Fea bersandar dikepala katil sambil kedua kakinya dilipat rapat ke dada. Dia memeluk kedua lututnya dengan kedua tangan. Kepalanya mendongak ke lelangit ruangan. Dia buntu!
Dia tidak tahu, harus bagaimana cara lagi untuk mencari Fiona. Rakannya itu umpama lenyap begitu sahaja. Langsung tiada jejak dan tanda.
Drtttt...
Fea memandang kosong ke arah handfonenya yang bergetar. Tapi, bila melihat nama yang tertera dilayar, dia segera mengangkatnya. Fea menekan pembesar suara,
"Dell" suaranya sebak tidak tertahan.
'Fea..betul ke apa yang aku dengar ni?' suara Della disebalik sana.
Bibir Fea bergetar untuk mengakui semua itu. Dia berharap, ini hanyalah mimpi buruk dan bukan kenyataan.
"hiskkk! Maafkan aku Dell." tangis Fea.
'Fea... kenapa kau nak minta maaf, bukan salah kau pun." pujuk Della lembut.
'Kau dimana sekarang? Hantar lokasi, aku ke sana sekarang'
Raut wajah Fea berubah terkejut. Dia menegakkan duduknya sambil memandang layar telefon.
"K-kau ada di Ireland?" soal Fea tidak percaya.
'Lepas aku dapat tahu berita kehilangan Fi dari sepupunya, aku terus ke sini'
"Maksud kau, Ed?" tanya Fea tidak percaya.
'Yelah, siapa lagi. Cepat, send lokasi sekarang. Aku dalam teksi dah ni. Kita jumpa nanti' Della mematikan talian.
Fea dengan pantas mencapai handfone lalu menghantar lokasi rumahnya kepada Della.
.
Saat Della tiba, Fea sudah menunggunya diluar. Sebaik sahaja wanita itu turun dari kereta, Fea lantas berlari lalu memeluk erat tubuh tinggi lampai Della.
"Dell" tangis Fea.
Della ikut sebak.
"Dah..dah. Kita tak boleh macam ni. Kita kena kuat. Aku tahu, Fi juga kuat. Kita doakan semoga Fi baik-baik sahaja ya" pujuk Della lembut sambil satu tangannya mengusap lembut belakang Fea.
Fea mengangguk.
"Mari" ajak Fea dengan muka yang merah dan sembab.
"Dah, jangan nangis. Aku kan ada" pujuk Della lantas memeluk bahu Fea sambil melangkah masuk ke dalam rumah.
Kedatangan Della disambut baik Rey dan juga Taylor.
"Uncle.. lama kita tak jumpa. Uncle sihat?" Della memeluk tubuh Rey tanda sapaan.
"Uncle kena selalu sihat. Bukan senang nak jaga tissue princess ni, perlukan fizikal dan mental yang kuat" seloroh Rey seraya menjeling ke arah anak gadisnya.
"Papa" tegur Fea mendatar.
Rey dan Della terkekeh.
Della memandang kearah Taylor lalu bersalaman dengan lelaki itu.
"Taylor. Lama kita tak berjumpa. Wah, awak makin banyak berubah ya, semakin tampan" usik Della.
Taylor hanya ketawa geli hati dengan usikkan Della. Dia kenal bagaimana sikap Della dulu. Dulu, gadis ini sering menyakatnya. Dan sekarang membesar sebagai wanita yang matang, malah lebih matang dari Fea. Taylor tidak nafikan, Della sudah banyak berubah dan semakin cantik.
Tapi... tidak setanding dengan kecantikkan Fea. Lihat saja sekarang ini, walaupun Fea langsung tidak mengenakan solekkan, wanita itu tetap menawan dan cantik di mata Taylor. Walaupun mata Fea agak merah dan bengkak kerana banyak menangis, hidungnya merah dan bibir mungilnya lebih banyak berdiam, dan walaupun wajah itu terlihat murung dalam beberapa hari kebelakangan ini, namun ia tetap cantik dimata Taylor.
Fea tidak bersuara sepatah pun. Dia menarik bagasi milik Della lalu dibawa masuk ke dalam biliknya.
"Uncle, Taylor, saya masuk dulu" ujarnya sopan.
"Hmm, yelah. Rehatlah dulu. Sebentar lagi kita makan sama-sama" suara Rey ramah.
"Baik Uncle" Della mengangguk ramah sebelum melangkah masuk ke dalam bilik Fea.
*
Fea memainkan beberapa video mereka bertiga saat zaman sekolah dahulu. Setiap kali memandang dan mendengar suara juga gelak tawa Fiona, Fea akan menangis.
Della duduk disamping Fea, mengusap lembut belakang tubuh sahabatnya sambil matanya ikut memandang ke layar tablet milik Fea.
"Bagaimana keadaan dia sekarang? Sudahkah dia makan? Dimana dia tidur? Adakah dia sihat? Bagaimana kalau dia sakit, Dell?" suara Fea sebak.
Della ikut sebak. Matanya ikut berair. Sedaya upaya dia cuba menahannya. Dia tidak mahu tunjuk kesedihannya di hadapan Fea. Dia harus kuat!
Della berpaling ke arah bertentangan lalu menyeka laju airmata yang sudah pun mengalir.
"Kita berdua tahu, dari dulu lagi Fi pandai jaga diri dan aku yakin, dia kuat sekarang ni." Della cuba sedapkan hati Fea begitu juga hatinya sendiri.
"Bagaimana kalau mereka cederakan dia Dell.." tangis Fea. Fea lebih berfikiran jauh dan terkadang agak menjengkelkan.
Della menelan ludah. Apa yang dikatakan Fea, turut terkesan dihatinya.
Della menarik tubuh Fea ke dalam pelukkannya.
"Kita berdoa semoga Fi selamat, ya" pujuk Della lembut.
Fea mengangguk lemah. Dia juga berharap begitu.
*
Drake semakin salah tingkah. Dia berjalan mundar mandir di ruangan bilik tidurnya. Tangan kanan sibuk mengusap kumis nipisnya manakala satu tangan lagi bercekak pinggang. Blazer kerjanya dicampakkan di sisi sofa manakala tali leher diregangkan supaya lebih kendur. Beberapa kancing kemejanya dibuka sehingga menampakkan bulu dadanya yang nipis.
Keadaannya seperti orang yang orang yang kepenatan bekerja seharian di pejabat.
Dia cuba mengerah otaknya, mahu tahu siapa yang berani memintas kerjanya.
Dia mengeluarkan iphonenya, menghantar pesanan ringkas kepada salah seorang orang kuatnya.
'Cari tahu siapa yang telah menculik Fiona dan dimana lokasi persembunyian mereka'
Yang paling dia gerun bila adiknya sendiri menimbang nilai harga Fiona melebihi dari nyawanya sendiri. Mana mungkin dia lakukan itu.
Satu keluhan berat keluar dari bibirnya.
Mujur saja bukan aku yang menculik Fiona terlebih dahulu, desis hatinya.
Rey juga ada memberitahu mengenai keadaan kesihatan Fea setelah kehilangan Fiona. Dan paling dia tidak menyangka, adiknya itu tidak sedarkan diri selama hampir 3 hari.
Sehebat inikah nilai persahabatan? Walaupun sebelum ini, Fiona pernah membuat adiknya hampir maut, tapi adiknya itu langsung tidak pernah persoalkan hal itu. Fea terlalu protagonis!
.
Sebaik sahaja tamat mesyuarat, Drake menerima satu pesanan ringkas. Dia segera melangkah ke arah ruangan pejabatnya.
Drake duduk di kerusi kerjanya lantas membuka pesanan ringkas yang telah dihantar oleh orang kuatnya.
Ada satu foto bersama maklumat lokasi. Dia segera menekannya melalui Waze.
"Dungiven" dahinya berkerut.
"Dungiven Priory?" dia tahu tempat itu. Dungiven Priory merupakan kawasan tanah perkuburan bersejarah sejak dari abad ke-15 lagi.
Jarak perjalanan dari Balbriggan ke Dungiven mengambil masa sekurang-kurangnya 2 jam setengah manakala jarak perjalanan dari tempat Fiona hilang, di Kenny menuju ke Dungiven mengambil masa sekurang-kurangnya 3 jam 20 minit yang berjarak 203 kilometer.
Patutlah pihak polis tidak dapat mengesan dimana Fiona berada. Ternyata orang ini begitu licik! Fikir Drake.
Drake segera keluar dari ruangan pejabatnya. Dia berhenti di hadapan meja kerja Hardin.
"Tangguhkan semua appointment saya hari ni ke tarikh lain. Saya ada urusan penting" hanya itu yang dinyatakan Drake kepada Hardin sebelum berangkat pergi.
Hardin tidak berani menyoal dengan lebih mendalam jika ia tidak dibahas sendiri oleh Drake. Jika tidak, buruk padahnya.
Hardin jadi tertanya sendiri, kenapa bosnya buru-buru pergi sehingga menangguhkan semua appointment hari ni sedangkan hari ini, bosnya ada pertemuan penting dengan investor dari Korea.
.
Sudah 4 hari Fiona hilang. Kehilangannya amat mencurigakan semua orang. Berita kehilangannya juga sudah tersebar luas di serata Ireland namun, langsung tiada berita dan petunjuk yang pihak polis dapat dari penduduk disitu.
Atuk Eldon dan Nenek Kana akhirnya mengetahui tentang kehilangan Fiona melalui khabar angin yang dibawa oleh penduduk di Kenny. Nenek Kana lah yang paling bersedih dengan kehilangan Fiona, cucu perempuan satu-satunya sehinggakan Ed sukar untuk ikut mencari keberadaan Fiona.
Mujurlah ada Boe dan April. Merekalah yang bantu menjaga Nenek Kana dan Atuk Eldon sementara Ed keluar mencari Fiona.
.
Drake tiba di kediaman Rey dan Fea pada sebelah petangnya. Sudah tentulah kedatangannya itu membuat Fea terkejut.
"Abang Drake.." Fea berjalan menghampiri Drake dengan wajah bingung. Bukankah Drake tidak mahu membantunya mencari Fiona, tapi kenapa Drake disini?
Drake melawan tatapan adiknya dengan tatapan yang lembut dan simpati. Tiada lagi pandangan ego seorang abang, tiada lagi kata-kata keji dan sinis yang didengar Fea. Lelaki itu kini berdiri mematung dihadapannya dengan lidah yang terkunci.
Fea semakin bingung. Dia memandang Rey yang sedang duduk disofa, kemudian beralih kearah Taylor yang muncul dari dapur dan kemudian beralih memandang Della yang berdiri tidak jauh darinya sebelum beradu pandang semula dengan abangnya, Drake. Keempat-empat mereka terkejut dengan kedatangan Drake yang muncul tiba-tiba.
Bersambung....
Share this novel