bab 8

Action Series 6760

"Tolong jangan buat saya macam nii" Badannya menggigil ketakutan.

"Aduh, tolong awak saya sakit. Tolong lepaskan saya."

     Tangan dan kaki yang terikat pada palang katil, membataskan pergerakan dirinya.

    Lelaki itu menghampiri. Bibir mungil bak delima dia bertukar pucat. Dia merentap tangan yang diikat. Sakit dan perit pada pergelangan tangan dibiarkan.

Awak...

Tolong...

Say...

     Belum habis lagi percakapannya, lelaki itu trus meragut bibir dia. Dia menangis teresak-esak.

Belum pernah lelaki menyentuh dirinya. Mahupun hanya sekadar tangan. Never. Namun lelaki hadapannya sewenang-wenangnya mengambil hak milik dia. Sedangkan mereka tiada ikatan yang sah.

     "Aw- awak.. to -tolong... Ja.. jangan buat saya macamni." Suaranya tersekat di kerongkong.

Takut

Gementar

     Memang ada dalam dirinya sekarang. Dengan keadaannya sebegini membuatkan dia berputus asa.

     "Shhh.. Diam jangan banyak cakap. Bising." lelaki itu berkata lembut lalu mencium ubun ubunnya. Dia berpaling. Jijik.

     Dia menggeleng-geleng kepala menandakan dia dalam keadaan yang rimas.

     "Saya cakap duduk diam kan?? Apa payah sangat ni, ke kau nak aku buat cara kasar?? Hah slut??lelaki menengking kuat di akhir ayat.

     "Tolong lah lepaskan saya!! Jangan buat saya macam nii.. Saya taknak."

     Aku cakap diam kan, apa susah sangat kau nii nak dengar cakap aku nihaa??

Pang.

     Berdesing telinga nya apabila menerima tamparan lelaki itu.

**********

     Farraz terjaga apabila terdengar ibunya meraung menjerit dan menangis malam itu. Dia terus melangkah laju ke bilik ibunya.

    Dia melihat ibunya yang sedang berkubung dalam comfoter milik Arazilla. Badan ibunya yang menggigil seperti ketakutan lalu dia menghampiri Arazilla.

    "Ibu.. Oh ibu, kenapa nii." dia menepuk perlahan pinggang Arazilla.

     Arazilla tersentak. Takut jika dia mengalami kejadian yang sama seperti dulu.

    "Tolong.... To - tolong jangan buat saya macam nii, saya sakit." Arazilla tidak henti menangis dan meraung akibat mimpi yang dialami nya.

     "Ibu bangun. Kenapa nii?? Namun Arazilla masih seperti itu.

     Farraz melekap kan tangan kanan kecil nya ke dahi Arazilla. Panas. Ya Allah macam mana nii??

     Farraz mulai gelabah. Tidak tahu apa yang perlu dia buat. Jika dulu Harraz selalu ada dengan nya jika dia sakit. Namun sekarang dia keseorangan bersama ibunya.

     Dia berpikir sejenak. Hampir lima 5 termenung baru lah dia mengambil keputusan untuk menelefon kawan rapat ibunya, mama leya dan uncle Ben.

    Dia berjalan laju dan mencapai telefon bimbit Arazilla yang tersimpan elok di dalam laci almari.

     Harap - harap mama tak tidur lagi. Dia berbisik di dalam hati. Dia mengerling jam yang berada pada dinding bilik. 3:49 a.m. Mak aii pagi sangat dah ni.

Tut... Tut...

Tut.. Tut...

Tut.. Tut...

     Hampir 3 kali dia menelefon mama leya. Namun wanita itu tidak mengangkat ganggang. Dia cuba sekali lagi.

Mendail..

Berdering..

      Baru saja dia hendak menutup panggilan tersebut, dia bagai terdengar suara seperti memanggil Arazilla dari corong telefon. Dia melekap kembali pada telinga.

      "Hello." suara serak basah leya kedengaran.

     "assalamualaikum mama, ini Farraz" terus sahaja dia menjawab.

      "Oh Araz kenapa call pagi buta ni" leya bertanya perlahan.

     "Mama A- Araz nak minta to - tolong. Datang rumah ibu. Ibu meracau dari tadi. Badan ibu panas sangat, Araz tak tahu nak buat a-apa." katanya sedikit kalut dan gementar.

     "Araz biar betul. Rumah banglo?? Tanya perlahan. Risau akan rakannya.

    "Nanti Araz jelaskan, mama tolong datang sini sekarang, boleh ajak uncle Ben sekali, sebab nak suruh dia check keadaan ibu."

     "Okeyhh, tunggu mama datang, dalam 15 minit mama sampai. Sebelum tu Araz tolong kain, basah kan dan perah, lepas tu lipat empatsegi, and then tolong tuamkan dekat dahi ibu, yaa sayang."

     "Okeyhh mama. Cepat datang tau,Araz dah tak tahu nak pujuk ibu macamna lagi."

     "On the way. Araz tunggu mama dekat pakcik guard bawah okeyh. Mama nak masuk kena ada sticker. Tolong ambil sticker tu dekat laci depan sound tv. Tunggu mama tahu."

     Bukannya dia tidak tahu, bahawa kawasan perumahan banglo milik Arazilla perlu mempunyai sticker jika hendak memasuki kawasan itu. Maklumlah kawasan private.

     Farraz segera meletakkan ganggang telefon lantas dia mengambil kain berwarna putih di dalam laci. Dia menyiram air pada kain itu sehingga lencun semuanya. Dia perah beberapa kali. Sebelum memasuki ruang bilik Arazilla. Dan berbuat seperti yang mama leya ajarkan tadi.

     Selepas itu, dia segera mengambil sticker kereta di dalam laci tempat ibunya selalu meletakkan kunci rumah, kunci kereta dan pelbagai lagi.

     Farraz bergegas ke tempat guard. Walaupun keadaan malam itu terang benderang dengan lampu jalan namun masih ada lagi ketakutan dalam dirinya.

     Seperti Arazilla, dia juga mempunyai fobia kan sesuatu. Dia fobia pada petir, kilat, hujan dan kegelapan. Sehingga kini dia masih tidak dapat mengatasi masalah fobia nya.

     Hampir 5 minit berjalan sehingga di tempat pakcik guard menunggu. Dia melepaskan lelah di tepi jalan menunggu mama leya datang.

     "Adik, tunggu siapa malam buta ni." tanya pakcik anuar yang merupakan pakcik guard di situ.

    "Saya tunggu mama saya pakcik, sekejap lagi dia sampai." dia tersenyum manis. Menampak kan lesung pipit yang agak dalam di sebelah pipi kirinya.

     "Oh, adik tinggal dekat banglo no berapa??

    " 219 rasanya pakcik." jawabnya ringkas.

    "ha tu pun mama saya, dah smpai. Ni pakcik sticker untuk kereta nissan maroon tu." dia menunjuk kereta milik leya yang sudah menghampiri Mereka berdua.

     Pakcik anuar menguntum senyuman manis. Dia melepaskan kereta yang dinaiki oleh leya.

*****

     Sesampainya mereka dia rumah Arazilla. Dia terus memarkir kereta di garaj. Farraz susah mendahului masuk ke dalam banglo tersebut, diikuti dengan leya dan Ben.

    "Tolong, tolong... Jangan buat aku macam nii." makin kuat dia meraung dan menangis.

   Farraz menolak kuat pintu bilik Arazilla membuatkan Arazilla makin takut.

     "Tolong, jangan apa-apa kan aku. Tolong Eve aku merayu jangan pukul aku lagi. Sakit. Tolong lah."

     Terdengar sahaja nama Eve yang disebut oleh Arazilla sebentar tadi membuat leya tergamam.

    "Ben tolong, suntik ubat penenang." jika dilihat, Arazilla seperti sedang dirasuk sahaja. Terpekik melolong.

    "Eve" takkan lah. Fikirnya takut.

    Kenapa Ara tiba jadi seperti ini?? Kenapa dia sebut nama Eve?? Takkan lah?? Yaa Allah serabut nya kepala aku. Kuatkan aku.

To be continue...

   

YA ALLAH BANYAK BETUL TYPO AKU DO..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience