Bab 10

Horror & Thriller Completed 4404

"Aku tak gembeng lah!" marah Maisarah.

Danial Aikal ketawa terbahak bahak melihat wajah perempuan yang pernah dia cintai itu dulu mula merah akibat dek menahan marah. Maisarah mengetap bibir. Geram sungguh dengan budak tingkatan dua ini. Perangainya tidak seperti abangnya yang baik dan pandai melayan menjaga hati perempuan.

"Kau buat apa kat sini ha budak?" Maisarah mula bertanya.

"Nak tolong kau ler apa lagi." Jawab danial.

"Tolong apa je?" tanya Maisarah lagi.

"Kalau kau nak cari budak yang patut kau cari kau kena menyorok. Budak tu sendiri akan cari kau. Sebab benda tu ada kau sorang je untuk jadi kawan bermain." sindir Danial sambil mengorek hidung.

Dasar budak selekeh. Dari dulu sampai sekarang perangai tak pernah nak ubah. Baik manusia baik hantu. Ah, dua dua sama sahaja!

"Alahai, tak cakap awal awal. Penat aku lari sana sini. Bodoh punya budak kecil." Marah Maisarah.

"Cukup elok lah ni sis aku dah bagitahu. Eh tapi risiko untuk kawan sepermainan kau jumpa kau tu tinggi tau. So behave ya sis. Aku gerak dulu." jawab Danial sebelum menghilang meninggalkan Maisarah berseorangan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience