Adi Ashraf melangkah masuk ke dalam rumah. Matanya diliarkan cuba mencari kelibat isterinya namun tiada. Encik Marzuki yang menyedari tindakan anak lelakinya mengeleng kepala. Sudah tahu apa yang dicari oleh Adi Ashraf.
"Riana dalam bilik. Adi pergi mana tadi?" ucap Encik Marzuki sambil menyentuh bahu anak lelakinya. Bibirnya tersenyum senget.
Adi Ashraf menyentuh batang lehernya sambil tersenyum nipis. Barangkali malu apabila tindakannya untuk mencari Ariana Atilia disedari oleh bapanya. Nampak sangat ke?
"Adi jumpa Alif tadi. Ada hal sikit nak dibincangkan." jawab Adi Ashraf jujur. Tak mahu di fikir yang bukan-bukan oleh bapanya.
Encik Marzuki mengangguk perlahan tanda faham. Sekali lagi bahu Adi Ashraf ditepuk lembut. Terpamer senyuman penuh makna pada wajah lelaki tua itu.
"Papa bangga dengan Adi. Jadi ketua keluarga yang baik, ingat tu. Dah, pergi tengok Riana." pesan Encik Marzuki bersama senyuman yang tak lekang di bibir sejak tadi.
Adi Ashraf hanya mengangguk sebagai balasan. Dia sendiri tak tahu jika dapat menjadi suami yang baik kepada Ariana Atilia.
Langkahnya diatur ke bilik tidurnya yang telah menjadi bilik tidur mereka berdua.
Pesanan Encik Marzuki yang masih bermain di benak fikiran mula membuatkan dia tak senang hati. Tombol pintu bilik tidur itu dipulas menyerlahkan Ariana Atilia yang sedang berehat di atas katil. Satu helaan lega dilepaskan sebaik melihat keadaan isterinya yang selamat dari ancaman yang diterima.
"Kau dah balik?" soal Ariana Atilia melihat ke arah suaminya yang seperti kepenatan. Tanpa amaran, Adi Ashraf menghempaskan tubuhnya bersebelahan gadis itu.
Nyaris-nyaris saja tubuh sasa milik lelaki itu hampir menghempap tubuh kecil milik Ariana Atilia. Adi Ashraf memejamkan mata untuk berehat.
"Dah nampak aku kat sini. Tanya lagi." jawab Adi Ashraf kepada soalan isterinya sebentar tadi. Matanya masih dipejamkan. Tangannya disilangkan ke bahagian belakang kepala.
Ariana Atilia yang berada di sebelah tayang muka menyampah. Belakang badannya yang disandarkan pada kepala katil dibetulkan. Cuba menjarakkan kedudukan antara mereka berdua. Pergerakan gadis itu disedari oleh Adi Ashraf.
"Yang kau nak jauh sangat dari aku kenapa? Kau nak jatuh katil?" soal Adi Ashraf dengan nada tak puas hati. Matanya dipejamkan rapat tanda geram. Nak tidur pun tak senang.
"Lantak akulah." jawab Ariana Atilia selamba. Dia masih membetulkan lagi kedudukan dirinya. Risau sekiranya betul-betul jatuh katil nanti. Tak ke naya?
"Stop moving, Ariana Atilia." arah Adi Ashraf serius. Tangan kasar milik Adi Ashraf menarik lengan Ariana Atilia secara tiba-tiba. Mata lelaki itu masih tertutup.
Tindakan mengejut dari Adi Ashraf menyebabkan tubuh Ariana Atilia hampir menghempap badan milik Adi Ashraf. Serta-merta, Ariana Atilia menahan nafas. Merah padam mukanya. Mujurlah tak disedari oleh lelaki itu.
"Okay, tapi boleh tak kau lepaskan aku sekarang?" pinta Ariana Atilia sambil memalingkan wajah ke arah lain.
Sebelah mata Adi Ashraf perlahan-perlahan dibuka cuba melihat keadaan isterinya. Bibirnya mengulum senyuman kecil. Kini kedua-dua belah matanya dibuka cuba melihat wajah gadis itu dengan jelas.
"Should i?" bisik Adi Ashraf pada telinga isterinya. Tawa halus yang ditahan terlepas jua. Pegangan tangannya pada lengan Ariana Atilia dilonggarkan.
"Kau gelak apa? Nasib tak lebam lengan aku ni kau pegang." marah Ariana Atilia. Lengan milik Adi Ashraf ditumbuk kuat sebagai balasan.
"Lain kali jangan orang tidur. Itulah padahnya." jawab Adi Ashraf selamba. Lengan yang ditumbuk oleh isterinya digosok perlahan. Membuatkan Ariana Atilia sedikit serba salah. Kuat sangat ke aku pukul?
Adi Ashraf kembali memejamkan mata. Dada lelaki itu berombak naik turun mengikut corak pernafasannya yang tenang. Ariana Atilia diam memerhatikan suaminya yang sedang berehat.
"Kaki kau sakit lagi?" soal Adi Ashraf tiba-tiba memecahkan kesunyian antara mereka. Serta-merta, membuatkan pandangan Ariana Atilia jatuh pada pergelangan kakinya yang masih berbalut.
"Tak sangat. Lepas mama urut tadi dah kurang sikit sakit dia. Boleh la kalau nak jalan pergi mana-mana." maklum Ariana Atilia sambil cuba mengerakkan pergelangan kakinya.
"Baguslah. Aku dah penat jadi tongkat kau." jawab Adi Ashraf tanpa serba salah. Pandangan tajam diberikan oleh Ariana Atilia sebaik jawapan itu keluar dari mulut lelaki itu.
Tak semena-mena, kaki milik Adi Ashraf ditampar kuat oleh Ariana Atilia. Membuatkan lelaki itu terjaga sepenuhnya. Riak muka tak percaya diberikan kepada isterinya. Apa dia buat?
"Sakitlah. Kau kenapa? Aku dahla sakit kepala. Nak aku mati awal ke?" rungut Adi Ashraf sambil mengerutkan muka menahan kesakitan. Tubuhnya dibaringkan membelakangu isteri sambil berpeluk tubuh.
Ariana Atilia menepuk dahi. Rasa serba salah menguasai diri. Patutlah suami dia nampak penat sangat. Apa kau dah buat ni, Ariana?
"Adi bangunlah." pujuk Ariana Atilia sambil menggoncangkan bahu lelaki itu. Namun tiada apa apa balasan yang diberikan.
' Dah tidur ke?' getus hati kecil milik Ariana Atilia. Dia memanjangkan leher untuk melihat keadaan suaminya. Mata Adi Ashraf yang masih bergerak-gerak menunjukkan lelaki itu masih sedar.
Otaknya ligat memikirkan cara untuk mengejut lelaki itu walaupun dengan paksaan. Tanpa berfikir lebih lanjut, Ariana Atilia menarik tubuh Adi Ashraf menghadap dirinya. Lalu, diangkat kepala lelaki itu agar berada di atas riba miliknya.
Tindakan Ariana Atilia mengejutkan Adi Ashraf. Tak menyangka gadis itu begitu kuat sekali. Matanya dibuka seluas-luasnya lalu melihat isterinya dengan tertanya-tanya.
"Kau kenapa? Demam?" soal Adi Ashraf hairan. Dia baru saja nak lena diulit mimpi. Namun diserang oleh isteri sendiri. Apa kes?
"Aku ni kaki je terseliuh. Tak adalah sampai demam. Kau ingat aku lemah sangat ke?" balas Ariana Atilia selamba.
Dia cuba beriak seperti biasa walaupun sudah rasa mahu pengsan apabila kepala lelaki itu berada diatas ribanya. Kau memang gila, Ariana. Diamlah! Sempat lagi hatinya sendiri memerli dirinya yang malang itu.
"Tak kau kenapa-" kata-kata Adi Ashraf terhenti apabila tangan kecil milik isterinya ditekupkan pada mulutnya. Ariana Atilia mula naik rimas. Kening lelaki itu diangkat sebelah seolah-olah bertanya apa yang gadis itu cuba buat.
"Kau ni banyak cakap. Aku sumbat dengan air longkang nanti baru tahu. Diam. Aku nak urut kepala kau." terang Ariana Atilia cuba memberitahu niat sebenar disebalik tindakan mengejutnya sebentar tadi.
Adi Ashraf diam tanda berpuas hati dengan jawapan dari isterinya. Sebotol minyak angin aromaterapi berjenama Freshcare berperisa Lavender disapukan pada pelipis kepala Adi Ashraf.
Tak lama kemudian, jari jemari Ariana Atilia mula mengurut lembut bahagian tersebut. Adi Ashraf melepaskan nafas lega. Bau lavender yang masuk ke dalam rongga hidungnya membuatkan dia terasa tenang.
Pada masa yang sama, mengingatkan dia kepada bau yang selalu berada pada Ariana Atilia. Kini baru dia tahu mengapa bau itu sering berada pada isterinya.
"Kau betul ni tak demam ke apa? Buang tebiat ke?" soal Adi Ashraf lagi cuba menduga isterinya. Ariana Atilia menjuling mata ke atas. Apa susah sangat laki dia ni?
"Haish. Salah ke aku urut kau huh? Cuba cakap salah ke?" serang Ariana Atilia pula. Kalau ikutkan nak je dipicit kepala Adi Ashraf tu sampai pecah. Banyak sangat akalnya.
Jawapan Adi Ashraf membuatkan Ariana Atilia tersenyum kemenangan. Sementara, Adi Ashraf pula cuba menikmati urutan istimewa dari isterinya. Dah sedia maklum kalau berlawan kata dengan perempuan memang dia yang kena mengalah. Betul tak?
"Fine. Kau je betul. Aku yang salah."
??????
"
Akak, Maisarah ada cakap pasal aku tak?" soal Akid Ahnaf cuba mengorek rahsia daripada Ariana Atilia. Dia benar-benar berharap jawapan yang dimahukan yang keluar dari mulut gadis itu.
"Tak. Langsung tak." ringkas Ariana Atilia menjawab. Matanya tak dikalihkan dari televisyen yang sedang memaparkan rancangan kegemarannya. Mulutnya pula laju mengunyah keropok Pringles yang dibeli oleh adik iparnya, Akid Ahnaf.
Kononnya untuk dijadikan rasuah agar dia tidak membuka mulut kepada Adi Ashraf tentang perasaan Akid Ahnaf terhadap Maisarah. Jawapan daripada Ariana Atilia menghancurkan hati Akid Ahnaf serta-merta.
"Kau betul-betul la kak. Kau tak kesian ke kat aku? Aku nak kahwin jugak macam kau dengan abang." rungut Akid Ahnaf. Kalau semua perempuan suka dia sebab rupa buat apa? Dia nak bakal isteri dia boleh jaga dia sampai hujung nyawa. Pfttt. Sorry, Akid.
"Bawa bersabarlah, Akid eh. Mana tahu esok-esok jodoh kau sampai. Banyakkan berdoa." nasihat Ariana Atilia cuba membantu adik iparnya. Nak buat macam mana? Cinta tak boleh dipaksa.
" Fine, kalau Maisarah tak nak aku. Aku cari lain yang lagi baik dari dia." ucap Akid Ahnaf cuba meyakinkan diri sendiri. Dia berlalu pergi bersama semangat yang berkobar-kobar.
Ariana Atilia menepuk dahi. Dia ingatkan adik ipar dia tu nak berubah. Padahal sebenarnya pasangan tersebut ada perasaan yang sama terhadap satu sama lain. Cuma tulah dua-dua tak berani nak luahkan.
"Lantak kau oranglah." gumam Ariana Atilia sambil menyandarkan badan pada sofa ruang tamu. Baru saja, tangan dia mahu mengambil sekeping keropok ubi kentang kegemarannya, bekas itu dirampas oleh Adi Ashraf.
"Apa ni? Bak sini keropok aku." arah Ariana Atilia cuba mengambil keropok kegemarannya dari genggaman suami tak guna dia tu. Boleh tak kalau sehari tak kacau hidup dia?
"Makan tak ajak." balas Adi Ashraf selamba. Dia menghulurkan kembali makanan tersebut kepada isterinya. Dengan pantas, huluran tersebut disambut oleh Ariana Atilia. Matanya dikecilkan ke arah Adi Ashraf.
"Siapa nak ajak kau?" perli Ariana Atilia sebelum duduk kembali di sofa ruang tamu itu. Keropok itu dipeluk rapat pada tubuhnya risau dirampas untuk kali kedua oleh Adi Ashraf.
Lelaki itu mengangkat bahu tanda tak kisah. Bukan dia nak sangat keropok tu. Dia bukan jenis makan makanan ringan. Dia buat semua tu sebab nak perhatian Ariana Atilia. Jangan tanya kenapa, dia sendiri tak tahu.
Punggungnya dilabuhkan disebelah isterinya. Serta-merta, Ariana Atilia menjarakkan kedudukan antara mereka. Bebola matanya dijulingkan ke atas.
"Kau, nak pindah tak?" soal Adi Ashraf menarik perhatian Ariana Atilia. Gadis itu mengangkat bahu tanda tak kisah.
"Aku ikut kaulah." ringkas gadis itu menjawab. Tubuhnya masih menghadap televisyen sambil matanya tak berkelip menonton drama korea yang dipaparkan.
"Kita pindah hari ni." jawab Adi Ashraf tenang seolah-olah perkara kecil sahaja. Matanya dikerling ke arah jam dinding di ruang tamu.
Jawapan lelaki itu membuatkan Ariana Atilia menoleh laju menghadap suaminya. Riak muka tak percaya ditayang. Namun dibalas dengan riak muka bersahaja dari Adi Ashraf.
"Kau betul-betul la?" soal Ariana Atilia. Mengharapkan niat suaminya hanya bergurau. Walaupun sudah terang lagi bersuluh, gurauan tersebut tak kena tempat.
"Nampak macam aku main-main ke?" balas Adi Ashraf dengan nada serius. Tangannya disilangkan ke dada.
"Tapi kau tak-"
Belum sempat kata-kata Ariana Atilia dihabiskan, laju sahaja Adi Ashraf memotong. Riak muka gadis itu dimasamkan.
"Uh-uh. No. Tadi kau yang cakap kan ikut pilihan aku. So, ikut je jangan banyak tanya. Faham, wife?" kata Adi Ashraf mula menggunakan kuasa vetonya. Nak tak nak, Ariana Atilia mengangguk juga tanda setuju.
"Ha pergilah." arah Adi Ashraf lagi sesuka hati. Ariana Atilia mengerutkan dahi tanda tak faham. Pergi mana?
"Apa?" soal Ariana Atilia juga pada akhirnya.
"Kemaskan baju aku lah. Dah pergi." arah Adi Ashraf dengan senang hati.
"Tapi kaki aku sakit." balas Ariana Atilia cuba menagih simpati. Kakinya yang berbalut ditunjukkan kepada Adi Ashraf. Namun dipandang sebelah mata saja oleh lelaki itu.
"So? Kau kemas pakai kaki ke?" balas Adi Ashraf dengan nada memerli. Membuatkan Ariana Atilia naik geram. Arghhh...
"Nasib kau tu suami tau." balas Ariana Atilia dengab nada yang terpaksa. Dia bingkas berdiri meninggalkan lelaki yang digelar suami tu. Huh.
"Perangai mintak kaki." gumam Ariana Atilia. Mahu saja dihentakkan kaki dengan kuat tanda protes. Tapi tulah nanti dia yang sakit bukan suami dia. Tanpa dia disedari, kata-katanya sebentar tadi jelas didengari oleh Adi Ashraf.
"Aku dengar tu!"
"Tak kisah!"
??????
"Dah siap?" soal Adi Ashraf sambil memeriksa barangan yang telah di packing oleh isterinya. Gadis itu mengangguk laju.
"Okay, aku dengan Akid nak angkat masuk dalam bonet kereta kejap." maklum Adi Ashraf sambil mengangkat beg tersebut ke dalam kereta.
"Beratnya, apa kau bawak ni abang?" tanya Akid Ahnaf sambil menolong mengangkat beberapa buah beg ke dalam bonet kereta Adi Ashraf.
"Tak payah sibuk. Angkat guna tangan bukan mulut." balas Adi Ashraf dengan nada yang menyakitkan hati. Akid Ahnaf mendecit. Nasib abang.
"Riana betul ni okay pindah dengan Adi?" soal Puan Ratna risau. Ariana Atilia mengangguk kecil. Mereka berdua berpelukan.
"Jaga diri Riana elok-elok ya. Ada masa datang lagi rumah mama tau. Boleh kita sembang lama-lama lagi. Thank you untuk semuanya." ucap Puan Ratna penuh emosi. Namun dikawal sebaik yang mungkin. Ariana Atilia tersenyum tanda faham.
"Papa, mama, Akid kami gerak dulu, Assalamualaikum." ucap Adi Ashraf selepas bersalaman dan berpelukan.
Pasangan suami isteri tersebut berjalan beriringan menuju ke dalam kereta. Tetapi langkahnya terhenti disebabkan oleh Ariana Atilia.
"Eh, kejap." ucap Ariana Atilia tiba-tiba. Tangannya menarik lengan Adi Ashraf tanpa dia sedari.
"Apa lagi kau ni? Kau sakit kat mana pulak? Hati?" tanya Adi Ashraf cuba menilik isterinya atas bawah namun biasa saja. Lengan yang dipegang oleh isterinya dikerling sekilas.
"Ermmm...boleh tak kalau kita pergi rumah umi aku dulu? Sebab nak ambil barang aku dekat situ." tanya Ariana Atilia bersungguh-sungguh. Adi Ashraf mengangguk tanda membenarkan.
"Kalau nak tidur semalam jugak boleh tak?" tanya Ariana Atilia lagi. Dia benar-benar rindukan Puan Sandra pada saat ini. Anggukan daripada Adi Ashraf membuatkan dia tersenyum lebar.
Senyuman paling manis diberikan kepada suaminya. Lengan lelaki itu dipeluk erat. Membuatkan Adi Ashraf kaku kerana terkejut dengan tindakan isterinya. Cepat-cepat, dia menyarungkan cermin mata hitam cuba mengelakkan bertembung mata daripada Ariana Atilia.
"Thank you!" ucap Ariana Atilia penuh gembira. Terpamer keceriaan pada wajah gadis itu.
Lengan suaminya dilepaskan. Dia mengatur langkah ke arah kereta milik Adi Ashraf kerana tak sabar mahu berjumpa ibunya. Adi Ashraf pula sedaya upaya menyembunyikan senyuman yang cuba terukir pada wajahnya.
"Your most welcome, wifey."
-To be continued..-
✯✯✯ Hello my lovely readers! Special thanks sebab sudi baca story ni! Enjoy reading! Don't forget to vomment! -ftnfzyyy- ✯✯ ✯
Share this novel