Satu

Other Completed 44787

"Cinta!!! Jangan jauh sangat. Ibu tunggu Cinta disini." Kata Mak Leha.

"Baik Bu. Cin tak jauh. Area depan tu je. Nak cari Bunga Sundal malam." Kata Cinta Jasmin.

"Nak buat apa dengan bunga tu?" Tanya Mak Leha.

"Cinta nak juallah Bu. Sekarang banyak yang cari bunga tu." Kata Cinta.

"Kak Cinta. Nak ikut." Sapa Hilal dari arah belakangnya.

"Sapa nak jaga Ibu. Kalau Ayah balik nanti macam mana?" Tanya Cinta.

Mak Leha hilang penglihatan selepas suaminya Farouk menamparnya hingga jatuh dan kepalanya terkena bucu tangga rumahnya.

Farouk seorang kaki judi dan pemabuk. Bila balik kerumah hanya untuk meminta wang pada isteri atau anaknya.

Orang kampung cukup tahu perangai panas baran Farouk. Walaupun begitu Farouk dan Leha dikurniakan 3 orang anak, Anak sulungnya Thariq Zaquan, anak keduanya Cinta Jasmin dan anak bongsunya Hilal Zaquan.

Namun akibat selalu bergaduh anak sulungnya meninggalkan mereka semua. Sekarang hanya menyharapkan anak keduanya Cinta Jasmin menghidupi mereka. Walaupin masih berusia 19 tahun. Namun dia seorang yang matang.

"Hilal nak ikut juga." Paksa Hilal.

"Bawaklah Hilal. Jadi Ibu tak susah hati sangat." Kata Mak Leha.

Namun tanpa pengetahuan mereka, ddalam hutan sekarang mempunyai bahaya akibat sekumpulan pemberontak sendang bersembunyi.

Beberapa Pegawai tentera sedang berjaga-jaga dikawasan hutan belakang kampungnya.

"Yelah." Dengan muka tidak rela Cinta Jasmin terpaksa membawa adiknya Hilal yang muda setahun dari umurnya.

"Bawak bakul tu." Tunjuk Cinta pada adiknya.

"Bu. kami gerak dulu. Kalau lambat lagi takut gelap." Kata Cinta.

"Yelah. Hati-hati tau. Ibu sayang kamu berdua. Ibu tetap ada dalam hati kamu." Kata Mak Leha sambil mengucup kedua belah pipi Cinta dan Hilal.

Namun mereka tak perasan keadaan Mak Leha sekarang. Walaupun hati Cinta enggan bergerak masuk kedalam hutan belakang kampung, namun dia gagahkan sebab dia dah berjanji dengan pembeli tetap akan mendapatkan bunga Sundal Malam itu.

Akhirnya mereka masuk kedalam hutan.

"Akak jalan pelan sikit. Penatlah Hilal." Kata Hilal dibelakangnya.

"Tulah Akak cakap tak payah ikut. Nak juga ikut." Kata Cinta.

"Ada sebab kenapa Hilal ikut ni." Kata Hilal pula.

"Apa sebabnya?" Tanya Cinta.

"Anak Pak Andak ada bagitahu Hilal semaoam dia nampak Abang Thariq dua hari lepas dekat sini dengan beberapa orang pegawai Tentera." Kata Hilal.

"Biarlah. Akak taknak ambil tahu hal dia." Kata Cinta.

"Tapi dia abang kita juga kan.?" Lata Hilal membuatkan Cinta berhenti mendadak dan menyebabkan Hilal melanggar belakang badannya.

"Sakitlah bodoh!!" Teriak Hilal pada Cinta.

"Sekali lagi kau cakap aku bodoh aku tumbuk muka kau!!" Herdik Cinta sambil menunjukkan penumbuknya.

"Ok ok sorry." Hilal memohon maaf. Takut jika kakaknya naik hantu habis keluarlah silat yang dipelajarinya.

"Jalanlah. Jangan nak banyak cakap." Kata Cinta.

Mereka meneruskan perjalanan. Dan tanpa perasaan mereka tak tahu beberapa orang sedang memerhatikan mereka berdua.

Mereka menaiki batu-batu yang besar yang ada didepan.

"Cinta? Hilal?" Kata lelaki yang memakai pakaian tentera.

"Siapa mereka?" Tanya salah seorang sahabatnya yang tak berkedip melihat Gadis yang baru sahaja melewati mereka.

Tanpa jawapan lelaki itu meninggalkan sahabatnya dan berlalu kebelakang.

" Perhatikan mereka berdua. Jangan sampai terjadi sesuatu pada mereka." Kata Thariq.

Dalam perjalanan, Cinta merasa seperti diekori walaupun Hilal berada dibelakangnya.

"Akak? Bunga ni ke?" Tunjuk Hilal pada Cinta.

"Woow banyaknya." Kata Cinta.

Hilal menghidu bau bunga itu namun tiada bauan yang menerpa rongga hidungnya.

"Takde bau pun." Kata Hilal.

"Bunga ni hanya mengeluarkan bau pada waktu malam. Sebab tu dia dipanggil bunga sundal malam." Terang Cinta lalu mengeluarkan pisau lipat dari dalam poket baju kemejanya.

Cinta dan Hilal leka mengambil bunga sundal malam langsung tak perasan seseorang berada dibelakang mereka dengan jarak yang cukup dekat.

"Dah banyak ni kak." Kata Hilal.

"Oklah. Jom." Balas Cinta dan ingin berlalu keluar dari hutan namun dia terhenti apabila melihat sesosok tubuh tinggi tegap dibelakang adiknya.

"Kamu buat apa disini?" Tanya lelaki itu.

Cinta menarik Hilal agar mendekat padanya.

"Ka.. Kami ambil bunga ni je." Terang Cinta.

"Bunga?" Tanya lelaki yang mengenakan topeng itu.

"Kak Hilal takut." Kata Hilal dibelakang Cinta.

"Awak nak apa?" Tanya Cinta.

"Aku nak kau!!" Kata lelaki itu terus menarik Cinta dengan kasar.

"Kak Cinta!!" Teriak Hilal.

Cinta yang pandai dalam seni bela diri membuka langkahnya dan terlepas dari cengkeraman lelaki itu.

Dia menendang alat sulit lelaki itu, hingga lelaki itu tersungkur jatuh.

"Siall!!" Herdik lelaki itu.

"Cepat Hilal." Cinta menarik Hilal agar lari bersamanya.

Bunga yang diambil hanya dapat diambil Cinta beberapa tangkai sahaja dan yang lain tertinggal bersama bakul yang dibawa Hilal.

"Akak. Tunggu." Panggil Hilal.

Cinta berhenti dan menggenggam jemari Hilal lalu kembali berlari untuk keluar dari hutan.

Thariq yang berada disana melihat keduanadiknya lari ketakutan seperti terlihat sesuatu.

"Periksa apa yang mereka nampak." Kata Thariq.

"Baik Tuan." Kata lelaki didepannya.

"Thariq, Aku tanya siapa mereka?" Kata Zaril bertanya semula pada sahabatnya Thariq.

Hanya renungan tajam yang diberikan oleh Thariq pada Zaril. Dia takkan bagitahu pada Zaril, Sahabatnya yang terkenal dengan gelaran Buaya darat.

Zaril memegang lengan Thariq.

"Kau kenal mereka bukan?" Tanya Zaril lagi.

Disisi lain, lelaki tadi memerintahkan anak buahnya untuk mencari mereka berdua.

Silap Hilal dan Cinta mereka mengambil jalan yang jauh dari tadi hingga anak buah lelaki itu sampai dahulu kerumah mereka.

Mereka melihat seorang perempuan tua yang sedang duduk dipangkin kayu dibawah pohon jambu.

"Makcik tunggu siapa?" Tanya anak buah lelaki tadi.

"Ooo makcik tunggu anak makcik yang pergi hutan cari bunga sundal malam nak." Kata Mak Leha tanpa curiga.

"Boss kita dah jumpa. Perempuan ni cakap budak tadi tu anak dia." Kata lelaki itu pada bossnya.

Cinta dan Hilal keluar dari hutan lalu berlari pulang kerumahnya.

Terhenti dihalaman rumah, Depan mata mereka berdua tubuh longlai Ibunya dihumban dari arah pangkin kayu ke tanah.

"Bu.. Bu!!!" Teriak Cinta. Berlari mendapatkan tubuh Ibunya.

"Bu. Bu. Bangun Bu. Jangan tinggalkan Cinta Bu." Cinta menepuk pipi ibunya namun tiada respon.

Hilal cuba memegang nadi dileher Ibunya. Terkejut lalu melepaskan. Cinta yang faham akan keterkejutan Hilal menggelengkan kepalanya.

"Tak. Tak mungkin. Bu!!! Bangun Bu!!! Ibu jangan tinggalkan kami Bu!!" Tangis Cinta pecah.

Teriakan dan tangisannya didengari oleh jiran sebelah rumahnya lalu berkumpul di tepi jalan melihat kejadian itu.

"Apa salah Ibu aku!!! Korang semua sial!!!" Teriak Hilal pada lelaki berbaju hitam yang duduk dipangkin rumah.

"Kau cakap apa?!!" Teriak salah seorang dari mereka dan ingin menarik rambut Hilal. Namun dicegah oleh Cinta.

"Kau sentuh adik aku. Aku akan pastikan kau mati ditangan aku hari ni." Cinta berkata dengan sekali lafaz.

Jelas terlihat kebencian didalam anak matanya.

"Kau nak buat apa? Apa yang kau mampu budak?" Tanya Lelaki tadi.

Didalam hutan, Seorang pegawai tentera dibawah naungan Thariq berlari dan membisikkan sesuatu padanya.

Apa yang dibisikkan membuatkan nyawa Thariq berhenti seketika. Namun dia tersedar semula.

"Arahkan Team Black Eagle pergi kesana." Thariq memberi arahan dan berlari meninggalkan mereka semua.

"Bu. Cinta, Hilal. Tunggu Thariq." Bisiknya pada hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience