Aku tergamam melihat empunya diri di hadapanku. Namun, insan yang berada di hadapanku agak berbeza dengan Kak Sofia yang aku kenali dulu. Kak Sofia yang dahulunya seorang yang agak berisi dan mempunyai kulit yang putih dihiasi dengan bibir yang merah. Kini, badannya kelihatan amat kurus, wajahnya pula kelihatan pucat.
"Sofia kan?" Aku bertanya sekali lagi apabila dia mendiamkan diri.
Insan di hadapanku lantas memelukku erat. Aku membalas pelukannya. Air mata jatuh berjurai di pipi.
"Mana kakak pergi?" Aku bertanya kepada Kak Sofia selepas pelukan dileraikan.
"Rose, kakak tak boleh lama lama kat sini. Nanti suami kakak marah." Kata Kak Sofia. Wajahnya kelihatan takut. Dia memelukku kejap untuk kali terakhir. Aku dapat menghidu sesuatu sedang berlaku dalam rumah tangga Kak Sofia.
"Sofia."
Jerit satu suara.
Aku memanjangkan leher untuk melihat gerangan yang memanggil Kak Sofia. Lelaki itu hanya berdiri di hujung lorong sambil memandang kami. Bengis. Orang sekeliling memandang ke arahnya kerana menjerit kuat.
Aku segera memalingkan wajah apabila mengecam lelaki yang menjadi suami Kak Sofia. Tidak mahu dia melihatku. Mujurlah badan Kak Sofia berjaya menghalangnya daripada melihatku. Aku meminta diri daripada Kak Sofia. Sebelum pergi, dia sempat memberitahu nombor telefonnya.
Aku mengulang nombor telefonnya di dalam benakku. Dengan perasaan takut, langkah kaki diatur laju menuju ke arah Hamka yang sedang memilih mi segera. Mujurlah dia masih ada di situ.
"Nak phone."
Hamka pada awalnya teragak agak untuk memberi telefonnya kepadaku. Tapi apabila melihatkan wajahku yang serius, dia terus memberinya kepadaku.
"Dah siap." Kataku. Aku tersenyum puas.
"Dari tadi mulut terkumat kamit sebab hafal nombor telefon ke?" Soal Hamka.
"Ha'ah. Nombor Kak Sofia. Nanti Rose cerita."
Aku mengajaknya menemaniku ke tempat di mana aku meninggalkan troli. Takut juga hendak pergi seorang diri. Cukuplah berjumpa dengan Jay dari jauh. Aku tak nak masuk ke dalam perangkap dia lagi.
"Kenapa macam takut je ni? Ramai orang, takkan ada hantu jugak." Usik Hamka. Aku menjeling, geram. Kalau aku beritahu hal sebenar, mesti dia lebih takut daripada aku.
Heh.
"Rose, cakap nak cerita. Ceritalah." Kata Hamka selepas kami melabuhkan punggung di tempat duduk. Enjin kereta dihidupkan. Kuat betul ingatan lelaki di sebelahku, aku pun sudah lupa tentang hal ini.
Aku menceritakan semua yang berlaku daripada aku terjumpa Belle sehinggalah aku berjumpa Jay. Hamka tergangguk angguk mendengar cerita aku.
"Kenapa tak cakap dari tadi? Nasib baik tak jadi apa apa."
Aku melihat muka Hamka sudah bertukar kelat, marahkan aku mungkin. Aku menundukkan wajah, takut.
"Rose."
Diam.
"Rose."
Diam.
"Merajuklah tu." Kata Hamka. Dia mencubit pipiku kuat, geram mungkin.
Aku terkejut dengan tindakannya. Kenapa dia masih menyentuhku? Aku memegang pipi yang dicubit Hamka. Perasaan berdebar muncul di dalam diri. Langsung tidak timbul perasaan marah kerana dia menyentuhku, malah perasaan bahagia yang timbul. Sudah lama aku tidak merasa sentuhannya. Meskipun sakit, tetap terasa bahagia.
"Rose. Maaf, Hamka tak patut buat macam tu." Ujar Hamka sebaik melihat aku hanya mendiamkan diri.
"Takpe." Aku tersenyum, bahagia.
"Tak marah?" Tanya Hamka. Sesekali pandangannya dialihkan untuk memandangku.
Aku mengelengkan kepala. Pandangan dialihkan ke luar tingkap. Bukan kerana tidak mahu memandang wajah Hamka. Tapi kerana tidak mahu Hamka melihat senyumanku yang semakin melebar.
Kereta dibelokkan memasuki sebuah taman. Cantik sekali. Aku terpana melihat air tasik yang berkilau disimbah cahaya bulan. Sedang aku kusyuk melihat keindahan alam, tiba tiba tanganku yang kesejukan kerana pendingin hawa terasa hangat.
"Tak marah kan?" Soal Hamka. Matanya redup memandangku. Jantungku berdegup kencang saat bertatapan mata dengannya.
Tangan Hamka merayap sehingga ke bahuku, diramas ramas disitu. Aku tidak melarang tingkah lakunya. Wajahnya didekatkan dengan wajahku, terasa hembusan nafas hangatnya di wajahku.
"Rose, boleh?" Hamka meminta kebenaranku.
Sejurus selepas aku menganggukkan kepala, bibirku diragutnya. Aku yang telah lama tidak merasa sensasi sebegini melayannya rakus. Nikmat. Aku memaut lehernya. Tangannya mula sedang meramas mahkotaku lembut. Tidak lama kemudian, tautan di bibir dilepaskan. Masing masing tercungap cungap mencari nafas yang hilang.
Aku mengelap bibir yang basah dengan hujung lengan baju. Hamka menarikku ke dalam pelukannya.
"I miss you." Bisik Hamka.
Aku tidak melepaskan peluang untuk mencium dan menjilat lehernya. Hamka mendesah menerima sentuhanku. Dia membalas dengan meramas mahkotaku. Panties yang dipakai semakin lencun dengan air daripada kewanitaanku.
"Hamka, Rose nak." Aku berkata dalam nafas yang tersekat.
"Nak apa?" Suara Hamka yang penuh nafsu itu semakin mengghairahkan aku. Aku tidak membalas kata katanya. Bibirnya aku kucup, rakus.
Tangannya mula merayap ke bahagian peha. Diusap, dielus celah kangkangku yang masih dilindungi oleh skirt. Aku melebarkan bukaan kakiku.
Tiba tiba, Hamka menolakku.
"Kenapa?" Hairan, tadi dia yang bersemangat mulakan semua ini. Sekarang senang senang dia menolakku.
"Maaf." Kata Hamka. Dia menghidupkan enjin dan terus memecut keretanya laju.
Aku menundukkan wajah. Kesal. Mengapa mudah sekali aku merelakan dia menyentuhku? Janjiku pada tuhan dilanggar begitu saja. Terasa bodoh diri ini kerana sekali lagi terkandas ke jalan itu.
Ah! Kenapa aku susah sekali hendak melupakan memori silamku? Andai saja ingatanku bisa hilang, bersyukurnya aku Ya Tuhan. Aku langsung tidak menyalahkan Hamka tentang apa yang terjadi. Meskipun dia yang mula menyentuhku, dia meminta kebenaran untuk pergi lebih jauh. Dan aku telah membenarkannya.
"Lambatnya balik." Tegur Pak Mid yang sedang menonton filem lakonan P. Ramlee. Matanya tidak lepas memandang ke arah kaca televisyen.
"Tadi Rose tersempak dengan kakak dia. Tu yang lambat." Balas Hamka. Mungkin tidak mahu mendedahkan tentang kejadian di taman tadi. Dia memberi isyarat mata menyuruh aku naik ke atas.
Aku terus ke atas sambil menjinjit plastik yang berisi barangan keperluanku yang telah dibeli. Selesai membersihkan diri, aku berbaring di atas katil. Peristiwa sebentar tadi bermain main di fikiranku. Tanpa disedari, senyuman terukir di bibirku.
Hampir saja aku terlelap, pintu bilikku diketuk. Dengan perasaan mengantuk, aku melangkah ke arah pintu. Apabila melihat insan yang berdiri di hadapan bilik, aku segera bersembunyi di belakang daun pintu. Pashmina yang dipakai sebentar tadi diletakkan di atas kepala, sekadar melindungi rambut.
Dia memberikan aku sehelai kertas yang dilipat. Apabila kertas itu bertukar tangan, dia meninggalkan aku terpinga pinga seorang diri. Tanpa berlengah, aku menutup pintu dan menuju ke katil. Pashmina yang dipakai dilempar ke dalam bakul yang digunakan untuk mengisi pakaian kotor.
Kertas yang diberikan Hamka dibelek. Lipatan dibuka.
Rose,
Hamka minta maaf atas keterlanjuran Hamka sebentar tadi. Rose tahu kan, Hamka tidak boleh menahan nafsu apabila bersama Rose. Sewaktu Rose beritahu Hamka yang Rose hendak berubah, Hamka agak sedih sebenarnya. Tapi, Hamka yakin itu ialah pilihan terbaik. Dalam masa yang sama, Hamka turut mengubah diri Hamka. Hamka telah jauh tersasar dari jalan yang sebenar. Rose tahu tak, wajib berkahwin bagi seseorang yang takut jika tidak dapat menahan nafsunya. Dan Hamka rasa, Hamka wajib berkahwin dengan Rose. Hamka dah bincang dengan ayah sebentar tadi. Sekarang, Hamka cuma inginkan pendapat Rose. Istikharah ye Rose? Hamka harap Rose terima. Assalamualaikum. Sekali lagi, Hamka minta maaf.
Hamka.
Share this novel