Bab 24

Vampire Series 4523

“ Jadi kau memang dah jatuh cinta dengan manusia tu Cleo ? ” soal Adryan .

Kein dan Braylon turut memandang wajah sahabat mereka itu . Terkejut juga mereka apabila tahu Cleo mencintai gadis itu . Bukan dia tidak tahu bahawa Vampire dan manusia tidak boleh bersama .

“ Aku pun tak pasti . Cuma setiap kali aku berdekatan dengan dia , aku rasa tenang . Dia mampu hidupkan balik perasaan aku yang dah lama mati . Dan dia juga mampu mengembalikan diri aku yang lama . ” terang Cleo panjang lebar . Wajah diraup perlahan . Tidak dinafikan lagi , dia memang sudah jatuh hati dengan gadis itu .

Adryan dan Braylon mengangguk . Mereka juga perasan akan perubahan Cleo .
Semenjak dua menjak ni , Cleo menjadi semakin ceria . Tiada lagi wajah murung yang menghiasi wajah itu selepas gadis itu tinggal di dunia ini .
Tapi tak kan begitu cepat Cleo mencintai gadis itu ? Setahu mereka , baru beberapa minggu Emelyn tinggal disini .

“ Habis macam mana dengan Cealyn ? Kau dah lupakan dia ? ” soal Kein setelah lama mendiamkan diri .

“ Cealyn hidup dalam jasad Emelyn sekarang . Salahkah aku mencintai dia ? Aku dah tak tahan menderita disebabkan pemergian Cealyn . Dan sekarang dia hidup di dalam jasad manusia tu . Aku takkan biarkan dia pergi lagi ! ” perlahan namun keras nada suaranya .

Dia juga tidak mengerti dengan perasaan yang dirasainya terhadap gadis itu sekarang .
Yang dia tau , dia tidak akan membiarkan gadis itu pergi lagi sepanjang dia masih hidup .

Aku janji , aku akan jaga kau macam nyawa aku sendiri Emelyn . Walau aku hanya mampu mencintai tapi tidak mampu memiliki .
Tolong jangan tinggalkan aku untuk kali kedua , cukup sekali aku merasa kehilangan..

••••

Hachu !

Emelyn yang dari tadi duduk di taman bunga itu menggosok perlahan hidungnya . Pelik , cuaca panas saja pun .
Ni mesti ada orang membawang pasal aku ni . Hah mengaku cepat .

Pandangannya sama seperti semalam , hanya dihalakan ke arah bunga rose . Bukan apa , dia pun suka dengan bunga rose ni .
Kita memang banyak persamaan Cealyn . Atau.. aku ni memang diri kau ?

“ Cealyn ! ” panggil seseorang dari belakang gadis itu .

Laju saja Emelyn menoleh sebaik saja mendengar nama itu dipanggil . Macam kenal saja suara tu .
Alyaa berlari-lari anak mendapatkan Cealyn yang lagi duduk menghadap bunga rose itu .

Nampak saja kelibat Alyaa , laju saja Emelyn berdiri dan ingin meninggalkan tempat itu . Entahlah , aku pun tak tahu kenapa aku tak nak dekat dengan Alyaa .

“ Cealyn ! Tunggu lah ! ” jerit Alyaa lagi .

Emelyn yang baru saja ingin membuka langkah terhenti apabila Alyaa sudah berdiri betul-betul di hadapannya .
Mungkin dia nak cakap benda penting kot .

“ Kenapa ? ” soal Emelyn sepatah . Riak wajahnya juga tidak memberikan sebarang reaksi .

“ Kenapa awak macam mengelak dari berjumpa dengan saya ? ” soal Alyaa sambil mengambil tempat duduk di sebelah Emelyn .

Aku pun tak tahu sebenarnya . Hati aku kuat mengatakan untuk menjauhi kau .

“ Awak memang dah tak ingat saya ke Cealyn ? ” soal Alyaa lagi apabila melihat Emelyn hanya berdiam diri .

Emelyn melepaskan keluhan berat lalu duduk semula di sebelah Alyaa .

“ Disebabkan saya bukan Cealyn saya tak ingat malah tak pernah kenal awak . ” kata Emelyn perlahan .

“ Tapi Cealyn hidup dalam diri awak kan ? ” soal Alyaa lagi .

Pandangannya dihalakan ke wajah Alyaa . Pelik . Macam mana dia tau sedangkan aku tak pernah bagitau sesiapa .

“ Macam mana awak tahu ? ” soal Emelyn semula . Itu dia . Soalan berbalas dengan soalan .

“ Semua Vampire dan Demon disini dah tau tentang tu . Cealyn kan paling kuat disini , sebab tu lah semua berita tentang dia cepat tersebar . ” terang Alyaa .

Wah macam artis pula kau kan Cealyn . Baru sekejap sudah satu dunia tahu .

“ Awak tak ingat saya ? ” soal Alyaa sambil memandang lama wajah yang dirindui itu .

Lama Emelyn memandang wajah Alyaa sebelum menggeleng perlahan . Nak buat macam mana ? Cealyn memang tak pernah tunjukkan memori tentang Alyaa .

“ Awak dan saya kawan baik dulu . Takkan awak tak ingat ? ” Alyaa meminta kepastian .

Sekali lagi Emelyn menggeleng . Satu pun dia tak ingat tentang Alyaa .
Eh jap , dia kawan baik dengan Cealyn kan ?

“ Boleh awak ceritakan serba sedikit tentang Cealyn ? ” laju saja persoalan ini diajukan .

“ Awak nak tahu apa tentang dia ? ” soal Alyaa semula .

“ Cealyn tu baik ke ? ”

Alyaa ketawa kecil lalu mengalihkan pandangannya ke depan semula .

“ Dia memang baik . Sangat baik.. ” kata Alyaa perlahan .

“ Habis kenapa banyak makhluk dekat sini berdendam dengan dia ? Terutama sekali Demon . ”

Masih teringat lagi kebanyakkan makhluk yang ingin membunuhnya adalah Demon . Pertama , Demon dekat hutan di dunia manusia . Kedua , Demon dekat rumah . Ketiga , Demon yang serupa macam Annabelle tu .
Dan terakhir , yang paling penting diantara semua . Demon yang berjaya membunuh Cealyn .

“ Sebab Cealyn tak benarkan makhluk dekat sini memburu manusia . Kalau dia dapat tau sesiapa yang makan manusia , dia akan bunuh makhluk tu tak kira dia Vampire atau Demon . Tapi kebanyakkan yang dia bunuh adalah Demon . ” terang Alyaa

Emelyn terangguk-angguk mendengar penjelasan Alyaa . Terharu pula aku bila Cealyn melindungi manusia ni . Tapi..

“ Kenapa ? Kenapa dia melindungi manusia sedangkan dia pun memerlukan darah manusia ? ” soal Emelyn dengan seribu kerutan di dahi .

“ Mungkin sebab manusia dah selamatkan kedua ibu bapa dia . Dia pernah cerita dengan saya yang seorang manusia ni dah selamatkan ibu bapa dia dari seorang pemburu . Sebagai balasan , dia akan melindungi semua manusia di dunia mereka . Memandangkan dia separuh Demon , separuh Vampire . Ahli sihir dekat sini pernah juga cakap yang sesiapa mempunyai campuran di antara dua keturunan , dialah yang terkuat disini . Kebetulan hanya Cealyn yang mempunyai campuran ”

“ Habis , dimana ibu bapa Cealyn sekarang ? Diorang tak tahu ke yang anak diorang dah kembali ? ”

Betul apa . Berita ni dah tersebar ke seluruh dunia diorang , takkan ibu bapa Cealyn tak cari dia balik kan ?
Alyaa mengeluh perlahan mendengar soalan itu .

“ Mereka terbunuh sebab mengawal diri sendiri semasa mereka sudah tidak terkawal . Awak tahu kan tentang ni ? ” soal Alyaa sambil memandang wajah di sebelahnya itu .

Emelyn mengangguk . Cleo sudah memberitahunya tentang ini . Kalau Vampire mengawal diri semasa tidak terkawal , mereka akan terbunuh .
Patutlah dia sayang betul dengan keluarga ni , rupanya dia sudah tidak mempunyai keluarga .
Kesian Cealyn . Dia juga sama seperti makhluk yang lain , tapi dia melindungi manusia dan menyebabkan dia menjadi sasaran utama untuk dibunuh .

“ Alyaa . ” panggil seseorang di belakang mereka .

Sepantas kilat Alyaa memandang gerangan yang memanggil namanya sebentar tadi . Senyuman paling manis di hadiahkan apabila memandang seseorang di belakangnya .
Manakala Emelyn tidak berkutik langsung , dia tahu orang yang memanggil Alyaa itu adalah Cleo .

Ish dia ni ! Nama aku tak pula dia panggil . Cubalah dia sebut ‘ Emelyn sayang , awak buat apa dekat luar tu ? Marilah masuk . ’ kan bagus .
Ceh ! Biar mimpi sampai ke bintang nampak .

“ Awak buat apa ? ” soal Cleo apabila Alyaa sudah berdiri di hadapannya .

“ Tak ada apa . Saya berbual dengan Cealyn saja . ” kata Alyaa perlahan .

Cleo tergamam seketika sebelum memaut lembut bahu Alyaa .

“ Dia bukan Cealyn . ” kata Cleo perlahan .

Pandangan Cleo dihalakan ke arah gadis yang lagi duduk membelakangi mereka .

Emelyn dengar semuanya dengan jelas . Ya ! Aku bukan Cealyn ! Tapi dia ada dalam diri aku !
Emosi pula aku dibuatnya .

“ Awak pergilah masuk dulu . ”

Tanpa sebarang bantahan , Alyaa terus membuka langkah untuk masuk ke dalam rumah .
Dia juga tidak tahan dengan cahaya matahari yang dari tadi memancar ke wajahnya .

Tidak tunggu lama , Emelyn juga turut berdiri lalu membuka langkah untuk masuk .
Sempat Cleo memandang wajah Emelyn sebelum dia juga hilang dari pandangan . Padahal baru saja dia mahu berbual dengan gadis itu .

Berkerut dahi Cleo apabila mengingati reaksi Emelyn yang kelihatan sayu .
Kenapa dengan dia ? Ada apa-apa yang terjadi ke ?

Hatinya diburu risau . Benci dia melihat reaksi sedih gadis itu . Bukan apa , dia memang tidak suka melihat wajah seseorang sedih . Lebih lebih lagi wajahnya sama seperti Cealyn .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience