BAB 7

Horror & Thriller Completed 2427

Ada ketikanya Safar seperti sedang berada di bawah garis sedarnya. Dalam sekelip mata dia boleh berubah. Ada ketika dia terlalu yakin Nora telah tiada. Di masa yang lain pula mindanya seakan tidak terkawal lagi. Melihat keadaan Safar, Mak Eton mengurut-urut dada. Pusing dia memikirkan bagaimana caranya mahu mengembalikan keadaan Safar dan Mostafa seperti sediakala.

“Ehemmm...ehemm...ehemm.” Mak Eton sengaja berdehem supaya Safar menyedari kedatangannya.

“Ibu...Mostafa dah bangun ke bu?” Safar menoleh sebentar sebelum mencari pakaian Nora semula. Mak Eton menggeleng kepala melihat sikap Mikhail.

“Belum. Malam tadi dia hampir tak tidur sepanjang malam. Berbual dengan Nora katanya. Lepas tu menangis-nangis sebab Nora tinggalkan dia senyap-senyap. Hmmm...entahlah.” Sahut Mak Eton berterus-terang.

“Mamanya? Kenapa bu...Nora kan ada. Dia mandi dalam bilik air tu.” Safar bersuara dengan yakin.

Mak Eton mengetap bibir. Sudah terlalu jauh minda Safar pergi dari akal. Terasa hilang sabar Mak Eton apabila melihat Safar yang harus lebih kuat dari Mostafa telah bersikap sebaliknya. Dia tidak pasti sama ada Safar terlalu menurut kata hati atau dia sedang benar-benar terpukul dengan apa yang berlaku.

“Dah...dah...tak payah cari baju untuk Nora lagi!” Mak Eton menarik tangan Safar dengan agak keras. Suaranya juga sedikit membentak.

“Ibuuu...kenapa ibu ni? Kan dah biasa Safar yang pilihkan baju untuk Nora. Dia suka pakai apa yang Safar suka.” Safar tidak faham mengapa Mak Eton kelihatan marah.

“Kamu dah tak perlu buat tu semua, nak. Nora dah tak ada. Dia dah mati.” Kali ini suara Mak Eton longgar. Sebak. Dia berharap Safar akan mengerti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience