelum bergerak.

-BY, AURA GERAK DULU. JUMPA 4 BULAN LAGI. HALALKAN MAKAN MINUM AURA TAU. IZINKAN AURA MENCARI REZEKI. WALAU JAUH DIMATA AURA TETAP DEKAT DIHATI. - Aura.

Dia berlalu menuju kearah chopper yang akan membawa mereka pergi ke laut semarang.

Uthman yang lepas solat melihat pesanan Whatsapp dari isterinya meminta agar mengizinkannya bertugas.

Dia membalas pesanan itu dengan disertakan gambar yang diambilnya secara curi semasa mereka dirumah Banglo keluarganya.

-BY IZINKAN SAYANG. JANJI DENGAN BY, SAYANG AKAN BALIK CEPAT TAU. BY RINDU SAYANG BY. BARU SEMALAM SAYANG TAKDE DISISI BY, BY DAH TAK BOLEH LELAP MATA. SAYANG TETAP CINTA HATI BY DUNIA DAN AKHIRAT -Uthman.

Sebelum Uthman berangkat semalam dia meminta agar temannya Hafizul mengambil Baba dan Umienya di Airport dan menghantar kevilla mereka dijalan pohon batu.

Dia juga meninggalkan kunci pada hafizul dan menyerahkan pada Umienya nanti.

"By doakan Sayang selamat sampai dan selamat kembali." Kata Uthman lalu keluar dari kem yang menempatkan teamnya.

Jelas terlihat aean mendung seperti ribut mahu melanda. Angin mula bertiup sepoi-sepoi.

"Ya Allah. Nak ribut ke?" Tanya Uthman pada Amin.

"Yup. Hujung tahun memang musim tengkujuh kat Sabah dan Labuan." Kata Amin.

"Ya Allah. Semoga isteri aku ok kat sana." Kata Uthman.

Jam 10 pagi Irma, Roslan dan Luthfan sampai di Labuan. Hafizul yang mengenali wajah Irma menuju kearah mereka.

"Family Leftenen Uthman Ayyan?" Sapa Hafizul.

"Ye." Balas Luthfan.

"Saya Hafizul pegawai bawahan leftenen Uthman. Silakan, Saya akan bawa kamu balik Villa." Kata Hafizul pada Luthfan.

Dalam perjalanan hujan deras membasahi bumi Labuan.

"Lebatnya Hujan?" Kata Irma.

"Memang kat sini kalau hujung tahun lautan akan bergelora, kira macam musim tengkujuh." Kata Hafizul.

"Lama ke?" Tanya Roslan pula.

"Kadang sampai krismas. Lepas tu baru ok sikit." Kata Hafizul lagi.

Hafizul membelokkan keretanya masuk kedalam Villa Aura dan Uthman selepas menekan remote pagar auto.

"Jemput Tengku." Kata Hafizul membukakan pintu Villa Uthman.

"Terima kasih." Balas Irma dan Roslan serentak.

"Ni Kunci Villa, Remote pagar. Uthman bagitahu semua barang dapur isteri dia dah beli. Bilik untuk Tengku kat atas belah kanan dan bilik untuk Encik dibelah kiri." Kata Hafizul.

"Baiklah. Terima kasih sudi hantar kami kesini." Kata Luthfan.

"Sama sama. Saya gerak dulu." Kata Hafizul.

Aura sampai diatas Batch tempat mereka stay. Lautan bergelora menyebabkan aktiviti atas Platform ditunda.

"Aduhhh mabuk aku macam ni." Kata Aura.

Tekaknya terasa loya akibat batch yang mereka tempati kekiri dan kekanan bergoyang.

Tambahan lagi Line disana tiada.

DiVilla, Irma keluar dari bilik tamu tempatnya bersama suaminya. Dia masuk melihat bilik Uthman dan Aura. Rindu pada keduanya.

"Dapat cium bauan kamu berdua oun dah ok pada Umie." Kata Irma berjalan melihat bilik itu. Matanya tertuju pada test pack diatas meja solek Aura.

Sebelum berangkat tadi lepas subuh, Aura memberanikan diri membuat urine test pada kencingnya, Namun hanya tertera satu line membuatkan ia kecewa sangat.

Dia melatakkan diatas Meja solek sebab ingin dibuang pada tong sampah diluar Villanya. Takut jika Uthman melihat hasilnya.

Namun apa yang dilihat oleh Irma berbeza dengan apa yang dilihat oleh Aura.

"Ya Allah. Abang!! Bang!! Fan!!" Panggil Irma dari dalam bilik Uthman dan Aura.

Luthfan dan Roslan muncul serentak didepan pintu.

"Kenapa Mie?" Tanya Luthfan.

"Cuba Fan Lihat, betul ke apa yang Umie lihat dengan mata Fan yang lihat." Kata Irma.

Luthfan mengambil test pack dari tangan Umienya. Berkerut dahinya melihat benda ditangannya tu.

"Mie, Serously?" Tanya Luthfan.

"Baba?" Luthfan melihat Roslan disisinya.

"Bukan Umie lah.." Kata Irma menyangkal maksud anak sulungnya.

Luthfan ketawa lepas. Yang disangkanya jauh meleset.

"Habis kalau bukan Umie?" Tanya Luthfan.

"Aura." Serentak mereka bertiga menjawab.

"Kenapa Aura dan Uth sorokkan dari kita?" Kata Irma.

"Jangan buat spekulasi Mie. Mungkin Uth tak tahu atau mereka baru tahu dan belnm sempat bagitahu kita." Kata Luthfan terus menangkap gambar test pack itu dan dihantar pada Uthman.

"Semoga Aura dan cucu kita selamat Bang kat sana. Dengan keadaan sekaang ni. Bahaya untuk Aura." Kata Irma.

"Kita berdoa pada Allah. agar dijagakan Aura, Uthman dan bakal cucu kita." Kata Roslan.

Luthfan menanti Jawapan daripada adiknya Uthman tentang test oack yang ada atas meja solek didalam biliknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience