lima puluh satu

Romance Series 207117

"You looks amazing abang! Wahh.." Shira memuji kagum apabila melihatkan Khalish yang sudah selesai mengenakan toksedo maroon nya.

Terkinja-kinja dia sambil menekup mulut, bagai bertemu artis saja. Excited!

Dengan kemeja dan tie hitam berserta aksesori silver pada tubuh ideal lelaki itu amat secocok dan berkarisma.

Ditambah lagi dengan cermin mata bulat silver dan gaya rambut middle length shaggy yang kemas bersama wangian pada tubuh Khalish menggegarkan kewanitaan Shira.

Senyuman tak lekang dari wajah itu menatap si suami yang sedang mengenakan jam tangan. Lelaki itu mengerling Shira yang kelihatan teruja dengan penampilannya.

'Cute..' tercuit hatinya dalam diam.

"Hmm.. Done? Let's go." tangan dihulurkan kepada si isteri sebelum digenggam erat Shira, mereka melangkah keluar bagi menghadiri majlis pada malam itu.

Dengan kereta yang sudah tersedia di hadapan pintu utama hotel membuatkan Shira merasakan dirinya bagai diawang-awangan. Sangat istimewa.

Khalish membukakan pintu kepada Shira sebelum kembali ke bahagian pemandu. Dipandunya cermat ke arah dewan event tersebut.

Setibanya mereka di sana, kunci kereta diserahkan kepada receptionist di hadapan sebelum memimpin Shira ke dalam majlis.

Senarai nama dan surat jemputan diteliti terlebih dahulu sebelum mereka mula melangkah masuk.

Satu lagi keajaiban bagi Shira pada malam itu. Kekagumannya tak dapat dibendung. Senyumannya meleret sepanjang masa pada langkah pertamanya di dalam majlis mewah itu, sangat mengagumkan!

Dengan tema merah, putih dan hitam menampakkan suasan ceria dan elegant di sekeliling dewan.

"Sebab ni ke abang belikan Shira pakaian ni? Pandai abang pilih, Shira suka sangat!" ujarnya teruja.

Lengan Khalish yang dirangkulnya dipeluk sambil mereka berjalan. Dia hanya mengikuti langkah si suami di celahan orang ramai.

Khalish mula disapa seorang dua lelaki yang turut segak bersut dan mereka mula berbual sedikit ramah. Diperkenalkan juga Shira kepada mereka.

Kerusi ditarik untuk Shira duduk dan ditolak perlahan. Si isterinya tampak agak kekok dengan semua tertib dan orang ramai, jadi Khalish mahu menyelesakan dahulu wanita itu.

"Qayum, meet my wife, Shira. Honey, this is my friend Qayum and his wife.. Maya." Khalish memperkenalkan salah seorang lagi rakannya kepada Shira begitu juga Maya yang duduk bersebelahan Shira.

"Selamat berkenalan Pn Maya.. Shira." mereka bersalaman dan Shira sekadar menunduk dan tersenyum pada Qayum sebagai salam perkenalan.

"Eh- tak perlu tak perlu. Panggil Kak Maya je.. umur kamu lagi muda kan?" mereka mula berbual.

"Saya 25.." balas Shira ramah.

"Aah.. betullah sangkaan akak. Mude lagi.." kata Maya dengan senyuman.

"Siapa nama si kecil ni? Comelnye.." si anak kecil berusia sekitar 11 bulan di atas ribaan Maya dicuit pipi montel itu.

"Ini Qasyaf.. anak akak." diperkenalkan si putera kecilnya pada Shira dan lama-kelamaan, mereka berbual semakin rancak.

Khalish yang melihat si isteri semakin dapat menyesuaikan diri hanya mengabaikan.

Dia juga sibuk berbual dengan rakan-rakan semeja yang lain lebih-lebih lagi apabila Azri dan keluarga juga turut serta bersama.
Tanpa mereka sedari, ada mata yang memerhati. Darien yang duduk di bahagian meja biasa bersama rakan sekerjanya yang lain sesekali akan membuang pandangan kepada Shira yang duduk di hadapan bersama Khalish, di bahagian VIP.

'Haih.. cantiknya kau Shira..' mendongkat dagu dia sambil memerhati si wanita dalam diam. Tetapi tidak terlalu ketara.

Sesekali dia meleretkan mata memandang lagi telatah kesayangannya itu.

'Suka budak-budak? New information ni.. sesuai jadi ibu-ibu. Beruntungnyalah aku kalau dapat..' berangan dia seorang diri bagai orang kurang waras.

Semasa ucapan dan perasmian majlis, Darien termasuk selaku jemputan anak syarikat langsung tidak memberikan tumpuan.

Dia mula merancanakan rancangannya. Dia taksub! Obses dengan wanita bernama Shirahani itu.

Walaupun hanya melihat senyuman, gelak-tawa wanita itu dari kejauahan.. dia rindukan suara Shira.

Ya! Dia mahu dengar suara wanita itu malam ini.

Semasa jamuan makan selepas perasmian projek gabungan syarikat itu, Darien mula dengan rancangannya.

"Kau nak kemana Yen?" Haris, rakab sekerjanya bertanya.

"Aku nak ucapkan tahniah pada En Azri. Diakan baru dapat new baby." ujar Darien seraya mencuri pandang ke arah meja tersebut.

Khalish tiada. Ke mana? Ah! Lantaklah! Dia lagi suka jika lelaki itu tiada.

"Aah la kan. Jom lah. Aku pun nak ikut jugak." Haris dan Amy mula turut serta bersamanya ingin menegur ramah si tuan di hadapan.

"Assalamualaikum En Azri.. segaknya.. makin kacak lah encik malam ni." Amy mupa menegur Azri sambil bergurau dengannya.

Di belakangnya pula adalah Haris dan Darien sengaja pilih pada bahagian yang sedikit ketepi, rapat dengan Shira.

Mereka sempat berbalas pandangan dan senyuman.

'Aaaishh! Geramnya aku tengok kau ni..' gumam hatinya. Bibir bawah diketap apabila haruman Shira dapat dibaunya daripada kedudukan.

Sengaja dia memegang belakang kerusi Shira tanpa sebarang ekspresi. Wanita itu enak menjamu sisa makanannya di dalam pinggan.

Sesekali lidah si gadis menjilat ulas bibirnya yanh sedikit comot dek kuah spaghetti yang dimakannya.

Glup.

Matanya tak dapat dikawal. Dia tak dapat berlama-lamaan melarikan pandangan daripada melihat ke arah wanita itu. Sangat menarik! Urgh..

"Shira nak aiskrim ke? Akak ada ambilkan dekat buffet tadi untuk si kecik ni.. ambillah." Maya, isteri rakan Khalish mempelawa tanpa sebarang curiga.

"Oh ye. Terima kasih kak. Amboi.. kecik-kecik lagi dah pandai makan aiskrim ye sayang?" tutur Shira manja sambil mencuit kecil pipi Qhasyaf yang montel.

Darien turut mengambil kesempatan itu untuk menegur En Azri dan Isterinya ringkas sebelum menoleh, perlu kembali ke mejanya walaupun hatinya melonjak-lonjak mahu berdiri di situ saja.

Dan sesuatu menyapa pandangannya. Wanita dambaannya sedang enak menikmati popsikel.

Halkumnya pantas saja naik turun dengan pemikiran yang telah melayang jauh. Berombak dadanya menahan diri.

Shira dengan leka dan selambanya menjilat aiskrim di tangan enak. Sesekali bibir digigit-gigit bersama.

Fuck.

Selambat mungkin langkah diatur menjauhi meja VIP itu. Pemandangan itu baginya penagih, bagaikan menonton pornografi saja. Shit.

Tetapi niatnya untuk berlama-lamaan tebantut apabila kelibat lelaki segak mula muncul daripada salag sebuah pintu di tepi dewan, menuju ke arah meja tadi.

Damn it.

Pandangan terus dikalihkan apabila melihat Khalish yang berjalan sambil memerhati sekeliling.

Lelaki itu merapat Shira sebelum melabuhkan duduk bersebelahan gadis itu.
Mereka berbual sebentar sebelum dapat dia melihat dari jauh, sebelah tangan Khalish mula melingkari bahagian belakang tubuh gadisnya dan Shira mula tersenyum malu apabila Khalish membisikkan sesuatu, rapat pada telinganya.

'Sabar.. sabar wahai hati.. kau mampu bertahan. Lagi beberapa jam je lagi..'

Terpejam matanya seketika, menenangkan diri, menahan gelonjak hati setelah melihat aksi romantik pasangan itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience