BAB 8

Horror & Thriller Completed 9360

“Menurut ceritanya, Haji Busu mendengar suara perempuan menangis di bawah pokok kundang. Dari jauh, Haji Busu nampak perempuan berkebaya seolah-olah melambai-lambai ke arahnya.”

“Seram pula saya dengar Mak Lang.”

“Alah cerita je. Bila didekati, ia semakin menjauh dan terus hilang. Bila hantu berbaju kebaya menjadi bualan penduduk kampung ini, nama arwah Mak Long Mimah terus dikaitkan dengannya. Sama ada betul atau tidak, itulah hantu Mak Long Mimah, tiada siapa yang tahu," ujar Afifah.

Masing-masing melopong mendengar cerita seram Afifah.

“Maksudnya, orang kampung hanya kaitkan dengan kematian Mak Long Mimah je la. Tak ada siapa pun yang pernah nampak wajah hantu perempuan cantik tu secara jelas?”

“Kiranya begitulah. Tapi kehadiran dan kewujudan hantu perempuan cantik tu memang menakutkan orang kampung.”

“Dari rasa kesian, saya jadi takut pula. Kalau betul macam mana? Sekaran ni, hantu perempuan cantik tu ada lagi ke Mak Lang?” Tanya Ina lagi.

Afifah hanya mengangkat kedua-dua belah bahunya tanda tak pasti.

Selepas bercerita panjang lebar, Afifah terus mengusik anak-anak saudaranya dengan cerita hantu yang pernah didengarinya sebelum ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience