BAB 6

Horror & Thriller Completed 4761

Satu hari tu aku sembang dengan dia. Hari tu kebetulan aku balik awal. Dia tengah lepak depan pintu rumah sendirian.

Han cerita dia sedang kusut sebab adik dia baru lepas meninggal dunia. Aku tanya pasal apa. Pastu dia terus ceritakan pasal adik dia ni yang sakit sejak kecik lagi.

Sakit yang misteri. Macam demam, pastu meracau-racau. Dah bertahun-tahun dah. Pergi hospital, hospital cakap tak ada apa-apa. Pastu famili dia cuba berubat cara tradisional tapi tak baik-baik jugak.

Waktu malam kalau ada dengar apa-apa, jangan tegur. Sebab tu dia cerita bila malam-malam, dia dengar macam-macam bunyi pelik kat umah dia. Namun adik dia tak baik-baik juga.

Akhirnya adik dia meninggal. Itu yang dia sedih sangat. Walaupun adik dia dah tiada, tapi bunyi-bunyi pelik kat rumah dia pada waktu malam tetap ada.

Aku akui bahawa aku memang seram gila masa Han ni cerita. Naik meremang roma aku.

Tapi aku paling seram bila cerita yang sebab dah banyak sangat bomoh mereka jumpa, maka banyak gile hantu aneka jenis yang masih mendiami kat rumah dia. Ada juga yang mengikut secara tetap dengan ahli keluarga dia termasuk Han ni.

Aku terus tengok sekeliling kot ada hantu yang datang nak menyapa sebab dia kata ada hantu juga yang ikut dia untuk menumpang. Masa tu takut juga aku jadinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience