"Jika benar apa yang awak katakan tadi, kenapa awak ada bersama Cik Fiona saat serbuan dibuat? Bukankah itu menunjukkan bahawa awak penculiknya?"
Frank terdiam. Dia nampak resah.
"Saya minta Cik Fiona tampil untuk memberi keterangan"
Fea menepuk lembut belakang tangan sahabatnya cuba memberi kekuatan seraya mengangguk perlahan. Fiona membalas dengan anggukkan perlahan.
Fiona berdiri dan menapak turun dari ruangan penonton ke ruang saksi.
"Cik Fiona, adakah anda mengenali Encik Frank?"
"Ya, saya mengenalinya." jawab Fiona tenang.
"Bila kali pertama Cik Fiona berjumpa dengannya?"
"Di sekolah. Dia juga merupakan rakan sekelas saya" balas Fiona sambil memandang tepat wajah pendakwa raya itu.
"Dari mana awak tahu yang tertuduh begitu obses dan cintakan awak?"
"Sebab dia sering mengekori saya sebelum dan selepas waktu kelas. Rakan-rakan saya yang lain juga tahu mengenainya." jelas Fiona begitu tenang dan jelas.
"Jadi, awak tak pernah melaporkan tindakkannya kepada kepala sekolah?"
"Tidak"
"Kenapa?"
"Sebab dia tidak melakukan apa-apa. Dia hanya mengekori saya dari jauh. Sehinggalah satu ketika, sepupu saya Ed memanggil Frank lalu menyuruh saya berterus terang dengannya."
"Berterus terang mengenai apa?"
"Tidak perlu mengekori saya lagi kerana saya tidak pernah mencintai dia"
Mendengar ayat itu terluah dari bibir Fiona, moment lalu mula terimbau kembali dibenak Frank.
Waktu itu dia kecewa yang teramat sangat sehingga dia tidak lagi ke sekolah. Dia malu untuk bersemuka dengan Fiona begitu juga dengan rakan sekolah yang lain.
Selepas tamat sekolah, dia dapat tahu Fiona menyambung pelajaran di New York dan terpaksa tinggalkan Kota Ireland. Hal itu membuatkan hatinya benar-benar kecewa.
Tapi, walaupun Fiona jauh darinya, dia tetap masih sayang dan cintakan Fiona walaupun cintanya hanya bertepuk sebelah tangan.
Dan saat dia tahu Fiona kembali semula ke Ireland setelah tamat belajar, dia adalah orang pertama yang menunggu gadis itu di Lapangan Terbang walaupun terpaksa bersembunyi. Dia tidak mahu Fiona menyedari kehadiran disitu.
"Adakah dia menerimanya dengan terbuka atau sebaliknya?"
"Dia tidak pernah lagi mengganggu saya selepas itu. Sehinggalah.."
Seluruh ruangan sunyi sepi.
"Sehinggalah saya dapat tahu, Frank yang menculik saya pada hari terakhir saya dijumpai."
"Bermakna, dari awal lagi awak tidak tahu penculik itu adalah Frank?"
Fiona mengangguk,
"Ya" jawabnya.
"Tapi, dia tidak pernah melakukan hal-hal yang buruk terhadap saya walaupun saat itu dia mempunyai banyak peluang untuk berbuat hal buruk terhadap saya. Kalau orang lain, mungkin mereka sudah perkosa saya, pukul atau membunuh" Mata Fiona berkaca.
Frank mendongak memandang Fiona.
"Semua itu tidak pernah berlaku. Saya dilayan dengan baik walaupun kadang kala saya sering kelaparan dan dahaga."
Raut wajah Frank terlihat bersalah saat Fiona mengutarakan hal itu. Dia sebenarnya takut untuk keluar dari hutan itu. Jika orang melihatnya, mungkin tempat persembunyian mereka itu tidak selamat lagi.
"Bagaimana awak tahu, penculik itu adalah Frank, kawan sekolah lama awak?"
"Pada hari yang sama saya ditemui oleh pihak polis. Saat itu saya tahu dia adalah Frank. Tapi pada awalnya saya sendiri tidak percaya dengan apa yang saya lihat sekarang. Dia sudah jauh berubah."
"Berubah? Berubah yang bagaimana maksud Cik Fiona?"
Fiona tersenyum.
"Dia bukan budak nerd yang dulu, dia sekarang jauh lebih tampan dari sebelumnya."
"Jadi, awak menolaknya dahulu hanya kerana ini?"
Fiona mengangguk,
"Ya"
Ruangan dibelakang mulai riuh.
Fiona menunduk. Dia sedar, semua ini juga salah dari dirinya sendiri. Dia tidak sepatutnya berbuat begitu. Dia seolah-olah telah menghina Frank kerana wajah dan penampilannya dahulu seperti budak lembam.
Frank simpati terhadap Fiona. Dia seperti mahu berlari dan memeluk tubuh Fiona dengan erat. Dia tidak rela Fiona dihina.
"Itu sahaja Tuan Hakim" Eun Sol kembali ke tempat duduknya di sebelah Drake.
Kini giliran peguam tertuduh mengambil alih. Dia berjalan kearah Fiona, menatap wanita itu lama sebelum mengajukan soalan.
"Cik Fiona, adakah Frank pernah memberitahu anda siapa dalang yang mengupahnya untuk menculik awak?"
Fiona terdiam. Bola matanya kemudian memandang kearah Drake.
Peguam lelaki itu seperti dapat membaca isyarat mata Fiona seraya menoleh memandang ke arah Drake.
"Adakah Frank memberitahu awak bahawa Tuan Drake yang telah mengupahnya?"
"Ya, benar" Fea dan Rey terkedu.
Drake rasa dirinya sudah disabotaj.
"Saya bantah Tuan Hakim!" Eun Sol berdiri dan bersuara lantang.
"Saya hanya mahu jawapan jujur dari Cik Fiona, itu sahaja." balas peguam itu dengan tinggi diri sekali.
"Bantahan ditolak" Eun Sol duduk semula.
Peguam lelaki itu sempat memandang kearah Eun Sol dan mengukir smirk dibibirnya.
"Adakah awak percaya dengan kata-katanya?"
Fiona memandang ke arah Frank sebelum beralih memandang Drake. Dia sebenarnya buntu mahu menjawab apa. Kes ini belum membuktikan yang Drake dalang disebalik semua ini.
"Tidak!" jawapan Fiona membuat Fea menarik nafas lega.
"Saya sedar, sebelum ini Drake pernah ada dendam dengan saya kerana..."
Fiona tersedar. Dia sudah terlajak bicara. Hal ini sepatutnya tidak disebut dimahkamah.
"Cik Fiona, boleh awak ulang semula kata-kata awak tadi?"
Fiona mula berpeluh. Kenapa dia begitu ceplos!
"Cik Fiona, awak telah melengahkan waktu perbicaraan." ujar peguam itu tegas.
Eun Sol memandang Drake.
"Ada sesuatu yang awak tak ceritakan pada saya?" bisik wanita itu kepada Drake.
Hanya keluhan yang terdengar dari Drake.
"Sebenarnya, beberapa bulan yang lalu, adiknya Fea pernah diculik dan hampir hilang nyawa kerana tekanan darah rendah dan detakkan jantungnya menjadi laju saat dia dibawa ke hospital."
"Maksud awak? Siapa penculik itu dan bagaimana dia boleh dibawa ke hospital?"
Fiona menundukkan wajahnya. Dia menggigit bibirnya menahan pelbagai rasa yang bermain dibenak fikirannya. Ahh!! Semuanya menjadi semakin rumit!
"Penculik itu adalah Ed, sepupu saya."
Sekali lagi ruangan itu menjadi riuh.
Bam! Bam! Bam! Judge Hammer bergema membuatkan suasana kembali tenang.
"Boleh awak jelaskan secara terperinci mengenai hal ini?"
"Baiklah" Fiona akur. Dia akan jernihkan semula keadaan yang dia sendiri ciptakan.
"Sebenarnya hal ini terjadi kerana salah faham dari pihak saya dan Ed, sepupu saya."
Fiona menceritakan segala-galanya pada saat itu juga. Dan kerana itu juga, perbicaraan ditangguhkan buat seketika.
"Maafkan aku Fea. Uncle, maafkan Fi. Fi tak sengaja. Kerana kesilapan Fi, perbicaraan ini menjadi semakin rumit" luah Fiona kecewa.
"Tak mengapa. Kita doakan semoga semuanya berjalan dengan lancar nanti." Wajah Rey nampak begitu tenang walaupun dalam hatinya mulai diburu rasa resah.
"Papa, Fea rasa lebih baik papa pulang dulu. Biar Fea saja yang tunggu disini sehingga perbicaraan bermula dua jam lagi."
Fea risau dengan keadaan Rey. Lelaki itu menghidap penyakit jantung. Dia risau jika papanya itu sakit semula gara-gara keterangan demi keterangan keluar dari bilik perbicaraan kelak.
"Baiklah. Jangan lupa info papa jika ada sesuatu yang penting" pesannya sebelum beredar.
"Taylor, tolong hantar papa pulang. Saya risau la" suara Fea. Raut wajahnya nampak resah.
"Baiklah. Nanti saya datang kesini semula ya" Fea sekadar mengangguk lemah.
Apa yang sudah terjadi? Bagaimana dia hendak kembalikan kebahagiaan keluarganya seperti dulu? Dia sendiri tidak menyangka, kedatangannya disini mengundang pelbagai masalah.
Jika Drake disabitkan kesalahan dan dipenjarakan , bagaimana dengan papanya, Rey? Mereka hanya tinggal bertiga. Jika tiada salah seorang dari mereka, tetap akan rasa kehilangan walaupun dulu, dia tidak begitu rapat dengan Drake. Walaupun begitu, dia sudah terbiasa. Sehari dia tidak melihat bayang Drake di mansion, dia tetap akan risau tentang keadaan abang kandungnya. Dia akan tenang bila melihat kelibat abangnya mendaki tangga masuk ke dalam bilik walaupun dalam keadaan mabuk.
Fea berjalan lemah keluar dari pintu besar mahkamah. Fea terduduk dibangku batu yang tersedia diluar mahkamah. Dia mengeluh berat.
Fiona dan Della perasan dengan keadaan diri Fea.
Makin bertambah rasa bersalah dalam diri Fiona tatkala melihat keadaan sahabat baiknya itu.
Fiona dan Della duduk di kiri dan kanan Fea.
"Aku tak patut datang ke sini sejak dari awal lagi" keluh Fea. Dia bersandar lemah. Ada bulir jernih mengalir perlahan lalu jatuh ke bahunya.
Della mengusap lembut bahu kiri Fea cuba memberi kekuatan kepada sahabat baiknya.
"Semua ni terjadi sebab aku. Aku yang beria nak ambil alih projek ni, kononnya nak buat abang Drake bangga dengan aku, nak buat papa bangga dengan aku. Tapi, kerana aku kesini juga, macam-macam perkara berlaku.
Aku tak sekuat seperti apa yang kamu berdua lihat. Aku sebenarnya lemah. Cuma aku berlagak, tunjuk yang diri aku ni kuat dan mampu harungi apa saja rintangan yang datang. Tapi, semua tu berlawanan dengan apa yang aku cuba bayangkan.."
"Kalau aku tak datang kesini, semua ini pasti tidak akan berlaku" suaranya sebak. Airmatanya mengalir laju.
Fiona dan Della ikut mengalirkan airmata.
Mereka berdua memeluk tubuh kecil Fea.
"Maafkan aku, Fea. Aku janji, aku akan cuba jernihkan semula keadaan. Aku akan tarik balik dakwaan seperti mana yang telah kau lakukan pada Ed dulu."
Kenapa Fea tidak gembira saat mendengar kata-kata Fiona? Adakah dia kurang yakin diatas semua kata-kata temannya itu?
Ini bukan hal remeh! Ini kes penculikkan. Ia kes yang agak berat dan melibatkan nyawa.
Bersambung...
Dapatkah Fiona kotakan janjinya terhadap Fea? Adakah Drake berjaya dibebaskan dan disahkan tidak bersalah? Dapatkah pendakwa raya Eun Sol bantu Drake bebas dari tuduhan?
Share this novel