"JAUH termenung nampak?" Soal si rakan seraya mengambil tempat duduk disebelahnya. Liar matanya memerhati timbunan kertas, segala fail- fail juga berselerakan.
Dr Amni tersenyum lantas menanggalkan kaca matanya. Tengah antara mata dan batang hidungnya dilurut seketika.
"Tak habis- habis lagi ke kes Aiman ni?"Sekali lagi Soraya teman serumah Dr Amni menyoal dan berbunyi pertikaian.
"Complicated yang ..." Dr Amni menjawab tenang.
"Kau nak siasat apa lagi?"
"Sue, ada banyak rahsia yang belum terungkap sebenarnya..." ujar Dr Amni dan terus memandang ke arah gambar Aiman Syafiq.
"Maksud kau apa? Bukankah pihak mahkamah dah bagi keputusan. Lagipun … ternyata dialah pembunuh kejam dan misteri itu. Bukan seorang dua gadis yang dia bunuh malah ramai. Kejam pula tu. Tak cukup dengan itu, lelaki pun menjadi mangsanya … and kau bayangkan… dahlah dia bunuh kejam. Mayat pula dirogol. Terseksa si mangsa ..." Soraya dengan sepenuh perasaan meluahkan isi hatinya.
"Amboi kau… sepenuh perasaan nampak?" Sindir Dr Amni lalu mencicip air kopinya sehingga habis.
"Yelah! Kau tak rasa ke yang si Aiman gila kejam sekali? Psiko!" Soraya langsung bangun kerana dia terlupa ada sesuatu yang belum dia selesaikan.
"Ada kisah di sebaliknya … nak ke mana pulak tu? Tak nak dengar lagi ke?" Dr Amni pula mempersoal. Soraya tersengih-sengih.
"Bukan macam tu lah… aku lupa kerja aku tak siap lagi. Kejap ya!" Soraya tamat berkata-kata bergegas ke biliknya. Dr Amni tersenyum sambil menggeleng sebelum tunakkan mata kembali semula ke wajah penuh misteri Aiman Syafik yang terlekat di kulit fail.
PEWANGI dari jenama Hugo Men disemburkan ke seluruh tubuhnya bermula dari leher. Tali leher diperkemaskan lagi ikatannya. Rambut ' sleek' di sikat lagi supaya menjadi pompedour trend pria terkini.
Wajah ala Johny Deep, direnung lama dalam cermin. Perlahan-lahan bibirnya yang berkumis nipis disenyumkan.
Dalam masa dia merenung ke dalam cermin di meja solek, tiba- tiba matanya tertumpu pada selonggok kemeja putih yang sudah di cemari cecair berwarna merah pekat.
Di sisinya pula kelihatan satu benda metal berkilauan. Dari merenung arah arah tersebut pandangan laju teralih pabila suara itu ke udara…
"Salam sejahtera, Saya Hazrin melaporkan dari dalam bilik berita. Satu pembunuhan kejam telah berlaku di sekitar ibu kota jam 2.30 pagi hari ini, mangsa dilaporkan seorang lelaki dan seorang perempuan dalam lingkungan 30 an. Mangsa dilaporkan telah meninggal sejam yang lalu. Menurut pasukan Forensik, berkemungkinan mangsa mati sebelum 2.30 pagi. Kedua- dua mereka dilaporkan kehilangan kepala, kaki juga tangan. Mayatnya dibiarkan di tepi kedai 24 jam. Menurut laporan lagi, kepala dan anggota lain mereka dijumpai di dalam tong sampah di belakang bangunan yang sama. Menurut salah- seorang pegawai polis yang bertugas… suspek seorang yang teliti .
kerana setiap cop jarinya telah di hapuskan. Cuma yang menjadi persoalannya ialah… setiap mangsa perempuan mesti bermula huruf 'S' pada pangkal nama mereka. Dan satu lagi perkembangan terbaru… ibu jari setiap mangsa berlubang seolah ditusuk sesuatu…" ujar Hazrin tatkala teringatkan akan pengenalan mangsa wanita yang mereka temui di perimeter kejadian.
Tup!
Punat radio dimatikan. Dia menapak ke arah longgokan baju berkenaan lalu di hidu. Bau darah yang masih lagi segar. Sesegar darah - darah mereka. Pisau diangkat lalu di tayangkan di hadapan mata.
Perlahan-lahan pisau itu di halakan ke arah mulut. Panjang lidahnya menjilat sisa- sisa darah yang masih lagi melekat di bilah tajamnya.
Slurpppp…
Sedap. Segar. Fresh!
Bilah tajam itu dijilatnya dengan berkali tanpa sedikit pun, ada rasa seriau pada ketajaman pisau. Tatkala dia ingin mengambil kemeja putih yang tiada lagi putihnya itu, tangan tanpa di sengajakan telah tertolak satu bingkai kecil berukuran A3 yang terletak tepi birai meja.
Kemeja yang sudah berada dalam pegangan, dicampakkan semula. Dia menunduk lantas bingkai yang terkatup itu diangkat dan dibuka kembali. Sekejap itu juga, minda mengembara ke memori silam yang dia tahu penuh duka lara.
"Sudahlah… I bosan tahu tak! I bosan hidup dengan you. You lihat lah diri you itu macam mana? I rimas tahu tak! Sampai bila I mesti bertahan?" Angkuh sekali suara melahang itu berkata-kata.
"Sayang… please sayang… please… jangan buat I begini. I masih sayangkan you ..." pinta lelaki itu melutut. Dia tetap menangkap dan mengenggam erat jemari gadis itu walau berkali ditepis kuat. Airmata jantannya juga turut mengalir.
"Huh! Sayang? Sayang you kata? Ini? Ini you kata saya? " Soalnya semakin angkuh seraya mencampak dompet milik lelaki kacak itu.
Wajah kusut semakin kusut. Pun begitu, kekacakannya masih terserlah.
Tapi, itu semua tak berguna buat gadis yang sedang berpeluk tubuh di hadapannya.
Jika tiada wang dan juga harta, baginya cinta tak bermakna. Ya, memang benar semua itu tetapi berpada-padalah…
Tanpa berpaling pada lelaki itu, Sabrina terus merangkul lengan lelaki yang baru keluar dari dalam kereta Porshe. Aiman Syafiq ditinggalkan tanpa sebarang pamitan. Dengan linangan airmata, Aiman merangkak atas aspal lalu mengutip dompet dan cincin mereka.
Aiman Syafiq langsung bangun seraya merenung hadapannya dengan tajam sekali. Buku limanya kian erat tergenggam. Peluh kian deras aliran kerana terlalu kuat menggenggam, otot-otot bicepnya juga kelihatan. Begitu juga otot dan urat merah pada mata putihnya mulai kelihatan.
"Sabrina. Macam ini kau buat aku? Sayang? Macam ni kau perlakukan aku? Sabrina... Sabrina... Sabrina!!!" Dari pertuturan lembut kini ia sudah pun beralih ke nada keras. Penuh api amarah. Penuh rasa dendam kesumat.
TIADA langsung rasa belas kasihan tatkala melihat dua insan yang terikat di bangku itu .Keduanya berlumuran dengan darah pekat. Pisau Rambo miliknya masih lagi terpacak di paha lelaki perampas kekasih hatinya itu .
Manakala Sabrina pula sengaja dia mengelar wajah ayu itu sehingga sirna segala keayuannya. Darah yang menitis telah pun memenuhi bekas takungan darah.
"Sabrina sayang… sakit ya?" Soalnya dengan menyapu-yapu permukaan pisau berdarah ke pipi Sabrina. Muka Sabrina bukan sahaja basah dengan airmata tetapi darah nan merah pekat.
Warna kebiruan menjadi mekap di tepi bibir kesan tumbukan.
"Sam… pai hati buat Rina begini..." Agak sukar untuk Sabrina berbicara tatkala mulut dan bibirnya pedih tiap kali bergerak. Lelaki berwajah tanpa perasaan itu terus bangun lalu mengusutkan rambutnya. Mundar-mandir bagaikan ada yang menerpa fikiran.
"Sayang juga sampai hati!!!" Bentaknya lalu dibenamkan besi tajam berkarat yang dengan pantas dia capai dari tepi meja ke paha Sabrina.
"Allah..!" Jerit Sabrina menggelepar kesakitan.
"Diam aku kata! Diam aku kata!!!"
"Kau degil ya?" Ancamnya setelah menarik buat sekian kalinya besi tersebut dari tusukan paha. Besi diangkat dengan tinggi.
Tuck! Tuck! Tuck!
"Mati kau Sabrina! Mati kau! Hahahhahah!" Pekiknya dengan tangan berkali-kali menghentak besi tersebut ke kepala Sabrina.
Berkali-kali juga dia menampar wajah kaku Sabrina sehingga puas. Ibu jari Sabrina disuakan ke dalam mulut. Disedut darah milik Sabrina semahunya. Setelah itu, dia menapak pula ke arah lelaki yang nyawa- nyawa ikan itu pula.
"Argh!!! " Jeritnya dengan kuat sekali. Dia benar-benar sakit pabila pisau yang telah lama terpacak dipahanya ditarik dengan secara tiba- tiba dan dengan kuat sekali. Darah memancut keluar dari arah paha yang berlubang membuatkan makin rapat dia memejamkan matanya menahan rengsa.
Darah yang mengalir di sepanjang pisau di jilat sehingga pisau menjadi bersih sekali. Aiman terhenti seketika kerjanya lalu dengan pantas menghalakan pandangan ke arah gadis yang telah tiada itu.
Pisau di tangan dia lepaskan lalu tergeletak di tepi kaki. Wajah yang menyinga dan adakalanya bersahaja kini mulai berubah mendung. Aiman Syafiq meluru ke arah Sabrina.
"Sabrina..! Sayangku..!" Teriaknya lalu memangku kepala yang terkulai yang sudah lama tak bernyawa itu. Teresak-esak dia yang sudah terduduk. Berkali-kali kepala mayat Sabrina dikucup sehingga semakin penuh wajahnya dengan darah.
"Sayang… maafkan abang sayang… abang tak… tak sengaja … hati abang sakit sayang .... hati abang sakit pabila sayang tinggalkan abang begitu sahaja. Hati abang sakit sayang Sakit ..!"
Share this novel