Bab 47

Romance Completed 53837

Sis..sis memang tak tahu ke yg Si Azhar tu dah kahwin dengan Mira? Tanya Huzair lalu menghirup air milo di dalam cawannya. Saja Huzair mahu bertanya kakak iparnya ini jika dia sudah lama tahu kerana dia berkawan rapat dengan Munirah.

What??!!! Eh kau ni Uzair..biar betul?? Kau tahu mana ni?? Kau jangan nak olah cerita ehh..bersuara Farah terkejutnya selepas mendengar semua ini keluar dari mulut Huzair. Di letakkan dulu pen di tangannya ke tepi. Silap nanti habis semua kertas kerja untuk Majlis Kesyukuran di rumah walid dicontengnya. Farah memandang tajam ke arah Huzair. Mahukan satu kepastian daripadanya.

Ermm..So Sis pun tak tahulah ye? Entah-entah Munirah sendiri pun tidak tahu yg suaminya itu sudah pasang isteri kedua dalam diam. Haishh..apa jenis lelaki lah dia tu. Nama saja cikgu. Perangai sedikit pun tak nampak macam cikgu. Berleter Huzair geramnya bila bercakap tentang hal ini. Tidak tahu kenapa dirinya terus memikirkan tentang Munirah. Apa yg Munirah akan rasa jika dapat tahu suaminya sendiri bersikap curang di belakangnya. Huzair kasihankan diri Munirah. Cukuplah selama ini dia bertarung dengan jiwanya sendiri. Mahu keluar dari jiwa yg terluka dan tersiksa. Tetapi sekarang, Azhar sendiri yg buat perasaan Munirah terluka. Huzair mengusap kasar wajahnya. Rasa amarah dan bahang ini tidak boleh hilang dengan mudahnya. Selagi Munirah tidak dapat tahu semua ini selagi itulah hati Huzair mula risau akan dirinya.

Debukk!! Ehh kau ni kan nak tunding jari sampai ke kerjanya apa hal? Boleh tak beritahu akak perkara sebenar? Tak pahamlah aku kau cakap berdalih macam ini. Cuba beritahu dari A to Z. Kata Farah setelah melepaskan satu pukulan kecil di kepala Huzair. Bengong sekejap rasa mahu menangkap setiap baris ayat yg keluar dari mulut Huzair tadi. Pada masa yg sama rasa kasihan akan Munirah mula menjalar di benak hatinya. Patutlah dua tiga hari ini Farah nampak Munirah tidak bermaya saja. Mesti dirinya terlalu fikirkan tentang Azhar sampaikan rehatnya pun tidak cukup.

Huzair mendengus kecil. Mengaru kepalanya yg mula terasa gatal. Farah selalu saja memukulnya. Bukan nak bertanya elok-elok. Mereka berdua terus berbual tentang hal ini. Farah mengucap panjang apa yg telah didengarnya itu. Sedikit pun dia tidak menyangka Azhar sanggup buat semua ini tanpa pengetahuan Munirah sendiri. Walaupun mereka tiada kena mengena dengan Munirah tetapi perasaan sayang kepadanya sudah ada. Farah sudah menganggap Munirah seperti adik sendiri. Apalah yg akan Munirah rasa bila semua ini akan terbongkar tidak lama lagi. Tidak kiralah sejauh mana mereka menyimpan rahsia ini tetapi lambat laung semuanya akan terlerai juga.

.............................................................................

Abang..nanti pukul 2.00 p.m kita ke rumah Haji Darus ye? Pinta Puan Ruziah sambil menuangkan air kopi ke cawan En Shukri. Haji Darus sendiri datang ke sini dan menjemput mereka sebagai tetamu terhormatnya. Walid mahu mengeratkan hubungan silaturahim antara keluarganya dan juga keluarga Munirah. Biarlah perkara yg lepas sudah berlalu. Kita sebagai ibu bapa hanya mahu menyaksikan kebahagian anak-anak terus terjamin. Mereka sudah pun berbisan antara satu sama lain. En Shukri pun sudah banyak membantu walid dari segi penderma kepada Pusat Rawatannya. Tiada apa yg lebih bernilai harganya daripada terus mengukuhkan hubungan keluargaan ini.

Ermm..Munirah ada sekali di sana? Jawab En Shukri pendeknya lalu mengajukan soalan itu kepada Puan Ruziah semula. Semalam Munirah ada menghubunginya untuk bertanya tentang jalan ke Port Klang. Kebetulan keluarga abahnya berasal dari sana. Jadi untuk memudahkan kerjanya Munirah menghubungi En Shukri tanpa segan pilu. Perkara berkenaan dengan kerja lebih mustahak jika dengan dibandingkan dengan perasaan malu itu. En Shukri cuma risaukan tentang anak perempuannya itu. Sudahlah memandu jauh. Berseorangan pula itu ke sana. Azhar macam tidak berguna saja sebagai suaminya. En Shukri belum dapat terima Azhar lebih dalam lagi. Sukar untuknya meletakkan satu kepercayaan terhadap Azhar. Selagi Munirah tidak rasa satu kebahagian selagi itulah En Shukri tidak dapat maafkan siapa yg akan hancurkan hati Munirah.

Sudah..Irah beritahu dia sudah sampai semalam ke sana. Hmm, risau betul abang bila dapat tahu Irah ke Port Klang sorang-sorang. Abang bukan tak kenal dengan perangai Irahkan...Hmm dia dah banyak berdikari. Siapa sangkakan kita akan melihat jalan hidup Munirah seperti ini. Jujur saya kata abang..sejuk perut saya kandungkannya selama ini. Munirah anak yg baik. panjang akal. Saya pasti dia boleh kejar kebahgaiannya sendiri. Abang..abang masih marahkan Munirah? Dialah satu-satunya anak perempuan yg kita ada abang. 6 tahun penantian untuk cahaya mata kita. Kalau Munirah sudah tiada tempat lagi nak bergantung..Boleh saya ambil dia semula? Baik dan buruk Munirah dia tetap darah daging saya. Anak kita berdua tak begitukan abang? Luah Puan Ruziah sayunya kepada En Shukri. Sudah lama dia ingin memujuk hati kecil suaminya ini.

Puan Ruziah terlalu sayangkan Munirah. Dia sanggup buat apa saja asalkan Munirah dapat bahagia dan mengejar impiannya semula. Itulah impian seorang ibu untuk anaknya. Mereka sanggup berkorban apa saja demi keselesaannya anak-anak mereka. En Shukri memandang ke arah lain. Dia menghirup perlahan air kopi di cawannya itu. Ayah mana yg sanggup melepaskan anaknya pergi. Putri sulung dan tunggulnya ini perlu diberi pengajaran tentang kehidupan yg sebenar. En Shukri hanya mahu Munirah hidup berdikari sendiri. Mengejar apa yg dia impikan selama ini. Dengan semua inilah Munirah kuat dan dapat tempuhi hari yg akan datang. En Shukri tidak mahu Munirah suka bergantung hidup dekat orang lain. Susah atau senang Munirah kena berdiri di atas kakinya sendiri. Dia akan menerima Munirah semula jika Munirah rasa sudah mengalah dan tersiksa. En Shukri tidak pernah bencikan Munirah malah ia terlalu sayang untuk melepaskan Munirah pergi.

.............................................................................

Huarghh!! Mengantuknya aku..Sudahlah dapat tidur semalam 2 jam saja. Pinggang ni asyik rasa lenguh-lenguh je. Letihnya..kalaulah tak ada Majlis harini..mesti aku dah dibuai mimpi tinggi jauh ke langit awan biru....Cakap Munirah meleretnya apabila melihat Azhar sudah lama tercegak di depan pintu tandas dan hanya berkain tuala saja. Sejak bila dia berdiri di situ Munirah malas nak ambil tahu. Tangan Munirah masih lagi sibuk mengosok baju melayu berwarna pitch untuk Azhar. Sekali sekala dia menguap kasar kerana masih rasa letih yg teramat sangat. Azhar tersenyum sendiri di situ. Segera dia berjalan mendekati Munirah.

Pergilah tido dulu..baru pukul 7.30 a.m. Majlis bermula pukul 10.00 a.m. nanti. Sayang letih sangat ni..Kasihan abang tengok mata tu tak cukup tido. Bersuara Azhar lalu mengambil seterika itu dari tangan Munirah. Azhar membelai anak rambut yg melepasi muka Munirah. Semakin panjang rambutnya hari demi hari. Sebelum ini rambut Munirah sememangnya ikal mayang. Azhar terpaksa memotongnya kerana Munirah pernah menarik rambutnya semasa ia sakit dahulu. Azhar mengusap lembut belakang Munirah. Setiap sentuhan itu ia dapat rasa tulang belakang Munirah. Semakin hari kurus saja tubuh isterinya ini. Mungkin Munirah selalu sibuk bekerja sampaikan lupa waktu makan. Rasa bersalah Azhar tidak mengambil berat tentang Munirah. Azhar terus menarik Munirah dalam dakapannya. Sudah lama ia tidak berbuat begini kepada Munirah. Rasa tenang saja memeluk Munirah. Kehadiran rasa tenang ini hanya akan hadir bila ia bersama Munirah. Agak lama juga mereka mendiamkan diri dan menikmati suasana ini.

Abang...panggil Munirah perlahannya. Rasa lemas saja berada dalam dakapan Azhar yg tidak berbaju ini. Bau harum badannya selepas mandi dapat merangkap di rongga hidung Munirah. Berkerut dahi Munirah apabila dapat menangkap bau sesuatu yg pelik.

Yee sayang..napa?? Tanya Azhar manjanya masih tidak mahu melepaskan pelukan ini.

Ada bau sesuatu tak?? Tanya Munirah semula apabila bau itu sudah semakin kuat. Dia cuba melepaskan diri dari pelukan Azhar tetapi tidak dapat.

Ha'ahlah..bau apa ehh? Tanya Azhar soalan berbalas soalan semula. Pada waktu itulah..

"Ya Allah!! Baju!!"

Jerit mereka berdua serentak lalu tergopohnya mereka berdua mengalihkan seterika dari baju melayu Azhar. Mereka berdua terus mendiam diri beberapa saat. Sama-sama memandang wajah masing-masing.

Sayang...apa kita nak buat ni? Bersuara Azhar sambil mengangkat baju itu dan menunjukkan ke arah Munirah. Terlihat ada tompok lubang besar di tengah baju melayu itu. Sudahlah ini tempahan khas tema warna baju untuk Majlis itu nanti. Azhar menelan payah air liurnya. Tidak tahu nak buat apa lagi. Munirah menekup mulutnya selepas melihat semua ini. Entah kenapa dia rasa mahu ketawa sahaja. Biar padan muka Azhar, siapa suruh miang sangat tadi nak bersweet bagai kan sudah dibayar cash. Pada masa yg sama dia juga rasa kasihan saja melihat wajah sedih Azhar melihat baju itu betulang kali. Mengeluh Munirah terus pergi berjalan ke arah almari. Mencari baju melayu ganti yg warna seakan sama dengan baju itu. Dalam beberapa minit mencari akhirnya tidak jumpa juga. Nak tak nak Azhar kena memakai baju warna lain.

Ok..macam inilah..abang rasa nak pakai baju melayu warna putih inilah..Ini adalah hadiah pemberian arwah atuk abang semasa ia mengerjakan haji. Apa kata sayang pakai warna putih juga nanti. Barulah sedondon. Tidaklah pelik orang pandang abang nanti. Nak tak? Cadang Azhar lalu membawa keluar baju melayu itu. Sudah lama ia tidak menyentuh baju ini. Pada mulanya Azhar mahu memakainya di hari perkahwinannya dan juga Munirah tetapi tidak kesampaian. Jadi sekarang apa salah ia mencubanya. Azhar terus memandang ke arah Munirah. Meminta pendapatnya juga. Dahi Munirah berkerut sedikit. Apa yg Azhar merepetkan ini. Mana mungkin dia akan sedondon dengan Azhar. Apa pula orang akan kata nanti.

Well, sorrylah saya tak bawa baju kurung warna putih. Awak pakailah sorang warna itu ok? Sesuai apa..Dah macam nak pergi naik pelamin lagi sekali. Perli Munirah sedikit tetapi bibirnya masih tersenyum manis lagi. Dia tidak tahulah sama ada Azhar faham atau tidak maksudnya itu. Azhar berfikir sejenak. Lalu tangannya kembali mencari sesuatu di dalam almari. Mengeluh Munirah geram saja Azhar selalu berlakon bodoh seperti ini. Seolah-olah tiada apa yg patut ia terasa hati.

Okey...Dah jumpa. Sayang..duduk sini. Panggil Azhar sambil menarik tangan Munirah duduk di birai katil bersamanya. Azhar membawa sebuah kotak lalu dibuka kemas lilitan reben pada kotak itu. Munirah hanya memrhatikan saja gelagatnya itu. Entah barang apa pula Azhar mahu menunjukkan kepadanya kali ini.

Taaraa..Okey..ini adalah hadiah pemberian arwah atuk kepada abang juga. Tak silap abang dia beri time abang baru habis belajar di IPTA. Berumur dalam 25 macam itulah. Hadiah ini special tau. Jubah untuk bakal isteri abang. Abang hampir terlupa nak beri Irah hadiah ini. Nasib ingat sekarang. Saiz M jubah ini. Ngam betul dengan badan sayang even saiz baju sayang S kan..tak pon XS. Tapi abang tahu Irah tak suka pakai baju ketat-ketat. Sayang...pakai jubah ini please...Untuk abang..Untuk arwah atuk. Kalau atuk masih hidup mesti atuk gembira tengok cucu menantu pilihan abang pakai hadiah pemberiannya ini. Pakai yee..Pujuk Azhar lembutnya sambil memberikan jubah putih suci itu kepada Munirah. Tergamam Munirah apabila Azhar sanggup memberikan semua ini kepadanya. Munirah menatap lama jubah cantik itu. Seperti dirinya tidak sesuai saja dengan jubah ini. Warna putih suci ini tidak layak untuk orang sepertinya. Bibir Munirah terus mengukirkan senyuman kepada Azhar.

Erm..Nanti saya fikirkan dulu mahu pakai atau tidak..Huaa..ngantuknya..saya nak lelapkan mata sekejap yee. Kata Munirah lalu memberikan semula jubah itu kepada Azhar. Segera dia merangkak ke tengah katil. Tangannya menepuk lembut bantal lalu Munirah meletakkan kepalanya di atas bantal. Dibiarkan saja Azhar yg masih memerhatikan gelagatnya itu. Yang penting dia dapat berehat sebelum bermulanya majlis itu nanti. Perkara leceh seperti ini tidak penting pun bagi Munirah. Sebelum ini memang dirinya akan cepat tersentuh tetapi sekarang rasa semakin sakit hati saja. Selagi Azhar tidak jujur dengannya selagi itulah sifat dinginnya dengan Azhar akan berterusan sampai bila-bila.

Azhar tersenyum sendiri. Faham Munirah masih terasa hati dengannya lagi. Azhar membiarkan saja Munirah berehat dahulu. Segera dia mencapai baju melayu dan jubah berwarna putih ini untuk di gosoknya. Baju kurung berwarna pitch milik Munirah di gosok juga. Azhar tidak kisah Munirah mahu memilih baju yg berwarna apa. Asalkan dia selesa dengan semua ini. Tidak sabar Azhar mahu menunggu Munirah bersiap nanti. Dia masih berharap sangat Munirah akan memakai jubah itu. Tidak ada yg lebih bahagia jika melihat isteri yg tersayang ini memakai sedondon denganya. Mungkin semua orang di majlis nanti akan tertarik dengan mereka berdua. Azhar hanya akan perkenalkan Munirah sebagai isterinya dan bukannya Mira. Perempuan itu adalah isteri di belakang takbir sahaja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience