BAB 2

Romance Completed 9482

Ciuman kedua mereka pula adalah tiga hari kemudian.

Ia berlaku selepas parti yang diadakan oleh Niall, ketika itu banyak minuman keras dihidangkan.

''Hello i'm Irish dan kalau ikut adat arak yaang banyak kira macam satu nikmat. bersyukurlah, kalau ikutkan ini kurang daripada yang aku rancangkan.'' Zayn hanya menggelengkan kepala melihat alasan yang diberikan oleh ahli kumpulannya yang berbangsa Inggeris itu. Apapun parti malam itu berlangsung dengan sukses dan akhirnya Gigi hadir juga ke parti itu.

Zayn dapat melihat Gigi kelihatan seperti sedang marah.

Zayn dapat membaca gerak tubuh Gigi dan juga airmata yang telah kering kelihatan di pipinya yang kemerah-merahan dek tewas selepas minum banyak minuman keras. Zayn tahu yang Gigi bukanlah orang yang kuat minum, nak habiskan sebotol arak pun tak mampu, dah K.O,

''Esok confirmed dia ni sakit kepala,'' ujar Zayn dalam hati sebaik saja dia melihat Gigi minum segelas demi segelas arak yang dihidangkan. Akhirrnya dia segera mendapatkan Gigi menghalangnya dari mabuk keterlaluan apatah lagi dia melihat Gigi mula bermesraan ddengan beberapa orang lelaki. Entah mengapa hatinya menyirap cemburu bila melihat Gigi bermesraan dengan lelaki lain.

''Dia milik aku!'' ujarnya seraya menarik Gigi yang ketawa sendiri macam orang tak betul masuk ke dalam bilik Niall lalu membaringkan gadis itu di atas katil. Dia duduk bersebelahan katil itu.

''Zayn, kenapa lelaki ni bodoh angat?'' tanyanya. Ayat yang dituturkan dari bibir yang dikucupnya tempoh hari tiu itu sukar untuk difahami oleh Zayn.

''Tapi jangan risau, kau bukan lelaki pun.''

''Gi really? Aku ni lelakilah,'' 'balas Zayn, bibirnya mulai bergetar ada rasa yang mencanak dalam jiawanya saat ini apatah lagi melihat bibir Gigi yang mengomel sendirian dengan bibirnya yang mungil itu, sungguh semmpurna untuk dicium saat itu.

''Jangan risau, aku takkan jadi seperti lelaki itu.''

''Baguslah, sebabnya Abel tu jantan tak guna,'' luah Gigi bercerita tentang lelaki yang disukainya, suatu hubungan yang tiada label bahkan Gigi kelihatan seperti kekasih yang tak dianggap sebenarnya oleh Abel. Ia membuatkan api cemburu dan marah dalam jiwa Zayn apatah lagi bila memikirkan Abel dapat memeluk dan mencium serta membisikkan kata-kata cinta tak beerti di telinga Gigi dalam keadaan sedar. Sudah tentu Zayn geram memikirkan Gigi menyimpan perasaan dengan lelaki tersebut yang sah-sah tidak mahu menjalinkan hubungan dengan Gigi.

''Kau dah putus, maksud aku dah give up dengan dia?'' tanya Zayn. zayn tersenyum kecil bila melihat respon Gigi yang mengangguk tanda Ya kepada hubungan yang berakhir antaranya dengan Abel. Penaangan arak itu membuatkan Gigi mabuk dan muka ketawa dan bercakap sendirian, belum sempat Zayn menghiburkan hatinya dengan telatah lucu gadis yang mabuk di depannya ity, mata Gigi tiba-tiba terpejam.

''Aku cinta padamu,'' bisik Zayn sebaik sahaja dia mendengar denguran lembut dari gadis yang terbaring di atas katil itu. Bangun dari tempat duduknya dia kemudian mengucup dahi gadis itu kemudian mengucup bibir gadis itu lebih lama.

''Adakalanya aku berharap kau terjaga setiap kali aku melakukan ini.''

Dan dia mencium Gigi kali ketiga sebaik sahaja pintu bilik itu dibuka sehingga membuatkan mulut kawannya Niall Horan terngaga melihat aksi tersebut.

''Bro, kau sedang cium gadis yang tak sedarkan diri,'' kata-kata Niall selamba terpacul keluar dari mulut Niall.

Zayn juga terkejut dan malu dengan keadaaan itu lalu menjarakkan dirinya dari Gigi. Dia kemudiannya membunyikan jari jemarinya lalu berkata, '' lelaki patut buat apa yang perlu dilakukan oleh lelaki.''

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience