BAB 2

Horror & Thriller Completed 9981

Selasa, 24 Mac 2019.

"Bagaimana ni Inspektor Hazaki? Dekat mayat pun tiada sebarang kesan," kata orang bawahannya.

Hazaki mula berfikir sejenak. Nampaknya kes kali ini mungkin akan menjadi lebih sukar.

"Dapatkan maklumat tentang lelaki ini," arah Hazaki.

"Baiklah tuan," orang bawahannya berlalu pergi.

Hazaki memikir semula. Kesemua mayat mati akibat dihiris oleh sesuatu yang tajam seperti pisau dan hanya seorang sahaja yang ditikam di dahi. Yang lain seakan-akan disembelih dengan kejam.

Sejak akhir-akhir ini. Banyak kes pembunuhan yang berlaku. Hazaki perlu menggunakan nalurinya sebagai pembunuh untuk menangkap penjenayah ini daripada berleluasa. Hazaki perlu bersedia satu langkah awal di hadapan pembunuh tersebut.

"Pembunuh licik....Pembunuh licik..." Hazaki memejamkan matanya.

Hazaki seolah-olah mendapat bayangan bahawa pembunuh tersebut adalah bijak orangnya.

"Hmm, aku perlu cari juga orang yang bijak kat dalam negara ni,"

"Hazaki," panggil Joan.

Lamunan Hazaki terus mati.

"Apa?"

"Kita sudah ada maklumat tentang mayat-mayat tu semua,"

"Mari tengok," pelawa Hazaki.

Mereka berdua duduk di sebuah meja makan dan Joan mengeluarkan fail yang besar di dalam begnya.

"Menurut maklumat yang diperolehi, Shark atau nama sebenarnya Kawasaki adalah ketua kumpulan bagi kes penculikan kanak-kanak dan bayi. Mereka menjualnya di Siam," terang Joan.

Hazaki mendengar tanpa mencelah.

"Selain itu juga, Kawasaki juga dituduh atas kes pembunuhan seorang lelaki tua. Dikhabarkan lelaki tua tersebut cuba menghalang cucunya daripada diculik oleh lelaki tersebut tetapi dia telah ditikam. Kekurangan bukti semasa perbicaraan menyebabkan Kawasaki dipenjara selama 1 tahun. Tu pun sebab meminum arak,"

"Oh, kiranya terlepas daripada hukuman la ni ye..." Hazaki memegang dagunya.

"Ya, macam kau," Joan memerli.

"Woah, jangan samakan aku dengan pembunuh tak famous ni. Dia terlepas daripada hukuman tetapi dia sudah mati. Aku hidup lagi," kata Hazaki.

"Tapi seakan-akan pembunuh ini membunuh bagi menegakkan keadilan," Hazaki cuba membuat hipotesis.

Joan pun berfikir benda yang sama. Mungkin.

"Oklah apa-apa pun. Thank you for the information. Nanti apa-apa hal roger aku," kata Hazaki sebelum beredar dari situ.

"Banyak cantik tengkorak kau roger," Joan merungut.

*****

Yukiko, gadis manis yang kian melonjak dewasa, mula bekerja di McDonald. Alasannya supaya dia dapat makan secara percuma.

"Ya encik nak order apa?" tanya Yukiko kepada pelanggannya.

"Bagi saya set A satu. Makan sini ya," jawab lelaki itu.

Yukiko dengan lajunya menyediakan makanan yang dipesan oleh lelaki tersebut.

"Next?" tanya Yukiko lagi.

Yukiko terkejut apabila pelanggan yang seterusnya adalah Tsukiko.

"Set B satu, bungkus," kata Tsukiko sambil tersenyum. Dia kemudiannya menghulurkan wang.

Yukiko menyediakan pesanan kakaknya dengan sedikit lambat. Terkejutnya masih lagi ada. Semenjak ibu bapanya meninggal kemalangan 2 tahun lepas, hubungan adik beradik ini semakin berenggang akibat mempunyai kefahaman tersendiri.

"Siap," jawab Yukiko selepas 5 minit.

Tsukiko mengambil pesanannya sebelum bersuara semula.

"Dah dahlah tu Yukiko. Balik rumah nanti," pesan Tsukiko.

"Next!" Yukiko mula meninggikan suaranya. Pura-pura tidak mendengar kata Tsukiko.

Yukiko kini tidak lagi tinggal sebumbung dengan kakaknya. Dia menyewa sebuah bilik di flat yang terletak jauh sikit dengan rumah kakaknya.

Tsukiko mengambil makanan yang dipesannya lalu pulang dengan wajah yang kecewa. Nampaknya Yukiko masih lagi memarahinya!

-Bersambung-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience