Bab 36

Romance Completed 78329

Selepas sesi makan tengahari, Puan Aminah meminta diri untuk masuk ke dalam bilik memandang waktu solat Zohor sudah mendekat. Begitu juga dengan Luqman.
Luqman menunaikan solatnya di dalam bilik tetamu manakala Gia pula duduk berehat di dalam bilik Dariya.

Newsfeed di Instagram di scroll tak berhenti. Haih bosannya! Newsfeed Instagramnya semuanya perihal fesyen. Kadang-kadang jemu jugak tengok bab-bab fesyen ni. Telefonnya ditutup lalu dia keluar dari bilik Dariya. Telinganya tertancap sesuatu. Alunan suara seseorang sedang membaca ayat suci al-Quran.

Gia menghendap sedikit di bilik Puan Aminah. Kelihatan Puan Aminah sedang membaca al-Quran seusai menyudahkan solat fardunya. Begitu khusyuk Puan Aminah membaca ayat-ayat suci tersebut.

Tiba-tiba saja lengannya ditarik kasar dari belakang. Dia ditarik hingga ke luar rumah. Dia memandang Luqman dengan pandangan tak puas hati.

“Awak ni dah kenapa?”

“Yang kau terhendap-hendap dekat bilik ibu dah kenapa?”

“Kenapa? Salah ke?”

“Ada aku kata salah?”

Haih! Geram pulak aku dengan perangai Luqman yang satu ni. “Saya dengar ibu baca something. Jadi, saya tengoklah. Kenapa? Ada masalah dengan awak ke?”

“Tak ada. Cuma, aku nak tanya kau satu benda. Kenapa ehhh kau tiba-tiba berbaik dengan ibu? Apa pulak yang kau cuba rancangkan kali ni? Siap nak masak bagai?”

“Kenapa? Salah ke saya nak berbaik dengan ibu?
Hmmm?”

“Jawab jelah apa yang aku tanya!”

“Saya dah jawab apa yang awak tanya! Kenapa awak tak suka sangat bila saya rapat dengan ibu walhal saya tak ada niat apa-apa pun! Saya tak ada niat nak sakitkan ibu pun! Hanya awak sorang je yang berfikiran macam tu!” Hambek kau! Setempek dia bagi!

“Sebab aku tak pernah percaya dengan orang macam kau ni. Kalau betul-betul kau tak ada niat apa-apa, good then. Tapi, yang aku tak faham sampai sekarang adalah berkaitan dengan semua-semua bukti yang dah lenyap tu. Why so sudden kesemua bukti boleh lenyap macam tu je?”

Haih! Dia keluar dah topik macam ni!

“Awak nak saya jawab apa Luq? Awak nak saya jawab saya upah orang untuk padamkan semua bukti. Macam tu?”

“Exactly!”

“Masalahnya saya tak buat Luq! Saya tak pernah upah sapa-sapa pun untuk padamkan kesemua bukti! Lagipun, saya dah bagi keterangan masa dekat Filipina dan kes masih lagi disiasat. Apa yang awak tak puas hati sekarang ni?”

“Boleh jadi keterangan kau tu tipu!”

“Ikut suka awaklah Luq awak nak percaya saya ke tak tapi apa yang saya tahu memang saya tak bersalah haritu! Titik!” Gia bertindak untuk beredar dari situ namun pantas Luqman menghalang langkahnya.

“Kau rasa aku akan percaya ke apa yang kau cakap?”

“Up to you sama ada awak nak percaya atau tak. Saya tak kisah pun dan saya tak peduli!”

“Kau dengar sini baik-baik. Selagi aku tak tahu siapa pembunuh kepada Dariya, kau kena ingat dalam kepala otak kau ni! Kau takkan hidup aman! Faham?! Kau jangan cabar aku Gia! Aku boleh buat benda yang tak terjangkau dek akal kau!” Usai berkata, Luqman melangkah masuk ke dalam rumah. Meninggalkan Gia di luar rumah dengan perasaan tak tentu arah.

Sabar Gia! Sabar! Apa pun yang bakal berlaku dalam hidup kau, kau kena tabah dan kuat seperti sebelum ni.

ARIFF terpandangkan Vitalika yang sedang menjamu selera sendirian di meja makannya. Dia sorang je ke? Tak join makan dengan budak intern yang lain? Ariff membawa dulang makanannya menuju ke arah Vitalika.

Vitalika yang tadinya seronok menyuap mee ke dalam mulutnya terhenti bila ada gerangan yang mengambil tempat duduk di hadapannya. Doktor Ariff!

“Eh? Doktor? Kenapa doktor duduk sini?”

“Kenapa? Tak boleh ke?”

“Tak bolehlah! Manalah tahu crush-crush doktor nampak doktor makan dengan saya, diorang fikir apa pulak nanti,” sepanjang aku jadi budak intern dekat sini, macam-macam benda yang aku dengar. Ada yang tak suka aku dan ada jugak yang crush Doktor Ariff dalam diam-diam.

Yang crush Doktor Ariff tu termasuk semua tak kira doktor, nurse ataupun budak intern. Ada jugak yang crush dengan doktor yang lain tapi setakat sekarang ni aku banyak dengar crush ke Doktor Ariff.

“Siapa yang crush dekat I? Hmmm?” Ariff buat tak peduli lalu nasi goreng di dalam pinggannya disuap ke dalam mulutnya. Dari kisahkan pasal orang, baik aku makan nasi goreng ni. Sedap dan dapat kenyangkan perut aku.

“Siapa-siapa jelah. Doktor Amirul mana?”

“Dia dekat emergency room. So, since you sorang dan I pun sorang, why not I join you makan sekali kan? Tak ada salahnya kan?”

Memanglah tak salah tapi buatnya crush-crush kau nampak lepas tu serang aku macam mana? Haih! Aku dahlah tak minat kes-kes tarik rambut apa ni. Macam budak-budak je perangai!

“Heee tengok tu! Dalam banyak-banyak orang, dah kenapa Doktor Ariff pilih dia tu?” Mula dah nak bergosip! Yang bergosip pun nurse yang berada di meja makan selang dua buah meja dari meja makan Vitalika.

“Entah! Apa yang ada sangat pada si Vitalika tu?” salah seorang daripada nurse tersebut mencebik tak puas hati.

“Yalah…budak tu kan mix blood. Siapa je tak nak?” Mula dah nak busuk hati masing-masing.

Vitalika menjeling sedikit ke arah nurse-nurse yang memandang ke arah dia dan Doktor Ariff. Aku kata dah! Konfem dibawangnya aku dengan Doktor Ariff. Dah tu muka masing-masing muka tak puas hati! Habislah aku!

“Buat bodoh je. Itu urusan diorang bukan urusan you. Yang penting you tak cari pasal dengan diorang. That’s it.”

“Doktor cakap senanglah. Yang nak kena hadapnya saya tau!”

“Like what I said, buat bodoh. Diorang yang mulakan assumption and conclusion macam tu. Kita sebagai high minded, kena fikir secara terbuka dan bukannya low minded macam diorang yang otaknya asyik sempit.” Ujar Doktor Ariff senang.

Vitalika mengalah. Memang betul apa yang Doktor Ariff cakap tapi nak kena hadapnya nanti susah tau dengan orang yang berfikiran macam tu. Kalau kita cakap macam ni, dia putar-belit pulak jadi macam lain. Haih…

“Hey…you termenungkan apa? Still terfikirkan pasal diorang tu ke? Jangan risau. Kalau diorang apa-apakan you, you bagitahu je I.”

Uittt? Doktor Ariff nak jadi hero ke ni?

“You jangan fikir I nak jadi hero you pulak. I just nak protect you dari orang-orang yang macam ni plus you student intern dari Filipina. You tak tahu adat dan rentak orang-orang di dalam hospital ketika intern di sini. Kemungkinan besar berbeza banyak dengan orang Filipina.”

Vitalika mengangguk. Dia turut bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Doktor Ariff. Masa dia praktikal di Filipina dulu, dia tak ada pula hadap benda-benda macam ni. Bukan tak ada langsung…sikit je cuma tak obvious sangat diorang tunjuk dekat kita tapi dekat sini memang nampak sangat cara layanan diorang bila tak suka dengan dia. Tambah pulak, masa dekat Filipina dulu tak banyak yang berani apa-apakan dia memandangkan daddy dan tatay memang terkenal di Cebu. Mungkin sebab tulah diorang tak berani apa-apakan aku. Ya…mungkin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience