BAB 12

Romance Completed 3993

Beberapa hari kemudian.

“Ting!!” loceng dipintu kedai berbunyi tanda ada pelanggan memasuki kedai kek mereka. Afiqah yang berada di kaunter masa tu sedang tunduk untuk mengambil pen yang jatuh. Sebaik saja terdengar bunyi loceng tu cepat-cepat dia berdiri dan menyapa pelanggannya.

“Selamat datang. Boleh saya bantu?” Afiqah tersenyum manis menyambut pelanggannya.

Pelangganya itu seorang lelaki yang sangat bergaya dan kemas. Dia memakai kaca mata hitam, berkemeja putih didalam dan berkot mahal diluar… nampak sangat elegan. Hensem tu mestilahkan.

Afiqah pun terpesona melihat ketampanan lelaki tu, tapi sekejap sahaja. Sebaik saja lelaki itu membuka spek matanya dan disisip didalam poket kemeja, Afiqah terkejut. Lelaki itu melemparkan satu senyuman menggoda ke arah Afiqah.

Dia!

Mulut Afiqah membulat membentuk huruf ‘O’ sambil jari telunjuknya ditunjuk ke arah lelaki tu. Riak mukanya memang nampak terkejut gila.

“Fiqa kenapa nie?” Mira pelik melihat Afiqah yang tiba-tiba jadi patung cendana depan pelanggan mereka. Mata Mira turut memandang wajah pelanggan mereka. Mira pun turut sama terkejut.

“Piejot!”

Piejot cuma melemparkan senyuman machonya kepada kedua-dua gadis yang nampak sangat terkejut dengan kehadirannya atau mungkin terkejut kerana penampilannya. Padahal dalam hatinya terasa nak gelak berdekah-dekah tengok gelagat mereka. Macam nampak hantu saja lagaknya.

Tiba-tiba Piejot meletakkan satu fail hitam berkulit keras di atas kaunter dihadapan Afiqah. Mira hanya memerhati. Riak mereka berdua dah kembali normal.

“Nama saya Faisal Irsyad bin Dato’ Tajudin Ishak.” Piejot mula bersuara memperkenalkan nama sebenarnya yang selama nie dirahsiakan.

Bin what? Dato’ ?!

Afiqah dengan Mira terkejut balik!

Piejot membuka fail tu dan di helaian pertama… “Nie senarai harta yang saya ada. Saya bakal pewaris TJI Holdings Sdn. Bhd. Untuk pengetahuan awak, TJI Holdings merupakan salah satu syarikat perniagaan yang terbesar di Malaysia dan mempunyai rangkaian cawangan di luar negara.”

Afiqah dengan Mira saling berpandangan.

Helaian kedua di buka… “Yang nie pulak senarai ladang dan tanah milik saya. Hampir di setiap negeri saya ada melabur, membeli dan menjual tanah.”

Afiqah dan Mira menelan air liur. Perghh! Kesat gila rasa.

Helaian ketiga di buka “Senarai kereta-kerata yang saya ada. Semua ada 15 buah. Dan semuanya kereta import. Hari nie saya bawak Nissan Skyline GTR saya. Ada saya parkir depan kedai cik berdua.”

Afiqah dengan Mira mata mereka membulat. Hoi! Banyaknya kereta…

Helaian keempat pulak diselak… “Senarai rumah yang saya miliki. Di Malaysia saya ada 3 buah rumah banglo dan 2 buah rumah agam. Di luar negara saya ada 3 kondo yang terletak di US, Russia dan Jepun.”

Piejot menutup fail hitam keramat tu!

“Cik Afiqah…” nama Afiqah diserunya perlahan.

“Sekarang dah cukup kaya tak saya untuk kahwin dengan awak?” soalan maut dilemparkan kepada Afiqah.

Piejot betul-betul mengotakan segala permintaan Afiqah.

“Bila awak dah kaya, baru datang cari saya.” Kata-kata Afiqah hari tu seolah-olah bergema disekeliling mereka. Afiqah dan Piejot saling berpandangan sebelum tiba-tiba…

“Bummmm!” Afiqah jatuh pengsan.

“Fiqa!!” Mira panik.

“Fiqa? Fiqa! Kau ok tak nie?” Pipi Afiqah ditamparnya lembut.

Muka Afiqah mamai… tapi akhirnya dia sedar juga dari pengsan sepenuhnya. Dan ayat pertama yang keluar dari mulut Afiqah selepas sedar dari pengsan adalah…

“Anak tauke balak mana aku jumpa nie Mira? Bapak gila kaya…”

Mira dan Piejot saling berpandangan sebelum Piejot tiba-tiba ketawa besar. Fiqa-Fiqa… manalah saya tak jatuh

sayang dengan awak. Ada ja gelagat awak yang buat saya tersenyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience