Chapter 3

Horror & Thriller Completed 5356

Part 3.
{ Amylea POV }

"Memang macam ni ke? Kenapa macam..." Tak sempat aku nak cakap mamat poyo ni menyampuk. Hee, mintak kaki ke apa dia ni?

"Teruk." Sambungnya sepatah.

"Kenapa boleh jadi macam ni?" Tanya Titan. Manalah aku tahu. Aku pun tak sangka keadaannya sebegini teruk. Aku bayangkan ada rainbows, waterfall and colourful every where. Sebaliknya, nampak kusam, teruk dan rumah - rumah cantik yang diperbuat daripada bunga gergasi semuanya musnah; seperti terbakar. Atau dibakar.

Macam ada peperangan sedang berlaku. Aku.. tak suka situasi ni.

Tiba - tiba satu pari - pari kecil jatuh dari langit; atau pokok. Terkejut aku dibuatnya. Ingatkan apalah tadi. Nasib aku dapat tangkap. Aku tak tau macam mana aku boleh tangkap budak tu. Padahal aku ni keding je. Ceh, perasan kurus jap. Aku pandang atas. Ya, ada dahan pokok atas kepala aku. Kalau aku takde, dah melekatlah budak tu dengan tanah.

Pari - pari kecil itu nampak pucat tak bermaya. Kotor muka serta bajunya. Dan dia tidak sedarkan diri mungkin. Aku anggarkan yang ia masih muda mungkin 3 - 5 tahun. Mengikut apa yang aku dengar daripada Daiyan, Titan dan Candy, anggaran umur pari - pari sama seperti aku; manusia. Dan saiznya juga begitu.

Kepaknya juga kecik. Memanglah, tuannya kecil takkan tiba - tiba kepak besar kot. Tak logik, Emylea! Kepaknya jernih dan coraknya juga cantik.

Aku mendukungnya dengan berhati - hati dan membawanya bersama kami. Masuk ke dalam bandar mereka. Sayu aku melihatnya.

"Daiyan." Panggilku.

Daiyan memandangku.

"Kenapa jadi macam ni?" Soalku. Sedih sangat. Aku pandang budak yang aku dukung. Kesian. Mukanya terdapat kesan calar dan bekas luka pada tangannya.

"Aku.. Aku pun tak tahu." Jawab Daiyan. Roak mukanya juga seperti terkejut.

Kami berjalan ke tengah bandar. Atau mungkin tempat yang kami rasa ia di tengah. Aku masih lagi memegang budak itu. Daiyan ada menawarkan diri untuk mendukung budak itu pula tetapi aku taknak. Aku dah lama teringin nak dukung baby. Walaupun lenguh, tapi aku suka! Tak pernah ada adiklah katakan. Tu yang sakai tu.

"Queen Clara! Ini saya, Putera Daiyan. Anak kepada Permaisuri Rose! Saya datang bersama seorang tetamu." Laung Daiyan sekuat hatinya. Aku tak tahulah. Mungkin tradisi diorang memang macam tu kot kalau nak panggil orang.

Tak lama kemudian satu pari - pari keluar. Aku tak tahu siapa tu. Tapi mukanya pucat.

"Queen Clara jemput tuanku masuk. Sila ikut saya." Katanya perlahan. Aku agak dia ni pembantu Queen Clara.

Kami mengikut wanita ikut. Laluan yang kami lalui membawa kami ke beberapa pondok. Pondok yang buruk. Diperbuat daripada bunga - bunga yang hampir layu. Kalau aku duduk kat pondok tu, gerenti tak sampai sehari dah roboh.

Aku lihat ramai pari - pari yang tercedera berada di dalam pondok itu. Kenapa diorang jadi macam tu? Apa yang buat mereka macam ni? Apa atau siapa?

Semua pari - pari memandang kami. Terutamanya aku. Mungkin kerana aku ini orang asing.

Daiyan sudah pergi berjumpa dengan Queen Clara. Titan dan Candy pula tunggu di belakang pondok sementara aku mendukung budak ni di tengah - tengah khalayak ramai. Apa faedahnya? Aku pun tak tahu.

"Aryz, kamu ke tu? Aryz!" Satu pari - pari yang aku agak dalam 20-an meluru ke arahku. Terkejut aku dibuatnya.

"Maafkan saya. Kat mana awak jumpa dia?" Dia menyoalku.

"Tadi dia hampir jatuh dari pokok. Nasib saya dapat tangkap dia." Jelasku.

"Terima kasih, ya. Syukurlah, dia tak apa - apa. " Ucapnya dan pergi meninggalkan aku.

"Errr, kak. "Aku memanggilnya kembali. Akak tu pusing menghadapku semula.

"Ya?"

"Boleh saya tahu apa dah jadi?" Serius, aku betul - berul nak tahu apa yang dah jadi. Kasihan betul aku tengok mereka.

"Mari ikut saya."

"Nak pergi mana?"

"Marilah. Kita ke tempat saya. "

Aku hanya turuti apa yang dikehendakinya sebab aku tengah curious sangat ni.

"Duduklah dulu." Jemputnya. Aku duduk di atas alas kelopak bunga kecik. Ah, selesa. Dia meletakkan anaknya, Aryz di atas alas kelopak bunga gergasi yang lembut dan kemudian menyelimutkannya dengan kelopak gergasi lagi satu. Tak pernah aku jumpa kelopak bunga sebesar tu. Bayangkan, saiznya hampir satu katil di rumah aku! Pergh, mind - blowing!

"Apa yang kamu tanya tadi?" Soalnya lagi sekali.

"Erm, macam mana boleh jadi macam ni. Siapa yang buat?" Aku ulang soalan aku yang tadi cuma aku tambah sikit.

"Goblins." Jawabnya sepatah. Goblin? Setahu aku goblin tu bukan bentuknya macam toyol ke? Yang pendek - pendek, gemuk - gemuk tu kan?

"Apa yang dia nak sampai diorang buat macam tu?" Soalku lagi. Kan aku dah kata aku curious.

"Queen Clara's throne." What? Queen Clara's Throne? Buat apa?

"Dia nak buat apa?" Soalku lagi.

"Kuasa. Kawasan. Harta." But why? Aku ingat Goblin banyak duit. Macam dalam game Clash Of Clans. Tapi kenapa kat sini lain. Hadoi, Emylea! Kau lupa ke kau kat mana?

"Kenapa?"

"Once, waktu Ratu Marissa memerintah dunia ni, kami semua hidup dengan aman. Dan tiada peperangan serta perbalahan." Dia berhenti seketika. Kemudian mengeluh.

"Then, one day. She just... Dissapeared. Kehilangan Ratu Marissa membuat dunia kami porak peranda. The Goblins start to attack us. Tapi bukan kami je. They attack the others too." Dia berhenti lagi. Mukanya berubah. Sedih.

"Beberapa tahun kemudian, Ratu Marissa muncul semula. Tapi dia tidak sekuat seperti dulu. Tak tahu kenapa. The Goblins dapat tahu dan ambil kesempatan. Mereka culik Ratu Marissa dan mengurungnya di suatu tempat. Sekarang Goblins are so on us. Mereka buat apa saja yang mereka nak. Kalau ada yang membantah, ini yang akan berlaku."

"Owh, I'm so sorry." Kataku. Wait, kalau Ratu Marissa dikurung, macam mana aku nak balik? Oh, no! How?

"Emylea!" Aku terdengar suara Daiyan memanggilku.

"Ah, dia dah panggil saya. Terima kasih ya, kak." Ucapku sambil bangun.

"Sama - sama. Nama akak, Melidya. You can call me, Kak Mel." Katanya sambil tersenyum.

"Okay, Kak Mel!" Kataku sambil tersenyum. Saja nak tunjuk gigi. Ehehe.

{ End Emylea POV }

***

{ Daiyan POV }

"Memang macam ni ke? Kenapa macam..." Aku mencelah percakapan Emylea. Kenapa? Entahlah. Tak tau.

"Teruk." Sambungku sepatah. Serius, gila terkejut. Lain kot.

"Kenapa boleh jadi macam ni?" Tanya Titan. Tapi takde sorang pun yang jawab.

Dulu, 10 tahun yang lalu, tak macam ni. Aku tahu sebab alu pernah ke sini dulu. Betul kata mama. Sekarang dunia aku dalam bahaya. Tapi aku tak sangka. Seteruk ni.

Tiba - tiba , satu pari - pari budak terjatuh dari pokok. Nasib baik si Emylea dapat tangkap. Aku pun tak sangka yang dia ni kuat jugak. Emylea mendukung budak tu. Biar je la.

Kami masuk ke dalam bandar. Ha, sedihnya.

"Daiyan." Emylea memanggilku. Aku memandangnya.

"Kenapa jadi macam ni?" Soal Emylea. Aku pun tak tahu nak jawab apa.

"Aku.. Aku pun tak tahu."

Kami berjalan masuk ke dalam bandar. Kini kami berdiri di tengah bandar. Tempat ni aku yakin di tengah. Kalau tak silaplah.

Emylea masih mendukung budak tu. Mula - mula aku malas nak ambil kesah. Tapi lama - lama, kesian pulak aku tengok. Aku tawarkan diriku untuk tukar syif mendukung dengan dia. Tapi dia taknak. Seronok katanya. Seronok tang mana pun aku tak tahu.

"Queen Clara! Ini saya, Putera Daiyan. Anak kepada Permaisuri Rose! Saya datang bersama seorang tetamu." Laungku sekuat hati. Aku tak tahu macam mana nak panggil. So, aku jerit je lah. Kau ada pilihan lain ka?

Tak lama kemudian Madam Lily keluar. Madam Lily tu pembantu diraja Queen Clara. Mukanya pucat.

"Queen Clara jemput tuanku masuk. Sila ikut saya." Perlahan saja suaranya. Hm, sedih aku dengar.

Kami mengikut Madam Lily. Aku terkejut. Beberapa buah pondok itu dulunya stor simpanan. Sekarang, jadi tempat tinggal? Aku lihat bilangan mereka juga semakin berkurang. Apa dah jadi?

Masa kami masuk, perhatian lebih tertumpu pada Emylea. Ceh, bukannya feymes pun. Sementara je tu. Memanglah nampak macam ramai yang pandang Emylea. Tapi jangan silap, sebenarnya diorang pandang aku tahu tak? Aku lagi feymes tau.

Aku pergi bertemu Queen Clara sementara Emylea duduk tercongok kat tengah jalan sambil pegang budak tu. Aku rasa budak tu bukan pengsan, tapi tidur mati!

Aku sengaja tinggalkan Titan bersama Candy. Operasi C. O. N. F. E. S. S dimulakan! Aku ikat diorang berdua kat situ. Lantaklah nak jadi apa. Kalau si Titan ni belum confess lagi kat Candy, siaplah dia nanti.

Aku masuk ke dalam salah sebuah pondok yang agak besar. Sikit je la besarnya. Queen Clara.

Cuba bayangkan permaisuri selalunya akan duduk di atas kerusi takhtanya. Tetapi Queen Clara hanya duduk di atas lantai beralaskan kelopak bunga tebal ; seperti bantal yang nipis. Sedih pulak aku tengok.

"Tuanku, Queen of the Fairy Kingdom. How are you? Are you okay? What the heck is happening to your kingdom?" Soalku bertubi - tubi tanpa segan silu. Heheh. Aku ni sebenarnya pemalu orangnya kalau korang nak tahu. Apa? Nak kata aku poyo lah tu. Cakap je lah jeles. Hump!

Queen Clara mengeluh sebelum menjawab pertamyaanku yang datang bak Tsunami yang datang tiada khabar berita.

"You know The Goblins?"

Aku mengangguk. Goblins tu memang aku tak suka. Mereka suka merampas hak orang ; seperti hak mereka sendiri. Walaupun Goblins tu ketot je, tapi diorang ramai. Bila ramai, mereka boleh lakukan apa sahaja yang mereka mahu.

"Mereka yang serang kami."

"But why?"

"Biasalah. Kuasa, makanan, harta, tanah dan ..."

Aik, kenapa berhenti? Aku tengah syiok dengar tetiba dia berhenti pulak.

"Dan....?"

"Dan saya."

"Tapi kenapa dia nak tuanku pula?"soalku lagi.

"Do you want bad news first or good news first?" Soal Queen Clara kepadaku.

Apa kena mengena dengan berita baik atau buruk dulu dengan jawab soalan aku?

"Good news first. Then the other one." Jawabku.

"The good news is I'm still alive and not being captured by those ugly-fat-short goblins , yet." And...? Berita buruk? Uish, kau ni Daiyan! Sabariahlah sikit.

"Berita buruk pula ialah Ratu Marissa dah kena tangkap."

"Wait, so now what?" Macam mana aku nak bagi tahu Emylea? Dan macam mana dia nak balik? Aku menggaru kepalaku yang tak gatal. Serabut rasa.

"So now what, what?" Soal Queen Clara. Berkerut mukanya ketika dia menyoal aku. Aku tahan gelak.

"Kan saya cakap yang saya datang bersama tetamu, kan?" Soalku. Dia hanya mengganguk perlahan.

"She's not from here."

"Are you serious? Then, where is she from?" Soal Queen Clara curiously.

"She's from the other world." Queen Clara terkejut. Dia menutup mulutnya.

"Maksud awak like Ratu Marissa?" Soal Queen Clara lagi.

Aku mengangguk. Queen Clara terkejut lagi.

"Maksudnya..." Queen Clara berhenti. Walaupun dia tak habis cakap lagi, aku paham maksudnya. Aku mengangguk lagi.

"Okay, kalau macam tu. Awak mesti pergi sekarang. Awak tahukan tempat tu?" Kata Queen Clara mendesak.

Aku mengangguk.

"Terima kasih, tuanku." Ucapku.

"Welcome. Now go! Hurry. Before the goblins know!" Queen Clara memberi peringatan kepadaku.

{ End Daiyan POV }

// ToBeContinue //

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience