PROLOG

Romance Series 4001

Sicily, Italy

Eijaz memakirkan kereta mewah ke dalam garaj. Dia membuka pintu seraya keluar dari kereta. Wajah dingin di tayangkan. Seputung rokok dibawa ke bibir. Dia berjalan ke pintu masuk rumah banglo mewah.

"Sir!" Sapa seseorang di situ. Eijaz hanya memandang sejenak bersama mata tajam. Dia tidak mengangguk tidak menyapa semula, dia hanya meneruskan langkah tanpa menghiraukan sesiapa. Kot yang terletak kemas di badan dibetulkan sedikit biar tampak kemas.

Masuk saja ke dalam rumah banglo mewah itu, semua mata tertuju ke arahnya. Dengan selamba dia menyedut asap rokok sebelum di buang ke dalam tong sampah.

"Eijaz Rafael! Thank you for coming!" Lelaki tua menghulurkan tangannya untuk berjabat malah Eijaz hanya mengangguk. Tidak menyambut huluran tangan lelaki itu. Senang cerita tak mudah untuk dia berjabat tangan dengan seseorang. Dia menyeluk tangan masuk ke dalam poket seluar.

"Thank you for inviting me." kata Eijaz dingin. Anak mata bergerak memerhati situasi di dalam rumah banglo mewah ini. Semuanya sibuk berdansa sana sini. Minuman berat juga disediakan. Perkara biasa bagi Eijaz setiap kali menghadiri parti- parti seperti ini.

"Come here Eijaz, let me introduce you to my beloved princess."

Eijaz hanya menurut. Dia mengikuti lelaki tua itu dari belakang. Mata tak henti-henti memandang sekeliling. Memastikan tiada satu benda yang curiga disitu.

"Erissa, ini Eijaz Rafael. Lelaki yang papa selalu ceritakan."

Erissa tersenyum manja. Perlahan-lahan dia bangun menghampiri Eijaz yang berdiri tegak sambil memeluk tubuhnya. Eijaz hanya diam. Tangan gadis itu mula menjalar ke dada bidangnya. Wajah menggoda di tayangkan.

"Hey Eijaz, i dah lama nak jumpa you. My daddy always cerita pasal you dekat i. Baru hari ini i dapat jumpa you." Erissa mula bersuara. Tangannya tak henti-henti menjalar ke dada bidang lelaki itu.

"Oh yeah? Well i sibuk bekerja. Tak ada masa untuk hal remeh temeh." jawab Eijaz. Erissa ketawa manja. Disebabkan itulah dia lebih berminat untuk mengenali lelaki yang bernama Eijaz Rafael itu. Kata daddy, lelaki itu mempunyai syarikat tersohor di sini.

"Hm, kalau you tak keberatan why not kita masuk bilik i? Ada privacy sikit." tanya Erissa menggoda. Dia akan pastikan lelaki itu menjadi miliknya sebentar lagi.

Eijaz tersenyum sinis. Saat-saat yang dia nantikan. Tanpa membuang masa, tangannya ditarik secara lembut oleh Erissa. Mereka berjalan menaiki tangga sehingga ke bilik gadis itu. Pintu bilik ditutup rapat.

Erissa meletakkan kedua-dua tangannya di bahu lelaki itu. Dia merapatkan sedikit tubuh badannya yang terlihat seksi di mata lelaki. Tapi tidak kepada Eijaz.

"Are you trying to seduce me Erissa? Hm?" Tanya Eijaz.

"Yeah, kenapa you dah tergoda dengan i Eijaz?"

Senyuman sinis terlakar di bibir Eijaz.

"You ingat i mudah tergoda dengan perempuan macam you Erissa? I'm Eijaz Rafael."

"Jadi kalau you tak tergoda kenapa you ikut i masuk bilik Eijaz? Bukan ke itu maksud you memang nak kan i?"

Kali ini meletus tawa Eijaz. Erissa berkerut dahi.

"You nak tahu kenapa i ikut you? Sebab nak memudahkan kerja i." bisik Eijaz ditelinga gadis itu. Membulat mata Erissa apabila merasakan pistol dibelakang tubuhnya. Eijaz hanya tersenyum sinis.

"Apa you nak Eijaz!"

"I tak nak apa-apa. I cuma jalankan kerja i yang dah lama tertangguh. Come on Erissa! I penat jalankan misi di Italy. Jadi kali ini, i tak akan lepaskan peluang tu lagi."

Erissa menggeleng. Dia tidak faham dengan maksud lelaki itu.

"Daddy you musuh utama yang i cari. Jadi disebabkan you dah tahu siapa i yang sebenarnya i terpaksa buat benda bodoh ni. I'm sorry Erissa." ucap Eijaz sinis.

BANG!

Jatuh ke lantai tubuh yang baru saja Eijaz tembak. Darah yang keluar dari kepala gadis itu Eijaz hanya pandang sekilas. Mayatnya di langkah. Alat komunikasi dipasang ke telinga.

"Now!"

BANG!

BANG!

Riuh satu rumah banglo mewah kerana mendengar bunyi tembakkan secara tiba-tiba. Vince berkeliaran mencari di mana anak perempuannya Erissa berada. Melihat Eijaz turun dengan gaya selamba membuatkan dia berlari menghampiri lelaki itu.

"Kenapa ni Vince? Kenapa parti kau tiba-tiba berubah jadi parti tembak menembak ni?" Tanya Eijaz selamba.

"Mana Erissa? Bukan dia dengan kau ke Eijaz?"

Eijaz mengangguk.

"Memang. Tapi dia dekat atas, tengah mandi. Mandi darah katanya."

Dengar saja ayat selamba itu keluar dari mulut Eijaz, Vince menarik kolar baju lelaki itu.

"Siapa kau!? Apa kau dah buat dengan anak aku?!"

"Sebelum kau tanya, baik aku tanya kau dulu. Kenapa jauh sangat kau lari Vince? Kau tahu tak penat aku kejar kau sana sini selama 4 tahun? Disebabkan kau, aku tak dapat balik Malaysia."

Vince menelan liur. Sangkaannya salah. Eijaz bukan lelaki biasa yang mempunyai syarikat tersohor. Dia...

Eijaz tersenyum sinis. Dia dapat membaca fikiran lelaki tua di hadapannya. Pasti lelaki itu sudah dapat mengesyaki siapa dirinya yang sebenar.

"Kau dah kenal aku?"

"Wolf..." keluar sepatah ayat dari mulut Vince. Eijaz ketawa besar. Akhirnya. Dia kembali memandang lelaki tua itu dengan mata tajam. Tangan serta merta bergerak mencekik leher lelaki itu.

"Kau dah kenal aku siapa Vince, jadi tak perlulah aku perkenalkan diri lagi."

"Alpha.."

"Alpha? Dia tak ada di sini. Cuma ada aku dan kau."

"L...lepaskan aku!"

"Lepaskan kau? Boleh! Dengan satu syarat, biar aku bunuh kau dulu." kata Eijaz dengan suara dingin.

"Sir!"

Eijaz berdecit. Siapa pula yang menganggu kerjanya sekarang. Dia menolehkan kepala memandang siapa gerangan itu.

"Apa kau nak setan? Kau nampak tak aku tengah buat kerja sekarang?" Tengking Eijaz kasar. Anak mata tajam mencerlung dalam memandang.

Razeen menelan liur. Sepertinya dia sudah salah timing!

"Kau bawa jantan tua bodoh ni keluar. Sebelum tu, tolong cakap dekat ketua kau, kerja aku dah selesai. Aku tak nak ada apa-apa kaitan lagi dengan dia. Kalau dia cari aku, aku bunuh dia." Eijaz memberi amaran tegas.

Empat tahun hidup pindah randah tanpa cuti. Sekejap misi di sana sekejap misi di sini. Apa fikir dia robot? Bergerak sana sini tanpa menggunakan tenaga? Robot pun ada bateri!

"B...baik tuan Eijaz!" Tergagap-gagap Razeen menjawab. Dia mendorong Vince keluar dari rumah banglo itu.

Eijaz membuka kot lalu dia mencampak ke bawah. Panas! Dengan kesan berdarah membuatkan dia geli. Darah manusia hati kotor! Allergic!

Seputung rokok di bawa ke bibir. Asap rokok disedut. Akhirnya dapat juga dia pulang ke tanah air selama 4 tahun menetap di luar negara. Rindu pula masakan mama Elhena. Rindu juga suasana di Malaysia.

"Finally! I can go home!" Jerit Eijaz bangga sambil berjalan keluar dari rumah banglo mewah itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience