BAB 6

Horror & Thriller Completed 11920

Orang mati telefon

Suatu malam, seorang DJ Radio pada tahun 90-an mengadakan satu rancangan cerita-cerita seram. Ada seorang pemanggil menelefon dan menceritakan satu pengalaman ngeri.

Cerita itu didengar secara langsung di radio oleh semua pendengar seluruh negara.

Pemanggil itu telefon dan menceritakan pengalaman dia sedang memandu malam di satu lebuh raya bersama isteri, anak, dan kedua orang tuanya yang mana kemudian mereka terlibat dalam satu kemalangan tragik. Kereta yang dipandu itu terjatuh ke dalam gaung.

Dia memberitahu dia sangat sedih kerana kedua orang tuanya dan seluruh ahli keluarganya meninggal dunia akibat kemalangan tersebut.

Akhir sekali dia berkata dia nampak dirinya juga mati di tempat kejadian, diikuti dengan hilai tawa dan kemudian talian terus terputus!

DJ radio berkenaan cuba memanggil semula beberapa kali dan panggilan tidak dapat disambung lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience