BAB 6

Humor Series 28124

Zulaika melabuhkan punggungnya disalah sebuah kerusi rehat setelah agak lama berjalan. Kakinya mula terasa lenguh. Dia melihat gelagat orang yang lalu lalang dihadapan. Itulah salah satu hobinya suka melihat gelagat manusia. Bermacam-macam ragam dan gaya. Kadang-kadang dia tersenyum seorang diri.

Deringan telefon bimbitnya mengejutkan Zulaika yang sedang asyik mengelamun. Dia melihat nama yang terpapar pada skrin. Ikhwan!. Dia hanya membiarkan saja deringan itu tanpa berjawab. Zulaika malas mahu melayan. Sejak dia tahu Ikhwan anak ‘Tan Sri’ dia sedaya upaya cuba tidak terlalu rapat dengan lelaki itu. Memori lamanya terlayar kembali diruang ingatan.

Perkenalannya dengan Ikhwan secara tidak sengaja berlaku setahun yang lalu apabila Ikhwan nyaris-nyaris melanggarnya ketika dia sedang melintas jalan. Dia saja yang bersungguh-sungguh memarahi Ikhwan kerana tidak berhati-hati sedangkan lelaki itu tidak pula membalas apa-apa. Dia jadi hairan dan terus berlalu pergi. Kemudian sekali lagi dia bertemu dengan Ikhwan di ‘Pizza Hut’ dia yang pada ketika itu baru saja hendak melangkah masuk tiba-tiba terperanjat apabila ada seseorang yang tergesa-gesa keluar melalui pintu tersebut dan terus melanggarnya. Mujurlah pada ketika itu Ikhwan memohon maaf. Kalau tak memang dah kena hambur mamat tu.

” Hai Saya Ikhwan….” Ujar Ikhwan memperkenalkan diri buat pertama kalinya. Zulaika jadi pelik melihat tingkah selamba Ikhwan datang padanya dan memperkenalkan diri. Tadi nampak macam kelam kabut nak pergi. Dia terasa lucu dan hampir-hampir ketawa saat itu. Tapi cuba ditahannya. Dia hanya mengangguk.

” Jumpa lagi. Saya pergi dulu.” Ujar Ikhwan terus pergi meninggalkannya apabila mendapat satu panggilan.

Zulaika tersenyum sendiri mengingati detik perkenalannya dengan Ikhwan. Sejak itulah dia dan Ikhwan menjadi rapat. Padanya Ikhwan seorang teman yang sangat baik. Ikhwan akan muncul disaat dia menghadapi kesusahan dan kesulitan. Adakalanya dia terhibur dengan telatah Ikhwan yang agak nakal dan kebudak-budakan. Tapi sikap yang tidak disukainya apabila Ikhwan seringkali mengugutnya dan memaksanya.

Lagu nyanyian ‘Adam lambert’ sekali lagi kedengaran pada telefon bimbitnya. Zulaika mengeluh perlahan. Sudah beberapa kali tertera nama yang sama pada skrin telefon bimbitnya itu. Dan tiba-tiba satu mesej masuk ke inboxnya. Lantas Zulaika membuka mesej itu.

Nape x agkt Fon?

Hari ini dia mahu bersendiri. Kalaulah dia memberitahu Ikhwan dimana kedudukannya pasti Ikhwan akan muncul nanti. Lebih baik dia tidak membalasnya. Zulaika kembali menyimpan telefon bimbitnya di dalam beg sandang yang dibawanya. Telefon bimbitnya kedengaran lagi menyanyi. ‘ Ah..biarlah’.

Ikhwan bengang apabila panggilannya tidak dijawab oleh Zulaika. Mesej juga tidak dibalas. Dia tidak tahu apa kesalahannya pada gadis itu sehingga Zulaika tidak melayan panggilannya. Seingatnya kali terakhir dia bertemu Zulaika ketika majlis ulang tahun syarikatnya itu yang sudah seminggu lebih berlalu dan selepas itu langsung dia tidak bertemu Zulaika. Ada saja alasan Zulaika apabila dia menelefonnya untuk mengajak berjumpa.

Tapi kenapa dia tetap mengejar Zulaika?. Zulaika bukanlah sesiapa padanya. Mereka hanya kawan. Hatinya menyangkal lagi. Tapi dia suka Zulaika. Ah… Dia tidak boleh menipu dirinya lagi. Dia sebenarnya sudah jatuh cinta pada gadis itu. Hatinya telah dicuri oleh gadis itu.

Walaupun gaya Zulaika agak kasar dan bersikap kelelakian tapi pada pandangannya Zulaika tetap seorang gadis yang lembut. Dia masih ingat lagi ketika dia hampir-hampir melanggar Zulaika ketika gadis itu melintas jalan. Habis-habisan Zulaika memarahi dirinya sedangkan dia yang pada ketika itu menyangka orang yang di langgarnya seorang lelaki rupa-rupanya adalah seorang gadis ‘tomboy’. Entah kenapa dia rasakan kemarahan gadis itu agak comel dimatanya. Sebab itulah dia tidak bersuara dan hanya mendengar bebelan Zulaika pada waktu itu.

Pada pertemuan kali kedua apabila dia tergesa-gesa menolak pintu kedai ‘Pizza Hut’ tidak sedar dia telah melanggar seseorang. Yang paling tidak disangka itu adalah gadis ‘tomboy’ yang sama. Secara spontan terus saja dia memperkenalkan dirinya. Entah kenapa dia berbuat demikian dia sendiri tidak pasti. Sememangnya dia sudah tertarik dengan gaya ‘tomboy’ yang ditunjukkan gadis itu.

Satu lagi yang menarik perhatiannya adalah kecantikan Zulaika yang terserlah pada malam ulangtahun syarikatnya. Rupa-rupanya selama ini dia tidak tahu langsung yang gadis itu menyimpan rambut panjang separas bahu. Patutlah topi sentiasa melekat dikepalanya. Pernah sekali dia menegur Zulaika tetapi tidak diendahkan gadis itu. Zulaika menyembunyikan sesuatu yang berharga yang ada pada dirinya. Zulaika kelihatan begitu cantik dimatanya pada malam itu dan dia benar-benar terpegun. Dan buat kali pertamanya dia dapat melihat Zulaika sebagai seorang gadis yang sempurna pada malam bersejarah itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience