"Siapa yang ada dekat luar rumah Ishtar tu?"
"Itu Mikha,tuan.Tuan mesti tahu siapa dia kan?"soal Zack.
"Anak si Fakhrul?"Eidlan meneka.
"Betul tuan"Zack menganggukkan kepalanya.
"Kenapa dia berdiri dekat luar rumah Ishtar pulak?"
"Saya dah cari maklumat tentang si Mikha ni.Dia ni sebenarnya dah kenal dengan Cik Ishtar dari zaman sekolah"
"Nak dikatakan Cik Ishtar ni cinta pertama dia"
"Dan dia pernah berjumpa dengan mak ayah Cik Ishtar untuk melamar Cik Ishtar menjadi isteri dia"
"Takkan secepat itu"ujar Eidlan.
"Saya tak percaya pada mulanya.Dan kisah ini saya tahu dari adiknya.Kawan kepada Cik Ishtar"
"Kau jumpa adik dia?Bila?"
"Ha....tah ii kau jumpa adik dia waktu buat kerja?"ujar Shark.
"Kau diamlah"ujar Zack.
"Tak.Aku tak marah"ujar Eidlan.
"Dia selamat sewaktu dengan Mak Cik Yah.Jadi sebab tu aku tak marah kalau kau tak pantau dia sekalipun"
"Kau ada sebab kan kau pergi cari adik dia?"soal Eidlan.
"Saya nak cari siapa yang bunuh mak dan ayah Cik Ishtar tuan"
"Maafkan saya tuan.Saya campur tangan dalam urusan tuan"
"Terima kasih"ujar Eidlan.Ya ini kali pertama dia mengucapkan terima kasih kepada bawahannya.
"Jap....terharu gilak"Shark berpura-pura mengelap air matanya.
"Pertama kali siak dengar tuan cakap terima kasih"ujar Shark teruja.
"Weyh"Alif terus menutup mulut Shark menggunakan tangannya.
"Jwgansuusjgalhwbsk"ujar Shark.
"Ok....sambung lah.Biar saya uruskan si jerung ni"ujar Alif.
"Kenapa tuan berterima kasih dengan saya?"
"Sebab kau dah ringankan kerja aku.Jadi apa keputusan yang kau dapat"
"Saya belum dapat pastikan apa-apa lagi"
"Baiklah kalau macam tu.Kalau dah ada apa-apa berita kau beritahu aku"
"Baik tuan"
"Ouh tuan...sebenarnya Mikha ni obses dengan Cik Ishtar"
"Obses?"Eidlan mula merasakan sesuatu perkara buruk akan terjadi.
"Ya tuan"ujar Zack
"So sekarang dia ni mungkin menjadi halangan tuan untuk dapatkan Cik Ishtar.Jadi tuan kena cepat-cepat dapatkan Cik Ishtar"Shark menyampuk.Eidlan menjelingnya.
"Eh,sorry.....termenyampuk pulak"Shark tergelak kemudian menutup mulutnya.
"Tuan,Cik Ishtar buka pintu"ujar Zack.Semua mata mula tertumpu ke arah rumah Ishtar.
Mereka berada di luar rumah Ishtar sejak Mak Cik Yah memberi tahu Ishtar sudah kembali ke rumahnya.
Eidlan yang merasa risau kepada Ishtar yang tinggal bersendirian terus bergerak ke rumah Ishtar setelah dia selesai mendarat dari jet peribadinya.
Dan dari jauh dia boleh merasakan Ishtar sekarang berada dalam ketakutan.
Tanpa berbasa-basi dia terus keluar dari kereta apabila melihat Mikha melangkah masuk ke dalam rumah Ishtar.
"Tuan!"jerit Zack.
Dia,Shark dan Alif terus mengikuti langkah Eidlan ke rumah Ishtar.
"Woiiii,kau keluar sekarang!"jerit Eidlan.
"Kau siapa ha?"jerit Mikha apabila seseorang lelaki menerjah dirinya.
"Kau pergi dari sini"Eidlan perlahan-lahan mendekati Mikha.
"Tak aku takkan pergi.Kau yang kena pergi"
"Kau jangan kacau Ishtar"
"Kau siapa dengan Ishtar?Dia tu bakal isteri aku"
"Dia tu isteri aku.Sejak bila isteri aku setuju nak jadi isteri kau"
"Kalau ya pun kau takkan boleh dapatkan dia.Sebab dia isteri aku"
"Huh,kau tak payah tipu aku la"
"Aku tahu dia takkan kahwin dengan sesiapa kecuali aku"
"Kau jangan yakin sangat"
"Heh kau ingat aku bodoh.Kenapa kau masuk dari luar?"
"Aku baru balik dari kerja.Jadi memang aku masuk dari luar"
"Tak aku tak percaya dekat kau.Aku tahu Ishtar takkan berkahwin selain dengan aku.Kau keluar"Mikha menyerang Eidlan.
Mereka terus bertumbuk.Mikha menumbuk perut Eidlan.
Eidlan pula membalas dengan tumbukan di muka.Mikha jatuh tersungkur.
"Ya Allah"Pak Cik Mat terus memberhentikan Eidlan daripada terus mara menumbuk Mikha.
Mak Cik Yah pula bergerak ke bilik Ishtar.
"Is,bukak pintu nak.Mak Cik ada ni"pujuk Mak Cik Yah.
"Is"panggil Mak Cik Yah.Setelah beberapa kali memanggil akhirnya Ishtar membuka pintu.
Nampak di wajah Ishtar sedikit takut dan matanya sedikit bengkak dan merah.
"Mak Cik"Ishtar terus memeluk Ishtar.Dia terus menangis di dakapan Mak Cik Yah.
Belum sempat Alif dan Shark menarik tangan Mikha....dia terus dari berlari keluar dari rumah Ishtar.
Lesap dari pandangan mata mereka semua.Shark,Zack dan Alif terus menjejak kepergian Mikha.
Manakala Eidlan pula ditenangkan oleh Pak Cik Mat.
"Sabar Eidlan.Pak Cik tahu kamu tengah marah sekarang.Tapi cuba tenangkan sedikit hati kamu tu"
"Eidlan....."Ishtar terus mengangkat mukanya dari bahu Mak Cik Yah dan kemudiannya memandang Eidlan dan Pak Cik Mat dan melepaskan pelukan.
"Jadi kau la Eidlan"ujar Ishtar. Perlahan-lahan dia mendekati Eidlan dan Pak Cik Mat.
"Jadi kau jugak lah yang buat aku mengandung"ujar Ishtar membuatkan Eidlan bungkam.
Ishtar jatuh terduduk di lantai.Kakinya masih lemah akibat kejadian sebentar tadi dan dirinya juga sedikit terkejut kerana masih tidak dapat menerima keadaan bahawa emaknya berharap dia menerima lelaki yang pernah merogolnya.
"Tak mungkin"
"Tak mungkin dia"Ishtar menggelengkan kepalanya.
Perlahan-lahan dirinya mulai berasa pening.Penglihatannya mulai kabur.Dan akhirnya Ishtar tidak sedarkan diri.
Share this novel