BAB 6 : Cabaran dan dugaan harus ada biar hidup lebih indah

Short Story Series 5979

Sudah seminggu kematian Nasuha. Tapi Maryam masih merasai kehilangan Nasuha. Nuh hanya mampu melihat kesedihan Maryam. Dia tidak tahu mahu memujuk bagaimana. Dia bukannya rapat dengan Maryam. Seminggu juga dia tidak mendengar suara Maryam.

Pagi sabtu itu selepas menghantar keluarga Nuh ke KLIA, kerana mereka mahu pergi ke rumah kakak Nuh di Jeddah. Tiba-tiba Maryam pening kepala yang amat sangat dan berasa loya tekaknya. Dia memegang lengan Nuh disebelah.

"Kenapa?" Soal Nuh cemas.

"Nak muntah.." Luah Maryam. Nuh terus mengarahkan Arman berhenti di tepi jalan. Maryam keluar dari perut kereta dan terus meluru ke longkang dan memuntahkan semua isi yang meronta-ronta untuk keluar tadi. Nuh menyapu lembut belakang isterinya. Nuh menyerahkan air mineral pada Maryam setelah Maryam kembali duduk di dalam kereta.

"Kenapa?" soal Nuh pada Maryam. Jari kasarnya sudah mendarat pada dahi Maryam. Tak panas pun.

"Entah..." jawab Maryam pendek dia terus menyandarkan tubuhnya.

****************************************************

Nuh mengetuk pintu bilik air dengan kuat berulang kali. Maryam dari tadi masuk kedalam bilik air tapi masih tidak keluar.

"Maryam, awak ok tak dekat dalam tu?" soal Nuh cemas. Maryam masih diam.

Baru saja niat Nuh untuk mengambil kunci pendua di meja sisi katilnya, bunyi pintu bilik air menandakan kunci sudah terbuka. Wajah tidak beriak Maryam keluar dari sebalik pintu yang sudah terbuka itu. Nuh menghampiri Maryam.

"Kenapa lama sangat dalam tu? saya risau tau..." Luah Nuh pada Maryam. Maryam diam tapi tangannya menyerahkan sesuatu. Mata Nuh memandang tepat pada mata Maryam. Nuh mengambil ujian kehamilah yang diberikan oleh Maryam tadi. Nuh terus mengukirkan senyuman. Ya, dia sangat gembira dengan apa yang dilihatnya ini. Maryam positif hamil.

"Tahniah.." Luah Maryam dan terus dia menghampiri beg bagasinya. Tahniah? tapi muka Maryam tak gembira macam aku pun? dia tak gembira ke dengan berita ini?

"Awak nak pergi mana?" Soal Nuh tiba-tiba. Pelik dia melihat Maryam yang sudah memunggahkan bajunya dari almari dan dimasukkan kedalam bagasi.

"Dalam perjanjian awak. Kalau saya dah mengandung saya kena tidur bilik lain." Luah Maryam terus dia menyeret bagasi menuju pintu bilik untuk keluar dari kamar itu. Perkhidmatan aku sudah tidak diperlukan lagi. Nuh terdiam. Entah kenapa dia merasakan sedih yang amat sangat apabila Maryam pergi meninggalkan dia sendiri di ruangan ini.

Mahu saja dia menghalang, tapi itu semua kerana perjanjian yang dia sendiri lakukan. Malulah nak tarik balik. Tapi dia betul-betul menyesal. Malam ini tidak dapat dia mendakap tubuh Maryam yang hangat sepanjang malam seperti selalu.

****************************************************

Maryam memegang perutnya yang sudah hadir satu nyawa yang dinanti-nantikan oleh Nuh dan dirinya. Tapi, kenapa dia tidak gembira? bagaimana untuk aku gembira dengan berita ini? tujuan perkahwinan ini kerana Nuh inginkan anak. Tujuan aku pula, untuk Nasuha.. tapi Nasuha sudah tidak ada. Maryam mengalirkan airmatanya untuk sekian kalinya.

"Ibu rindu Nasuha..."

****************************************************

Nuh memusingkan tubuhnya ke kiri, kemudian ke kanan. Masih tidak dapat dia melelapkan mata. Dia asyik fikirkan Maryam. Maryam, Maryam dan Maryam.

Nuh bangun dari pembaringan dia menuju ke kamar Maryam diami. Tidak sengaja dia terdengar Maryam muntah-muntah. Terus dia masuk ke bilik itu dan mendapatkan Maryam dibilik air. Di sapu lembut belakang Maryam. Mujur Maryam tidak mengunci pintu.

Maryam terkejut dengan kehadiran Nuh. Tapi dia biarkan saja perilaku Nuh. Agak lega juga bila Nuh berbuat sebegitu.

Nuh memimpin Maryam duduk di birai katil. Segelas air kosong disuakan pada Maryam. Setelah minum Maryam terus merebahkan badannya ke katil. Nuh pergi kebiliknya dan mengambil ubat angin.

"Saya sapukan ubat..." Ujar Nuh pada Maryam. Maryam hanya diam. Maryam malas mahu berbalah dia pun tidak larat untuk bersuara. Tekaknya masih perit.

Nuh baru perasan dengan pakaian yang tersarung pada tubuh putih Maryam. Baju satin berwarna kuning air bertali halus dan paras paha itu cukup membuat jiwanya berkocak. Nuh membuat muka bersahaja. Dia menyapu ubat angin itu pada leher Maryam kemudian kepala.. dia memasukkan tangannya ke dalam baju yang singkat itu dan diletakkan ubat tersebut diperut isterinya. Disapu lembut, lembut dan semakin lembut. Maryam yang dari tadi tutup mata, terus terbuka matanya apabila menyedari wajah Nuh semakin hampir pada wajahnya. Maryam menahan dada Nuh dari terus mencumbui bibirnya.

"Kenapa?" Soal Nuh hampa.

"Awak lupa ke? awak yang buat syarat tu semua. Awak kata hubungan ranjang tidak akan berlaku selepas saya mengandung." Ujar Maryam tegas. Maryam faham dengan pandangan Nuh yang seakan-akan merayu itu. Oh Nuh, jangan goda saya. Saya pun tidaklah sekuat mana untuk menolak.

Nuh memegang jari-jemari Maryam. Kemudian di bawa kebibirnya. Dicium jari Maryam.

"Please sayang...." Suara menggoda Nuh itu membuatkan Maryam sesak nafas. Maryam terus menganggukkan kepalanya. Kenapa aku angguk? Nuh tersenyum manis... dia terus menyambung adegan yang tergendala tadi.

****************************************************

Semenjak kejadiam malam itu, Maryam kembali semula ke bilik Nuh. Itu semua arahan Nuh dengan alasan berbaur... awakkan tengah alah, biarlah tidur dengan saya.. senang saya nak jaga awak. Dalam perut awak tu anak saya, saya lah yang kena bertanggungjawab menjaga awak. Itu semua angkara saya. Gurau Nuh. Merah muka Maryam menahan malu.

****************************************************

Nuh baru sedar akan sesuatu, semenjak Maryam mengandung. Maryam kurang bercakap tapi masih beraksi manja dan menggoda. Setiap malam Maryam berpakaian seksi seperti sengaja menggoda dirinya. Nuh bukan kuat untuk menolak setiap godaan Maryam. Tubuh Maryam yang mengliurkan itu cukup membuatkan tidurnya nyenyak sepanjang malam.

****************************************************

Bagi Maryam pula, bukan sengaja dia ingin menggoda Nuh. Tapi, semenjak mengandung dia terasa panas. seperti berlengas badannya. Mahu saja dia memakai baju dalam dan seluar dalam saja. Tapi memandang akalnya menegah dia hanya memakai baju tidur yang terdedah, tidaklah terlalu panas. Penghawa dingin dibilik Nuh juga tidak dapat membantu.... tapi apabila didakap Nuh, boleh pula dia terlena.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience