Sulit

Poetry Series 2151

Hal yang paling sulit untuk aku lalui saat ini cuma ada dua.

Pertama;
melepaskan apa yang sememangnya bukan milik aku.

Kedua;
mencintai apa yang belum tentu milik aku.

Aku tak tahu apa kesudahannya.

-

Hal yang sememangnya sulit untuk sesiapa pun juga ada dua.

Pertama;
melepaskan insan yang paling di cintai.

Kedua;
mencintai insan yang belum mampu untuk di cintai.

Aku rasa aku tak mampu untuk mulakan dari awal.

TAPI
Tanpa aku sedar. Aku sebenarnya mampu, cuma aku takut. Takut untuk lakukan semua itu. Sebab aku punya episod hitam paling ngeri yang aku tak mahu ulangi untuk kesekian kali.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience