DHA 3

Romance Series 23681

Perlahan dalam kesamaran lampu dari luar jendela yang tidak bertutup, Farhana bergerak dalam senyap dan menutup daun tingkap dengan harapan dia tidak menganggu lena suaminya itu. Dalam diam dan tertib, Farhana menyelinap masuk ke dalam selimut.

Sementelah dia memperbetulkan selimutnya, kepala dikalih memandangi tampang muka Har yang hanya nampak separuh. Bahagian mata Har ditindih dengan lengannya. Har ni masih belum tidur ke macam mana?

Telahannya tepat bila Har bersuara tiba - tiba.

" Lepas ni, bila aku cakap merepek lagi. You need to stop me. Aku tak mahu kau ambil sambil lewa saja dengan perjanjian tu."

Dingin suara Har memberitahu Farhana. Hati Farhana pecah seribu. Tidak dia sangka Har masih berkeras mahu mengikuti perjanjian tersebut.

" Faham tak, Hana? You have to make me stop talking bout' it again…,” Har langsung tidak sedar, perkataan dia sudah amat mengguriskan hati Farhana.

" Hana? Aku nak jawapan,” dia mendesak lagi. Suara Har seperti belati yang tertusuk dalam di hati Farhana.

Dengan lirih dan berair mata, terbata - bata Farhana menjawab, " emm... I'll stop you whenever you talk too much,” tubuh segera dimiringkan, tidak mahu Har mementia tampang mukanya yang berserembah - serembih dengan air mata. Apatah lagi dengan matanya yang ralit melihat raut wajah Har. Makin sakit hatinya nanti.

“ Another, stop talking too much, Hana. It’s—,” scary how easy I can spill things to you when I don’t even want you to know anything about me.

Farhana membulatkan mata terkejut dengan gemingan air mata. Bibir ditelengkup kemas dengan tangan tak mahu retak - retak hati yang pecah berterabur terzahir dari nafas keras yang ditahan. Rasa itu sedikit - sedikit sudah menyesakkan dada. Tubuh dibawa mengekot kecil seakan bayi berada di dalam embrio.

Langsung dia tidak menyangka Har mengzahirkan rasa rimas mendengar luahan rasa dia tadi. Seakan kertas yang direnyuk, begitulah berat nilai kata - kata yang diluah tadi. Farhana kembali merasa kerdil.

***

Entah seberapa lama lelap tadi, Har yang terjaga dengan bunyi suara halus tangis seseorang, segera memalingkan kepala. Dengan pandangan yang masih berpisat - pisat, mata terjatuh pada hincut gerak bahu Farhana.

Ah! Dia terasa sangat ke? Getus hati jantan Har yang terjentik rasa serba salah. Har curi - curi menghidupkan papan layar telefon lalu dia membulat mata.

Takkan selama itu Farhana menangis. Terjerat dengan rasa, Har tanpa fikir segera mengheret tubuh Farhana ke dakapannya. Kaki Har merangkul naik bersulam dengan labuh betih Farhana. Tubuh si isteri dipeluk kemas - kemas.

“ H-Har?!”

" Kau menangis untuk apa, Hana? Dah berapa lama kau menangis? Sebab aku being frustrated dengan kau tadi ke?" Har melepaskan keluh yang terbuku di dada lalu dia mengucup rambut Farhana.

“ Kenapa? Aku tak boleh menangis juga? Ada dalam perjanjian ke yang aku tak boleh menangis?” Tembak Farhana terputus - putus di antara sendu.

Semakin tebal sendu Farhana, semakin rapat Har merangkul tubuh langsing itu. Bibir Har juga sudah beralih rehat pada belakang tengkuk Farhana. Sambil - sambil, Har tenang menghirup bau manis jagat Farhana. Ah! Wangian ini wangian yang sama seperti waktu mereka di universiti dahulu.

“  Some stuffs aren't meant to be shared, Hana. You don't need to understand that part of me. Aku tak nak kau tahu..."

Masalahnya Har, aku sudah tahu semua! Diari kau aku baca, aku ceroboh rahsia kau. Kau tak faham aku menangis untuk apa, Har. Dan paling menyakitkan, aku tak boleh beritahu atau bercakap dengan kau perihal ibu...

“ Kenapa kau kahwin dengan aku, Har?”

Har diam lantas dia kucup belekang tengkuk Farhana berkali - kali.

" Now Milady, have some good sleep, will ya? Dah malam nak bertekak, Hana. Jangan overthink yourself. We’re both good.”

“ Good?”

Har sememangnya pandai mengelat.

“ Please wake up with a smile tomorrow, Milady…”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience