Bab 19

Other Series 2183

Kelas sudah habis. Hana memandang Qilla. Dia menggeleng kepala. Suka sangat termenung! Belum sempat dia mengejutkan Qilla.. Khairul dan Hafi sudah datang. Dia tersenyum kepada mereka. `Asal Qilla ni?'soal Hafi. Dia memandang Qilla. `Risau nampak'. Guru Khairul. Hafi menjeling tajam. Hana ketawa kecil. Tanpa balasan, dia segera mengejutkan Qilla. Dengan kuat, dia mengetuk meja Qilla. `Mak Kau terkejut berukk!! 'latahku. Kedengaran suara gelak. Aku memandang mereka yang sedang ketawa. Aku mengetap bibir. Mesti kerja Hana ni! Aku melihat sekeliling. Ehh mana semua orang? Lecturer pun dah takde? Aku menjeling sekilas jam tanganku. Patutlah! Dah balik rupanya! Hampeh! Aku memandang mereka semula yang masih gelakkan aku cuma tidak sekuat hati. Kerana geram, aku mencubit pipi Hana sekuat hati sambil terbangun dia dibuatnya. Aku turut terbangun. Aku masih tidak melepaskan cubitanku. Geram! Rasakan! `Lepaslah Qilla! Sorry!! Lepaslah! 'Rayu Hana. Mereka yang lain masih ketawa melihat kelakuan kami. Aku melepaskan cubitan perlahan-lahan. Hana menggosok pipinya. `Ketam betul'. Rungut Hana. `Rasakan! Kejutkan aku macam tu lagi! 'Balasku. Hana menjelirkan lidah. Namun tidak lama.. Kami memandang serentak ke arah Khairul dan Hafi yang masih gelakkan kami. Wah! Wah! Seronok nampak! Gumamku dalam hati. Aku memandang Hana. Aku mengangkat kening dan Hana mengangguk faham. Sepantas itu, kami memukul kuat bahu Hafi dan Khairul. Aku memukul Hafi dan Hana memukul Khairul. Geram! Mereka mengaduh. Kami terus memukul mereka. Khairul yang mungkin tak tahan terus mengenggam tangan Hana. Hana tergamam. Manakala aku terus memukul Hafi. Tidak lama kemudian dia mengenggam tanganku. Aku tersedar. `Eiii! Lepaslah! 'ujarku separuh menjerit. Hafi yang bagai baru tersedar melepaskan tanganku. Muka aku merah. Aku sempat menjeling Hafi. Ternyata! Muka dia turut merah! Aku memandang Hana dan Khairul. Aik? Masih bertatapan ke? Hehe. Rancangan nakal sudah tiba! Aku tersengih. Nak buat apa ye? Belum sempat aku berbuat apa-apa, tiba-tiba.... `Ehem '. Berdehem seseorang. Aku dan Hafi berpaling serentak. Manakala Khairul dan Hana baru tersedar lantas melepaskan tangan masing-masing. Ni arif Danial ke Danial Haikal? Soalku dalam hati. `Seronok nampak? Berbulan madu ke?' sindirnya. Barulah aku tau! Arif Danial. Aku mengetap bibir menahan geram. `Anyway.. Sorry ganggu.. Aku just nak ambik barang aku tertinggal.. Tu kat meja sana'. Ujarnya lagi. Kami hanya mendiamkan diri. Khairul dan Hana sudah mendekati aku dan Hafi. `Qilla.. Asal aku rasa lain macam ni? 'soal Hana separuh berbisik. Dia berdiri di belakangku. Aku memandangnya. Asal dengan Hana ni? Soalku dalam hati. Aku memaut bahunya untuk menenangkannya. Danial yang perasan direnung, pantas mengangkat mukanya. Dia memandang silih berganti wajah yang memandangnya. Tajam! Belum sempat Danial bersuara, kami telah disergah oleh seseorang. `Arif Danial!! Cepatlah... Asal..... Percakapan Haikal terhenti selepas melihat kami. `Kau reti sabar tak Haikal? Aku baru jumpa buku aku ni! Lepas tu si deme ni asyik pandang aku! Taulah aku hensem!'Ujarnya selamba. Aku terbatuk mendengarnya. `Kau apahal batuk? 'sambungnya lagi. Aku tersenyum sinis. Perlahan-lahan aku bergerak ke hadapan. `Kalau orangnya hensem.. Tapi perangainya Rupa cilake buat apa'. Jawabku sinis. Aku memandangnya tajam. Panas hati Danial mendengarnya. `Hei perempuan! Kau ingat aku hadap sangat dengan kau! Aku tak hadaplah! 'balasnya. Dia mendekatiku. `Baguslah.. Aku pun tak ingin kat kau! Baik aku pilih lelaki lain dari kau! Ingat.. Kumbang bukan satu.. Banyak lagi kat luar sana! Kat sini pun ada!' Balasku. Aku menjeling mereka sekilas. `Wohoo!! So maknanya.. Kau nak cakap kau suka kat abang aku? Atau kau suka Hafi? 'sindirnya. Lidah aku kelu untuk menjawab. Aduh! Baru aku sedar! Aku sudah masuk perangkap! Danial tersenyum sinis memandangku. `Kenapa diam? Atau kau suka dua-dua? Heii Qilla!! Kau sedarlah sikit kau tu secantik mana! Perempuan murahan!! Sedar diri tu sikit!'Ujarnya tinggi. Panggg! Sepantas itu satu tamparan hinggap di pipi kanan Danial. Danial memalingkan semula wajahnya memandang Qilla sambil memegang pipinya. Semua tergamam. Senyap seketika. Mata aku sudah berkaca. Tanpa menunggu lama, aku terus keluar dari kelas itu. Aku lari laju tanpa menghiraukan suara yang memanggilku. Hafi mengepal penumbuknya. Danial tersenyum sinis. Puas! `Memang dasar perempuan..... Tidak sempat Danial menghabiskan kata-katanya.. Satu tumbukan hinggap di pipinya. Dia jatuh tersungkur. Tanpa membuang masa, Hafi terus menghempap badan Danial. Dia mencengkam baju Danial sebelum menumbuknya bertalu-talu. `Lelaki tak gunaaa!! Lelaki jenis apa kau ni haaa!! Jatuhkan maruah lelaki!! 'Jerit Hafi. Dia terus menumbuk muka Danial. Danial hilang sabar. Dengan kuat, dia menumbuk muka Hafi. Hafi terbaring. Kini.. Danial pula yang menghempapnya. Dia mencengkam kolar baju Hafi. `Takkan baru sikit dah lemah!' ujarnya sinis. Tanpa menunggu balasan, dia terus menumbuk muka Hafi bertalu-talu. Hafi mengelak sedaya yang mampu. Ketika Danial ingin menumbuknya lagi, tangannya telah dipegang. Danial berpaling. `Haikal! Lepaslah!! Biar aku kerjakan budak ni cukup-cukup!!'jerit Danial. Haikal tidak peduli lalu dia membangunkan Danial. Hafi terbaring lemah. Pantas Khairul menuju ke arah Hafi. `Hafi.. Hafi'. Panggil Khairul. Dia menepuk perlahan pipi Hafi. Hafi sedaya upaya bangun. Khairul membantu. Hafi memandang tajam ke arah Danial. Dilihat muka Danial sudah lebam! Hafi memegang pipinya. Kebas! `Dah! Jom balik!'arah Haikal. Dia terus mengheret lengan adiknya itu. Danial menjeling tajam ke arah Hafi. Hafi membalasnya. Apabila mereka hilang dari pandangan.. Hafi terduduk di atas kerusi. `Hei! Kau okay tak? 'soal Khairul. Dia memegang pipi sahabatnya itu. `Sakitlah Khairul! Kau pegang macam tu pun dah sakit!' ujar Hafi. Dia menepis tangan Khairul. `Awek kau mana? 'soal Hafi. Dia hendak tersengih tetapi tidak boleh. Sakit! `Amboii.. Dalam sakit tu.. Sempat lagi tanya awek aku.. Khairul tergelak. Dia pergi temankan qilla'. Sambungnya. Hafi mengeluh. `Kesian qilla'. Ujar Hafi perlahan. Khairul masih dapat mendengar. `Hafi'. Panggilnya. Dia memandang khairul. `Kenapa kau tak berterus terang?'soal Khairul. Hafi hanya menggeleng. Khairul mengeluh. `Hafi.. Kau suka diakan? Kau tak payahlah nak bohong aku! Aku taulah! Dari aku tengok tadi.. Ko tumbuk si Danial tu.. Sampai nak mati.. Kau berterus terang je lah Hafi.. Kau tak perlu takut Qilla akan terima kau ke tak? Yang penting kau dah luahkan perasaan kau kat dia'. Ujar Khairul panjang lebar. `Nantilah.. Aku belum sedia lagi'. Balasnya. `Ikut suka kaulah Hafi.. Kalau dia dah ada orang lain nanti.. Kau jangan meroyan pulak! 'balas Khairul. Degil sungguh! `Dahlah.. Jom blah!' ajak Hafi. Mereka sesama keluar dari kelas. Aku menangis di satu tempat yang agak tersembunyi. Sedang asyik aku melayan perasaan, terasa bahuku dipegang. Aku memandang. Hana! `Hana! Macam mana kau tau aku kat sini? 'soalku. Aku pantas menyeka air mata. Hana tersenyum sebelum menjawab. `Aku ikut kau tadi'. Balasnya seraya duduk di sebelahku. Aku memandang tempat lain. `Qilla'. Panggil Hana. Aku berpaling. Tanpa sebarang bicara, Hana terus memelukku. Aku menangis dalam pelukkannya. Hana menggosok perlahan di belakangku. `Dahlah Qilla.. Kau tak yah fikir sangat apa yang si danial cakap tu'. Pujuk Hana. Aku hanya diam. Aku meleraikan pelukan. Hana menyeka air mataku. Aku tersenyum tawar. Hana tau itu. `Dah.. Jangan nangis.. Pucat sangat muka kau kali ni'. Ujar Hana. Belum sempat aku balas satu suara menyapa. `Hana.. Qilla'. Kami memandang serentak. Khairul! Tapi mana Hafi?`Khai!! Awak sorang je? Mana Hafi? 'soal Hana. Dia menjelingku sekilas. `Hafi ada kat asrama.. Tengah rehat'.jawab Khairul. `Rehat? Rehat sebab apa?' soalku pula. `Bertumbuk dengan Danial tadi'. Balas Khairul. `Haa? 'jeritku dengan Hana serentak. Kami saling berpandangan sebelum memandang khairul semula. Khairul mengangguk. `Lepas kau keluar tadi.. Terus si Hafi tumbuk Danial. Lama jugaklah.. Agaknya si Danial dah tak tahan.. Dia balas terus.. Tapi teruk lagi si Hafi tu dari Danial. Habis lebam semuanya'. Aku yang mendengar terpana seketika. Mereka bertumbuk? Hafi? Tapi sebab apa? Soalku dalam hati. `Dia suka kau'. Ujar Khairul perlahan. `Ha? Apa dia? Aku tak dengar? 'soalku lagi. Sungguh aku tak dengar! `Takde papelah.. Aku tanya.. Kau dengan Hana tak nak balik ke?' tipu Khairul. Fuh! Nasib tak dengar! Hana menjeling Khairul. `Erm Hana.. Jomlah balik asrama'.ajakku setelah agak lama berdiam diri. `Kalau kau nak date, date jelah.. Aku naik dulu'. Usikku. Khairul tergelak manakala muka Hana merah. Aku segera berlalu dari situ. Setelah Qilla pergi, Hana pantas bersuara. `Kenapa awak tak cakap terus je kat Qilla tadi? 'soalnya. `Hah? Soal apa?' soal Khairul. Takkan dia dengar kot. Hana senyum. Terpana Khairul seketika melihatnya. `Jangan ingat saya tak dengarlah Khai.. Saya dengar'. Balas Hana. `Err.. Macam biasalah.. Si Hafi tak kasi saya bagitau'. Balasnya. Dia masih ralit memandang Hana yang masih senyum. Hatinya berdegup kencang. `Err.. Kenapa awak pandang saya macam tu? 'soal Hana. Dia berasa tidak selesa. Khairul tersenyum. Dia makin mendekatkan jaraknya dengan jarak Hana. Apabila semakin hampir, dia mengangkat wajahnya merapati wajah Hana. Hana yang melihat pantas menjauhkan mukanya. Hish! Dah mula dah dia ni! Gumam Hana dalam hati. Wajahnya dengan wajah Khairul semakin rapat. Dia hanya mampu menelan air liur. `Awak jangan selalu senyum dekat saya. Saya dah tak boleh tahan'. Bisiknya ke telinga Hana. Hana yang mendengar memejamkan matanya. Khairul yang memandang hanya tersenyum. `Dahlah.. Jom saya hantar awak'. Ajak Khairul. Dia menjauhkan wajahnya ke wajah Hana. Hana lega. Mereka pantas berdiri dan berjalan beriringan. Sampai di asrama, Hana dan Khairul berhenti. Hana berdiri di depan Khairul. Mereka saling berpandangan. `Bye Khai.. Nanti kita jumpa.. Lagipun besok cuti'. Ujar Hana. Khairul hanya mengangguk. Dia memandang sekeliling! Takde orang! Dia kembali memandang Hana. `Besok bolehlah saya ajak awak keluar'. Balas Khairul. Hana tersenyum. Dia sekali lagi terpana melihat senyuman itu. `Boleh.. Nanti apa-apa mesejlah saya.. Okaylah saya masuk dulu.. Bye'. Ujarnya. Baru selangkah dia pergi, dia sudah ditarik. Dia berada dalam dakapan Khairul. Dia memandang Khairul yang sedang memandangnya. Perlahan-lahan tangan Khairul hinggap di pipi Hana. Dia menyentuh lembut bibir itu. Hana hanya mampu menelan air liur. Dia tidak boleh melarikan diri kerana Khairul memeluk erat dirinya. Hatinya kian berdebar. Perlahan-lahan Khairul menundukkan wajahnya dan merapati wajah Hana. Dia memagut lembut bibir Hana. Hana tergamam. Dia terpaku dalam pelukan erat Khairul. Perlahan-lahan dia memejamkan matanya dan dia turut membalas pelukan Khairul. Lama mereka berkeadaan begitu. Khairul melepaskan bibirnya dari bibir Hana. Hana membuka matanya perlahan-lahan. Dia memandang khairul yang sedang memandangnya. Khairul. Khairul mengelus lembut pipi Hana. `Hana.. Awak pergilah masuk dulu.. Nanti saya mesej awak'. Ujar khairul. Dia meleraikan pelukan perlahan. Hana hanya mengangguk. Tanpa sepatah kata dia terus menuju ke tangga untuk memasuki bilik. Khairul menghantarnya dengan jelingan mata. Setelah hilang, dia meraup mukanya beberapa kali. Dia tahu! Dia telah lakukan kesilapan. Dan dia tahu dia perlu lakukan sesuatu! Dia segera beredar dari situ. Hana masuk ke dalam bilik. Dia melihat Qilla. Nasib dia tidur! Hana menyentuh bibirnya. Dia menggeleng beberapa kali. Pantas dia merebahkan dirinya sebelah Qilla.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience