Kantoi

Humor Series 496

Rifqi atau nama penuhnya Muhammad Rifqi hanya terbaring di atas katil kawannya sambil termenung kosong. Entah apa yang difikirkannya tiada siapa yang tahu. Amir Farhan pula tenggelam ke dalam dunia manga dan anime. Kedua-dua sahabatnya yang lain pula sibuk dengan mengulangkaji pelajaran. Atau lebih tepat lagi, Amirul Fa’izin lebih mesra dipanggil Faiz sedang mengajar sahabat baiknya yang lagi satu, iaitu Raid subjek Sejarah.

“Astaghfirullah!!! Woi, yang kau ni bengap tahap gaban tu apasal? Add math boleh pulak kau skor. Tapi Sejarah hampeh. Kau tahu tak kalau kau gagal Sejarah dalam SPM nanti kau takkan dapat sijil. Kan aku dah cakap dari dulu lagi, Sejarah ni kalau nak skor kena baca, faham dan hafal. Ini tak. Manga tu boleh pulak kau baca sampai berjilid-jilidkan?” Tengking Faiz dengan bengang. 

Yelah, siapa tak bengang kalau kawan sendiri yang bijak dalam subjek Matematik tapi gagal dalam subjek Sejarah lebih gemar membaca komik dari buku ilmiah? 

Raid atau Red hanya tertunduk. Rifqi memandang sekilas ke arah Raid. ‘Dia ni tidur ke apa?’ Fikirnya. Dia bingkas bangun dari pembaringannya dan melihat Raid dengan lebih dekat. ‘Heh, tidur rupanya.’ Amir pula masih lagi dengan dunianya. ‘Ni lagi sorang, tidur ke baca buku?’ Amir yang berada di hujung katil dipandangnya.

“Faiz, buang masa je kau bagi ceramah kat dia. Dia dah terlelap dah tu.” Rifqi ketawa kecil.

Ekspresi muka Faiz mula merona merah menahan marah. Rifqi pula hanya tersenyum sumbing. sendiri Senyumannya terhenti setakat disitu apabila Faiz bangun dan menuju ke pintu bilik.

“Kau nak kemana tu? Kau kata nak ajar Red. Takkan dah nak balik kot?” 

“Siapa kata aku nak balik. Lagi pun dia yang nak aku ajar bukan aku yang nak ajr. Aku nak pegi kedai jap. Nak beli pil ‘Chi-Kit Teck Aun’ kejap.” Kata Faiz dengan riak wajah yang sukar ditafsirkan tertampal di mukanya.

“Huh? Kau nak buat apa? Kau cirit-birit ke?” Rifqi mula bingung. ‘Apa hal dengan Faiz ni?’ 

“Bukan.”

“Habis tu?”

“Adalah…” Jawab Faiz sambil berlalu pergi. ‘Hmm, peliklah kau ni Faiz’ Fikir Rifqi. ‘Yang seorang ni pulak memanjang tidur dari sekolah tadi sampai sekarang.’ 

Raid yang hanya tertunduk rebah ke lantai biliknya serupa mayat. 

‘Huk aloh. Dia ni tidur mati ke?’

10 minit kemudian…

Daun pintu rumah Raid ditutup rapat. Kelihatan Faiz dengan wajahnya yang masih lagi menunjukkan wajah yang sama sebelum dia keluar tadi. Namun, Rifqi boleh mengesan sedikit rasa kepuasan di riak wajah muka Faiz. Amir yang sibuk membaca komik mengangkat pandangannya ke arah Faiz.

Kaki Faiz laju melangkah ke arah Raid yang sedang tidur lena di lantai biliknya. Pil Chi-kit Teck Aun di keluarkan dari kocek seluar. Kali ini wajah Faizz tersenyum jahat.

“Kau nak buat apa dengan pil-” belum sempat soalannya dihabiskan, Faiz mula mengeluarkan pil-pil itu dan menyumbatkan sebutir pil kedalam lubang hidung Raid. 

Belum sempat Faiz melakukan perbuatannya, Rifqi dan Amir terus menarik bahu Faiz sekuat-kuatnya.

“Kau gila ke? Kau nak bunuh dia ke?” 

“Taklah…”

“Habis tu apa yang kau nak buat tu?”

“Aku nak bagi dia suffer.” Rifqi hanya menggelengkan kepalanya. Ada ke patut buat kawan sendiri macam ni? Rifqi mula menenangkan Faiz.

“Kan dia memang macam tu. Sabarlah sikit.” Kata Amir sambil menepuk belakang Faiz berkali-kali. Faiz mendengus kasar.

Raid masih lagi terlentang bagaikan mayat diatas lantai. Tidur mati agaknya. Fikir kedua-dua remaja itu.

Selepas itu, Faiz mengemaskan buku-bukunya yang berselerak di atas meja dan meletakkannya ke dalam beg. Pandangan tajam dihala ke arah Raid yang sedang tidur.

“Dia buat apa sampai ngantuk macam ni?” soal Faiz kepada Rifqi. Rifqi yang sedang berbaring di atas katil sambil membaca komik mengangkat bahu.

“Entah.”

Keadaan menjadi sunyi sepi. Faiz termenung ke arah poster anime yang tertampal di dinding. Manakala kala Rifqi pula menyibukkan dirinya dengan membaca komik. Dengkuran halus Raid sahaja yang kedengaran.

“Hah!” jeritan Rifqi memecahkan suasana hening di bilik itu. Faiz menoleh ke arah Rifqi, keningnya terangkat sebelah..

“Apasal?” Soalnya sepatah.

Senyuman mengusik mula terukir di wajah Rifqi yang cerah itu. Yelah, nama pun ada darah bugis.

“Kau percaya tak dengan doppelganger?”

“Tak.”  

“Lagi satu aku nak tanya ni. Kau ada tak pergi mana-mana lepas sekolah hari Isnin lepas?” Rifqi mula meniarap dia atas katil sambil tangannya menongkat dagu dan kakinya digoyang-goyangkan macam budak kecik. Amir pula hanya tersenyum sumbing dan mengikut plan Rifqi yang mula menyoal siasat Faiz.

“Tak ada. Kenapa?”

“Kau sure ke kau tak pergi mana-mana hari Isnin tu? Pergi taman permainan ke, kedai ke?” soalnya inginkan kepastian.

“Yelah. Kan hari Isnin lepas sekolah aku ada mesyuarat pengawas.” Jawab Faiz dengan nada yang tinggi. Geram.

“Kau sure?”

“Ye.”

“Are you sure?”

“Yes.”

“Are you really, really sure?”

“Yelah! Apa yang kau nak sebenarnya ni?” Tengking Faiz. Kesabarannya menipis. 

Boleh dikatakan tengkingan Faiz memang kuat dan macam guruh. Mungkin ramai yang gerun apabila mendengar tengkingan Faiz. Namun bukan Amir, Raid dan Rifqi.

“Takdelah. Lepas sekolah masa hari Isnin tu aku cari kau. Tak jumpa. Bila aku jumpa tanya pengawas lain, mereka kata mana ada mesyuarat hari tu. Tu yang aku pelik tu.” Rifqi mengerling sekilas ke arah Faiz.

Bila tiada apa-apa respons dari Faiz, Rifqi menyambung, “ Lepas tu aku terus balik rumah. On the way nak ke rumah aku, aku nampaklah ada seorang mamat ni kat taman permainan. Muka mamat ni kan, sejibik macam kau. Amir pun nampak sekali,”

Amir menangguk. Faiz hanya membisu.

“Aku ingatkan kau punya doppelganger tu seorang je. Tapi bila aku dekat sikit, aku nampak dia dengan seorang awek ni. Cun siot.” Rifqi menyambung,

“Then, kau punya doppelganger tu siap bagi hadiah lagi kat awek tu.”

“Nama pun doppelganger. Biarlah dia nak buat apa pun dengan perempuan tu. Bukannya ada kena mengena dengan aku.” Faiz mencelah. 

“Tulahkan. Memang tak ada kena mengena dengan kau. Sebab doppelganger kau tu pakai uniform pengawas sekolah kita dan dekat name tag dia siap tulis lagi, ‘AMIRUL FA’IZIN’. Aku tak tahulah kalau aku sebenarnya dah salah orang.”

“. . . . . . . . . . . .”

“. . . . . . . . . ” 

Faiz tertunduk. Telinga merah. Muka merah padam. Rifqi tersenyum kemenangan. Amir tersengih sakan. Ketawa Raid kedengaran.

“BOOM! HEAD SHOT!” jerit Raid sambil ketawa terbahak-bahak.

“Bila kau bangun Red?” soal Rifqi.

“Sejak dekat, ‘kau percaya tak dekat doppelganger’ tu.” Balas Raid dengan ketawa. Ketawa Raid turut disertai Rifqi.

Raid memegang perutnya dan membongkokkan badannya sambil ketawa macam orang gila. Rifqi yang berada di atas katil pula berguling-guling  sambil memegang perut.

Tambah-tambah lagi dengan reaksi Faiz yang masih lagi tunjuk cool, sedangkan terang-terang  dia sudah terkantoi dengan sahabatnya. 

“Ni aku ada sikit advice. Lain kali kalau nak dating tu janganlah pakai baju sekolah. Kan dah kantoi.” Jelas Rifqi dengan ketawa. Raid hanya mengangguk laju tanda setuju dengan apa yang dikatakan Rifqi. Mereka berdua masih lagi ketawa berdekah-dekah sampai terbatuk-terbatuk.

Faiz mula berdiri dengan kamus dewan di tangannya. Ketawa Rifqi dan Raid terhenti. ‘Shoot!’ Fikir Amir, Rifqi dan Raid serentak.

“LARI!!!” 

  

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience