Bab 9

Romance Completed 78326

Gia menarik nafas dalam-dalam dari luar resort. Berdebar-debar pulak rasanya bila nak masuk kerja. Maklumlah inikan pengalaman first time dia sebagai seorang pekerja di resort. Selama ini dia mana tahu erti kerja ke apa selain pergi sekolah dan balik sekolah. Entah dugaan apa yang dia akan tempuh sepanjang dia bekerja nanti.

Nafas beratnya dihembus perlahan. Kakinya mula diayun masuk ke dalam resort menghampiri receptionist yang sedang menekan sesuatu di keyboard sambil matanya memandang ke arah skrin komputer. Nampak macam busy sangat. Tapi, kalau nak kata staf dekat sini busy, logik jugak sebab banyak tourist yang berkunjung ke sini. Kebanyakannya pengunjung dari luar negara.

“Hello…” Gia memulakan bicara.

Mata receptionist yang tadinya tertumpu pada skrin komputer kini ditumpukan perhatian kepada Gia. Perempuan tersebut bangun dari kerusi duduknya.

“Yes miss? May I help you?”

Miss? Emmm…kalau diorang tahu aku umur berapa mesti diorang panggil aku little girl or girl. Mungkin dengan ketinggian aku ni kot orang fikir aku ni umur belasan tahun ke atas.

“Sorry saya nak bertanya. Dekat sini masih ada kerja kosong sebagai housekeeping ke?” Gia bertanya dengan penuh cermat. Bibirnya tak lekang dengan senyuman.

“Housekeeping? Awak nak job tu ke?” soal perempuan tersebut dengan tag baju yang bernama Jessy.

“Ye…saya nak job tu.”

“Ouhhh…kejap! Maybe awak nilah perempuan yang auntie Malini cakap semalam? What’s your name?”

“Gia…”

“Nice name,” Jessy tersenyum. “Emmm…sorry for making you wait,” Jessy menunduk sedikit dan satu borang diambil lalu diserahkan kepada Gia. “You need to fill this form and give back to me when you finish fill the form. Okay?”

“Got it and one more thing…can I borrow your pen?” pinta Gia. Lupa pulak dia nak bawak pen dari rumah. Excited sangat!

“Sure! Here you go,” Jessy menyerahkan sebatang pen berwarn biru kepada Gia. Gia mengambilnya dan meminta diri untuk duduk di kerusi bersebelahan dengan receptionist untuk mengisi borang tersebut.

Selesai isi namanya, dia beralih pula ke kotak yang bertulis age. Errr…agak-agaknya diorang terkejut ke tak hah kalau aku isi age ni aku 12 tahun? Maybe yes maybe not. Ah! Isi jelah Gia.

Selesai mengisi semuanya, dia kembali ke arah Jessy dan borang berserta pen diserahkan kepada Jessy. Jessy memerhatikan setiap satu maklumat yang diisi oleh Gia. Sampai saja pada kotak age, matanya membulat.

“Wait! Are you sure that you fill your age correct?” Jessy menunjukkan kotak age kepada Gia. Gia mengangguk perlahan.

“Like seriously you’re 12 years old? I don’t believe this! How can you ever think to work while you’re just 12 years old? Wait! One more…emmm for this form,” jari Jessy menunjuk lurus ke arah nama tatay dan nama daddy Gia.

“Awak ni anak kepada Mr. Ramon Valenciano? Bapak angkat awak pulak Mr. Scott Padilla? Are you sure of this form?”

“Yes.”

“What?! You’re from…” terus Gia membuat tanda zip mulut. Takut bila Jessy cakap kuat-kuat, statusnya akan terbongkar.

Lagipun, dia tak suka bila statusnya diketahui ramai. Biarlah hanya certain people sahaja yang tahu dia anak kepada Mr. Ramon Valenciano dan Mr. Scott Padilla. Kang tak pasal-pasal kepalanya pening sebab jenuh nak
menjawab setiap satu soalan orang.

“What are you doing here and why you want to work here? You have a good life, you know?”

“I know but let it be my only secret for me. I have my own reasons why I have to work and leave my family.”

“Ohhh…but you’re 12 years old and too young for work. Are you sure you can adapt with this?” Jessy bersuara risau. Risau sebab Gia masih lagi dibawah umur untuk bekerja dan takut Gia tak dapat tahan dengan pekerjaannya sebagai housekeeping.

Menjadi housekeeping bukannya mudah. Nak kena layan kerenah customer all the time yang mana customer jenis cerewet nak itu nak ini. Boleh jadi stress dibuatnya. Receptionist pun apa kurangnya nak kena layan kerenah customer jugak yang kadang-kadang last minute nak cancel bilik atau nak tukar date check in. Pusing kepala ini.

“Saya yakin saya boleh adapt dengan kerja ni. I need to take my time untuk sesuaikan diri dengan dunia baru. One more thing, tolong rahsiakan status saya dari sesiapa pun. Hanya awak dan auntie Malini saja yang tahu siapa saya. Ok?”

“I promise!” Jessy mengangkat tangannya gaya sumpah tak bagitahu siapa-siapa.

“SO, how’s Gia? Dia ok ke dekat sana?” tanya Mr. Scott Padilla bila badannya sudah dibaringkan ke atas katil.
Bila Gia dah keluar dari rumah, rasa sunyi pulak keadaan rumah ini. Yelah, selalunya kalau Gia ada, Gia lah yang akan menghilangkan sepi dalam rumah ni dengan keletahnya yang kadang-kadang suka mengacau Lola.

“She’s fine. Kenapa awak tanya?” soal Madam Valona kembali sebelum badannya turut direbahkan di sebelah suaminya. Masa untuk tidur.

“Entahlah…rindu pulak dengan Gia,” jawabnya dengan matanya yang mula dipejamkan. Hari ini busy dengan meeting sana-sini. Tak menang tangan dibuatnya walaupun dengan bantuan Eric dan Danial di ofis.

“Jangan risaulah. Dia mesti happy duduk dekat sana,” Madam Valona bersuara dengan nada acuh tak acuh. Tak suka bila topik Gia dibualkan.

“Kenapa awak tak suka ehhh bila saya buka topik pasal Gia? Setahu saya, Gia tu masih anak awak. Kenapa Vi awak boleh layan dengan baik tapi Gia tak boleh? Hmmm?”

Malas nak balas pertanyaan suaminya, Madam Valona menarik selimut lalu memejamkan matanya. Tak nak jawab. Malas!

Mr. Scott Padilla cuma mampu menggelengkan kepalanya dengan sikap isterinya. Tak faham dia dengan perangai isterinya ini. Dimarahnya Gia habis-habisan sedangkan kesalahan tu bukannya salah Gia.

BADANNYA direbahkan ke atas tilam nipis yang dilapik dengan tikar mengkuang. Hmmm selesanya bila dah dapat baring ni. Matanya dipejamkan seketika sebelum dibuka kembali. Fuh! Hari pertama kerja pun dah sepenat ini rasanya. Hari-hari yang akan mendatang macam manalah agaknya kan?

Gia bangun dari pembaringannya lalu baju kerjanya dibuka. Badannya hanya ditutupi dengan singlet berwarna putih dan seluar slack yang masih tersarung. Dia keluar dari rumah bersama telefon bimbitnya. Ambil angin malam yang terasa dingin dan nyaman pada rongga hidungnya.

Telefonnya dibuka. Ada dua mesej dari abang Eric dan satu mesej dari Vitalika. Huh? Vi mesej aku? Tak pernah-pernah pun selama ni dia nak mesej aku tup tup hari ni ringan tulang pulak nak taip mesej untuk aku? Mesej dari Vitalika dibuka dahulu.

Vi: Hey sis…how are you there? I hope you doing well.

Emmm…ini satu keajaiban untuk akulah bila baca mesej Vi yang bertulis macam ni. Selalunya ayat sinis je yang dia akan bagi dekat aku. Mesej Vitalika dibalasnya.

Me: I’m good here and yeah happy too.

Mesej dari abang Eric pulak dibukanya. Macam biasa akan bertanyakan apa khabar dan dah makan ke belum. Itu saja yang paling kuat ditanya abang Eric dan untung je Danial tak mesej dia. Kalau tak, aku akan hadap hari paling serabut sedunia!

Me: Gia ok je dekat sini. Abang Eric tak payahlah risau.
Plus, Gia dah makan. Baru je lepas makan.

Memandangkan hari ini hari pertamanya bekerja, dia dibenarkan bekerja separuh shift tapi mulai esok dan hari seterusnya, dia kena kerja ikut shift yang dah ditetapkan. No half shift anymore!

Cuma, apa yang untungnya adalah staf di resort tersebut. Untung saja semuanya baik-baik dan tak kerek macam dia pernah tengok dalam drama. Yalah, kalau dalam drama kan selalunya kalau pekerja baru yang baru masuk kerja selalunya akan dibuli oleh staf yang dah lama kerja dekat situ. Tapi, di sini ok je. Semuanya nice.

Sebuah motor lalu dihadapannya. Lelaki yang sedang membonceng motor tersebut menoleh memandangnya. Gia hanya buat tak peduli bila lelaki tersebut memberhentikan motornya di hadapan Gia. Entah apa yang lelaki ni nak. Kalau nak buat macam-macam, nahaslah kau aku kerjakan dengan gayung yang ada dekat sebelah aku ni. Jangan macam-macam dengan aku.

“Hello…sino ka (awak siapa)? Hindi na kita nakikita dati (saya tak pernah nampak awak sebelum ni).” Tanya Martin.

“Kenapa nak tahu?”

“Janganlah garang sangat. Saya cuma nak berkenalan
dengan awak je yelah sebab sebelum ni saya lalu dekat sini tak ada orang duduk pun dekat rumah ni but today saya jumpa awak duduk di sini.”

“Baru je pindah sini.”

“Ohhh…well my name is Martin. You?”

“Gia…” hanya nama awalnya saja diperkenalkan. Takut
kalau dia perkenalkan nama penuhnya, lelaki yang bernama Martin nit ahu statusnya siapa. Cukuplah Jessy dan auntie Malini saja yang tahu statusnya.

“Alone here or stay with family?”

“Alone.”

“Alone? Like seriously?”

“Yes.”

“But why?”

“Nothing.”

Martin mula memahami. Cara Gia jawab pertanyaannya pun dah memberikan jawapan kepadanya yang Gia tak nak ditanya lebih-lebih apatah lagi pasal family. Mungkin ada masalah family ataupun family Gia dah tak ada. Itu saja yang bermain di dalam kepala otak Martin.

“Emmm saya gerak pulang dulu. Take care of yourself. Tak elok duduk luar lama-lama sangat. Nanti masuk angin badan tu. Good night and nice to meet you,” ujar Martin sebelum motornya kembali dihidupkan dia membonceng pergi dari situ.

Tak lama lepas itu Gia bangun masuk ke dalam rumah. Dengan keadaan badannya yang letih membuatkan dia rasa mengantuk. Sebelum tidur, dia mandi dahulu dan habis saja mandi, dia terus tidur. Badan yang letih membuatkan dia terus terlena.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience