Rate

BAB 83 - TAMAT

Romance Completed 454604

Inas dibawa balik ke rumah mereka yang terletak di kampung.. Bukan main teruja mereka semua mengalu-alukan kepulangan Inas.. Masing-masing sama-sama terkejut melihat bayi yang putih gebu persis Raif dibawa masuk kedalam rumah itu..

''ini-ini..'' rohana menunjuk kearah bayi tersebut..

''ini anak manja.. Rifqi nama dia..'' bangga Raif memperkenalkan bayinya kepada Rohana dan yang lain-lain..

''alhamdulillah.. Inas!'' Rohana memeluk Inas. Kepulangan Inas kali ini membawa kegembiraan buat mereka semua.. Masing-masing menayangkan wajah ceria dan tersenyum melebar..

Inas melangkah naik keatas.. Langkahnya terhenti sebaik sampai di atas sana.. Buntu untuk masuk kedalam bilik yang mana satu.. Satu simpang yang perlu dia pilih.. Kiri bilik Raif, dan kanan adalah biliknya..

''manis, kenapa tak masuk bilik?'' tanya Raif yang datang mengendong Rifqi..

''manja.. Nak manis masuk bilik yang mana?'' tanya inas..

''kita masuk bilik ni dulu..'' Raif menarik tangan Inas.. Menuju ke bilik lamanya.. Pintu bilik itu dibukanya meluas...

Inas melangkah masuk kedalam.. Bilik itu kini sudah bertukar rupa sepenuhnya.. Dulunya kelam.. Penuh dengan gambar watak Donald duck.. Bertukar dengan bilik yang putih bersih.. Dihiasi lampu candeliar di tengahnya.. Sebelah kiri terdapat satu almari yang penuh dengan barangan kelengkapan bayi.. Manakala sebelah kanannya terdapat katil bayi yang terhias cantik dan ada kerusi tunggal yang khas untuknya menyusukan Rifqi..

''cantik?'' tanya Raif.. Inas mengangguk..

''tapi kan.. Kenapa Manja beli baju baby girl ni?'' tanya Inas sambil menyelak-nyelak baju yang tergantung di almari pakaian yang terbuka itu..

''salah siapa yang tak bagi tahu yang Rifqi ni boy ke girl.. Jadi manja sediakan semuanya.. Baik lelaki ataupun perempuan..'' jelas Raif.. Mengangkat bayinya tinggi sambil mengacah Rifqi..

''kan sayang papa.. Salah siapa? Mama kan? Mama yang salah kan..'' Rifqi yang tak mengerti apa-apa sekadar gelak melihat kearah Raif..

''tengok! Rifqi pun setuju.. Dengan papa dia..'' kata Raif.

''membazir lah manja ni!.. Sayang lah baju gegirl ni.. Cantik-cantik pula tu..'' rungut inas..

''tak apa kita simpan untuk adik Rifqi pula nanti..'' balas Raif dengan yakinnya..

''hmm yea lah tu.. Kalau lelaki juga.. Mau lapuk baju ni semua..''balas Inas..

''iya ke? Apa tadi? Lapuk?.. Kenalah kita bagi Cepat-cepat adik buat Rifqi.. Ke? Dah ada?'' usik Raif..

''tolonglah..'' inas menolak Raif menjauh..

''manis manalah tahu.. Aritukan.. Manja..'' belum sempat Raif menghabiskan ayatnya.. Inas sudah melangkah keluar dari bilik itu menuju ke biliknya yang satu lagi..

'aduh! Tak malu betul manja ni!' tapi dalam masa yang sama dia memegang perutnya..

'sungguhke? Tak mungkin kan..' dari belakang Raif sedang memanggilnya tanpa putus-putus..

'tak ada bezanya manja yang dulu dengan yang sekarang.. Sama je..' keluh Inas..

Inas bangun di tengah malam untuk menyusukan Rifqi.. Bunyi tangisan Rifqi kedengaran sangat dekat dengannya..

''manja!'' terkejut dia melihat dalam samar-sama cahaya lampu ada Raif terpacak berdiri sedang menenangkan Rifqi..

''manja dah ambil Rifqi.. Tapi dia tak mahu diam juga.. Menangis je dari tadi..'' kata Raif.

''kenapa tak kejutkan manis.. Rifqi nak susu tu..'' Inas menyuakan tangannya meminta Rifqi dari Raif..

''manja ingat manja boleh pujuk dia.. Manja tak nak kejutkan manis.. Manis kan baru sampai mesti letih.. Nak rehat.. Manja dah siapkan susu tapi dia tak nak minum..'' jelas Raif..

''iya.. Ala sayang..'' terus Inas menyelak baju tidurnya.. Bila Rifqi mula menyondol dadanya tak tentu arah..

''hmm.. Itu juga yang dia nak..'' keluh Raif .

''mestilah! Susu manis bukannya ada dijual dimana-mana.. Lagipun manja.. Ni boleh mengeratkan hubungan antara manis dengan Rifqi.. '' Inas meraih pipi Raif yang sedang kecewa kerana tidak berjaya memujuk anaknya tadi..

''ck.. Manja pun nak juga bonding tu.. Manja nak juga rapat dengan Rifqi.. Macam manis rapat dengan dia..'' balas Raif..

'bunyi macam merajuk saja!'

''takkan lah manja.. Manja jeles ke?'' tanya Inas.. Raif segera menganggukkan kepalanya..

''alah manja ni.. Masa kecik je.. Esok dia dah besar, dia akan cari papa dia je.. Kan papa dia nak ajak main bola..'' pujuk Inas.. Dari cahaya yang samar-samar itu kelihatan bibir Raif mula tersenyum melebar...

''okay.. Maaf terpaksa susahkan sayang sementara Rifqi nak membesar..'' tangan Inas diambil oleh Raif.. Diciumnya tangan itu berkali kali.. Mereka berdua sama-sama ketawa.. Bahagia..

Kemudian mereka tidur semula.. Inas sudah bangun semula menyiapkan diri untuk solat.. Dalam diam dia mengira-ngira.. Kerana haidnya masih belum kunjung tiba..

'tak mungkin kan! Sebab aku menyusu Rifqi.. Agaknya sebab itu tak datang-datang bulan lagi kan..' dia kemudiannya tersenyum melihat kearah katil.. Dimana ada kaki Rifqi yang tidur melintang menendang kearah Raif..

''hairan kan.. Tadi rasanya Rifqi ada di bilik bayi.. Tapi alih-alih ada di bilik ni! Ni mesti kerja manja ni.. Culik Rifqi lagi.. Nampaknya bilik tu sekadar wayang sajalah..'' Inas menggeleng sambil ketawa kecil..

''manja''

''manja''

''bangun.. Solat jom..'' bahu Raif digoyang oleh Inas ..

''manis.. Manja mengantuk lah! Boleh tak kita solat lewat sikit hari ni? Hari ni saja.. Pleeeasee...'' rayu Raif menarik selimut menutup wajahnya..

''eh! Kita yang menyusu.. Dia pula yang mengantuk. No! Manja bangun.. Kita solat.. Kalau nak tidur.. Nanti saja manja tidur balik.. Sementara Rifqi tidur tu.. Bangunlah, kita solat sama..'' kata Inas..

''okay.. Baik ..'' Raif berpaling memeluk Rifqi yang masih nyenyak tidur..

''janganlah kacau dia.. Nanti dia bangun..'' lengan Raif.. ditarik oleh Inas.. Mengajak Raif untuk segera bangun..

Selesai solat.. Masing-masing berhasrat hendak sambung tidur semula.. Tetapi Rifqi pula sudah terjaga.. Menghancurkan rancangan kedua orang tuanya..

''alamak! Dah bangun.. Papa baru ingat nak sambung tidur..'' Inas mengeleng.. Mendengar Raif yang sedang merungut kepada anaknya..

''macam tulah kalau ada bayi.. Manja.. Sebab tu.. Kalau dia tidur jangan ganggu.. Masa dia tidurlah nak buat kerja itu ini..'' terang Inas. Raif yang mendengar hanya mengangguk saja...

''manis... Nanti bila selesai semuanya.. Manja ingat nak buat majlis aqiqah untuk Rifqi .. Sekaligus memperkenalkan dia kepada semua orang..'' kata Raif.

''memperkenalkan kepada semua orang?'' tanya Inas..

''hmm..'' Raif mengangguk.

''perlu ke? Dia bukannya kerabat diraja nak kena kenal-kenal pada semua orang ni?'' tanya Inas..

''mestilah! Kalau boleh manja nak beritahu kepada satu dunia yang manja dah anak yang bernama Ungku Muhammad Rifqi.. Biar semua orang tahu..'' jawap Raif .

''kita buat kecil-kecil sudahlah..'' potong inas.. Membantutkan niat Raif yang sedang bersemangat tadi..

''manis!'' Inas terus menggelengkan kepalanya.. Manakala Raif terus mengeluh...

Majlis untuk aqiqah anak Raif tetap juga diadakan di hotel yang diambil alih nya di bandaraya.. Inas tak mampu nak membangkang lagi.. Kerana semuanya sudah diuruskan oleh Raif dan Hamzi..

''manja.. Manis nak ke bilik air sekejap..'' kata Inas sebaik sampai..

''bilik air disana..'' Raif yang sedang mendukung Rifqi menunjuk ke satu arah..

''manja masuk dulu.. Manis pergi sekejap saja..'' kata Inas.. Berjalan dengan pantas kearah bilik air..

''kamu ikut puan..'' Raif mengarahkan salah seorang pengiringnya untuk mengikuti Inas..

Sepanjang hari Naimi merungut untuk datang ke majlis perkahwinan anak saudaranya yang diadakan di kawasan terbuka di sebuah Hotel mewah di bandaraya.. Sebaik sampai dia melihat kearah Arman dan Amalina yang sudah sedia menanti kedatangannya dan suaminya itu..

''Assalamualaikum ibu.. Ayah..''sapa Arman dan Amalina kepada mereka berdua..

''waalaikumsalam..'' jawab Amran bersalaman dengan anak menantunya itu.. Manakala Naimi terpaksa juga menyuakan tangannya bersalaman dengan Arman dan Amalina.

''sudah-sudah tu masam muka... Nak pergi majlis orang ni .. Cuba maniskan sikit muka tu.. Kita ni makin tua.. Cuba tunjuk perangai baik sikit.. Nanti dah tak ada.. Apa lagi yang mereka nak kenang akan kita ni..'' tegur Amran yang tak henti-henti menasihati isterinya itu..

''saya nak ke bilik air dulu..'' Naimi melangkah dengan angkuh.. Malas hendak menghadam nasihat suaminya..

''Amalina pergi temankan ibu ya..'' kata amalina.. Mengikut arah belakang Naimi..

Dua lelaki yang masih tinggal di situ sekadar melihat saja pasangan mereka melangkah pergi..

''sabarlah Arman, nanti-nanti dia akan terima Amalina juga.. Ibu kamu tu kan susah nak mesra dengan orang..'' tegur Amran kepada anaknya..

''apa ni! Toilet pun ada orang jaga ke apa? Tepilah..'' marah Naimi kepada lelaki itu..

Inas yang baru hendak melangkah keluar berjalan masuk kedalam bilik kecil semula bila mendengar suara itu..

Naimi masuk kedalam bilik air itu terus mengadap cermin besar yan ada disitu.. Naimi melihat, Amalina yang baru melangkah masuk kedalam bilik air dari pantulan cermin, dia segera berpaling ke belakang..

''kenapa kau ikut aku?'' tanya Naimi kasar.

''ibu.. Amalina cuma temankan ibu..'' balas Amalina lembut.. Berusaha mengambil hati mertuanya itu..

''aku tahu jaga diri aku.. Kau jangan nak tunjuk baik sangat..'' perli Naimi..

''dah alang-alang kau masuk ni kan! Pegang beg ni! Buat apa kau membatu disitu..'' Amalina diam tak menjawap.. Beg yang ada di tangan Naimi disambutnya..

'tak sangka.. Naimi layan Amalina sama seperti dia layan aku dulu..' Inas sekadar memegang dadanya.. Tak sangka akan perkara itu turut terjadi kepada Amalina.. Sangkanya Amalina akan menjadi menantu kesayangan Naimi..

''mana puan? Tak keluar lagi!'' suara Raif kedengaran dari luar bilik air sedang bertanya kepada seseorang..

'alahai! Kenapalah manja ni! Time ni jugalah dia nak datang.. Aku dah la tak nak keluar jumpa dua orang tu.. Tapi kalau aku tak keluar ni! Mau dia serbu masuk.. Aduh tak pasal..'

''Inas! Sayang....'' laung Raif di luar..

'see.. dia buat hal dah..' keluh Inas. Mahu tak mahu dia terpaksa juga keluar dari bilik kecil itu.. Serentak pintunya dibuka dengan pintu bilik kecil Naimi..

Naimi yang sedang berada di bilik kecil itu tak senang duduk bila mendengar nama Inas sedang dilaung manja oleh seseorang di luar sana..

Sebaik keluar dari bilik kecil itu dia melihat seorang wanita yang berpakaian cantik sedang membasuh tangannya di samping Amalina..

''inas?'' tanya Amalina..

''Inas kan.. Inas aku..'' Amalina cuba nak bercakap dengan Inas..

''maaf.. saya dah lambat..'' Cepat-cepat Inas memotong percakapan Amalina. Tanpa berpaling Inas berlalu pergi dari pantulan cermin itu dia melihat ada Naimi di belakangnya.

''Inas tunggu..'' panggil Amalina..

''kau kenapa? Buang tebiat!'' marah Naimi..

''ibu itu inas..'' ucap Amalina.

''yealah.. Kalau dia kenapa? ''tanya Naimi..

''saya nak minta maaf dengan dia.. Amalina..''

''jangan jadi bodoh! Orang miskin memang suka menunduk kepada semua orang ke apa kau ni!' marah Naimi.. Menarik lengan Amalina.. Tak membenarkan Amalina mengejar Inas..

''ibu! Kalau kita salah.. Kita perlu minta maaf kepada orang yang kita salah.. Bukannya maksud kita menunduk kepada orang tu.. Amalina pernah salah dengan dia.. Selagi Amalina tak minta maaf dengan Inas.. Selagi itu Amalina.. Tak akan tenang.. Ibu..!'' lengan yang dipegang olah Naimi ditarik semua oleh Amalina. Tercengang Naimi mendengar apa yang baru dikatakan oleh Amalina tadi.

Inas Tergesa-gesa keluar dari bilik air.. Terus mendapatkan Raif yang ada diluar itu.. Belum sempat Raif bertanya apa-apa.. Inas terus menariknya untuk berjalan pergi..

''kenapa ni! Cuba jalan elok-elok manis.. Ingat anak dalam tu.. Kenapa? dalam bilik air tu ada hantu ke? '' pinggang Inas terus ditangkap oleh Raif. Inas yang baru tersedar, lalu menyentuh perutnya..

'ni lah masin sangat mulut orang tu..! Ingatkan balik berdua.. Tapi bertiga pula.. Ini semua kerana gara-gara papa kamu.. Rindukan Rifqi kononnya..' pipi Raif dicubit geram oleh Inas.

''manja lah ni!'' kata Inas..

''apa manja pula.. Siapa yang goda siapa?'' terus Inas menekup mulut Raif.

''apa ni.. Tak malu ke orang dengar..'' Raif melilit tangannya di sekeliling pinggang Inas.. Kepalanya di geleng ke kiri dan kanan. Sehingga tangan Inas jatuh dari menutup mulutnya.

'' manja bahagia.. Kenapa Manja nak malu.. Tapi kalini.. Jangan mimpi nak lari-lari lagi.. Kalau tak, manja gari tangan dengan kaki manis..'' ungut Raif membisik ke telinga isterinya..

Kemesraan mereka dilihat oleh Amalina, Arman dan Naimi.. Bukan main merah padam saja muka mereka bertiga melihat akan hal itu..

Dari kejauhan Naimi melihat suaminya sedang berada di gerbang masuk ke majlis aqiqah anak Inas dan Raif.. Amran sedang berborak rancak dengan bekas besannya.. Iaitu Izhar yang kini sudah boleh berjalan menggunakan tongkat.. Di sebelah mereka ada Amni yang sedang mendukung cucu mereka yang dirai pada hari tersebut..

Walaupun berat untuk Amalina menyatakan hasratnya itu dia kuatkan dirinya.. Iri hati? Pasti ada, walaupun sedikit Tapi apa boleh buat semuanya atas pilihan masing-masing.. Dia yang memilih untuk bersama dengan Arman.. Perlulah dia menerima baik buruk pasangannya.. Arman juga sedang memperbaiki dirinya.. Berubah demi masa depannya bersama Amalina..

''okay? '' tanya Amalina kepada Arman.. Yang tak henti melihat kearah keluarga kecil Inas.

''ya..'' balas Arman pendek..

''Amalina nak pergi jumpa Inas boleh?'' tanya Amalina.

''kita pergi sama-sama..'' kata Arman.

''kamu berdua nak kemana?'' tanya Naimi..

''ibu.. Arman nak pergi jumpa dengan Inas sekali bertanya khabar dengan orang tua Inas .. '' kata Arman.

Dari jauh dia melihat kearah mereka.. Kecil saja matanya melihat kearah mereka semua.. Hatinya berbelah bagi hendak mengatur langkah untuk menyertai mereka semua.. Dia mula mendengar orang-orang yang mula datang bercakap mengenai majlis yang diadakan di dewan utama hotel itu..

'anak? Majlis aqiqah anak Inas ? Pemilik hotel? Majlis penaung utama? Tak sangka kau dapat lelaki kaya kali ni Inas .. Beruntunglah!' Naimi mengalihkan wajahnya dengan angkuh berlalu pergi meninggalkan tempat itu.. Semakin lama dia disitu membuatkan hatinya bertambah sakit..

Manakala didalam penjara.. Hamzi sempat singgah menjenguk Maya yang kini diringankan hukumannya.. Dari ke tali gantung ke penjara seumur hidup..

''mama..'' panggil Hamzi.. Kali ni dia datang bersama dengan Irdina..

''hamzi..'' sahut maya lemah di sebelah sana..

''mama.. Hamzi akan minta mama ...'' belum sempat Hamzi menghabiskan katanya.. Maya mengangkat tangan.. Meletakkan tangannya di cermin yang menjadi penghalang mereka..

''mama.. Nak tinggal didalam ni.. Jangan minta lagi untuk mama keluar.. Mama malu.. Mama malu nak jumpa dengan semua orang.. Terutamanya manja..'' kata Maya... Air matanya bercucuran jatuh ke pipi..

''mama.. Manja nak sangat jumpa dengan mama.. Tapi kenapa mama tak nak jumpa dengan dia.. Dia dah lama maafkan mama.. '' Hamzi menyentuh dinding kaca menyatukan tangannya dengan maya dari sebelah sana..

''mama tak nak jumpa dia.. Cukuplah Hamzi boleh jaga dia dengan baik.. Biar mama sendirian disini..'' kata Maya..

''ma.." Hamzi mengeluarkan sekeping gambar.. Lalu menayangkan gambar itu di cermin pemisah.. anak mata Maya yang basah itu bergerak-gerak melihat gambar itu.

''manja?'' dia berpaling melihat kearah Hamzi..

''ya ma..! Ini manja.. Yang manja dukung tu anak dia Rifqi.. Inas..'' Hamzi menerangkan satu persatu..

Maya di sebelah sana mengangguk faham.. Sebak rasa dadanya.. Melihat gambar itu..

'mama salah sayang.. Maafkan mama! Mama terlampau ikutkan hati.. Ikutkan perasaan.. Sampai hilang kewarasan mama.. Terima kasih, kerana manja masih ada belas ihsan kepada mama.. Walaupun mama banyak buat silap kepada manja.. Sebagai balasannya mama terima hukuman mama.. Biarlah mama terus disini.. Mama doakan manja akan terus bahagia..'

''maafkan mama''

''manja..''

~ T.A.M.A.T ~

Alhamdulillah.. Gigih waney habiskan MANJA.. muaahhh muahh muaahhh.... Terima kasih kepada pembaca setia MANJA.. Luv u all.....

Share this novel

Aisyah Esya
2022-10-04 15:01:19 

Alhamdulillah. best cerita ni. TQ darling. puas hati

ivy
2022-03-23 02:15:13 

alaaa dah ending huhuhu...hrp" ada manja 2:3

rimatanti
2021-08-20 23:02:24 

Alhamdulillah... taman sudah semuanya.. jln cerita yg menarik.. tq penulis..


NovelPlus Premium

The best ads free experience