BAB 4

Humor Completed 7121

“Kenapa Joyah Jaclyn binti Jon Johanson jonet?” soal Ustazah Syarmilla sambil tangannya memimpin tangan Joyah Jaclyn yang semakin sejuk. Joyah menceritakan segalanya kepada Ustazah Syarmila.

“Kita lihat dulu. Kalau masih begitu, kita usahakan “ kata Ustazah Syarmila.

Joyah semakin runsing. Dia terus menuju ke jeti di kampung sempang pantai untuk membeli ice blanded dari IR ice blenz milik Ai dan Ros. Mereka berdua sedikit terkejut melihat wajah Joyah Jaclyn yang sememangnya pucat. Ai menarik telinga Joyah Jaclyn setelah hampir 322 kali dia memanggil Jaclyn. Akibat kesakitan, Jaclyn mula tersedar.

“Nak perisa apa? Semua ada.. jangan minta perisa anak keli dengan jambu udah ler” sengih Ai. Joyah gelak. Dia memesan perisa apple, mangga dan vanilla. Dia mahu membelinya buat Carl hensem yang merupakan pelanggan tiga kali sehari kedai IR ice blenz sebelum menjala ikan. Ros membuatnya dengan tekun dan amanah. Ai pula mengurut – ngurut jari tangan kanan Joyah Jaclyn dengan penuh kasih sayang.

Setelah siap, Joyah Jaclyn pulang ke rumahnya. apabila pintu terbuka didapati semua barang di dalam rumahnya bersepah dan titisan minyak gamat mula meleleh sana sini. Hati Joyah Jaclyn semakin tidak menentu. Ketakutan mula menguasai dirinya. Dia terus berlari ke rumah Ustazah Syarmila yang kebetulan pergi ke Kuala Lumpur atasa urusan pembelian tanahnya di Wangsa Maju berhampiran dengan kedai ayam Hassan Dinding. Tiba – tiba Susana menjadi gelap sewaktu Joyah Jaclyn tiba di rumahnya. pintunya tertutup rapat. Carl hensem yang lemah longlai menghulurkan tangannya tetapi di tepis oleh Joyah Jaclyn. Muka Joyah Jaclyn semakin pucat apabila menoleh ke kiri. Seorang lagi Carl Hensem ada di situ tetapi wajahnya bersih dan kelihatan tegap.

“Mari pada abang..sayang” pinta Carl hensem yang bertubuh sasa.

“Jangan sayang... itu hantu bukan abang. Dia mahukan sayang... dia saka ibu sayang “ jerit Carl Hensem.

“Tak.. sayang... abanglah suami sayang” mereka berdua mula membuatkan Joyah Jaclyn semakin takut. Tiba – tiba dia teringatkan ice blenz yang baru sahaja dibelinya tadi, walaupun cair namun begitu tetap sedap.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience