Bab 9

Romance Completed 15358

(Sakinah POV)
Kami keluar dan dia bawa aku ke sebuah pusat membeli belah yang tidak jauh dari rumah aku tadi. Aku terpesona melihat pusat membeli belah yang begitu besar. Sepertinya, macam tempat orang kaya-kaya sahaja pun ada. Kalau di Malaysia, ibarat Pavilion lah. Jarang orang macam aku boleh berbelanja sepuas hati di Pavilion Kuala Lumpur itu. Aku pun belum pernah jejak ke sana.
Tiba-tiba kami berjalan melalui satu restoran yang halal tapi terlalu mewah bagi aku. Dia berhenti dan berpatah balik. Aku hanya mengekori dia.
"Where are you going?" Soalku memberhentikan pergerakan dia yang hampir melangkah masuk ke restoran tersebut.
"Aa..this restaurant?" Dia menjawab pertanyaanku dengan pelik.
"No, don't eat at a fancy restaurant. I'm not ordinary with it." Balasku. Aku memang taklah biasa dengan restoran mewah. Aku bukan dari kalangan keluarga yang berduit macam dia. Sejujurnya, aku ada lah rasa sedikit terkejut melihat dia nak masuk restoran yang tampak mewah itu sebegitu selamba sahaja.
"It's okay. My treat. Cepatlah, saya nak pujuk awak ni." Pujuknya. Aku berfikir.
'Alah, nak masuk tak nak? Nak masuk tak nak?' Fikirku di dalam hati.
"Tapi, baju saya tak sesuailah untuk makan kat sini. Let's eat somewhere else." Aku memberi alasan lagi.
Dia memandang pakaian aku dari bawah ke atas. Dah macam nak pergi bersukan. Padahal, nak pergi makan. Memang tak kena baju aku dengan tempat nak pergi tu. Tak sesuai langsung.
"Oh, okay, ikuze." Ujarnya. Aku teruja dia tak jadi masuk. Dia teruskan berjalan sambil mencari sesuatu.
Dia berhenti dihadapan sebuah kedai.
"Ha! Kochi. (Sini.)" Dia menunjuk ke arah sebuah kedai baju yang mewah dan cantik belaka. PAUL SMITH?! Ya Allah, kenapalah aku ikut dia datang sini? Mata aku memang tengah meliar ni, sekali tengok harga, assalamualaikum je lah. Haha!
"Apa kita nak buat kat sini?" Soalku pelik. Dia hanya diam sambil tersenyum. Lama kami di situ, aku mulai faham. Cis, dia tak nak mengalah dengan alasan aku tadi rupanya. Nak juga makan di situ. Aku menggeleng.
"Ah, jomlah." Pujuknya sambil menarik lengan jaketku masuk ke dalam kedai.
"Tak nak lah!" Aku menolak.
"Sumimasen, may I help you?" Soal seorang pekedai. Peramah betul dia. Kami tengah meronta macam tu pun dia sempat tegur lagi.
Ryoga mengangguk.
"Aa..hai', find her some clothes, please." Pinta Ryoga kepada pekedai itu.
Aku menggeleng. Kau nak suruh aku pakai baju apa? Tak berlengan? Memang tidaklah!
"A long sleeves blouse and long skirt." Ujar Ryoga kepada pekedai yang sedang buntu. Dia melihat aku menggeleng tetapi dia juga melihat Ryoga yang beria nak cari baju untuk aku.
"Hai'. (Baiklah.)" Dia akur kepada Ryoga lalu menunduk hormat. Dia terus mencari beberapa blaus yang berlengan panjang dan skirt labuh sebagai padanan blaus itu. Mestilah dia lebih akur kepada Ryoga. Aku ni siapa? Ryoga tu selebriti kot. Aku menepuk dahi.
Setelah beberapa lama kami di situ menunggu pekedai mencari blaus akhirnya, pekedai itu muncul dihadapan kami dengan beberapa helai blaus yang cantik dan beberapa helai skirt yang agak kembang dan labuh yang sudah disiap padankan dengan blaus-blaus itu. Aku pula memang minat skirt kembang. Kalau boleh skirt kembang aku nak kembang 6 meter untuk majlis perkahwinan aku nanti.
Ah, cantik memang cantik, tapi, memang semua duit kau, kau nak bagi aku ke? Semua benda kau nak belanja aku. Aduh, aku rasa macam apa je. Nanti, orang fikir aku nak mengikis harta dia pula. Adududuh!
Kami berdua bangun dari kerusi. Dia beri aku kesemua blaus dan skirt itu. Aku hanya mengambilnya sambil terpesona. Mataku bercahaya-cahaya. Cantiknyaa! Yalah, perempuan kan. Mana boleh terlepas dengan penggayaan baju. Aku masih di situ.
"Tunggu apa lagi? Pergilah cuba." Ujar Ryoga senyum memandangku.
"Okay, okay! Ugh!" Aku mengeluh. Tak boleh menang kalau berbalah dengan dia ni.
Aku pun masuk ke dalam sebuah bilik lalu mencuba beberapa baju dan menunjuk kepada dia yang menunggu aku di luar. Nasib baik bilik itu berpintu dan berkunci. Selamat sikit rasa. Satu persatu aku mencuba tetapi dia menggeleng sebaik sahaja aku keluar dari bilik tersebut.
"Ryoga-san, tsukareta (penat)...and lapar." Ujarku setelah mencuba sepasang baju yang keempat sambil mengusap perutku.
"Okay, okay. Last one." Balasnya. Aku hanya akur dan menukar baju yang terakhir.
"Hm, this one. I think it's perfect." Dia memberi pandangan. Fuh, akhirnya habis. Rasanya macam buat peragaan baju dah tadi.
Dia membayarnya di kaunter. Baju itu aku terus sahaja pakai. Huwaa! Rasa bersalahlah!
"Now, we have to search for my tudung. It's because my clothes has changed, so do my tudung." Ujarku. Semestinya aku nak baju sepadan dengan tudung. Kali ini aku bayar, kau tak payah nak mengada nak bayarkan. Aku pijak nanti.
Aku berfikir. Kalau nak pusing satu pusat beli belah itu semata-mata nak cari tudung yang entah ada tak ada, baik aku guna mafla. Mafla terdapat hampir di semua kedai yang aku lalu. Satu lagi kedai aku lalu. Wahaa! Cantik mafla ni. Padan pula tu. Aku membeli mafla itu. Panjangnya dekat semeter setengah juga. Aku juga membeli beberapa biji pin dan jarum peniti.
"Matte kudasai yo ne. (Tunggu sini sekejap.)" Ujarku lalu masuk ke dalam bilik air. Dia hanya senyum melihat kerenahku. Aku keluar dengan memakai mafla itu seperti shawl. Wah, jarang aku pakai macam ni. Baju yang berjenama dan shawl. Ayu sangat. Teruja tu ada tapi terasa yang aku ni membebankan dia lah.
Kami pun berjalan menuju ke restoran yang dia nak sangat makan tadi. Kami duduk dan memesan makanan. Ha, pesanlah apa yang kau nak makan sangat tadi.
Setelah makanan sampai, kami mendiamkan diri lalu makan. Pukul 11 baru nak sarapan. Hah, elok, aku menahan lapar dari pagi.
"You're lucky." Ujarku sambil menyuap makanan ke dalam mulutku.
"Doushite?" Soalnya pelik.
"Yalah, not everyone can see I'm wearing like this. Kimi dake. (Awak je.) Kawan-kawan saya pun jarang." Balasku.
"Oh, I'm lucky, huh? Am I special too?" Soalnya menjongketkan keningnya.
"No." Jawabku sambil hanya senyum memandang makanan. Haha! Mulut kata lain, hati kata lain. Ego je lebih.
"Etto, I want to ask you something." Katanya tiba-tiba.
"Nani?" Soalku.
"Do you have to cover all of your body and hair? Because, girls that usually I met, they will wear a short skirt and a short blouse or shirt with their free hair. But you're different, you wear all long with tudung to cover your hair. Even your wrist, you cover it with the..what is it called?" Soalnya sambil menunjuk ke arah pergelangan tangan aku.
"Handsock." Jawabku sambil tersenyum.
"Ha, with the handsock all over the time. I've never seen you let your wrist open." Soalnya panjang. Perlu ke kau nak tengok pergelangan tangan aku? Tak perlu pun, kan?
"Yes, I have to cover it all. It's a compulsory for me as a Muslim. Islam is easy, but, to be consistent..we have to stay strong for all of the test that will come from Allah." Jawabku sambil senyum. Dia senyum dan seperti tertarik. Ha, marilah semakin tertarik dengan Islam, boleh aku tarik kau terus masuk Islam.
"Oh, that's kinda interesting." Ujarnya.
"Hm, do you know where is Koichi?" Soalku tiba-tiba.
"I don't know. Why?" Soalnya. Mukaku masam dan aku hanya menggeleng.
Sekian lama kami mendiamkan diri menghabiskan makanan. Secara tiba-tiba sahaja Alyn muncul dihadapanku.
"Oi, penat aku cari kau. Sikit air." Ujarnya duduk di sebelah aku secara tiba-tiba dan mencapai gelas air oren aku yang masih penuh. Aku hanya membiarkan dia berbuat begitu. Faham kau penat, Lyn.
Setelah hampir separuh dia minum, dia meletakkan kembali gelas itu dihadapanku.
"Apa pasal kau tiba-tiba cari aku ni? Sampai ke sini kau cari aku." Aku menyoal Alyn sambil mengelap mulut menggunakan tisu.
"Ha, ni ha. Tengok ni. Mesti kau menjerit punya." Ujar Alyn sambil meraba telefon pintarnya. Dia memberi telefon pintarnya kepadaku.
"Ini gambar budak mana kau bagi aku ni?" Soalku pelik. Nak kata itu gambar anak aku yang aku tinggalkan di Malaysia, ehh, aku tak ada anak lagi lah.
"Haa~ meet your new niece." Ujar Alyn sambil tersenyum lebar.
"MY NEW NIECE!?" Soalku sedikit menjerit. Aku terkejut.
Alyn mengangguk, "Kakak kau baru selamat melahirkan baby girl pukul 9 pagi tadi. Waktu Malaysia. Kakak-kakak kau dan abang-abang kau cuba call kau tapi dorang kata tak dapat. Jadi, aku lah yang jadi mangsa dan aku dipaksa mencari kau supaya beritahu segera hal ni. Kesudahannya, di sinilah aku." Terang Alyn panjang.
"Wehhh~ she's cute. Ahh, bila aku nak jumpa dia ni? Belum jumpa lagi dah rindu. Aku kena bawak balik something ni untuk dia. Baju baby yang cute ke? Warna purple." Kataku berazam.
"Kau nak sara diri kat sini pun tak cukup duit, ni nak belikan dia something. Hampeh!" Balas Alyn.
"Alahh, weh kesian lah dia. Bukan dia je kesian, Acu dia ni pun kesian juga. Nak belikan dia something. Huhu~" Balasku pula.
"Can I see her photo?" Soal Ryoga. Lupa pula aku bukan berdua dengan Alyn. Aku mengangguk lalu memberi dia telefon tersebut.
"Kawaii. This is your niece?" Soalnya memandangku sambil tersenyum gembira. Mungkin comel sangat budak itu. Aku hanya mengangguk sambil tersenyum lebar. Yah, dapat anak buah baru! Maklumlah tak ada adik.
Dia mengembalikan semula telefon Alyn. Suasana antara kami bertiga menjadi sepi.
"Arigatou." Ucapku memecah kesunyian.
"For what?" Soalnya.
"This food and of course because of this branded clothes. This is my first time wearing this branded clothes." Ujarku melihat pada baju dan skirt yang cantik itu. Sememangnya aku amat sukakannya. Paul Smith weh!
"Ah, small matter. You deserve it." Balasnya.
"Amboi kau! Cantik baju. Paul Smith pulak tu!" Ujar Alyn memandang baju aku dari atas ke bawah.
"Mana kau tahu ini Paul Smith?" Soalku pelik. Tak kan dia melihat di belakang leher blausku itu pula?
"Weh, tengok baju, skirt tu pun dah tahu weh. Lagipun, tadi aku ada lalu kedai Paul Smith." Ujar Alyn masih terpesona dengan blaus dan skirtku itu.
Ryoga membayar makanan tadi lalu kami berjalan di sekitar pusat membeli-belah tersebut.
"Em, is it okay that we become friends?" Soalku sambil menyeluk tanganku ke dalam poket. Janggal itu sentiasa ada. Lihatlah, dia itu siapa, aku ni siapa. Buatnya ada kontroversi ke apa, di manalah aku nak letak muka. Eh, dah, kau tak perlu nak merepek, Sakinah. Dia bukan suka kau pun.
"Why not?" Dia bertanya kembali.
"Hm, ya you know, you are a celebrity and I am not anyone." Ujarku. Tak setaraf langsung.
"So? What's the matter? I don't care. My friends also like to be friends with you and your friends." Balasnya melemparkan aku sebuah senyuman.
"Okay."
"Do you ever watched a movie at the cinema?" Soalnya setelah kami melalui sebuah pawagam di situ.
"Aku pernah!" Balas Alyn laju. Kacau je lah dia ni. Haha!
"Kimi janai. (Bukan kau.) I'm asking her." Ujarnya menunjuk ke arahku. Alyn memeluk tubuh lalu menjauhkan diri. Dia hanya ketawa. Aku kembali menarik Alyn dekat denganku.
Aku menggeleng perlahan bagi menjawab pertanyaannya tadi.
"Never? Even once?" Soalnya lagi.
Aku senyum lalu menggeleng lagi.
"Why?" Soalnya pelik. Siapa yang tak pelik masih ada orang di muka bumi ini tak pernah tengok wayang walau sekali.
"My beloved father don't allow me to watch movies at the cinema. Even with my family or my friends. He said he will let me go to the cinema just when I got married sebab saya dah di bawah tanggungjawab orang lain masa tu." Jawabku. Ayah aku hanya beri keizinan untuk pergi ke wayang setelah aku berkahwin. Haha, kadang-kadang sedih dan persoalan tentang itu timbul juga di hati. Tapi, aku faham mengapa Ayah buat macam itu padaku serta adik-beradikku lain yang masih belum berkahwin. Yang dah kahwin, mereka akan berlagak kalau nak pergi tengok wayang dengan pasangan masing-masing. Maklumlah, dah boleh.
"Oh, daijoubu. One day, I'll bring you there." Ujarnya senyum memandang kedepan.
"Hm? Dou yatte? (Macam mana?)" Soalku pelik sambil memandang dia.
"Soon you will know it how." Jawabnya dan hanya senyum.

Share this novel

Fukumen Hime
2021-03-23 00:48:36 

Miss Sakura, banyaknya yang kurang tepat. So for next novel please be careful with Japanese. 1) I’m not ordinary with it (saya faham Miss Sakura nak kata tak biasa makan di situ, but ordinary isn’t the correct word), sepatutnya I don’t feel comfortable sitting in this kind of restaurant. 2) Ikuze tak tepat sepatutnya ikuzo 3) kochi -> kocchi 4) matte kudasai yo ne (bukanb bermaksud tunggu di sini, tetapi sila tunggu), yang betul adalah koko ni mattekurete ne (ttunggu saya kat sini,ya) 5) kimi dake (sakinah…sakinah perempuan, guna kimi untuk awak sgt rude tau, Miss Sakura), sepatutnya Sakinah guna “anata dake” 6) I am not anyone sepatutnya I am nobody


NovelPlus Premium

The best ads free experience