BAB 2

Mystery & Detective Completed 36681

Benjy yang terdengar teriakan itu segera berlari berkaki ayam menuju ke arah belakang rumah. Jantungnya laju, kencang berdegup! ‘Oh Tuhan apa dah jadi dengan anak-anak aku ni, janganlah ada yang buruk terjadi tolonglah,’ Benjy tahu dua orang anaknya itu sering bergaduh tapi pergaduhan kali ini lain dari biasa.

‘Abil! Bella,’ teriak Benjy seraya menolak pintu hadapan stor. Dia terus menuju ke bilik belakang.

Langkahnya mati dan tergamam menyaksikan apa yang terjadi di depan matanya…

‘Oh my God!’

Dilihatnya Bella duduk kaku dengan mata terpejam dan bermandikan peluh, lantai kayu tempat Bella duduk pula basah. Di sudut tepi dia melihat Abil berdiri menggeletar dengan kayu hoki masih tergenggam kemas di tangannya, tapi Abil tidak bersendirian kerana ada seorang gadis bergaun pendek putih memeluk Abil dari belakang.

‘Shhh.. calm dear, take it easy, semuanya akan okay,’ pujuk gadis yang tidak dikenali itu, sambal mengusap dahi Abil cuba menenangkannya.

‘Si… Siapa awak? Tanya Benjy pada gadis itu. Suara Benjy itu memecahkan suasanan hening dan tegang dan buat Bella yang menangis terus berlari memeluk Benjy.

Gadis itu memalingkan wajahnya dan melemparkan senyuman pada Benjy. Dilepasnya Abil dari pelukan dan diambilnya kayu hoki dari tangan Abil dan diletakkannya di atas meja. Lalu dia pergi semula mendapatkan Abil dan memimpin Abil berjalan ke arah Benjy. Abil tunduk dan terus berdiri di sebelah Benjy.

‘Nama saya Leah Santos, maaf jika saya mengganggu, saya kebetulan lalu di kawasan perumahan ini, berhenti duduk kejap depan pokok besar di depan rumah awak sambil perhatikan dua princess comel ini bermain sampailah mereka buat aksi Shaolin Soccer tadi,’ Lea mengenyitkan mata sambal membelai rambut Abil.

‘Maaf, saya tiada niat nak menyibuk, tapi bila saya tengok keadaan macam dah lain macam, saya tak dapat tahan diri dari terus meluru masuk kawasan rumah awak. Saya risau kalau-kalau ada yang tak elok jadi tadi, ‘Leah cuba menjelaskan situasi sebenarnya kepada Benjy.

‘Eh, no big deal, in fact I, no we owe you Leah, saya tak boleh bayangkan apa jadi tadi kalau awak tiada. Benjy menarik nafas lega, siapapun gadis di depannya sekarang ini, dia betul-betul terhutang nyawa dengannya. Boleh jadi dia hilang salah seorang anak hari ini.

‘Encik jangan risau, tiada apa yang jadi tadi, biasalah adik beradik kalau bergaduh macam-macam boleh jadi apalagi budak-budak. Abil kakak yang baik mustahil dia nak buat benda yang tak elok kan Abil, tanya Leah dan Abil angguk tanda setuju.

Leah mengutip sisa mainan lego Abil di lantai lalu duduk di sebelah Bella. Dilapnya peluh yang membasahi dahi Bella dengan sapu tangannya, dikemas ikatan rambut perang ikal mayang Bella lalu berkata, ‘Bella,ambil barang yang bukan hak milik kita adalah perbuatan yang salah, kalau kita ambil barang atau hak orang, Bella mungkin happy tapi kakak Abil atau siapa-siapa saja takkan sayang Bella lagi. Bella sayang kakak kan?’

Bella angguk menjawab soalah Leah.

‘Budak jahat saja yang suka ambil barang orang lain, Bella bukan orang jahat, Bella princess dan princess mestilah baik hati dan tak ambil barang mainan kakak. Bella princess atau orang jahat? Tanya Leah.

‘Bella nak jadi princess dan Bella sayang kakak.’

‘Good girl, ok now pergi salam, peluk cium kakak dan minta maaf pada kakak, janji dengan kakak Abil yang Bella takkan buat lagi, boleh?’

Bella mendapatkan Abil, dipegangnya tangan Abil cuba untuk bersalam namun ditepis lembut oleh Abil, Leah berdehem dan melihat Abil, menggelengkan kepala meminta Abil untuk jangan memanjangkan pergaduhan dan berdamai dengan Bella.

Dua beradik itu mula bersalam, Bella mencium kedua belah pipi Abil lalu mereka saling berpelukan, sempat Bella bisikkan di telinga Abil, ‘nanti Bella minta mommy dan daddy belikan Andrea yang baru untuk kakak okay?’ Dua beradik ketawa terbahak-bahak.

‘Okay Bella, jom kita kemas mainan di luar sebelum mommy balik, jom daddy and you too kakak Leah,’ ajak Abil. Abil dan Bella keluar dari bilik stor itu berpegangan tangan, dipeluk adiknya berkali-kali, dia juga tidak tahu apa yang telah terjadi dengaannya tadi.

Benjy masih berdiri tergamam melihat apa yang baru saja berlaku sebentar tadi. Dia masih tak percaya gadis di hadapannya itu mampu menyelesaikan konflik epik dua anak perempuannya dengan mudah. Dia memang perlukan orang seperti Leah.

Benjy tidak habis-habis memuji dan berterima kasih kepada Leah, dia lalu mengajak Leah masuk ke rumah untuk minum petang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience