Chapter 33

Drama Series 633633

Hana Aishah merenung ke arah potret di meja di sisi katil itu. Potret Hana Aishah dan neneknya. Dia masih ingat memori itu. Cuti sekolah itu , bapanya perlu ke Singapura untuk lawatan kerja sekaligus mahu membawa mereka bersiar – siar tetapi Hana Aishah membuat drama air mata sehinggalah dia ditinggalkan di kampung.

Neneknya tidak dapat mengikut mereka kerana minggu itu neneknya sudah berjanji dengan rakan – rakan tadarusnya untuk program di kampung jiran. Gambar itu diambil sewaktu dia sedang diriba neneknya sewaktu majlis akikah di kampung jiran. Senyuman Hana Aishah saat itu mengambarkan kebahagiaan yang tidak mampu ditandingi Singapura.

Matanya dipejam rapat supaya bayangan yang dia rindui itu kembali. Kecantikan neneknya yang menjadi bualan orang sehingga ke tua. Kedutan yang semakin tahun semakin jelas di wajah neneknya tidak pernah mengurangkan walau sedikit kejelitaan milik neneknya.

Kening lebat yang selalu tangannya akan bermain daripada bayi sehingga sudah besar. Setiap kali dia balik kampung, tempat tidurnya adalah di sebelah neneknya. Kening itu akan diusap sehinggalah matanya terlelap. Rasanya seperti baru semalam Hana Aishah tidur di dalam pelukan neneknya.

Hidung mancung yang selalu berlaga dengan pipinya sewaktu pipinya dikucup kiri dan kanan. Tangan Hana Aishah automatik naik memaut kedua – dua belah pipinya yang sudah lecun dengan air mata itu. Saat itu wajah nenek yang sedang tersenyum lebar merenung ke arahnya.

Kali terakhir mereka bertemu sebulan sebelum segalanya berubah. Saat di mana Hana Aishah tengah mengandungkan anak sulungnya tetapi dia tidak tahu. Senyuman neneknya sambil melambai kea rah Hana Aishah.

Kalaulah dia tahu itu kali terakhir mereka bertemu. Kalaulah dia tahu itu senyuman terakhir dia akan lihat, Hana Aishah tidak akan melepaskan neneknya pergi.

Air mata yang mengalir semenjak dia bangun daripada tidurnya pagi tadi seperti tidak mahu berhenti. Sakit yang dirasainya itu tidak mampu diungkap. Sewaktu Adam pergi yang Hana Aishah rasai adalah kebas semata – mata. Kesakitan ini tiada. Kesakitan yang dia nantikan supaya sekurang – kurangnya tidurnya mampu lena.

Tetapi salah sangkaannya. Sekarang ini bukan sahaja tidurnya tidak lena, malahan jaganya jua dipenuhi dengan air mata. Badannya seperti tidak mahu berfungsi.

“Mimi. Am go mimi. Am go mimi” saat suara Adam memanggil tubuhnya yang sedang terbaring itu terus diiringkan membelakangi Adam. Suara Adam saat itu hanya membuatkan sakitnya bertambah perit.

Tangannya diangkap sebelum telinganya ditekup. Suara Adam dimatikan. Mindanya mula dimasuki fikiran – fikiran yang tidak disukainya. Suara – suara itu seperti membuatnya semakin membenci suara Adam yang sudah meraung memanggilnya.

“Hana” Hana Aishah menggelengkan kepalanya laju.

“Take him away Em. I don’t want him near me” Hana Aishah merayu di dalam sendunya. Saat itu dia tengah mengumpul segala kekuatan supaya kekecewaannya tidak dihamburkan kepada Adam.

“I cannot leave you like this” Hana Aishah memejam matanya rapat saat tangan Emir mengusap rambutnya memujuk.

“I don’t want him near me. Please Em” Hana Aishah merayu. Raungan Adam membuatkan dia semakin kusut.

“Sayang…” sebelum sempat Fakhrul menyambung bicara jeritan Hana Aishah kedengaran.

“This is all your fault! You ruin every single thing in my life” Hana Aishah yang tadi bebaring terus duduk. Saat itu api kemarahannya menyala – nyala. Matanya merenung ke arah Fakhrul yang sedang duduk di birai katil sambil memangku Adam.

“I know. Abang yang salah. So don’t hurt Adam. He`s been waiting for you since yesterday night” Hana Aishah tertawa sinis mendengar luahan hati Fakhrul.

“You ruin everything. I lost everything because of you. My life , my job , my family… semua hilang sebab you. And now …. now…. nenek… nenek” Hana Aishah mengongoi sebelum tubuhnya dibaringkan di atas tilam empuk itu.

“If… if he didn’t come into my life I wouldn’t have left. I wouldn’t have left nenek” Hana Aishah menekan dadanya kuat kerana saat itu dadanya terasa amat sesak.

“Kalau adik tak mengandungkan Adam , adik tak tinggal nenek. I would’ve have stayed. I could’ve at least hugged your before you go” Hana Aishah meraung kuat. Saat itu , dia hanya mahu mati. Penyesalannya hadir tanpa henti.

“I`m sorry. I`m so sorry. I left you” saat itu dengan kesakitan yang dia rasai Hana Aishah tidak dapat melihat yang betul mahupun yang salah. Segala rasa sakit itu dihambur mengharapkan sakit itu untuk pergi.

“Aku benci kau. Aku benci kau dengan anak kau. Go!” Hana Aishah menjerit sekuat hatinya. Renungannya penuh kebencian itu tajam menusuk ke dalam anak mata Fakhrul.
*******************************************************

Fakhrul menarik Adam rapat ke dalam pelukannya saat kakinya melangkah keluar. Dia tidak mahu Adam melihat Hana Aishah dalam keadaan sebegitu.

“Umi is not well. Adam stay with babah ok” Fakhrul membawa Adam yang sedang meraung mahukan Hana Aishah menuruni tangga.

“Fakhrul nak pergi mana tu?” suara Teacher Basirah kedengaran tetapi saat itu langkah Fakhrul dilajukan. Dia mahu membawa Adam jauh. Jauh daripada melalui perkara yang dia lalui satu masa dahulu. Perkara yang sama yang dia tidak mahu anak – anaknya lalui.

“Adam is going to be ok. Fakhrul memujuk Adam dan dalam masa yang sama juga meyakinkan dirinya saat itu.

Adam yang sedang menangis penuh sedu itu diletakkan di kerusi bayi tetapi melihat raungan Adam yang semakin kuat , Fakhrul mematikan niatnya. Dalam keadaan Adam yang duduk diribanya dan memeluk di erat, Fakhrul memandu pergi.

Semalam saat dia menjejakkan kaki ke dalam rumah Kapten Azam , Hana Aishah longlai dalam pelukan Kapten Azam. Beg plastik di tangannya terus dicampak ke lantai sebelum dia mencempung Hana Aishah.

Melihat mata isterinya terbuka sedikit selepas diberi air, Fakhrul menarik nafas lega. Tetapi sepanjang malam dia tidak tidur memantau Hana Aishah yang asyik terjaga dalam igauan. Tangisan isterinya setiap kali terjaga daripada mimpi – mimpi tersebut meruntunkan sedikit demi sedikit kekuatannya.

Memang mereka semua menyembunyikan pemergian nenek Hana Aishah kerana mereka bimbang akan penerimaan Hana Aishah. Fakhrul tahu betapa akrabnya hubungan isterinya dan nenek mertuanya itu. Dia tidak tahu menahu tentang kehadiran keluarnya ibu mertuanya. Kalau Fakhrul tahu , sudah pasti dia melencongkan perjalanan mereka.

Adam sepanjang malam tidak mahu melelapkan mata asyik mencari Hana Aishah. Untuk seketika dia bersyukur kerana Emir berada di situ. Lelaki itu bertegas tidak mahu pulang selagi dia tidak bercakap dengan Hana Aishah. Emir lah yang melayan Adam di ruang tamu di bawah.

Hampir subuh barulah Hana Aishah betul – betul sedar dan daripada situ bermulahlah episod duka Fakhrul. Raungan isterinya , sebak isterinya , segalanya dapat dia rasai. Fakhrul mahu membuang kesakitan itu tetapi setiap kali dia mendekati Hana Aishah, isterinya semakin menjauh.

Selepas subuh, Hana Aishah terbaring di atas katil. Setiap ahli keluarga mertuanya datang memujuk satu pun tidak jalan. Setitis air pun tidak mahu dijamah isterinya. Mereka yang bingung terpaksa membiarkan Emir naik memujuk Hana Aishah.

“He cannot be around her” Emir memesan tegas sebelum lelaki itu menyerahkan Adam dan menaiki tangga.

Fakhrul menyesal kerana terlalu terbawa emosi apabila Adam asyik memanggil umi. Dia tidak sepatutnya membawa Adam naik. Wajah anaknya yang sembap itu ditenung sesekali. Adam sedang menghisap jari sambil merenung ke arahnya. Pandangan Adam tidak lari walaupun sesaat daripada merenung ke Fakhrul.

“I`m so stupid Adam. Babah ruin everything. I didn’t want you to go through what I went through but I`m the reason why it’s happening now” hati Fakhrul merintih pilu.

Kereta dipandu pergi penuh berhati – hati dengan segala keserabutan di mindanya. Hana Aishah dan Adam bermain silih berganti di mindanya sehinggalah dia sampai di hadapan rumah banglo tiga tingkat di Selayang itu. Tubuhnya membawa dia ke situ dalam keserabutan mindanya kerana itu satu – satunya tempat saat ini akan memberinya ketenangan.

Dia memarkir keretanya di hadapan pintu pagar elektrik yang masih bertutup itu. Mata Fakhrul kembali fokus kepada Adam yang sudah terlelap. Air mata yang masih belum mengering daripada pipi montel Adam diseka sebelum bibir yang dimuncungkan itu dioles lembut.

“You shouldn’t have live. I shouldn’t have you. You ruined everything. It was perfect without you” kata – kata mamanya yang sudah terpahat di dalam minda Fakhrul kembali bermain seperti radio rosak.

Air mata yang telah dimatikan sewaktu dia berumur 10 tahun itu kembali. Air mata itu kembali kerana memori yang telah ditolak ke tempat yang paling dalam kembali merangkak keluar. Renungan penuh kebencian isterinya , tengkingan Hana Aishah menarik kembali segala memori itu.

Tubir mata Fakhrul kembali hangat kerana dia tidak mahu Adam mempunyai memori sebegitu. Dia tidak mahu Adam memikul bebanan sebegitu seumur hidup. Hukuman itu terlalu berat untuk seorang kanak – kanak dan semestinya dia tidak mahu Adam melaluinya.

Ketukan di cermin keretanya mengejutkan Fakhrul. Wajah Hariz sedang mengintai ke dalam kereta. Tidak sampai sesaat pintu keretanya dibuka daripada luar.

“What are you doing outside for so long. Punyalah lama aku bukak pintu pagar tu. Dah la tak cakap nak datang” Hariz membebel sambil melihat kesekeliling isi perut kereta.

“Where`s your missus?” Hariz bertanya pelik. Fakhrul hanya diam kerana sejujurnya dia tidak tahu mahu memberitahu apa.

“Fakhrul. Are you ok or not?” Hariz menundukkan wajahnya merenung ke anak mata Fakhrul.

“I ruin everything” Fakhrul membalas perlahan selepas beberapa ketika berlalu.
****************************************************

Hariz terdiam membisu. Mata Fakhrul merah , wajah lelaki itu serabut. Sebijik sewaktu hari pertama dia pergi ke rumah agam Tan Sri Fadhil sewaktu dipanggil Fakhih.

“Jom masuk” Hariz menarik lengan Fakhrul supaya bangkit.

“I`ll pull the car in to the porch…” Hariz menggelengkan kepalanya laju.

“Aku masukkan. Kau bawak Adam masuk” Hariz memberi arahan. Dadanya sedang berdegup kencang memikirkan segala kemungkinan yang berlaku. Kehadiran Fakhrul dan Adam tanpa Hana Aishah mendatangkan rasa gentar di dalam hatinya.

Usai dia meletakkan kereta Fakhrul di beranda rumahnya, Hariz cepat – cepat melangkah masuk tetapi belum sempat dia melangkah , isterinya laju menerjah.

“Astaghfirullahalazim” Hariz beristigfar sambil mengurut dadanya. Sudahlah dengan ketakutan memikirkan apa yang terjadi kepada Fakhrul , isterinya pula selamba menerjah.

“Seriously sweetheart. Please don’t do this. I`m not young anymore you know” Hariz membebel kea rah isterinya yang sarat menunggu hari itu.

“What`s is happening? Mana Hana? Omg baby tu sebijik Fakhrul. Kenapa muka Fakhrul serabut? I`ve never seen him like that except… Omg did Hana ran again” soalan dan jawapan bertubi – tubi daripada isterinya yang seperti Sherlock Holmes itu membuatkan Hariz bertambah serabut.

“Sweetheart. Kan tetamu datang rumah. You suruh Tati buat air boleh?” Hariz meminta lembut.

“You ni kan. Saje nak mengelak kan. Fine, pergilah berkabung dengan BFF you tu. Tidur luar malam ni” mood Sazilah terus berubah 360 darjah.

“Sweetheart, I tak ….” Sazilah meletakkan jarinya di bibir Hariz. Wajah isterinya yang tadi teruja terus bertukar masam.

“Not a word. Not a single word. I made my mind up already” Hariz hanya mampu merenung tubuh isterinya yang memakai blaus mengandung itu pergi.

“One by one Hariz. First thing first” Hariz menyabarkan dirinya. Sazilah semakin dekat dengan tarikh bersalin semakin sensitif. Pantang salah sikit, terus merajuk.

Langkahnya dihalakan kearah ruang tamu rumahnya. Fakhrul sedang duduk bersandar sambil memeluk Adam yang terlentok di dalam pelukan babahnya. Fakhrul merenung jauh k eke luar jendela tetapi hidung lelaki itu tidak mahu berlari jauh daripada ubun ubun anaknya.

Hariz melabuhkan punggung di sebelah Fakhrul. Bibirnya diam membisu. Daripada tadika mereka bersama , Hariz masak benar dengan perangai Fakhrul. Lelaki itu hanya mahu dia berada di sisi. Apabila Fakhrul bersedia dia akan memulakan bicara.

Detik dan minit berlalu Fakhrul masih diam membisu. Hariz setia disebelah sahabatnya saat itu. Sewaktu Hana Aishah pergi seminggu lelaki itu tidak berbicara. Seminggu jualah Hariz tanpa jemu datang menemani Fakhrul. Apabila lelaki itu bersedia dia akan berbicara.

“I`m going to Switzerland. She told me she wanted to go there for our honeymoon” kata – kata pertama Fakhrul dan negara yang menjadi permulaan pencarian Fakhrul.

Tetapi situasi sekarang berbeza. Ada satu nyawa kecil yang tidak berdosa di dalam gelanggang. Hariz merenung wajah sembap Adam yang sedang tidur dalam dengkuran halus. Hatinya menjadi sebak melihat anak kecil yang tersangkut di dalam satu perhubungan yang dia tahu semenjak dahulu tidak pernah tenang.

“Let me put him in Harith room. He is taking his afternoon nap too” Hariz memberi cadangan tetapi Fakhrul menggelengkan kepalanya.

“Sakit kepala dia nanti bro. Harith is taking a nap in his playroom downstairs. Ada baby monitor” Hariz memujuk lagi.

“Can I crash in one of your rooms for a while. I just want to lie down with him” akhirnya Fakhrul meminta.

Hariz menjadi semakin risau. Fakhrul tidak pernah tidur di rumahnya. Tidak kisah lewat manapun Fakhrul akan kembali ke banglo miliknya. Fakhrul amat susah untuk tidur di tempat yang bukan kepunyaanya. Pelik tetapi itulah hakikatnya,

Sewaktu mereka belajar di US , Fakhrul sanggup berkerja sambil belajar untuk memiliki apartmen sendiri. Pagi lelaki itu akan ke kuliah kemudian Fakhrul akan menyambung tugasannya sebagai tutor dan pembantu penyelidik. Dalam masa 6 bulan , Fakhrul sudah mampu memiliki duit yang mencukupi untuk pendahuluan rumah.

“Let’s go upstairs” Hariz mengajak selepas beberapa ketika. Fakhrul berdiri dengan berhati – hati supaya tidak mengejutkan Adam yang masih tidur nyenyak itu.

Saat mereka sampai ke dalam bilik tetamu itu , Hariz memerhatikan segala gerak geri Fakhrul. Adam diletakkan penuh berhati – hati di atas tilam empuk itu tetapi tidak sampai beberapa saat Adam sudah mulai merengek.

“Mimi. Mimi. Mimi” suara sayu anak kecil itu memanggil ibunya.

“Its ok Adam. Babah is here. Babah is here” suara Fakhrul memujuk. Gumpalan di tekak Hariz semakin ketara. Suara Fakhrul kedengaran serak.

Adam kembali ke dalam rangkulan Fakhrul. Keresahan yang tadi jelas diwajah Adam perlahan – lahan hilang. Waktu itu lingkaran gelap di sekeliling mata anak kecil itu disertakan dengan wajah sembap Adam meyakinkan Hariz sesuatu yang tidak elok telah berlaku tetapi dia tidak tahu mahu bertanya kepada siapa.

“You rest first with Adam. Anything just call me” Hariz memegang bahu Fakhrul sambil memesan. Tangannya berat mahu melepaskan bahu itu tetapi Fakhrul dan Adam perlukan satu sama lain waktu itu.

Kakinya melangkah menuju ke bilik tidurnya. Wajah Hariz berkerut cuba memikirkan apa yang telah berlaku. Sekiranya sehingga sekarang Fakhrul tidak mahu membuka bicara , harapannya untuk mendengar daripada Fakhrul adalah tipis. Tangannya bermain di telefon bimbit berkira – kira mahu bertanya kepada Fakhih ataupun tidak.

“B” panggilan Sazilah dibalas dengan rangkulan erat Hariz. Wajahnya disandarkan di perut Sazilah yang memboyot itu. Tidak sampai beberapa saat , Gerakan yang menjadi peneman tidur dia dan isterinya kembali. Bibir Hariz yang tadi digigit kerisauan terus menggaris senyuman.

“Daddy will be ok” Hariz berbisik kepada anaknya. Sazilah mengelus rambut lebat suaminya.

“But when will your uncle be ok” suara Hariz bertukar sayu. Terlalu berliku jalan hidup Fakhrul.

Dia tahu untuk hidup dengan seorang insan bernama Tengku Fakhrul bin Tengku Fadhil adalah mustahil tetapi untuk dia yang mengetahui kenapa Fakhrul jadi sebegitu , Hariz tidak boleh meninggalkan Fakhrul sebegitu sahaja. Tidak kira berapa kali Fakhrul melukakannya. Cara Fakhrul menjaga insan yang dia sayang unik. Keunikan yang datang daripada kesakitan yang datang tanpa henti kepada lelaki itu sewaktu kecil.
******************************************************

Fakhrul berdiri di dapur rumah papanya. Matanya melihat ke sekeliling dapur. Matanya tertacap pada tudung saji yang berada di atas meja makan bulat di dapur basah itu. Dapur yang tidak pernah dia terokai sepanjang 5 tahun Fakhrul hidup di rumah banglo dua tingkat di Taman Melawati itu.

Kakinya melangkah laju menuju ke meja makan itu. Dengan berhati – hati dia memanjat kerusi sebelum tubuhnya di imbangkan. Tangannya Cuma mencapai pemegang tudung saji itu tetapi gagal. Akhirnya selepas beberapa minit mencuba , dia membuat keputusan untuk memanjat meja makan itu.

Fakhrul mengesot mendekati tudung saji itu sebelum tangkai rotan itu dicapai. Dia mengangkat tudung saji itu dengan harapan menggunung tetapi saat dia melihat isi kosong disebalik perut tudung saji yang diperbuat daripada rotan , hatinya terus kecewa.

Perutnya yang sudah berkeroncong itu digosok perlahan. Sepatutnya dia menerima pelawaan mommy Hariz untuk makan tengah hari di situ. Sangkanya makanannya akan tersedia seperti selalu.

Fakhrul terduduk kecewa di atas meja makan. Mindanya cuba memikirkan cara untuk mengisi perutnya yang kosong. Matanya sekali lagi meneroka ke segenap dapur basah itu. Kalaulah dia rajin membantu Mak Zah pasti sekarang dia dapat menyediakan makanan untuk menjadi alas perutnya hari itu. Sudah dua hari Mak Zah tiada tetapi makanannya tidak pernah putus. Mak Zah sudah menyediakan bekal yang akan dipanaskan oleh mamanya di setiap waktu makan.

Hari ini berbeda sedikit kerana semenjak pagi lagi dia sudah dihantar ke rumah Hariz. Gembiranya Fakhrul bukan kepalang saat mamanya memaklumkan bahawa dia akan di hantar ke rumah Hariz. Punyalah seronok dia bermain dengan Hariz sampai dia tidak perasan masa yang berlalu.

Risau memikirkan mamanya akan bermasam muka seperti selalu , Fakhrul meminta mommy Hariz menghantarnya pulang. Setiap kali dia ke rumah abi dan ibunya , mamanya tidak akan bercakap dengannya selama seminggu.

Wajah mamanya akan sentiasa masam dan setiap kali itu kedua ibu bapanya akan bertekak. Bilik Fakhrul yang betul – betul bersebelahan dengan bilik kedua ibu bapanya membuatkan dia dapat mendengar segala pergaduhan mereka.

Mereka tidak pernah bertekak kerana Fakhih. Pergaduhan mereka sentiasa kerana Fakhrul sahaja. Oleh itu dia cuba mengurangkan masa setiap kali dia balik Rawang walaupun dia merindui abi dan ibunya.

Fakhrul tersenyum sendiri memikirkan saat dia mendapat alamat rumah ibu dan abinya. Senang betul dia mengugut abang tukang potong rumput yang datang setiap hujung minggu itu.

“Abang hisap asap. Fakhrul bagi tahu abi” nama lelaki muda itu pun dia tidak tahu , tapi apabila diugut sedikit terus lelaki itu gusar kehilangan kerja.

Perutnya kembali berbunyi. Fakhrul menekan perutnya yang semakin pedih itu. Kakinya menuju ke singki. Singki yang tinggi separas bahunya itu dibuka. Tangannya dijulurkan untuk membuka pili air. Tangannya diletakkan di bawah pancuran air. Keluhan berat dilepaskan kerana perutnya semakin sakit.

Dia cuba memikirkan di mana Mak Zah meletakkan bekalan makanan. Selama ini dia tidak pernah menjelajah ke dapur basah itu. Makan minumnya semua diuruskan di ruangan makan. Selesai menjamah hidangan , pinggannya di tinggalkan di atas meja dan sinki juga berada di ruangan yang sama. Kalau dia perlukan sesuatu , Mak Zah akan berikan kepadanya.

Papanya dan Along berada di London. Sangkanya dia akan dibawa tetapi papanya menyuruh dia menemani mamanya. Kekecewaannya di pendam apabila hanya Fakhih dibenarkan menyertai kem musim panas di London. Tetapi sepanjang ketiadaan mereka , Fakhrul dan mamanya seperti orang asing di dalam rumah itu. Mereka hanya akan bertemu sewaktu masa makan.

Saat Fakhrul sedang bermain air melayan perasaan , dia ternampak kelibat peti ais. Matanya terus bersinar. Air yang masih mengalir itu dibiarkan terbuka , kakinya terus menuju ke peti ais besar itu. Tangannya menarik peti ais itu terbuka.

Perutnya semakin kuat berbunyi saat melihat pelbagai makanan di situ. Satu per satu makanan di ambil. Fakhrul duduk di lantai di hadapan peti ais yang terbuka itu dan terus menjamah. Segala coklat dan buah di ambil dan diratah. Perutnya beransur lega. Tekaknya yang terasa kering mahukan jus yang berada di tingkat paling atas. Lama Fakhrul berdiri memikirkan cara untuk mencapai jus di tingkat paling atas.

Kakinya cuba dijengketkan untuk mencapai jus itu tetapi tangannya hanya berjaya mencapai pemidang para yang bersusun jus itu. Geram pula dia dengan Mak Zah. Tinggi betul Mak Zah letak jus itu. Fakhrul cuba menggunakan Teknik lain pula. Kakinya memijak para yang paling bawah untuk menjengketkan dirinya.

Bibirnya tersenyum lebar saat tangannya mencapai jus itu tetapi sebelum sempat dia mengambil keluar jus mangga itu , para yang dia pijak itu patah dan Fakhrul jatuh terduduk. Barangan di para di pintu peti ais sebelah kanan kesemuanya roboh dan jatuh menimpanya.

Bunyi kaca pecah bergema ke segenap dapur. Fakhrul terduduk kaget melihat lantai yang berselerak dengan tumpahan air , kicap , sos dan entah apa lagi barangan yang pecah. Air matanya sudah mulai bertakung di tubir matanya.

Tidak sampai beberapa minit , bunyi derapan kaki kedengaran laju menuju ke arahnya. Fakhrul merenung kea rah mamanya. Puan Sri Maria kelihatan baru bangun tidur itu kelihatan terkejut sebelum wajah itu bertukar rupa. Fakhrul menelan air liurnya merenung kea rah mamanya.

“Kau ni menyusahkan aku betul. Dari lahir sampai sekarang kerja menyusahkan hidup aku!” Puan Sri Maria menengking kuat. Selama ini kata – kata itu hanya didengari di sebalik dinding tetapi hari itu wajah yang sedang menyinga itu melemparkan kata – kata itu terus ke wajahnya.

“Angah sorry mama. Angah lapar” air matanya sudah berjujuran jatuh. Suaranya terketar – ketar memohon maaf.

“Siapa nak kemas semua ni?!” Puan Sri Maria bercekak pinggang menengking ke arahnya.

“Angah kemas ma. Angah janji” Fakhrul membalas laju. Punggungnya yang sakit itu tidak diendahkan. Tangannya cuba mengaut tumpahan cecair yang sudah bercampur warna tanpa mengendahkan serpihan kaca yang mengenai tangannya.

“I shouldn’t have you. I should’ve aborted you. You ruined my life” telinga ditarik kuat sambil kata – kata itu dihamburkan. Air mata Fakhrul mengalir laju bukan kerana kesakitan di telinganya tetapi kerana kata – kata yang dihamburkan kepadanya.

Esakan Fakhrul kedengaran semakin kuat. Tangannya digenggam kuat sebelum tubuhnya diseret pergi. Sepanjang perjalanan menuju ke biliknya segala jenis kata – kata yang membunuh setiap bahagianya dihamburkan.

“You should’ve have died in my womb. Sebab kau semua hancur. Sebab kau aku hilang semua benda!” kata – kata yang diluahkan tanpa sedikit pun simpati kepada Fakhrul. Kata – kata yang Fakhrul biasa dengar di sebalik dinding bilik tidurnya. Yang menjadikan tidur malamnya tidak lena.

“I`m sorry mama. I`m sorry” Fakhrul memohon maaf di dalam esakannya. Perjalanan yang dia sangka akan terhenti di dalam biliknya diteruskan kea rah bilik airnya.

“Kau hidup untuk menyusahkan aku. Kau patut mati tahu tak” kedua – dua belah pipinya dipicit kuat. Mata merah mamanya merenung ke dalam anak matanya sebelum penuh tajam kata – kata itu ditujukan kepadanya.

Esakan Fakhrul semakin kuat saat pintu bilik air itu ditutup rapat. Tubuh Puan Sri Maria menghilang seiring dengan bunyi tombol pintu dikunci daripada luar.

“Don’t even think about setting your foot outside” amaran mamanya kedengaran di sebalik pintu yang sudah berkunci itu.

Fakhrul tidak tahu berapa lama dia berdiri tetapi apabila kakinya sudah tidak mampu lagi bertahan , dia jatuh terduduk di tengah – tengah bilik air itu. Air mata yang sudah mengering sekering hatinya. Segala rasa sakit yang dirasai pergi bersama air matanya.

Kata – kata Puan Sri Maria berulang kali bermain di minda Fakhrul. Air mata yang awalnya mengalir laju berhenti dengan sendirinya pabila kata – kata itu ditanam di dalam hatinya.

“Fakhrul nak ibu. Ibu wants me. Abi wants me. Mama don’t want me” Fakhrul berbisik sendiri sebelum di terlelap di dalam kesejukan bilik air itu.
**************************************************

“Fakhrul. Fakhrul” sanyup – sanyup satu suara kedengaran tetapi kesejukan bilik air itu membuatkan tubuhnya mengigil kesejukan. Wajah bengis Puan Sri Maria kembali.

“Ma… Ma….” Fakhrul memanggil saat wajah itu semakin menjauh

“Fakhrul. Wake up. Fakhrul” suara yang tadi sayup semakin kuat. Bahunya terasa seperti bergoyang. Matanya dibuka perlahan saat suara mamanya digantikan dengan suara Adam.

“Arghh” Fakhrul mengiringkan badannya saat cahaya yang menusuk ke dalam anak matanya membuatkan kepalanya berdenyut kuat.

“Babah up. Wakey wakey” suara Adam memanggil diiringi dengan tawa anaknya.

Beberapa minit dibiarkan berlalu sebelum tubuhnya disandarkan ke kepala katil. Tangan kanan Fakhrul naik sebelum dia memicit dahinya melegakan denyutan di kepala. Saat matanya dibuka , Fakhrul tersenyum melihat pemandangan di sisinya. Adam sedang tersenyum menampakkan gigi merenungnya.

“Since when you like Uncle Hariz?” Fakhrul bertanya sambil tangannya dihulurkan menyambut Adam yang seperti tidak sabar mahu menuju ke arahnya.

“Babah chu. Am ayi. Am go mimi” laju mulut Adam membebel sambil merenung penuh fokus kepada Fakhrul.

“Babah have something more delicious than chuchu” Fakhrul menceriakan wajahnya mendengar permintaan Adam. Gumpalan di tekaknya ditelan.

“No. Am chuchu. No no” kening Adam dikerutkan sebelum kepalanya digelengkan. Fakhrul bingung mahu berbuat apa saat itu.

“Adam. You want to drink milo ice like that day. Remember the delicious drink that you had at the restaurant with uncle” Hariz melabuhkan punggung di birai katil. Adam terdiam seketika. Kedua – dua belah kening Adam menjadi sebaris. Sebijik bapanya sekiranya sedang berfikir.

“See this one” Hariz siap menunjukkan gambar milo ais yang dijumpai di internet untuk meyakinkan Adam.

“Amy. Amy” terus Adam melepaskan pelukannya di dada Fakhrul. Dia merangkak menuju kearah Hariz.

“Up up” Adam mengarah. Pecah tawa Hariz melihat mata bundar Adam merenung ke arahnya penuh pengharapan.

“Sebijik babah awak Adam oi. Kalau mengarah orang tak tengok kiri kanan dah” Hariz berseloroh sambil mendukung Adam.

“Your changing bag is there. Kau solat dulu , dah habis zohor dah ni. Aku settle kan Adam” Hariz memesan. Dia memandang kea rah Fakhrul yang sedang serabut tetapi sebelum sempat fikirannya melayang Adam terlebih dahulu memotong.

“Amy amy” suara Adam keras mengarah. Hariz tersenyum simpul.

Fakhrul melihat tubuh Hariz yang menghilang di sebalik pintu membawa Adam pergi. Keluhan berat dilepaskan Fakhrul. Sebelum kepalanya disandarkan di kepala katil. Matanya dipejam rapat menghilang mimpi yang membawa memori pahit itu. Mimpi yang pernah mengganggu tidur tetapi tidak lagi semenjak kehadiran Hana Aishah.

Sekarang perkara yang paling dia takuti telah berlaku. Hana Aishah sedang melakukan segala yang dia tidak mahu berlaku kepada Adam. Bukan salah Hana Aishah. Salah dia. Dia yang menjadikan keluarganya sebegitu.

Fakhrul beristighfar cuba menenangkan dirinya daripada terus dibawa memori silam. Saat ini Hana Aishah dan Adam perlukan dia. Dia cuma tidak jumpa jalan untuk membetulkan semula keadaan. Setiap kali hubungan mereka seperti bertambah baik tidak sampai 24 jam mereka akan balik ke garisan permulaan semula.

Keluhan berat dilepaskan. Tubuh Fakhrul digerakkan menuju ke bilik air. Dia perlukan ketenangan saat itu. Ketenangan untuk berfikir dengan tenteram. Jalannya semakin berliku semakin dalam dia lalui tetapi untuk berputus asa dia tidak mampu. Hana Aishah ubat dia. Sekarang dia perlu mencari ubat isterinya.
********************************************************

“Ready to talk” Hariz bertanya tanpa menanti lama. Mereka masing – masing sedang membuangkan pandangan kea rah Adam yang hanya berpampers itu.

Tadi sewaktu dia turun anaknya sudah siap dimandikan dan kelihatan gembira bermain dengan Saith Harith. Tetapi ketiadaan baju Adam membuatkan Fakhrul pelik sehinggalah Hariz memberitahu , Adam tidak muat memakai baju Saith Harith. Fakhrul tertawa membayangkan wajah cemberut Adam apabila perut montel anaknya terkeluar saat dipakaikan t-shirt Saith Harith.

“I`m not good for her” pahit sungguh kata – kata itu dirasai Fakhrul tapi hakikat itu tidak mampu dia buang.

Hariz hanya diam mendengar. Itu yang Fakhrul mahukan saat itu. Bukan cadangan , bukan permintaan , bukan halangan. Hanya telinga yang mahu mendengar.

“I can’t let Adam go through what I went through. Adam need me and his umi” Fakhrul menyandarkan tubuhnya di kerusi rotan itu. Matanya melihat Adam yang sedang bermain pasir buatan itu. Anaknya sedang fokus membina sesuatu menggunakan acuhan yang berselerakan.

“I ruined that beautiful girl I feel in love with” tubir matanya terasa hangat. Air mata yang dahulu tidak pernah jatuh menjadi semakin murah semenjak dia bertemu suri hatinya.

“But now Adam had to face the aftermath. Because of my mistake” penyesalan Fakhrul berbuku.

“How do I fix it. I can’t lose her” pandangannya dialihkan merenung kearah Hariz. Lelaki itu hanya diam merenung kearah Fakhrul.

Beberapa jam sahaja dia berpisah dengan Hana Aishah hati Fakhrul sudah tidak keruan tetapi apakan dayanya Hana Aishah bukan dalam keadaan yang dia mahu Adam lihat.

Melihat cara Emir menguruskan keadaan tadi Fakhrul yakin itu bukan kali pertama Hana Aishah mengamuk sebegitu. Melihat senarai penyakit dan ubat – ubatan yang di ambil Hana Aishah , dia masih tidak mampu terima kenyataan. Sudah hampir seminggu dia mengawal gerak geri isterinya untuk mengelakkan Hana Aishah mengambil ubat tersebut.

Walaupun Hana Aishah ada terjaga di dini hari kerana mengingau dia masih mampu mengawal situasi tersebut tetapi tadi setelah melihat amukan Hana Aishah , Fakhrul terus kaku. Mindanya tidak mampu berfikir. Kebencian dan kesakitan yang dibawa sepasang anak mata coklat yang membuatkan tidurnya tidak pernah lena semenjak 3 tahun ini kerana rindu, melumpuhkan setiap organ di tubuhnya.

“Love her Fakhrul” suara Hariz mematikan fikirannya.

“I love her with everything I have, I love her more than I love myself” Hariz menggelengkan kepalanya laju saat mendengar pengakuan Fakhrul.

“Love is respect. Love is trust. Love is wanting her happiness more than yours” Hariz tersenyum tawar saat dia kata – kata itu meniti bibirnya. Tonanya dikawal supaya tidak melukai Fakhrul.

“Aku tahu kau sayang dia Fakhrul. But I also know that you never open up about your past to her. I can understand your form of love but you`re expecting her who knows nothing about your past to understand you” Hariz menyusun kata – katanya dengan berhati – hati.

Tadi sewaktu dia masuk ke bilik saat mendengar tangisan Adam, Hariz terkejut saat dia mendengar mimpi yang sama pernah dia dengar sewaktu mereka duduk serumah di US dahulu. Melihat emosi yang tidak pernah Fakhrul tunjukkan terpancar jelas dalam igauan lelaki itu , Hariz tahu dia perlu lemparkan hakikat ini walaupun sakit untuk lelaki itu telan.

“Cinta je tak cukup Fakhrul” Hariz tersenyum tawar.

Fakhrul diam membisu seribu bicara. Kata – kata Hariz bermain di mindanya. Hendak membuka kesakitan lampaunya , Fakhrul takut. Buku itu telah ditutup lama dahulu. Dia sudah terlalu lama meneruskan hidupnya tanpa membuka lembaran lampau yang terlalu menyakitkan.

“Sorry man. I know how hard it was but….” Hariz berhenti tidak tahu bagaimana mahu menyambung bicara.

“You`re hurting. You never moved on no matter how many times you try to convince us otherwise. And now…” Hariz membuangkan pandangannya kea rah Adam. Hati menjadi sebak memikirkan anak kecil itu perlu membesar dalam suasana yang porak peranda seperti itu.

“Kalau kau tak kesiankan Hana, kesiankan anak kau. Adam doesn’t deserve a hurting parent just like how you didn’t deserve it” terluah jua kata – kata itu daripada bibir Hariz.

Hariz merenung ke arah Fakhrul. Kesakitan yang selama ini Fakhrul sembunyikan jelas terpancar. Sepasang anak mata hitam yang tidak mahu lari daripada merenung ke arah zuriat yang Fakhrul terlalu dambakan.
***********************************************************

Fakhrul menapak masuk ke dalam bilik tidur yang gelap itu. Kakinya melangkah berhati – hati. Hana Aishah sedang terbaring di atas tikar sejadah sambil memeluk erat Al-Quran di tangannya.

Sewaktu dia sampai , azan maghrib sudah berkumandang. Fakhrul mengendong Adam yang sudah terlelap itu memasuki rumah mertuanya. Kereta Emir yang sempat dia lintasi sebelum masuk ke rumah menandakan lelaki itu masih berada di situ. Dia tidak pelik dan tidak mahu bertekak kerana hal itu. Dalam keadaan Hana Aishah sekarang , mahu tidak mahu dia perlukan bantuan Emir.

Adam ditinggalkan bersama Emir di bawah sebelum dia melangkah naik. Melihat kerisauan ibu dan bapa mertuanya Fakhrul yakin Hana Aishah masih mengurungkan dirinya di dalam bilik.

Fakhrul melabuhkan punggung di sebelah isterinya. Hana Aishah merenung ke almari baju di hadapannya. Pandangan kosong yang sama pernah dia lihat empat tahun lepas. 4 tahun lepas dia salah. Dia membiarkan isterinya sendirian menanggung kesakitan.

Fakhrul membaringkan dirinya mengiring sekaligus menghalang pemandangan Hana Aishah. Renungan kosong itu kini merenung ke dalam anak matanya. Air mata yang mengalir semenjak tadi terus mengalir tanpa henti.

Wajah bengkak Hana Aishah itu diusapnya. Air mata yang mengalir diseka. Rambut yang sudah terkeluar daripada telekung sudah senget itu ditolak masuk. Fakhrul mendekatkan wajahnya sebelum seperti dahulu apabila isterinya merajuk , hidungnya digeselkan ke hidung mancung Hana Aishah.

Detik berlalu tanpa mereka sedari. Hana Aishah diam membiarkan segala perlakuan Fakhrul. Saat itu adalah masa mereka berdua. Seperti dahulu sebelum segalanya musnah. Saat Fakhrul dan Hana Aishah masih mampu berpura – pura normal.

“Was she in pain like how Adam was?” suara serak Hana Aishah bertanya.

Tangannya yang sedang mengusap pipi Hana Aishah itu terhenti mendengar pertanyaan polos isterinya. Anak mata yang tadi kosong dipenuhi dengan tanda tanya.

“She went in her sleep” Fakhrul menjawab pendek.

“Was she alone like how Adam was?” soalan kedua yang menikam Fakhrul tetapi dia tidak mampu tunjukkan kepada Hana Aishah. Hana Aishah sudah cukup terluka untuk hari itu.

“I was beside her” nafas isterinya yang semenjak tadi menampar wajahnya menjadi semakin pendek. Air mata yang mengalir perlahan mulai laju.

“She misses you so we were talking about you the whole night” Fakhrul memulakan bicara. Perbualan yang dia tidak pernah bayangkan akan dikongsikan dengan Hana Aishah tetapi seperti Hariz katakan , mereka berdua perlukan ini.

“Nenek cakap sayang degil ke…” sebelum sempat Fakhrul menyambung Hana Aishah laju memotong.

“Degil kepala batu manja nenek” isterinya tersenyum dalam tangisan menyebut kembali kata – kata yang sama nenek mertuanya sebut malam sebelum pemergian insan kegemaran Hana Aishah.

“You always get your way into and out of something. Nenek cakap nak marah pun tak boleh sebab comel sangat kalau sedih” Fakhrul tersenyum lebar melihat cebekan isterinya.

“Yup exactly like this” tangan Fakhrul yang tadi bermain di dagu Hana Aishah naik memicit bibir bawah isterinya.

“Auwww. You sakitlah” Hana Aishah menolak tangan Fakhrul pergi. Wajah cemberut isterinya ditenung lama sebelum bibirnya turun mengucup lembut bibir yang masih dicebekkan itu. Hana Aishah tidak menolak dan Fakhrul tidak mendarat lama. Bibir Fakhrul tersenyum manis sambil tangannya mengelus kening lebat Hana Aishah.

“You have her eyebrow” Fakhrul memberitahu lembut.

“She told me that night but I couldn’t picture it but now I can see it” Fakhrul menyambung. Air mata yang tadi mengalir sudah berhenti jadi Fakhrul meneruskan bicaranya.

“She was and will always be so proud of you. When she talks about you her eyes shone so brightly like how yours are every time you get your Mc Flurry Oreo with strawberry jam topping” Fakhrul tersenyum seperti baru semalam dia melihat anak mata nenek mertuanya bersinar bahagia menceritakan tentang isterinya.

“She told me that I cannot give up on you” saat itu suara cerianya hilang. Suara Fakhrul bergetar mengulangi perbualan mereka.

“Because you only listen to me. Not even her” air matanya yang bertakung tidak ditahan lagi. Bibir Hana Aishah bergetar kuat menahan sebak.

“And you only do that to someone that you love. She was not that happy she wasn’t your first anymore” Fakhrul tersenyum mengusik sebelum wajahnya berubah serius. Anak mereka bersabung saat itu. Nafas tenang isterinya mendatangkan rasa ketenangan yang sudah lama hilang.

“I will bring my regrets to grave for not holding your hand when we lost our baby” air mata yang menanti masa itu akhirnya gugur bersama penyesalan Fakhrul.

“But I promised myself the day that I came back home to an empty house” getaran Fakhrul jelas saat itu. Kenangan hari itu tidak mahu dia ingati tetapi mengingatkan pesanan Hariz dia menguatkan dirinya untuk terus berbicara.

“If Allah gives me a second chance , I will never let this hand go” tangan kanan Fakhrul menggenggam tangan kanan Hana Aishah.

“I didn’t understand why Allah made me stay in her room that night that she went. But now I do” Fakhrul menarik tangan Hana Aishah rapat ke dadanya.

“He knows you need this” Fakhrul tersenyum manis menyusun bicaranya.

“Abang bawak sayang jumpa nenek ok” bibir Hana Aishah bergetar menanggung seribu kerinduan. Wajahnya disembamkan di dada Fakhrul. Dia menangis lagi. Tetapi tangisan yang Fakhrul dengar maghrib itu bukan tangisan kesakitan. Hanya tangisan kerinduan. Fakhrul tahu kerana 3 tahun dia hidup bertemankan tangisan itu menanti suri hatinya yang pergi.

“Adik akan balik. Nenek kenal adik. Adik akan balik bukan sebab kami. Adik akan balik sebab Fakhrul. Jadi Fakhrul jangan putus doa. Jodoh Adik adalah Fakhrul. Nenek yakin” doa dan keyakinan yang diberikan nenek mertuanya dimakbulkan. Susah bagaimana pun Fakhrul berjanji dia tidak akan berputus asa.

Hariz betul. Mereka berdua perlu sembuh. Adam perlukan mereka. Dia tidak boleh ubah masa lepas jadi dia akan fokus pada masa sekarang. Walaupun mereka perlu merangkak kembali , dia perlu mengembalikan Hana Aishah yang dahulu.
***************************************************

“Dude. I think you need to come to Malaysia. She`s not ok” Emir sedang mundar mandir di taman bunga Kapten Azam waktu itu.

Kepalanya kusut memikirkan Hana Aishah. Sepanjang hari dia berada di dalam bilik Hana Aishah. Biarpun berkali – kali Kapten Azam datang memberitahu secara halus dan secara kasar , sesaat pun dia tidak meninggalkan Hana Aishah. Inilah perkara yang paling dia takuti.

“I think she is relapsing” Emir menelan gumpalan di tekaknya setelah maklumat itu disampaikan.

Dia masih ingat kali pertama Hana Aishah mengalami episod sebegini. Kali pertama dan yang paling teruk sekali sewaktu Hana Aishah masih di dalam pantang. Kerana itu apabila Kapten Azam menyuruhnya pulang sewaktu asar tadi dengan kasarnya pun dia tetap berkeras.

Hanya mereka bertiga tahu bahaya meninggalkan Hana Aishah sendirian inikan pula kalau dengan Adam. Apabila Fakhrul menelefonnya untuk turun , Emir akur kerana mungkin Hana Aishah akan memberi respon kepada Fakhrul. Itu dan juga hakikat yang dia tahu bahawa Mikhail perlu datang ke Malaysia segera.

Share this novel

Asmah
2022-02-05 17:22:19 

masa silam yang menjadi igauan ...sukar dilupakan

alin alin
2022-02-02 16:27:32 

norsila
2022-02-02 09:57:38 

huuu derita sgtttt...gi lah holiday tenangkn diri..atau blk smula ke tpt 3 sahabatnya..bkerja dn lupokn dulu..tenangkn diri..huuu..kesian hana..


NovelPlus Premium

The best ads free experience